‘Foreign Policy: Anwar Ibrahim Pemikir Sejagat’ – Lawak Apakah Ini?

Maka bertempiaranlah seluruh warga penyokong Pak Sheikh mencanangkan ke seluruh pelusuk tanah air bahawa Pak Sheikh sudah dinobatkan oleh Foreign Policy sebagai ‘pemikir sejagat’. Pak Sheikh No. 32. Hebat. Sayangnya, sebagai orang biasa – yang pernah dekat dengan kepimpinan Pak Sheikh; rasa nak muntah juga dengan KONONNYA penghargaan besar kepada Anwar Ibrahim ini. Pemikir sejagat…ini ayat yang besar. Ayat hebat. Tak pasti samada Anwar layak untuk menerima anugerah yang sedemikian besar. Hakikatnya, status Anwar sebagai ‘pemikir’ pun boleh diragui. Kalau setakat membaca dan quote daripada Shakespeare, Khairy Jamaluddin yang bangang itu pun tahu. Takkan tahun depan, KJ pula dilantik sebagai pemikir sejagat. Baik buangkan sahaja anugerah tersebut ke dalam longkang. Buang masa.

Anugerah ini dikatakan sangat ‘influential’ dan menggambarkan bagaimana HANYA mereka yang benar benar hebat sahaja yang LAYAK diberikan pengiktirafan sedemikian. Mengambil kata Paul Wolfowitz mengenai pengiktirafan terhadap Anwar: ‘…”One can hope that…this courageous leader will continue to play a leading role on the world stage.”. Itu kata Paul Wolf. Sahabat baik Pak Sheikh. Pastinya ramai kalangan pemimpin Barat yang suka dengan kebangkitan Anwar. Al maklum, ‘darling’ kepada mereka.

Dengan mereka yang suka beri anugerah ini, kadangkala mudah sahaja kaedahnya. Yang penting mesti lawan kerajaan. Mesti suka dengan demonstrasi. Mesti menjadi mereka yang punya potensi menjatuhkan kerajaan. Banyak anugerah boleh diperolehi, insya’Allah. Itu jugalah yang menjadi keistimewaan dan kemampuan istimewa Anwar Ibrahim. Dalam temuramah yang dilakukan, Anwar antara lain – menggesa umat Islam agar TIDAK MENYALAHKAN BARAT, TERUTAMANYA AMERIKA dalam apa juga perkara yang berlaku di dalam dunia ketika ini.

Antara lain yang Anwar ungkapkan:-

On Muslim countries and the West: You can’t just erase a period of imperialism and colonialism. You can’t erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.

On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, “Anything revolution — out!” even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, “Anwar, out of 10 books, can you send back one?” So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, “We should reject this.”

On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, “Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?” I say, it depends on the audience. You can’t talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere!

Kita terimalah Anwar ini seadanya. Dia menang anugerah itu dan ini. Silap-silap tercalon sebagai pemenang Hadian Nobel (jika disabitkan kesalahan sodomi kali ke 2). Sekurang-kurangnya, Anwar catat rekod sebagai anak Malaysia pertama dapat Nobel Peace Prize. Pasti menggembirakan.

Antara penerima lain, selain Anwar adalah: Muqtada al Sadr (Barat pasti suka seorang pemimpin yang anti establishment di Iran), Madeeha Hassan Odhaib (dikenali juga sebagai Mother Theresa of Baghdad), Mehmet Oz (Pakar Perubatan, sekarang ini bertugas di Amerika), Mohamed ‘Mo’ Ibrahim (Sudan; selalu juga bercakap mengenai government transparency), Muhammad Yunus (ahli ekonomi – sewajarnya layak menerima anugerah).

Anwar pasti bangga dengan anugerah ini. Kita ucap tahniah. Kita harap sangat – Anwar memikirkan untuk memiliki Nobel Peace Prize selepas ini. Selepas – menerima keputusan mahkamah dengan penuh redha; sekaligus menyerang kerajaan lagi dengan pelbagai tuduhan palsu. Confirm – ada harapan menang.

Continue Reading Add comment Disember 3, 2009

1 Dis 09′: Keputusan Mahkamah Mengecewakan Anwar

Kita sama-sama mengharapkan Anwar akan terus tegar berhadapan dengan perjalanan kes sodominya yang sedang berlangsung ketika ini. Keputusan hari ini sememangnya tidak memihak kepada Anwar. Cubaan Anwar untuk melakukan ’strike out’ kepada kes sodomi Saiful Bukhari gagal lagi. Walaupun diwakili oleh kalangan pengamal guaman terbaik, Anwar masih lagi belum mampu untuk mencari ‘loopholes’ di dalam sistem perundangan – sekaligus menidakkan hak Saiful untuk mendapat pertimbangan yang wajar di dalam mahkamah.

Paling Anwar kesal, hujah pihak pembelaan – bahawa laporan perubatan semata, TANPA sebarang ‘kemasukan zakar’ tidak membawa fakta kes – tidak diterima. Makluman pihak tertentu, wujudnya DNA dua orang (dua orang?) di dalam kes ini akan menjadi asas kepada penolakan tersebut. Anwar kesal kerana, ‘tiadanya maklumat kemasukan’, atau dengan bahasa Anwar sendiri:-

Manakala mahkamah berpendirian lapuran perubatan sahaja tidak memadai, peguam bela saya berhujah pertuduhan harus membuktikan adanya kemasukan atau tembusan, kerana itu mahkamah perlu mempertimbangkan laporan pusrawi dan hospital kuala lumpur yang jelas menunjukkan tidak berlakunya fitnah liwat itu. Mahkamah juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 Januari 2009. Peguam Karpal Singh menyebut Mahkamah Persekutuan belum memberikan keputusan bersabit permohonan kami memperolehi dokumen. Hakim Zabidin Mohd Diah dengan bersahaja menjawab “tidak perlu.”

Anwar wajar menerima keputusan ini sebagai satu bentuk ‘keadilan’ kepada si mangsa (saiful) untuk diberikan ruang mengemukakan hujah dan pandangan. Janganlah ditolak. Face it like a real man Pak Sheikh.

Apa yang Anwar perlukan sekarang adalah satu lagi ‘diversion’ untuk membenarkan rakyat lupa sedikit dengan kes sodomi yang sedang berlangsung. Anwar amat memerlukan satu lagi benda yang boleh membuatkan rakyat lupa sedikit dengan isu peribadinya ini. Apa ya? BTN tak cukup kuat? Serangan kepada Najib – pun macam kurang berkesan?

Inilah masanya ’spin doctor’ Anwar kena mencari ruang baru bagi memperbaiki imej Anwar yang calar teruk. Anwar nak harapkan PAS – PAS pun kecamuk lagi. Nak harapkan DAP; tak berapa bijak. Anwar nampaknya kena bersendirian lagi kali ini.

Kita juga mengharapkan keputusan mahkamah dapat dilakukan secara cukup adil. Akta DNA sudahpun diluluskan, elok juga agaknya kita gunakan DNA dalam menyelesaikan masalah dan isu kes sodomi ni. Sedang mayat yang dah tanam pun kita boleh bongkar, apa salahnya kita gunakan DNA dalam kes ni.

Apa yang Anwar perlukan ketika ini adalah mencari bantuan Pakar DNA Antarabangsa untuk diterbangkan ke Malaysia seberapa segera. Pakar inilah yang boleh membantu Anwar dalam kesnya nanti. Berapa bayarannya? Tak perlu. Banyak yayasan antarabangsa yang nak sponsor dan taja Anwar.

Continue Reading 2 comments Disember 1, 2009

BTN Jadi Isu: Carilah Modal Lain

BTN ini bukan benda baru. Bukan polisi dan dasar yang berumur sehari dua. Anwar Berahim pun pernah mendapat nikmat ’sokongan dan kesetiaan’ daripada program BTN. Normallah untuk kerajaan mengadakan kursus-kursus yang berbentuk motivasi dan jatidiri. Ini perkara biasa. Kalau tukar BTN dengan SPIES pun, modul dan kaedah pengajarannya masih sama. Yang SPIES bawa itupun adalah perkara-perkara asas yang ada dalam BTN. Makna kata, SPIES dengan BTN – adik beradik juga. Cuma mungkin ayah/ibu sahaja yang berlainan.
Yang lebih penting dan perlu diberikan perhatian oleh rakyat adalah SIAPA yang mendapat nikmat daripada agenda SPIES kerajaan negeri Selangor ini? Ini lebih seronok untuk kita perhatikan. Kalau diikutkan senarai yang dikeluarkan oleh Exco Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal SPIES ini, ternampak benar – kalangan syarikat yang menerima KONTRAK dan KONSESI latihan di dalam SPIES ini tidak mempunyai pengalaman dalam bidang motivasi dan latihan. Main tangkap muat. Ambil sahaja syarikat mana yang ada di Selangor ini, khususnya yang menyokong pembangkang. Tengok nama syarikat pun dah tahu – luntur pengalaman, dan tidak ada asas kemahiran motivasi langsung.
Hakikatnya, SPIES adalah program cari makan. Program bagi makan kawan-kawan dan bukannya suatu modul yang ‘luhur, integrated dan tulus’ dalam memperkembangkan kefahaman masyarakat. SPIES ini adalah ‘jalan ekonomi’ kerajaan PR dalam memberikan kontrak kepada kawan-kawan. Tidak apa kalau tidak mempunyai pengalaman pun, yang penting – ada perkara yang boleh dikongsi oleh kalangan penyokong pembangkang di Selangor. Makanya, SPIES diwujudkan untuk memberi makan kepada kawan-kawan.
Pada asalnya, serangan kepada BTN ini dimulakan oleh beberapa orang YB ‘muda’ PKR yang kononnya TIDAK MAHU LAGI agenda rasisme di dalam BTN mendatangkan masalah kepada mereka. Akhirnya, pengumuman dan arahan agar kursus BTN diharamkan kepada kalangan rakyat Selangor dikeluarkan oleh EXCO Pas. Inilah hebatnya hubungan di dalam PR. PKR suruh, PAS mesti buat. PAS suruh, belum tentu PKR buat – ada ketikanya, siap bersama dengan DAP untuk hentam PAS. Politik PKR memang macam ‘chameleon’. Tengoklah siapa sifunya. Seorang yang sangat hebat dalam memperaga ’split personality’.
Apa kaitan serangan kepada BTN ini dengan Anwar. Anwar pastinya maklum, melalui kalangan networkingnya di dalam UMNO bahawa BTN sedang membantu penganjuran KEM BELA NUSA di kalangan warga UMNO secara keseluruhannya. Anwar dimaklumkan bahawa KEM BELA NUSA ini akan mendedahkan kepincangannya di dalam kerajaan selama ini. Anwar dimaklumkan bahawa akan ada ‘pendedahan berani mati’ yang akan dilakukan di dalam siri baru BTN nanti. Walaupun pada hakikatnya, mengajak rakyat untuk bersikap setia dan bersungguh mempertahankan Negara itu tidak salah – serangan yang teruk bakal dilakukan BTN terhadap Anwar akan mendatangkan kesan yang negatif kepadanya.
Anwar tidak mahu program ini diteruskan kerana ianya akan membuktikan banyak perkara bahawa Anwar adalah seorang petualang yang wajar ditentang oleh orang Melayu. Banyak pendedahan benar yang bakal dilakukan oleh BTN. Ini yang Anwar tidak boleh terima.
Rasis atau tidaknya BTN? Itu adalah soalan yang wajar Anwar sendiri jawab secara jujur. Sewaktu di dalam kerajaan, BTN adalah antara agensi yang paling wala’ dan setia mendokong perjuangan Anwar. Anwar dianggap sebagai seorang ‘hero’ kepada masyarakat Melayu. Itu yang Anwar mahu BTN bentangkan kepada umum. Di mana rasisnya? Kalau Anwar pernah diangkat sebagai pejuang Melayu? Apakah hari ini ianya menjadi satu dosa untuk mendokong usaha yang sama.
BTN ini adalah isu sampingan kepada kegentaran Anwar yang lebih nyata terhadap isu dan perkara lain. Jangan kita lupa, antara orang paling berdegar mengarahkan agar BTN ditutup adalah Izzah sendiri. Anak Anwar. Arahan siapa? Izzah bukannya tahu berfikir sendiri. Semuanya di atas arahan Pak Sheikh.

Continue Reading Add comment November 30, 2009

Ku Li Sanggup Di’sodomi’ (Politik) Anwar?

Keputusan Ku Li untuk menganggotai ‘caucus’ khusus untuk memperjuangkan royalti minyak adalah sesuatu yang tidak terlalu memeranjatkan. Ku Li dengan Anwar, pada perangai dan fiil politiknya tidaklah banyak beza. Sama sahaja. Ada cara dan keperluan untuk mensabotaj kerajaan, mereka akan lakukan. Walaupun Ku Li pada dasarnya masih mewakili BN di dalam Parlimen, persetujuannya untuk bersama dengan Anwar dalam ‘caucus’ royalti minyak ini mengundang banyak tandatanya. Apakah ini agaknya rupa bentuk ‘parlimen kelas pertama’ yang kononnya selalu diomongkan oleh ramai orang. Apakah parlimen kelas pertama benar-benar mahu membuka perjuangan ‘rentas ideologi’ di dalam Parlimen. Jika benar, ini adalah ‘precedent’ yang sangat hebat.

Kesediaan Ku Li bersama dalam ‘caucus’ ini adalah khusus untuk menempelak pentadbiran Najib yang dirasakan GAGAL dan TIDAK SAMA SEKALI berusaha untuk ‘merapatinya’, mahupun menawarkannya sebarang jawatan di dalam kerajaan, mahupun kedudukan penting yang lain. Ku Li memang mempunyai karisma dan kehebatan tersendiri, dihormati oleh rakan taulan, musuh dan jua komuniti antarabangsa. Sememangnya, kalau mahu digunapakai pun, tidaklah sebenarnya merugikan. Daripada mempunyai Syed Hamid Albar sebagai Presiden PETRONAS, Ku Li lebih layak 400 kali ganda lagi. Tengok sahaja apa jadi dengan Kementerian Dalam Negeri di bawah kepimpinan Syed Hamid. Hancur lebur. Habis semua pegawai kerajaan korup belaka.

Namun, pada hakikatnya, untuk seorang yang luas pengalaman – amat dihormati, kesediaan Ku Li untuk disodomi Anwar (secara politik) adalah sesuatu yang luar jangka. Ku Li sepatutnya tidak meletakkan dirinya terlalu jauh di bawah Anwar. Ku Li sepatutnya mempunyai ’stature’ yang lebih mulia daripada Anwar. Sayangnya, disebabkan dendam kesumat, dan kononnya membawa idealisme baru di Parlimen – Ku Li setuju untuk disodomi oleh Anwar (secara politik) di dalam isu royalti minyak.

Ku Li sudah menurunkan stature nya kepada seorang pariah politik, daripada seorang ‘Prince’ yang mempunyai karisma dan harga diri. Percayalah, Anwar tidak memikirkan barang sebesar zarah pun tentang hakikat Ku Li adalah antara insan awal yang menyumbang kepada kejayaan Petronas. Anwar, pada kiraannya, Ku Li adalah seorang kuda tunggangan yang termasuk di dalam perhitungan politik. Ku Li yang tidak mempunyai sebarang jawatan, mesti ditarik masuk ke dalam idealisme ‘parlimen baru’ yang Anwar cuba usahakan.

Ini semua adalah percaturan politik dan bukannya suatu usaha murni untuk sebenar-benarnya berjuang untuk kepentingan rakyat. Caucus tajaan Anwar ini adalah usaha terancang untuk menyerang Najib secara berdepan di dalam Parlimen. Tindakan ini, sementara menampakkan kejantanan dan kehebatan politik Anwar – sebenarnya sudah menampakkan Ku Li sebagai seorang ahli politik yang mandul dan tidak mempunyai pendirian.

Ku Li akan lebih dihormati sekiranya menjadi seorang ’statesman’ yang unggul. Dirinya yang secara jelas tidak diterima oleh UMNO, wajar mengutamakan usaha untuk melakukan peralihan kuasa di Gua Musang. Ramai juga yang menganggap Ku Li adalah Raja/Sultan di Gua Musang. Seorang Czar yang sudah menjadikan Gua Musang sebagai ‘bastion’ politik yang tidak boleh diganggu gugat.

Anwar kali ini berjaya nampaknya melakukan ’sodomi politik’ terhadap Ku Li. Seorang ahli politik berpengalaman seperti Ku Li akhirnya tewas juga dengan pujuk rayu seorang pemain politik par excellence seperti Anwar. Hakikatnya, ini bukan lagi perjuangan royalti dan kepentingan rakyat Kelantan – tetapi lebih kepada ego politik dua orang calon Perdana Menteri yang kecewa. Biarkanlah mereka menghamburkan kekecewaan setakat yang termampu.

Continue Reading Add comment November 26, 2009

Minum Petang Anwar Bersama Chin Peng

Pada awalnya, Anwar dikatakan akan bertemu muka dengan Chin Peng dalam satu majlis Minum Petang Chin Peng bersama pemimpin PKR tersebut. Walaupun ada di kalangan blogger yang melihat sendiri surat jemputan tersebut; namun PKR beria-ia menafikan bahawa mereka mendapat jemputan tersebut. Pada awalnya, ramai rakan blogger yang merasakan DSAI akan pergi bertemu dengan Chin Peng sebagai tanda ‘restu’ Pak Sheikh agar Chin Peng dapat kembali ke tanah airnya yang ‘tercinta’.

Namun, kali ini Anwar membuat keputusan yang sebaliknya. Janji minum petang dengan Chin Peng tidak mahu dihadirinya. Malahan banyak penafian dilakukan bahawa PKR benar-benar TIDAK PERNAH menerima jemputan daripada pihak Chin Peng. Kalau ada PRK di kawasan bermajoriti Cina, kita yakin Anwar pasti akan menyerbu minum petang tersebut. Gambar Anwar dan Chin Peng akan terpapar megah bagi menyaksikan bagaimana Anwar adalah sangat ‘friendly’ dengan Chin Peng dan pengundi Cina.

Anwar dan Chin Peng mungkin mempunyai persamaan orientasi. Bukan orientasi seks. Tetapi orientasi politik. Sehina-hina Chin Peng, tak pernah pula dia dibawa ke mahkamah di atas kes dan tuduhan sodomi. Sekurang-kurangnya, Chin Peng ni ada juga ‘nilai moral’ daripada sudut ini.

Orientasi yang dimaksudkan adalah orientasi ‘politik’. Politik yang berasaskan anarkisme dan ketidaktentuan suasana. Chin Peng mahu menimbulkan huru hara sebagai jalan untuk menzahirkan rasa resah di kalangan rakyat. Jika ini mampu dilakukan, kerajaan akan dikatakan tidak berfungsi dan gagal dalam memastikan ketenteraman rakyat. Masa sama, Chin Peng bermaharajalela dengan membunuh tanpa belas kasihan sesiapa sahaja yang menentang politiknya. Tak kira bangsa. Asalkan menentang komunisme, Chin Peng akan mengarahkan bala tenteranya untuk membunuh. Lesen sebagai ‘the butcher’ inipun, ada yang mahu dia kembali ke tanah air sebagai pejuang kemerdekaan. Haram jadah sungguh.

Anwar pada peringkat awalnya amat ’supportive’ dan menyokong kepada usaha mengembalikan Chin Peng ke Malaysia. Anwar menggunakan asas ‘hak asasi manusia’, bahawa Chin Peng layak kembali ke tanah airnya. Yang lebih ganas, ada juga yang mengatakan Chin Peng pejuang kemerdekaan.

Namun, akhir-akhir ini, Anwar perlu lebih hati-hati dengan gerak politiknya. Dalam berhadapan dengan PRK Kota Siputeh – Anwar tidak mahu ini menjadi isu besar di kalangan orang Melayu di Kota Siputeh. Dengan itu, apa yang wajar dilakukan adalah menafikan sama sekali PKR pernah mendapat jemputan. Tindakan yang baik.

Anwar tidak boleh kelihatan TERLALU mendokong perjuangan Chin Peng. Benar, perjuangan anarkisme mereka sama – tetapi Chin Peng tidak bercita-cita menjadi PM. Anwar ada cita-cita tersebut. Makanya, Anwar mesti lebih hati-hati dengan tindakan politiknya.

Continue Reading 1 comment November 25, 2009

Permaidani Merah Buat Husam

Beberapa orang rakan penulis di dalam pimpinan PKR mengatakan bagaimana Anwar bagaikan mendapat semangat baru dengan berlakunya krisis di dalam PAS Kelantan. Anwar sudah lama mengatakan bahawa PKR memerlukan seorang pemimpin seperti Husam Musa dalam merealisasikan harapan ‘politik baru’ kepada rakyat Malaysia. Anwar memandang Husam sebagai seorang pemimpin harapan yang mampu memainkan peranan lebih baik di dalam parti ‘multi racial’ seperti PKR, berbanding PAS. Anwar yang mengetahui kehebatan Husam dalam mencatur kemajuan ekonomi dirinya dan rakan taulannya, membayangkan Husam mampu memainkan peranan sama di dalam PKR.

Sebenarnya, Anwar telahpun menyatakan kepada Tok Guru Nik Aziz bahawa Husam perlu dibenarkan keluar daripada PAS, dan menyertai PKR. Ini kira-kiranya macam ‘pertukaran parti suka sama suka’. Husam dikekalkan sebagai EXCO Kelantan, namun di bawah payung politik baru. Semuanya ini berlaku kerana Husam merasakan dirinya tidak selamat daripada cengkaman puak traditionalist PAS yang menunggu masa membahamnya apabila Tok Guru sudah tidak mampu lagi memegang kuasa dan pemerintahan. Walaupun lama di Kelantan, Husam masih dianggap sebagai orang luar – yang tidak punya karakter seorang agamawan. Husam lebih kepada ‘corporatist-ulama’.

Husam, jelas Anwar jika mampu digandingkan dengan Azmin Ali akan melahirkan suatu ‘wave’ politik baru yang diinginkan oleh PKR. Azmin sememangnya sedang berhadapan dengan krisis imej yang sangat nyata dan jelas. Kes saham berjumlah jutaan ringgit sudahpun mula disiasat SPRM. Kalau Azmin gugur, TIDAK ADA pemimpin lain di dalam PKR yang mampu menggalas amanah yang besar. Inilah perlunya Husam di dalam PKR.

Husam pada dasarnya tidak punya masalah untuk bersama PKR. Selama inipun, Husam sudah menjadi seorang PKR yang totok dan jelas seorang ‘Anwarista’ yang teragung. Jarang benar Anwar dilepaskan seorang, kecuali bayang Husam akan turut berada di sekelilingnya – sebagai peneman dalam susah dan senang. Ini amat dihargai Anwar, kerana kehadiran Husam, pada waktu itu sebagai Naib Presiden memberikan ‘tauliah ulama’ kepada perjuangan Anwar. Kesetiaaan Husam memang sudah lama beralih arah daripada Pulau Melaka ke Segambut. Ini ramai yang diakui oleh rakan dalam PAS.

TG Nik Aziz wajar membenarkan Husam ‘berpindah’ kesetiaan kepada PKR dan meneruskan amanah sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kelantan sebagai perlambangan bahawa PR berada di dalam ‘keadaan yang sangat sihat walafiat’. Perpindahan Husam mesti dilakukan dengan penuh semangat musyawarah dan bersangka baik. Inilah yang terbaik buat PR pada ketika ini.

Husam mempunyai ‘idealisme dan karisma’ untuk turut sama membantu Azmin Ali dalam menggalas amanah besar PKR sekiranya agenda memerdekakan Anwar daripada pertuduhan sodomi tidak menjadi kenyataan. Ini mestilah menjadi perancangan jangka panjang PKR untuk meneruskan perjuangan. Memang payah, memang sukar – namun dengan kehadiran Husam Musa, ianya akan memberikan harapan luar biasa.

Anwar sedia membentangkan permaidani merah – daripada Kelantan ke Segambut dalam merealisasikan hasrat ini. Kalau itu terlalu panjang dan jauh, mungkin permaidani merah daripada Taman Melewar ke Tropicana akan menjadi lebih realistik.

Selamat Datang Husam – PKR Meraikanmu Dengan Sepenuh Hati!

Continue Reading Add comment November 23, 2009

Politik ‘Talam’ dan ‘Talam Dua Muka’

Antara tugas pertama Tuan Penasihat (25 %) Ekonomi Selangor Darul Ehsan adalah mengendalikan kekeliruan kalangan warga PKR sendiri mengenai kaedah penyelesaian hutang Talam Corporation kepada Kerajaan Negeri Selangor. Tugas ini mudah sahaja. Kalau setakat RM390 juta, ianya tidak mendatangkan banyak masalah kepada Anwar. Anwar dah biasa dengan angka bilion-bilion. Mudah dan senang. Inikan pula hutang sekadar RM390 juta. Tak besar mana masalahnya. Abrar dahulu menguruskan dana Anwar berbilion ringgit. Tak ada masalah pun.

Dalam kes ‘Talam’ ini sebenarnya ada masalah lain. Masalah politik dalaman PKR di Selangor. Soal siapa lebih ‘berkuasa’ daripada siapa. MB Selangor hanya tahu nak ‘restructure’ hutang; tetapi GAGAL terlebih dahulu restructure pemikiran kalangan ahli PKR. Ahli PKR yang tengah kelabu mata dengan pelbagai ‘ruang dan peluang baru’ tak boleh dengar tentang angka ratusan juta ini. Mereka jadi kaget. Teruja.

Azmin Ali sewaktu bertemu dengan MB meminta penjelasan mengenai kes TALAM, sudahpun mengingatkan Khalid bahwa kes ini boleh jadi ‘masalah’ baru kepada PKR. Antara yang Azmin ingatkan adalah hakikat salah seorang daripada Board of Director TALAM, adalah ‘YAM Tengku Sulaiman Shah al-Haj ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj’, adinda kepada Sultan Selangor Darul Ehsan. Azmin khuatir kalau tindakan yang tidak tentu dibuat, Sultan akan murka dan marah dengan Kerajaan Negeri. Argument Khalid, inilah cara kita nak bantu adik Sultan, supaya dia dapat membantu semula Kerajaan Negeri. Ayat pusing. Yang penting, Khalid kata – Sultan Selangor ‘bukan sokong kita pun’. Biarkan sahaja.

Khalid tak fikir implikasi kepada tindakannya itu. Sultan Salahuddin punya kuasa ‘intrinsik’ yang orang korporat macam Khalid tak pernah nak faham, dan tak pernah nak ambil tahu pun. Kepada Khalid, apa yang penting, hutang Kerajaan Negeri mesti diambil semula dengan apa cara sekalipun. Kalau nak ikut kaedah antarabangsa, usaha begini memang permainan biasa konglomerat Yahudi. Inilah agaknya ilmu ekonomi yang ada pada Khalid.

Itu tak penting, yang paling menyeronokkan – Azmin mengakui kehebatan Khalid. Ini berlaku di hadapan Khalid sendiri. ‘You’re the best leader Selangor ever had’, kata Azmin sewaktu nak keluar pintu. Yang cerita ini pun, budak Pembantu Am pejabat MB. Khalid tersenyum lebar.

Lepas keluar pintu pejabat Khalid, Azmin terus menghala ke Segambut. Khabar yang asalnya baik, sudah ditukar cerita menjadi tidak elok. Anwar memang kenal sangat dengan ‘corporate maneouvre’ Khalid. Anwar memang dah lama tak berkenan – kerana ianya tidak memikirkan soal ‘politik’. Kepada Anwar, ‘political repercussions’ mesti difikirkan juga.

Lalu, terhamburlah segala kata nista Azmin terhadap Khalid. Tidak ada binatang haram yang tak disebut Azmin. Semuanya disebut. Termasuk yang menyerupai badan Khalid sendiri. TALAM sudah menjadi ‘politik TALAM dua muka’. Depan MB kata lain; depan Ketua Umum cakap lain. Azmin pun macam Azwan Ali juga – mulut macam tong sampah. Tak boleh pakai. Busuk hati.

Lalu, terjadilah keperluan Penasihat (25 %) Ekonomi Selangor bagi memperbaiki keadaan. Hutang TALAM masih bertimbun. Tidak ada penyelesaian pun. Sudahlah hutang bertimbun; masalah POLITIK TALAM DUA MUKA juga berterusan di Selangor. Dengan harapan, Tuan Penasihat (yang biasa dengan politik TALAM DUA MUKA) akan memainkan peranannya. Dengan RM1, Selangor akan kembali kepada kedudukan yang lebih baik. Kita sama-sama doakan.

TALAM memang dapat banyak keistimewaan sewaktu di bawah kepimpinan Toyol. Ini kita tidak boleh nafi. Antara ‘flagship projects’ TALAM adalah Puncak Jalil, Ukay Perdana dan sebagainya. Entah mengapa, syarikat yang dapat banyak ‘wildcard’ pun masih boleh berhutang dengan Kerajaan Negeri. Musykil. Kali ini, tengok bagaimana Penasihat (25%) dapat menyelesaikan masalah. Kalau Anwar dah masuk – Sultan pun boleh diam dan tunduk.

Ilmu apa Pak Sheikh pakai…..

Continue Reading Add comment November 22, 2009

Anwar akan Bankrapkan Selangor?

Inilah beraninya Tun Mahathir dalam memberi komen. Komen dan kritikannya tidak selindung. Semuanya datang daripada hati dan ianya tidak sesekali mempunyai sebarang ‘hesitation’ kata orang Putih. Makanya, bergemalah gembira jerit pekik orang PKR Selangor yang kononnya meraikan perlantikan Anwar sebagai PENASIHAT KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERELAUN RM1.

Mereka kagum, kerana Anwar sebagai seorang elit politik sanggup mengenepikan kepentingan peribadi dan hanya meletakkan harga RM1 kepada khidmatnya kepada kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan. Dengan penjimatan yang sedemikian banyak, bolehlah lebih ramai orang miskin di Sekinchan, Sabak Bernam, Felda Gedangsa, Kuala Selangor, Hulu Langat menerima keuntungan daripada perlantikan Anwar. Khabarnya, sama hari dengan Anwar dilantik – berpuluh Saudagar Arab mahu melabur sebanyak RM17 bilion di Selangor. Inilah kuasa penarik dan magnet yang ada pada Anwar. Dengan sendirinya, Selangor akan menjadi sebuah Negeri yang mewah, kaya raya – walaupun tanpa sesen pun royalti minyak.

Anwar memang punya karisma dalam menarik pelabur. Inilah yang berlaku sekitar tahun 1998. Berapa bilion dolar yang Anwar dah masukkan ke dalam negara bagi menangani krisis ekonomi? Kerana Anwar lah kita semua selamat daripada cengkaman pihak asing? Benarkah begitu? Atau Anwarlah punca kepada segala mihnah dan tribulasi ekonomi yang berlaku pada ketika itu. Sama-sama fikirkan.

Dalam sibuk nak menarik ramai pelabur ‘Islam’, jaringan ‘ekonomi dan politik’ Anwar juga khabarnya sudah memulakan perbincangan dengan banyak pihak. Antaranya, adalah pemilik hedge funds di Amerika. Anwar kali ini nak betul-betul membuktikan bahawa dirinya mampu mengurus ekonomi dengan baik. Katanya, ada juga pertemuan dengan Soros Fund Management baru-baru ini di Amerika? Wah, hebat sungguh Anwar.

Demikian juga ada yang mengatakan Anwar bertemu dengan beberapa syarikat lain seperti Citadel Investment Group, D.E Shaw dan lain-lain. Musykilnya, kebanyakannya semua syarikat milik Yahudi. Anwar nak bawa ke mana ekonomi Selangor ini?

Setakat ini serangan yang dikatakan akan Anwar nyalakan terhadap DS Najib tidak berlaku. Apa yang diperkatakan oleh Bala, tidak dipakai dan diterima oleh rakyat lagi. Bala nampak sangat opportunis dan tidak ‘credible’.

Apa lagi serangan Anwar? Setakat ini bukan serangan – tetapi lebih kepada ujian. Ini yang rakyat bosan. Anwar banyak janji, tetapi semua tipu dan bohong,

Continue Reading 2 comments November 19, 2009

Penasihat Ekonomi Selangor berelaun RM1?

Kadang-kadang wayang dan gimik politik Anwar ini terlalu murah dan tidak mendatangkan kesan yang baik. Apakah masyarakat umum mahu percaya bahawa Anwar hanya mahu hidup sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM1. Tidak ada manusia waras yang tahu dan kenal Anwar bahawa dia sudah menjadi ’semurah’ itu. Ceramah Anwar di luar Negara pun dibayar oleh Yayasan kepunyaan Yahudi berpuluhan ribu. Namun, kita terimalah ini sebagai gimik politik ala Sivaji the Boss.

Lakonan politik Anwar sudah sebenarnya lapuk dan tidak diterima lagi. Elaun RM1 ini hanyalah mengaburi mata rakyat, kononnya Anwar sanggup bekerja untuk mereka dengan harga yang murah. Kononnya Anwar lebih memikirkan tentang rakyat Selangor. Daripada satu segi, Khalid Ibrahim mengakui bahawa dirinya TIDAK MAMPU dan GAGAL mengurus ekonomi Selangor dengan baik. Ataupun Anwar memerlukan point baru di dalam CVnya yang semakin kotor dengan cerita sodomi dan liwat.

Kita boleh mengagak bahawa tindakan ini adalah usaha ‘memberi muka’ kepada Anwar kerana kalangan orang PKR sendiri sudah tidak menerima arahan dan saranan Pak Sheikh. Zaid Ibrahim dalam blog terbarunya membayangkan bahawa Nik Aziz adalah calon paling layak untuk mengetuai Pakatan Rakyat Malaysia, sebuah platform ala Barisan Nasional yang akan ditubuhkan. Zaid Ibrahim sendiri membayangkan bahawa Anwar ‘perlu menerima’ perubahan ini demi kebaikan PR. Kerana apa? Kerana Zaid sebagai seorang Peguam hebat faham bahawa Anwar akan tewas di dalam kesnya nanti. Zaid membayangkan bahawa Anwar tidak akan mampu lagi meneruskan perjuangannya.

Daripada awal lagi, blog ini sudah menyatakan bahawa Anwar perlu membuktikan bahawa Selangor adalah ‘platform pelaksanaan politik dan polisi’ unggul kepada PR. Selangor mesti mampu menjadi ‘referral point’ dalam konteks pelaksanaan dasar ekonomi yang tuntas dan kerajaan yang efisien. Apakah itu berlaku? Tidak di bawah Khalid Ibrahim.

Anwar akan memainkan peranan bukan sahaja sebagai Penasihat Ekonomi, tetapi kepada Khalid Ibrahim sekali. MB gagap yang tidak mempunyai keyakinan diri itu sudah GAGAL teruk di dalam cubaannya memimpin Selangor. Khalid perlu dipimpin Anwar untuk mengurus Selangor. Baik sahaja Khalid letak jawatan, dan berikan kepada Azmin. Lebih baik.

RM1 yang diperolehi Anwar adalah ‘pernyataan politik basi’ yang tidak membawa makna apa-apa. Samalah juga seperti mogok lapar Hindraf yang lebih kepada penipuan politik. Nampaknya, orang PR lebih bijak menipu daripada dahulu. RM1 itu elaun – belum termasuk usaha penyusunan ahli keluarga Anwar di dalam banyak State GLCs di Selangor. Kita nantikan bagaimana Anwar melakukan ‘placement’ dengan kos RM1; dan kemudiannya membawa keuntungan kepada keluarga sebanyak jutaan ringgit.

Continue Reading Add comment November 17, 2009

Bila Anwar Nak Main ‘Attack’!

Kita cukup berterima kasih di atas pengesahan YB Zulkifli Noordin bahawa Anwar telah mengarahkan agar semua pimpinan PR menggunakan kaedah ’serangan’ langsung kepada Najib selepas daripada ini. Arahan ’serangan’ ini kononnya sebagai ‘build up momentum’ kepada bom nuklear isu yang bakal Anwar letupkan dalam masa terdekat ini. Fokus dan kaedah serangan akan tertumpu kepada isu moraliti PM. Ini agaknya ada kena mengena dengan isu pengakuan Bala bahawa dia disogok dengan RM5 juta ringgit untuk mendiamkan diri dalam kes Altantuyaa.

Masalahnya, kredibiliti dan wibawa apa yang Bala ini ada lagi? Bala ini sudah sewajarnya menjadi lipatan sejarah sebagai bacul yang tak mahu mengemukakan perkara sebenar. Orang bacul dan pengecut buat apa kita nak layan dan percaya. Baling batu, sembunyi tangan. Bala yang ‘lari malam’ sewaktu pengakuannya sangat diperlukan TIDAK ADA asas kepercayaan lagi. Nak cakap semua orang boleh cakap. Dulu cerita pasal bukti di Hotel Sunway Seberang Jaya, kononnya ada bukti sogokan jutaan ringgit pun, sampai ke sudah tidak ada bukti? Mana buktinya?

Siapa boleh menolak anggapan bahawa sesuai dengan kaedah ’serangan’ yang diumumkan Anwar – semua isu dihidupkan semula atas dasar keperluan politik Anwar. Anwar sendiri sudah tersepit dengan isu moraliti yang kacau bilau; kali ini ingin meletakkan moral kepada orang lain.

Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Md Akin – kononnya telah mengemukakan pautan mengenai isu Bala (kononnya pengakuan Bala bahawa dia disogok sebanyak RM5 juta). Pautan pun tidak wujud. Pengakuan pun tak ada.

Kita ucap tahniah kepada Anwar, sememangnya kita pun risau bila Anwar diam. Kita tak tahu strategi Pak Sheikh. Pak Sheikh jarang main ‘defensive’. Pak Sheikh suka main attack. Suka main ganas. Bagaimana ganasnya digigitnya belakang Saiful – demikianlah ganasnya Pak Sheikh di pentas politik. Oleh yang demikian, kita patut biarkan bila Pak Sheikh kata dia nak main ‘attack’.

Dalam PKR, bukti tidak penting. Yang penting, ‘nilai cerita’ dan isu. Itu sahaja. Menyaksikan peningkatan baik penerimaan rakyat kepada kerajaan; Anwar tahu dan maklum bahawa peluangnya semakin menipis. Sebagai ‘coach’ kepada PKR, Anwar hanya menjerit daripada tepi padang – dan tak perlu pun nak masuk gelanggang. Juak-juak dan pencacai politik PKR lah yang terpaksa berhempas pulas untuk melakukan serangan. Samada penat atau tidak, Anwar tidak peduli. Dia tahu, strategi serangannya berjalan. Kalau tak jalan. Anwar marah dan mengamuk.

Kita cabar Anwar mengemukakan ‘bukti baru’ kepada kes yang disebutkan. Jangan serkap jarang. Kemukakan bukti. Rakyat boleh menilai samada ianya mempunyai wibawa atau tidak. Anwar kalau sudah menyerang – juga membuka ruangan ‘pertahanan’ dengan lebih terbuka.

Kita tunggu kaedah serangan Anwar. Baru seronok.

Continue Reading 1 comment November 15, 2009

Previous Posts


 

Disember 2009
I S R K J S A
« Nov    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Capaian Umum

Maklum Balas Pembaca

Arkib

Hantaran Terkini

RSS Aidc Club

RSS Ali Zul

RSS Mohd Saiful Bukhari

RSS Anwar Ibrahim Dot Com

RSS Nasionalis 1946

RSS The Unspinners

RSS Politik Malaysia

RSS Azien Mat

RSS Politik MAS

RSS Anwar Aidc

Paling Popular

Top Posts