Masa Untuk Azmin Ali Ambil Alih !!!
Ogos 30, 2009 at 4:37 pm Tinggalkan komen
Sewaktu Pak Sheikh di Mekah, macam-macam perkara yang berlaku di Selangor. Selangor Darul Ehsan sudah menjadi Negeri yang tidak terurus. Bergaduh sama sendiri. Bertekak sama sendiri. Tidak bersetuju sesama sendiri. Exco ini menidakkan exco itu. Exco itu menidakkan exco yang lagi satu. Exco ini tipu peruntukan. Exco itu berkawan dengan rakan-rakan ‘underground’. Exco itu antara buat kerja dan tidak. Selangor sudah menjadi Darul Fiasco. Huru hara. Terbaru ada kes – ‘rakyat’ arak – kepala lembu ke bangunan SUK. Ini tidak pernah terjadi sebelum ini.
Apapun juga nak kita perkatakan, ini semua berpunca daripada kelemahan kepimpinan. Khalid punya kemahiran pentadbiran yang sangat terhad. Ekonomi mungkin forte Khalid. Tapi kalau, politik, pengurusan agama, managing hubungan antara kaum dalam skala yang ‘besar’, mengurus permainan politik antara kaum – Khalid tidak lulus langsung. Gagal terus. Khalid tidak mempunyai karisma untuk memimpin Negeri Selangor – yang terkenal dengan kekayaannya ini. Khalid tidak menjaga hati Sultan. Khalid tidak jaga hati rakyat.
Maka dengan itu, kita berharap sangat – dalam tawaf yang dilakukan oleh Pak Sheikh di Mekah; dapat melihat wajah Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Jangan tidak percaya, perarakan ‘kepala lembu berdarah’ di SUK itu mempunyai ‘tangan ghaib’ yang mengarahkannya. Ada kalangan mereka yang mendapat keuntungan politik daripada peristiwa itu.
Ada individu tertentu di dalam kerajaan Negeri Selangor yang mahukan Khalid kelihatan lebih ‘keletihan’ dengan pelbagai cerita. Daripada cerita ‘air syaitan’ yang selesai setakat asal boleh sahaja – timbul pula isu Kuil Hindu yang mahu diletakkan di kawasan majoriti Melayu. Ini semua Khalid pandang sebelah mata. Tak ambil pusing langsung. Yang Khalid tahu, Exco terbabit mesti mengambil tindakan yang perlu. Apa peranan MB?
Sejujurnya, Selangor memerlukan seorang pemimpin baru yang ada karisma dan kemahiran ‘politik’ yang lebih baik dari Khalid. Tidak ada orang lain yang dapat difikirkan – selain Azmin Ali. Azmin lama dalam kerajaan. Lama dalam kerangka kerjasama ‘high level’. Tidak sahaja mempunyai asas ‘corporatism’ – Azmin ada sentuhan Pak Sheikh. Sentuhan ‘politik’. Ini yang Khalid sangat berkurangan.
Khalid kena mengakui bahawa dia tidak mempunyai ‘political will’ untuk melakukan perubahan kerana tangannya diikat dengan ‘pakatan politik’. Kalau orang sudah tidak hormat kepada MB, kalau Exco tidak hormat kepada MB – Khalid perlu mencari jalan keluar. Jangan ingat masih ada masa untuk kekal di jawatan itu; jika suasana politik sekarang masih kekal di Selangor.
Azmin Ali adalah seorang individu yang lebih mampu memimpin Selangor ke arah yang lebih positif. Mungkin ada yang kata, apa perlunya blog ini mempromosi Azmin Ali – tetapi menidakkan Pak Sheikh, Ini semua kerana kerisauan dengan rentak pentadbiran Selangor. Azmin Ali – lebih mampu memastikan untung nasib umat Islam di Selangor tidak terus dihina oleh pakatan politik longgar.
Selangor yang masih belum tenang dengan pelbagai isu; mesti dikembalikan untuk menjadi role model pentadbiran PR. Selangor tidak boleh jadi Negeri yang ‘rosak’. Selangor tidak boleh terus menjadi kontroversi. Selangor tidak boleh terus dipimpin seorang MB yang lemah dan tidak ada ‘command’. Payah kalau Exco Kanan perempuan menjadi lebih dominan daripada MB. Nampak buruk sangat.
Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Reformasi PKR, Weakest Link in PR. Tags: Azmin Ali, Gelagat Anwar, Pak Sheikh.
Chua Soi Lek dan Masalah BN: Anwar Pasti Senyum ke Telinga Politik Kepala Lembu Vs. Politik Kepala Babi?
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed