Archive for Ogos, 2010

Makna Kemerdekaan Buat Pak Sheikh..

Kali ini kita menyambut kemerdekaan dalam suasana yang serba sederhana. Almaklum, bulan ramadhan al mubarak – semua kita raikan sesuai dengan suasana bulan puasa. Tak payahlah nak berarak melampau-lampau. Yang penting adalah pengertian dan sejauh mana kita menghargai ‘makna kemerdekaan’ itu sendiri. Makna kemerdekaan pun dah jadi bermacam dan pelbagai. Ikut strata dan kedudukan ekonomi. Orang kaya, kalau tak mengekalkan kekayaan, mampu membeli itu ini, ke situ dan kemari – fikiran tidak akan jadi tenang. Jiwa kacau kata orang muda zaman ini.

Orang kaya, menyambut merdeka macam menyambut hari biasa. Kalau boleh agaknya – semua staff nak suruh datang kerja. Merdeka? Apa makna merdeka? Setakat letak bendera sahaja. Kalau lepas tu kita miskin – buat apa ke jadahnya. Tender kerajaan mesti direbut. Kontrak makanan mesti disambut. Semua permit mesti disahut. Janji boleh makan lapan hingga 15 generasi. Itu baru merdeka pada mereka. Anak gadis mesti boleh bawa BMW. Boleh tunggang langgang di Zouk sesuka hati. Boleh bercuti di luar Negara dengan teman istimewa. Ini agaknya ‘nilai merdeka’ sesetengah Melayu pasca DEB yang tersangat kaya.

Kepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan – lagi sejagat. Agaknyalah. Atau Pak Sheikh sendiri pun melihat ke dalam diri dan keluarga. Merdekakan ‘rakyat’ kononnya daripada belenggu kezaliman pemerintahan. Sistem korup. Ini ayat biasa Pak Sheikh.

Pada hakikatnya, kita dijanjikan oleh Pak Sheikh dengan sebuah kerajaan baru pada 16hb September 2008. Dua tahun lepas. Walaupun GAGAL menggunakan sistem pilihanraya; Pak Sheikh ‘berani jamin – kerat jari’ bahawa akan mendapat sokongan majoriti Ahli parlimen bagi mengambil alih kerajaan. Sayang – semuanya tidak berlaku.

Agaknya, kalau kita boleh menyusun makna kemerdekaan buat Pak Sheikh:-

1. Bebas Daripada “konspirasi” serakah sendiri dalam kes liwat

Pak Sheikh pasti berdoa agar di’merdekakan’ daripada gejolak nafsu sendiri dalam kes Saiful. Pak Sheikh pasti teringat pesan kawan-kawan; pesan mantan Setiausaha Agung; pesan ramai lagi kawan-kawan agar tidak mengundang ‘masalah’ ke dalam pejabat. Akhirnya, terbelenggu juga dengan masalah. Bayangkan, kalau Saiful tidak berada di dalam pejabat; tidak diterima masuk sebagai Pegawai Khas Lagi Sulit; pastinya masa depan PKR akan lebih CERAH dan HEBAT. Bayangkan, kredibiliti Pak Sheikh yang tidak terganggu gugat; pastinya mampu menarik sebahagian besar ‘pengundi atas pagar’ untuk menyokong Pakatan Rakyat.

2. Bebas Daripada ‘Internal Politics’ PKR

Pak Sheikh sememangnya tidak gemar dengan momentum politik dalaman PKR yang semakin hangat. Pak Sheikh tidak boleh nak layan sangat orang lain; selain daripada Azmin kerana Pak Sheikh hanya percayakan Azmin. Zaid Ibrahim dah beberapa Pak Sheikh sifatkan sebagai ‘trojan horse’ UMNO di dalam PKR. Maka Azmin mesti menang sebagai Timbalan Presiden.

Pak Sheikh lebih percaya Azmin; kerana Pak Sheikh sedang susun ‘calon PKR’ seluruh Negara; jika Pak Sheikh sambung belajar di Sungai Buloh. Hanya Azmin yang boleh pastikan anak beranak Pak Sheikh terus mendapat tempat di dalam struktur baru.

3. Bebas Daripada Belenggu ‘Tradisionalisme’ PAS

Pak Sheikh lebih selesa dengan DAP daripada PAS. Sesetengah watak di dalam PAS; hanya menarik Pakatan Rakyat ke belakang. Pak Sheikh kecewa; sumbangan besarnya dalam memastikan PAS mendiamkan sedikit istilah ‘Negara Islam’ dan mendahulukan ‘Negara Berkebajikan’ semakin dipersoalkan. Pak Sheikh kecewa kerana PAS tidak dapat melihat ‘bigger picture’ di dalam isu istilah dan kejayaan politik. Kalau PAS lebih mendengar cakap; Pak Sheikh lebih ‘merdeka’.

Cukup dengan tiga ini. Pak Sheikh akan lebih ‘merdeka’ dengan niat politiknya. Nasib orang miskin? Golongan sederhana? Petani? Pemandu teksi? Hello – itu nasib merekalah. Yang penting – AKU mesti jadi PM. Tak reti?

Continue Reading Ogos 30, 2010 at 8:52 pm 2 comments

Apa Nasib Kakitangan Suara Keadilan?

Timbul simpati apabila salah seorang rakan karib penulis yang bekerja dengan Suara Keadilan semakin risau dengan untung nasib akhbar tersebut. Untuk mereka yang bekerja ini – mereka cuma bekerja. Bukan kata tak sokong Anwar – tapi kalau dah ‘soru’ sendiri pun selalu miss; apa lagi nak sokong. Kakitangan Suara Keadilan masih lagi berdepan dengan masalah permit dengan Kementerian Dalam Negeri. Yang teraniaya dengan tindakan editor dan kepimpinan akhbar ini; adalah staff mereka sendiri. Ada yang mengandung. Apa jadi dengan anak-anak? Apa jadi dengan masa depan? Apa jadi dengan hari raya yang bakal menjelma?

Nampak sangat pimpinan Suara Keadilan tidak bertanggungjawab. Bila staff merungut dan tanya dengan pihak atasan; kena jerkah – kononnya nasib mereka sendiri pun masih belum tentu. Gaji si Zulkarnain, si editor akhbar tersebut hampir 20k sebulan. Makna kata, dia pasti boleh hidup tanpa sebarang masalah. Bagaimana dengan gaji dan kepentingan kakitangan lain? Biarkan sahaja.

Dikhabarkan bahawa Zul sudahpun sms rakan-rakan media mengatakan dia TIDAK LAGI terlibat dengan Suara Keadilan. Mudah sangat? Apa nasib kakitangan lain? Biarkan sahaja. Ini sudah kes penganiayaan yang melampau oleh kepimpinan Suara Keadilan dan PKR sendiri.

Sekarang nasi sudah menjadi bubur. Permit belum diperbaharui. Banyak edar berita fitnah akhirnya semua kakitangan jadi parah.

Sebelum heboh bercakap mengenai menawan PUTRAJAYA, Anwar patut luangkan masa untuk berbuka dengan kakitangan Suara Keadilan. Jangan biarkan mereka menanggung masalah yang berpanjangan. Kalau bajet RM15 juta masih ada – usahakan agar semua kakitangan dimasukkan ke dalam Skuad Komunikasi Selangor. Habis cerita. Kalau tak begitupun, kebanyakan kakitangan Skuad MAKAN GAJI BUTA. Kalau Anwar tidak ada kes di mahkamah; mereka tidak ada kerja.

Kalangan staff PKR sendiri masih tertanya tanya dengan kaedah pemilihan Skuad Komunikasi. Ada India kaki toddy. Ada Melayu kaki judi. Ada Cina kaki perempuan pun disusun untuk jadi Skuad Komunikasi. Ada yang kata, seorang Taukey Kedai Urut Refleksologi di Pandan Indah pun dilantik sebagai Pegawai Komunikasi. Ini kerja gila.

Anwar patut meluangkan masa untuk iftar dan mendengar sesi ‘mengadu masalah’ di kalangan Ahli PKR. Sedih. Macam-macam cerita. Yang rapat dengan Anwar, termasuk adik beradiknya sibuk mengejar projek besar dan mengharapkan komisen. Salah seorang anak saudara Anwar akan berkahwin tak lama lagi; pun mengharapkan duit komisen.

Anwar kena belajar menjaga ‘isu-isu kecil’, seperti untung nasib kakitangan Suara Keadilan bagi menjamin kepercayaan rakyat. Itu lebih penting. Jangan kemaruk sangat nakkan Putrajaya; sedangkan orang lain ‘derita’ di sepanjang perjalanan itu.

Kita ini sekadar mendengar rintihan kawan-kawan. Simpati dengan nasib mereka – sedang Anwar terus menggila mencari kuasa.

Continue Reading Ogos 26, 2010 at 2:15 pm 6 comments

Divide & Rule: Anwar Style

4-5 orang Ketua Cabang Sabah sudah ada di KL sejak beberapa hari lalu. Wajah muram. Ada yang resah menantikan beberapa hari akan datang ini. Walaupun ramai yang tak berpuasa; tetapi janji temu di hotel dilakukan selepas waktu berbuka. Tujuan? Mengadu nasib dengan rakan-rakan Ketua Cabang di Semenanjung mengenai nasib mereka di Sabah. Mereka kesal, kerana Anwar dikatakan tidak ‘uphold’ keputusan Biro Politik yang menyatakan TIDAK AKAN ada sebarang tindakan dikenakan kepada mereka kerana terlalu menjadi pak turut Jeffrey Kitingan tak beberapa lama dulu.
Soal samada Jeffrey mahu diambil tindakan atau tidak – pada mereka; tidak penting. Jeffrey sudah kaya bah. Dia sudah hampir lebih kaya dari sesiapa sahaja di Sabah. Itu kenyataan Ketua Cabang tersebut. ‘Kami ini yang masih belum dapat apa-apa’. Berjuang lama sudah – tapi kaya belum lagi. Jelas Ketua Cabang yang berbadan gempal itu.
Mereka kecewa kerana Anwar dikatakan akan ambil keputusan untuk ‘BAR’ mereka daripada bertanding jawatan parti yang akan berlangsung tak lama lagi. Ini sudah kes parah. Tak mahu mereka menang itu sudah satu masalah; ini nak bunuh politik mereka macam itu sahaja. Kalau orang Semenanjung kata; ‘mati berdiri itu bah’. Mereka lebih sedih.
Kumpulan ini memang tidak sebulu dengan agenda Azmin. Kepada mereka, Azmin adalah sebenar-benarnya ‘halangan’ kepada penyatuan PKR di Sabah. Azmin ada agenda sendiri. Mempersiap diri jika ada masalah dengan Anwar. Kepada mereka, tujuan itu tidak wajar. Azmin tidak perlu mendahului Anwar.
Masalahnya, Anwar mahukan Azmin. ‘Ini tidak patut bah…kalau sudah tahu itu orang bawa masalah; kenapa perlu mahu pertahan bah’….jelas Ketua Cabang tersebut.
Lounge Hotel Royale Chulan menjadi tempat mereka ini menzahirkan kekecewaan terhadap parti dan Anwar. Mereka kecewa kerana Anwar selalu memihak dalam pertandingan. Mereka boleh ‘nampak jelas’, Anwar bermain politik kasar dengan mereka di Sabah.
‘BN Sabah juga problem bah…masih tidak bersatu. Masih ada agenda sendiri. Musa mahu lawan sama Shapie’. Kita pun sudah tidak mahu mana mahu pergi.
PKR masalah. BN Sabah pun tak bersatu. Pilihan buat mereka terhad. Penulis sengaja bertanya tentang peluang PKR di Sabah. Mereka kata, peluang sangat baik. Tetapi, soal ‘dalaman’ jadi penghalang. Rakyat TIDAK YAKIN PKR Sabah mampu memimpin. Ini kata mereka.
Anwar kena kotakan janji, untuk tidak mengambil tindakan kepada Geng 12 di Sabah. Ampunkan mereka. Kemudian benarkan proses demokrasi berlangsung seperti dimahukan. Jangan hancurkan politik PKR Sabah hanya kerana Azmin. Ini akan memberikan impak kepada PKR dalam jangka masa panjang.
Anwar lebih tahu dan faham dengan strategi politiknya.
Malam makin larut – ‘di mana bah, mahu dapat perempuan bagus’. Penulis terdiam. Kata minta ampun; tapi bab perempuan ON juga. Kurang-kurang mereka ON perempuan. Bagi kreditlah sikit….

Continue Reading Ogos 24, 2010 at 10:19 am 2 comments

Anwar Seronok Bila Isu Perkauman Meningkat?

Ada satu twitter DSAI baru-baru ini yang menggambarkan DSAI tersangat happy dan gembira. Baguslah kalau DSAI gembira dan senang hati. Tak larat juga nak tengok muka ‘keletihan, tersiksa, mangsa konspirasi’ bila tiba minggu masuk ke mahkamah. Itu strategi. Kena tunjuk lemah. Kena tunjuk macam ‘mangsa’. Baru senang nak jual di peringkat antarabangsa. Baru senang mana-mana media antarabangsa nak ambil simpati kepada DSAI. Terserah.,..kalau itu strateginya.

Dengan segala isu perkauman yang timbul kebelakangan ini; ianya seakan-akan menguntungkan politik Anwar berbanding politik kerajaan. Ini pandangan ramai penganalisa politik. Dalam isu khutbah Guan Eng pun, ramai yang anggap ini semua akan menguntungkan DAP berbanding UMNO. Ramai yang kata, undi Cina dah tentu. Tabur RM18 juta kepada setiap sekolah Cina pun belum tentu kita dapat undi Cina. Ramai kalangan editor kanan Cina pun menyokong keadaan ini. Pada mereka, politik orang Cina sudah nyata dan jelas – mereka mahu perubahan.

Guan Eng, dengan strategi bersama DAP-PAS-PKR sebenarnya seakan-akan sudah sampai tahap wali. Buat apa pun dah tak lut. Kita dedahkan rakyat kes dia dengan SDO; pada mata rakyat Pulau Pinang – Guan Eng masih lagi mangsa keadaan. Kita dedahkan kes khutbah; ada orang PAS yang kata – Nabi pun ada doakan Abu Jahl dan Umar al Khattab (sewaktu dia belum masuk Islam). Ada sahaja jawapannya. Sudahnya, Guan Eng juga hero.

Semalam Guan Eng tweet mengenai bagaimana seorang kakitangan kerajaan dapat bantuan raya sebanyak RM400. Menangis katanya penjawat awam tersebut. Siap kata, BN tak ada buat program seperti itu.

Propaganda bahawa Guan Eng sebagai ‘pejuang berjiwa rakyat’ ini memang strategi politik yang dirangka secara bersama dengan Anwar. Anwar lama dengan rakyat Pulau Pinang. Anwar tahu ‘temperature’ orang Melayu Pulau Pinang. Anwar tahu temperature ‘mamu dan mami’ yang boleh sejuk dengan sekelip mata.

Guan Eng yang sudah setaraf dengan DYMM SPB Agong ini sudah memang tahap melampau. Kalau inipun PAS Pulau Pinang boleh terima – kita rasa TIDAK ADA yang mustahil dalam politik. Semua benda boleh jadi.

Bila isu perkauman meningkat; rakyat akan rasa resah gelisah. Mula rasa tak selamat dan ‘panas’. Bila itu berlaku, advantage dan kelebihan akan berada bersama parti yang ingin membawa harapan baru. Apatah lagi kalau PM pun rasa macam tak berapa ‘tegas’. Kesilapan Pak Lah mesti dijadikan ‘iktibar’ kepada PM yang ada sekarang untuk buat keputusan.

Kena tegas. Jangan biar isu perkauman menjadi terlalu berat – membayangkan kita akan kehilangan ‘control’ dan hilang percaya rakyat.

Continue Reading Ogos 23, 2010 at 11:01 am 3 comments

Apa Pendirian Rasmi PKR Mengenai Hak Istimewa Melayu?

Dalam kemelut Raja Pornolitik (porn + politik), Chua Soi Lek mengenai isu ekuiti Bumiputera dan hak keistimewaan orang Melayu; teman-teman AMK yang ber-moreh bersama di Sunway Mentari juga masih tertanya-tanya. Sebagai seorang pemerhati dan bukan orang dalam PKR; penulis menghalakan semula soalan kepada mereka. Sebagai anggota AMK, ahli PKR, pendokong Pakatan Rakyat, sahabat DAP dan PAS – merekalah sebenarnya yang lebih layak memberitahu kita mengenai pendirian PKR mengenai ‘hak istimewa’ Melayu.

Mereka sendiri GAGAL menjawab. Penulis mengatakan, penting untuk anggota PKR sendiri mendapat jawapan yang ‘rasmi’ daripada pimpinan parti mengenai isu ini. Ini penting, kerana menjelang PRU13 akan datang; undi Melayu akan banyak ‘bergantung’ kepada pendirian dan polisi ini. Mungkin pimpinan PKR boleh mengatakan isu ini tidak relevan; namun apa yang berlaku di Hulu Selangor – sebagai misal; membayangkan bahawa rakyat masih menganggap ‘polisi’ ini penting.

Malahan dalam satu kajian yang dijalankan oleh pihak ketiga – 76 % pengundi Melayu masih menganggap isu ‘Melayu dan hak keistimewaan’ ini penting. Peratusan yang masih percaya dengan DEB juga masih tinggi. Apakah PKR sanggup buang ‘dapatan’ seperti ini. Apakah PKR sanggup hilang undi Melayu kali ini?

Soalnya, apa pendirian Anwar dalam isu ini? Ketika Soi Lek membidas ‘DEB'; Anwar yang pernah berada dalam Kerajaan; pernah menganggap ‘DEB’ sebagai dasar teras tak mahu beri sebarang komen? Apa pendirian?

Kalangan AMK yang bersama penulis malam tadi sempat menggelengkan kepada, meYAKINI bahawa Anwar tidak akan membuat sebarang pendirian. Pendirian selamat, ‘kita akan melihat dasar ini apabila kita diberikan ruang untuk berada di Putrajaya’. Itulah yang selalu jadi ‘escape’ clause Anwar dalam menerangkan isu ini.

Antara yang paling menerasi dasar ini adalah perkara berikut:-

TANAH UNTUK ORANG MELAYU

JAWATAN DALAM KERAJAAN

PERUNTUKAN BIASISWA

BANTUAN EKONOMI

Ini semua perkara yang wujud dan tertegak dalam Perlembagaan. Apakah Anwar dan pimpinan PKR boleh mengenepikan begitu sahaja? Atau sememangnya sudah ada ‘akar perubahan’ yang dipersetujui dengan semua parti Pakatan Rakyat?

Anwar wajar ambil pendirian mengenai isu ini. Demikian juga seluruh pimpinan PKR. Jangan sibuk dengan pemilihan parti sahaja. PRU13 menentukan ‘jalan dan harapan baru’ kepada Malaysia dan PKR. Kalau harap Zaid Ibrahim, jawabnya – Melayu hanya tinggal pada nama – KERETAPI TANAH MELAYU (KTM). Itupun sudah hampir BANKRAP..

Continue Reading Ogos 18, 2010 at 4:39 pm 1 komen

Perlembagaan Baru: Anwar Terbabit?

Apa yang diperkatakan oleh Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan tidak boleh dilihat sebelah mata. Pertamanya, yang mengeluarkan kenyataan adalah seorang Mufti. Yang keduanya, apakah benar draf ‘Perlembagaan Baru’ ini wujud – rakyat Malaysia layak agaknya untuk mendapat tahu apakah bentuk kerajaan dan perlembagaan yang bakal dirubah dan dianjak. Kita yakin, perubahannya bukan bersifat ‘piecemeal'; tetapi melibatkan perkara-perkara dasar yang penting dan menjadi struktur asas kepada negara Malaysia ini.

Sememangnya cita ‘merubah Perlembagaan’ tidak salah. Ianya mungkin menjadi ‘the highest endeavour’ in politics. Menukar kerangka asas hubungan rakyat dan kerajaan bukan perkara main-main. Ianya serius. Ianya menggambarkan ‘bentuk kerajaan’ yang sebenar-benarnya mahu diwujudkan di Malaysia ini.

Pernah blog ini tuliskan dahulu, jalan ke hadapan yang diinginkan oleh sesetengah pihak adalah ‘sebuah republik’. Ada yang menulis, mengutuk dan mengeji – kononnya ini adalah satu telahan politik yang silap. Blog ini dikatakan terlalu bersifat ‘mengagak’ dan tidak berdasarkan kepada alasan fakta yang betul.

Pada hakikatnya, DAP dan PKR masih belum berani mengemukakan ‘sentimen’ itu; walaupun kita boleh beri jaminan bahawa ianya ada dalam kepala. Sebagai sebuah parti ‘sosialis’, DAP memang ‘pantang’ dengan wujudnya elemen-elemen ‘kelas, strata dan kedudukan’. Sebagai sosialis, Negara mesti menjadi kenderaan semua rakyat. Tidak kira kelas, strata – dan apatah lagi ‘darah’ yang tidak relevan lagi pada ketika ini. DAP menganggap ‘institusi’ yang terlalu melonjak-lonjak kedudukan ini hanya merosakkan cita sosialisme yang mereka mahukan.

Nah, perubahan BESAR yang dibuat oleh PAS untuk menggugurkan Negara Islam; dan mengetengahkan Negara Berkebajikan adalah KEMENANGAN besar DAP. Ini kemenangan besar kepada idea sosialisme. Kemampuan untuk melakukan ‘merger’ dengan Islamic Socialism adalah satu ‘rezeki politik’ yang tidak pernah DAP jangka.

Tak kira lah pakai kitab sosialis mana sekalipun; samada Robert Owen, Henri de Saint Simon, Friedrich Engels atau Marx; tidak seharusnya ada kelompok yang terlalu perlu diberikan hormat dan hak yang melampau. Kejayaan utama DAP adalah meyakinkan rakyat bahawa ‘institusi’ yang tidak perlu; wajar diruntuhkan. Apakah DAP mampu menafikan idea ini?

Kita semua tahu, PAS tidak akan mampu ‘berfikir sendiri’ dengan idea Islamic Socialism. Itu di luar kemampuan PAS. Maka, pemikiran ‘sosialisme’ ini digamkan oleh kepentingan politik seorang yang sangat ‘licik’ dan berilmu. Siapa?

Tidak ada orang lain yang beria berfikir untuk menjadi ‘Presiden’ kepada sebuah republik Malaysia. Ini bukan cita mainan. Kemenangan 2/3 dalam pilihanraya mampu menjadikan Malaysia – menerima ‘Harapan Baru’ sebagai sebuah republik.

Apakah ini HARAPAN BARU yang dimaksudkan? Harapan Baru mungkin juga didahului oleh PERLEMBAGAAN BARU.

Continue Reading Ogos 17, 2010 at 2:23 pm 3 comments

Sesi Petang – 16 Ogos 2010 ‘Tersirat di Sebalik Perbicaraan Anwar’

Kadangkala timbul rasa kasihan memikirkan rakan-rakan di sekeliling Anwar. Apakah mereka benar-benar simpati; atau kalangan mereka yang menagih ‘pulangan’ setelah lama dalam perjuangan reformasi. Nilai perjuangan mereka sekarang didominasi ‘RM’. Tidak ada yang lain. Sedang Anwar berhadapan dengan tuduhan LIWAT; kalangan pimpinan PKR yang hadir lebih berminat dengan ‘pemilihan parti’ yang bakal berlangsung. Banyak masa mereka yang hadir di mahkamah; lebih tertumpu kepada usaha mendapat ‘blessing’ bagi berada di dalam ‘cai tan’ (menu kepimpinan) Anwar.

Cukup ironi – ketika Anwar berhadapan dengan persimpangan penting dalam hidup politiknya; cerita di belakang mahkamah lebih tertumpu kepada siapa yang bakal menjadi pemimpin pilihan.

Zaid Ibrahim

Walaupun berada di bulan ramadhan al-mubarak, nampaknya orang PKR tidak berpuasa mulut. Belakang mahkamah tadi menjadi medan menyerang Zaid Ibrahim yang mereka anggap seorang ‘dewa’ yang terlalu diberikan advantage oleh Anwar. Pada mereka, Zaid sudah menjadi OVER dengan pelbagai saranan yang akan merosakkan PKR. Saranan Zaid agar PKR memantau POLITIK WANG secara bersungguh. Zaid beria mengatakan ‘berbuaka puasa’ pun sebenarnya perlu dikawal. Jangan menjadi ruang kempen yang melampau.

Dua orang daripada cabang Setiawangsa dan Ampang tadi membebel sesama sendiri. Apa jadi dengan perwakilan? Bagaimana mereka nak dapat sedikit habuan? Inilah yang menjadi perbualan mereka di belakang mahkamah.

Nampaknya Zaid berhadapan dengan ‘hurdle’ yang besar di dalam pemilihan akan datang. Perwakilan tidak dapat terima retorik ‘bersih politik wang’ Zaid Ibrahim. Mereka mahu ‘habuan’. Mereka mahu ‘upah’. Ini hakikatnya di dalam PKR.

Dua Naga (Chua Jui Meng vs. Tian Chua)

Persaingan kasih sayang antara Chua Jui Meng dan Tian Chua nampak jelas di mahkamah. Sementara Chua Jui Meng tak mahu duduk dengan penyokong biasa; Tian Chua lebih senang duduk di atas tangga. Jauh daripada Anwar pun. Tapi Chua Jui Meng tak mahu. Mesti jaga status. Bekas menteri.

Selepas sahaja keluar mahkamah, Tian Chua mengiringi Anwar sampai ke kereta. Anwar nampak bersungguh menasihatkan Tian Chua. Tarik diri? Terima jawatan lantikan? Nampaknya Tian Chua kena bersedia menjadi KORBAN POLITIK bagi menarik Chua Jui Meng ke dalam pimpinan. Soalnya, perwakilan mahukan siapa?

Bebas Sebulan

Anwar cukup lega dengan keputusan HAKIM tadi. Gembira tak terkata. Puas. Gembira. Mahukan tidak, taktik dan strategi ‘bantah dan rayu’ menjadi. Inilah prosedur mahkamah yang boleh dimain-mainkan oleh pesalah yang kaya raya. Yang miskin, mana mampu nak bayar peguam handalan. LIWAT masih belum menjadi isu. Yang jadi isu, ‘hubungan sulit’. Itu lebih utama.

Continue Reading Ogos 16, 2010 at 9:19 pm 2 comments

Sesi Pagi – 16 Ogos 2010 – ‘In The Spirit of Ramadhan’ – Karpal

Hari ini, antara ayat yang paling menarik perhatian adalah penggunaan ayat ‘in the spirit of ramadhan’ yang dijadikan modal Karpal di mahkamah. Berulang kali Karpal memohon jasa baik Hakim untuk membenarkan proses rayuan di buat terhadap keputusan Hakim yang menolak usaha untuk ‘strike out’ kes untuk entah kali ke berapa. Buang kes dah jadi macam strategi utama kepada Karpal dan pasukan peguambela. Tanpa terlebih dahulu menggunakan ruang untuk menyoalbalas saksi utama yang ada.

Penangguhan memang strategi yang perlu; saat ‘khabar angin’ mengatakan kes akan terjawab hanya setelah memanggil saksi ke-5. Laporan kimia HKL akan menjadi satu pembuktian yang sukar untuk diganggu gugat. Terutamanya apabila ‘pengurusan barang kes’ didapati sangat terperinci dan sukar untuk diragui.

Pujian harus diberikan kepada Jude Pereira dan Team HKL yang telah menyusun sample air mani secara cukup berhati-hati dan terperinci. Jude sudahpun mengambil segala usaha awal bagi memastikan tidak ada ruang ‘contamination’ kepada bahan bukti. Makna kata, semuanya mestilah ‘infallible’. Tidak ada ruang untuk dipersoalkan.

Hari ini, pakar Australia tidak hadir di mahkamah. Membolehkan satu lagi strategi ‘delaying’ digunapakai. Sejak dari awal, nampak sesuatu yang tidak tersusun di kalangan team peguam. Malahan, di kalangan wartawan sudah dapat mengagak bahawa – team peguambela memang tahu TIDAK ADA ruang untuk mendapatkan ‘strike out’. Usul tersebut hanya mainan perundangan.

Benar, kalau ‘spin doctor’ PKR mengatakan bahawa ‘affair’ antara Saiful dan Farah mungkin wujud. Ini juga TIDAK dinafikan oleh Hakim. Namun, apa yang perlu di’establishkan’ adalah sejauh mana penglibatan Farah dengan bahan kes. Afidavit En Hanafiah dan Jude telahpun menafikan penglibatan ‘utama’ Farah di dalam kes. Lebih menarik lagi, di dalam hujah balas, TIDAK ADA keraguan pun yang cuba diketengahkan oleh Karpal mengenai ‘fakta’ ini. So, Hakim membuat keputusan MENOLAK.

Maka timbullah ‘spirit of ramadhan’ sebagai alasan baru Karpal. Di atas semangat ramadhan; kita mesti tangguh kes ini. Itulah rasionalnya; walaupun mungkin istilah lain digunapakai.

Kalau betul, team peguambela mahu mengangkat ‘spirit of ramadhan'; kebenaran mestilah dijadikan asasnya. Semua saksi mesti disoalbalas secara bersungguh dan adil. Ini baru ‘spirit of ramadhan’. Kebenaran itulah yang perlu diketengahkan.

Kita serahkan kepada kebijaksanaan Hakim untuk meneruskan bicara 2.15 pm nanti. In the spirit of ramadhan, kita harap tidak ada lagi penangguhan. Tapi…seakan-akannya; bertangguh lagi kes ini.

Continue Reading Ogos 16, 2010 at 2:03 pm Tinggalkan komen

Apa Komen Penasihat Ekonomi Negeri Selangor?

Semalam DAP telahpun membuat penyiasatan ‘kangaroo’ kepada kes Ronnie Liu dan Teng. Mahkamah dalaman kangaroo – sebab yang jadi HAKIM pun gangster Cina tua Cheras yang diragui ‘penglibatannya’ dengan geng kongsi gelap. Siapa tak kenal Tan Kok Wai. Orang lama di Cheras yang sudah menjadi ‘bapa angkat’ kepada banyak aktiviti ekonomi GELAP di Kuala Lumpur, Pandan dan Cheras. Tan Kok Wai (Pengerusi Lembaga Disipling DAP) mengumumkan bahawa Teng kena MARAH TERUK; dan Ronnie Liu diberikan amaran yang keras.

Teringin juga nak tahu macamana kerasnya amaran tu? Apakah penyiasatan dilakukan oleh geng kongsi gelap upahan; ataupun parti DAP sendiri pun kita tak tahu. DAP dan Kongsi Gelap ini macam adik beradik juga. Saling membantu. Saling berkasih sayang.

Siapapun anda, penyokong BN atau PR; ini adalah soal integriti dan ketelusan yang sering DAP sendiri perjuangkan. Transparent. Cekap. Accountable. Ini bukan sekadar slogan. Ini kononnya dah jadi gaya hidup orang DAP. Sentiasa bersih dan suci. Tidak ada nilai korupsi dan rasuah. Tidak boleh dijual beli. Ini semua dilakukan demi maruah ‘politik Cina’ yang dianggap sangat suci dan penting. Sayangnya, DAP cakap tak serupa bikin. Semalam cakap pasal telus – hari ini dan boleh LULUS. Semua ikut jalan belakang. Sama macam ekonomi hitam yang dinaungi oleh kongsi gelap.

DAP sudah meruntuhkan ‘core’ dan teras perjuangan Pakatan Rakyat. Kepimpinan yang bersih dan suci – akhirnya; terjerumus juga ke lembah hina rasuah dan surat sokongan. Apa jadi? Apa kata PENASIHAT EKONOMI SELANGOR mengenai hal ini?

Anwar sepatutnya menjadi ‘sumber asas’ kepada pemerintahan Selangor yang sangat bersih dan luhur. Mesti buktikan bahawa semua akan diuruskan secara telus dan tidak ada amalan busuk. Hari ini apa jadi?

Apakah Anwar TIDAK MAMPU berkata apa kalau salah dan silapnya dilakukan oleh DAP??? Apakah Penasihat Ekonomi tidak lagi boleh memberikan nasihat di atas landasan kebenaran di Selangor? Makanya, apa peranan Penasihat Ekonomi?

Rakyat tak minta banyak. Apabila tsunami berlaku, yang rakyat harap akan timbul satu bentuk pentadbiran yang lebih MAMPU dan WIBAWA. Sekurang-kurangnya di Selangor. Sayang, rakyat tertipu lagi.

Kalau permit angkut sampah pun boleh di FARAIDKAN sesuka hati; apatah lagi benda yang besar dan menjanjikan ‘kickback’ dan ‘komisen’ yang banyak. Lagilah berebut. dan menggila semua pihak.

Kesimpulan: SENANG CAKAP DARIPADA BUAT….

Continue Reading Ogos 13, 2010 at 11:56 am 1 komen

Chua Jui Meng: Siapa ‘Penggalak’ Jadi Kurang Ajar???

Sudah blog ini tegaskan semalam, Chua Jui Meng ada menemui Anwar di mahkamah bagi mendapatkan nasihat mengenai tindakannya yang meletakkan gambar DYMM Sultan di banner politik. Kejadian yang tidak pernah berlaku; kecuali dengan persetujuan dan kesediaan pejabat Duli Tuanku sendiri. Nampaknya, politik PKR sudah pakai konsep gestapo. Main redah. Asal boleh. Asal boleh dijadikan modal politik.

Penulis kebetulan berada di barisan belakang sewaktu pertemuan Anwar dan Chua Jui Meng di mahkamah. Chua bertanyakan pandangan Anwar mengenai isu tersebut. Anwar kata, ‘you need to do statement’. Belum sempat Anwar cadangkan bentuk statement yang nak dibuat; Hakim dah masuk mahkamah. Tak sempat bertanya Anwar – Chua sibuk karang statement sendiri. Palai blackberry. Tapi taip sebiji-sebiji. Tak cekap langsung. Antara yang ingin diterangkan oleh Chua Jui Meng; bahawa ianya (banner) tersebut BUKAN pembuatan PKR. Ada orang lain yang buat. Nak tuduh BN jadi dalang lah tu. Ini standard lama punya penyelesaian.

Anwar sebenarnya yang menjadi penggalak kepada banyak insiden kurang ajar kepada Sultan dan pemerintah. Ini memang style biasa Anwar. Ini memang modus operandi Anwar.

Isu besar dalam PKR ketika ini adalah siapa sabotaj siapa? Ada juga kalangan aktivis PKR yang menganggap Chua Jui Meng kena main kawan sendiri. Banner tersebut memang sengaja dibuat sebegitu rupa bagi merosakkan lagi hubungan Tuanku Sultan dan Chua Jui Meng. Ada yang kata, Bekas Menteri Besar Johor pun terlibat dalam memastikan banner tersebut boleh membenam Chua Jui Meng. Bekas MB yang mana?

Siapa Pantau Khalid Ibrahim?

Di saat PKR akan mengadakan pemilihan tak lama lagi; sudah menjadi tabiat PKR – akan ada agenda KAWAN TIKAM KAWAN. Biasa. Waktu moreh dengan ahli AMK tempohari di Hartamas; mereka tergelak kerana PKR lawan sama sendiri macam tak ingat dunia. Masing-masing nak lepas pucuk dan kepentingan masing-masing.

Bayangkan, sampai pejabat MB pun ada ‘kamera tersembunyi’. Bahaya sungguh. Berpeluh Khalid mengingatkan ada tak dia ‘TER-CUIT’ Elizabeth Wong dalam pejabat. Takut juga. Ini semua boleh jadi senjata makan tuan sewaktu pemilihan nanti. Hancur.

Azmin seperti biasa – berlagak seperti TIDAK ada apa-apa berlaku. Sedang di dalam PKR semua orang tahu; Azmin kena check mate Khalid bagi mengelakkan sebarang pertandingan melibatkan dirinya. Apa juga cara – kena buat. Kamera, microphone, sms, mms, e mail – boleh jadi bahan kempen.

Malam pertama tarawikh, Azmin sudah sampaikan derma sebanyak RM45 ribu ringgit untuk satu masjid kecil di keramat. 45 ribu. Fuhhh…banyak sungguh duit Kerajaan Negeri Selangor ketika ini. Hebat.

Alhamdulillah; jika ini semua tanda kejayaan Kerajaan Negeri selama ini. Kalau Azmin mampu bagi RM45 ribu…TS Khalid bagi berapa??? Siapa pantau???

Continue Reading Ogos 12, 2010 at 12:45 pm Tinggalkan komen

Older Posts


Ogos 2010
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Capaian Umum

  • 49,266,639 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • 10 COMMON FACEBOOK SCAMS YOU SHOULD NEVER CLICK ON
    The Common Facebook Scams You Should Never Click On By Adam Clark Estes, Gizmodo, 31 July 2014.It's been a little sad to watch Facebook devolve from being a squeaky clean site full of people you love to a spam-ridden wasteland. And with a fifth of the world's population using the site, you can be sure the spam is going to keep coming. So you need a […]

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • Benar Janji Allah
    Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil.   Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak pada saya.Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya.Yang pasti, saya dan keluarga […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Zuhdi taubat dan kembali sembah DAP?
    JAWAPAN KEPADA RAFIZI RAMLI, ANTHONY LOKE DAN TONY PHUAHampir 20 tahun yang lalu, ketika Samuel Huntington mengemukakan teori tentang ‘Pertembungan Peradaban’ (The Clash of Civilisation), yang menuduh Islam adalah sebuah agama yang sering berkonflik, saya adalah seorang yang menjadi penentang kuat menolak teori tersebut. Pada ketika itu, saya mendukung usaha […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada semua pengunjung laman ini. Insya Allah, laman ini akan dikemaskini semula bermula pada 6 Ogos 2014… more »

RSS Perak Today

  • Memori lebaran Chacha & Shakilla
    DUNIA hiburan sentiasa dahagakan bakat baru atau pelapis. Mengalih perhatian kepada kelompok pelakon baru, usah terlepas pandang aura dua gadis jelita – Shakilla Khoriri dan Chacha Maembong. Wajah mereka semakin laris di kaca TV dan mula menjadi buruan produser. Bertemu dengan mereka pada sesi fotografi istimewa RAP sempena Aidilfitri kali ini, Shakilla dan […]

RSS Laman Izzs

  • [5 Gambar] Ular Ditemui Dalam Kain Kafan Bersama Mayat Di Tekuk Kumbar!!!
    Kejadian dikatakan berlaku di sekitar kawasan Balik Pulau dan disedari bila mayat yang sudah siap dikafan kelihatan sesuatu bergerak- gerak di dalamnya. Selepas ikatan kain kafan dibuka semula, didapati seekor ular berada bersama mayat.Namun begitu, berdasarkan semakan yang admin lakukan terhadap seorang sahabat yang bermastautin di sekitar Balik Pulau, beli […]

RSS Parpu Kari

  • APA MASALAH NGAN CINA DAP PUKIMAK NI?
    Ini yang terbaru sedang diperkatakan di laman FB. Nampaknya cinabeng DAP ni semakin hari semakin melampau. Disebabkan sudah tiada ISA, ini la jadinya.Perempuan jalang ni pulak bila dah kantoi suruh laki cinabeng sipemakan babi buat repot kata akaun dia kena hack la, ornag salah guna la. Pukimak betul la bila check balik memang sah akaun dia. Sebab dah kecoh […]

RSS Musram Rakuman

  • MB Selangor: Lim Guan Eng Cuba Pesongkan Isu
    Lim Guan Eng cuba pesongkan isu sebenar berkaitan perbalahan dalam penggantian Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu menekankan bahawa ada pihak-pihak dalam Pakatan Rakyat menolak penggantian itu atas sebab yang menggantikannya adalah seorang wanita.Sebagaimana yang kita tahu, baha […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Malaysia Premier Brokers Deal to Recover Black Boxes
    Malaysian apparently achieved what pressure from far more powerful nations had failed to accomplish.   KUALA LUMPUR, Malaysia — Prime Minister Najib Razak’s announcement that his government had reached an agreement with pro-Russian separatists in eastern Ukraine, for the transfer of the bodies and so-called black boxes from Flight 17 to Malaysian representat […]

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • MB Selangor: Lim Guan Eng Cuba Pesongkan Isu
    Lim Guan Eng cuba pesongkan isu sebenar berkaitan perbalahan dalam penggantian Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu menekankan bahawa ada pihak-pihak dalam Pakatan Rakyat menolak penggantian itu atas sebab yang menggantikannya adalah seorang wanita.Sebagaimana yang kita tahu, baha […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 124 other followers