Benarkah PR Sudah Selesai Isu di Sarawak?
Mac 29, 2011 at 11:36 pm Tinggalkan komen
Dalam kita menilai keikhlasan; kita bukan sahaja perlu melihat kepada percakapan; perlu juga kita nilai air muka dan ‘wajah’ seseorang yang bercakap itu. Kita ucap tahniah, kerana ‘negotiation’ PKR/DAP/PAS sudah selesai di Sarawak. Nampaknya, PKR masih lagi nak main sebagai pemain utama. Kit Siang pada hakikatnya tak seronok. Dalam perbincangan dalam Majlis Pakatan Rakyat; Kit Siang berulang kali menekankan bagaimana video seks Anwar akan memberi kesan kepada undi di Sarawak. Kit Siang terus terang sahaja.
Kit Siang beritahu Majlis PR; bahawa dengan momentum yang ada sekarang; DAP ada peluang menang di 18 kawasan. Semua kawasan yang ingin ditandingi oleh DAP. Ini semua berdasarkan maklumat yang diperolegi di gereja, tokong, pasar, kedai kopi, padang dan segala bentuk ‘census’ yang DAP buat. DAP bentang ‘facts and figures’ bahawa Cina Sarawak akan buang SUPP kali ini. Kit Siang beritahu Anwar dan Azmin, Kak Wan pun ada. Tapi PKR ‘MINTA TOLONG’ atas dasar mahu meletakkan ‘credentials’ kepada Anwar sebagai tokoh pembangkang.
Kak Wan merayu Kit Siang supaya mengambil kira situasi kalau Anwar dimasukkan ke dalam penjara. Apa akan jadi kepada PKR? PKR perlu Sarawak bagi memastikan perjuangan PKR kekal hidup di Malaysia. Sarawak ini akan menjadi platform kebangkitan PKR.
Kit Siang tak seronok. Memang dia tak seronok. Sebab Anwar masih lagi menagih simpati – dan bukan bersandarkan ‘real facts’ di dalam politik. Kit Siang bangkitkan; apa jadi kalau video Anwar terburai di Sarawak? Apa jadi kepada pengundi Melayu? Tidakkah mereka akan tolak Anwar.
Anwar yakinkan Kit Siang itu tidak akan berlaku. Build-up yang telah dibuat; meletakkan PDRM dalam keadaan tertekan. Kalau ‘leak’ video itu; maknanya PDRM memang bersekongkol dengan Rahim Thamby Chik. Proses ini akan ‘backfire’ kata Anwar. Setakat ini, video itu hanya ditonton oleh paling ramai 100 orang. Tidak ada kesan kata Anwar.
Kit Siang terpaksa akur. Nampaknya DAP terpaksa tunduk di atas dasar : SIMPATI dan BAGI MUKA. Kalau nak ikut atas kertas; PKR akan kalah banyak seats di Sarawak. Tetapi kerana kegagalan Anwar untuk mengalah. Kit Siang akur.
SILA LIHAT VIDEO YOUTUBE: DAN LIHAT KEPADA MASA 3:35 SEHINGGA 3:55 UNTUK MENILAI SAMADA KIT SIANG ‘HAPPY’ ATAU TIDAK. ANDA BERITAHU SAYA JAWAPANNYA.
Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Pilihanraya DUN Sarawak, Weakest Link in PR. Tags: Anwar Ibrahim, Gelagat Anwar, Pilihanraya DUN Sarawak.
Kenapa Azmin Tak Sentuh Pasal ‘Video Seks’? Anwar Bergantung Kepada Agama Lain?
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed