Jenuh Kakitangan HQ Tukar Manifesto…
Januari 11, 2012 at 5:19 pm 3 comments
Kesian pun ada. Pelik pun ada. Agaknya memang PKR tak jangka Anwar dibebaskan oleh mahkamah. 14 Januari 2012 ini dijangka PR akan merasmikan manifesto PRU yang akan datang. Kalau mengikutkan persediaan awal, 14 Januari ini akan digunakan sebagai MEDAN UTAMA merasmikan manifesto – yang terkandung beberapa perkara utama. Tapi antara yang paling utama adalah – agenda BEBAS ANWAR 901. Semua dah siap. Logo dah siap. Gambar dah siap. Montage dah siap.
Sudahnya, banyak benda kena buat semula. Program yang awalnya menjadi medan – MENDEWAKAN Anwar sudah perlu ditukar kepada sesuatu yang lain. BERSIHKAN RAKYAT dijadikan agenda utama. Berbanding BEBAS ANWAR.
Nampaknya, banyak benda yang kena re-design. Apa nak buat. Kalau sebelum ini boleh maksimakan kes Anwar. Sekarang sudah kena tukar. Banyak juga belanja. Tapi tak apa. Bak kata Setiausaha Agung PKR, ‘nak buat macamana….kita agak lain; jadinya lain’.
Berdasarkan info rakan-rakan di HQ; manifesto baru tidak banyak beza. Cuma beberapa bab awal mengenai BEBAS ANWAR terpaksa diperbaik dan diperbetulkan. Tuduhan bahawa HAKIM makan suap, Polis mengikut telunjuk PM, Jude Pereira adalah alat politik – sudah tidak boleh dipakai lagi.
Sebab itu, tema BERSIHKAN RAKYAT dijadikan tagline baru. Perkataan ‘BERSIH’ perlu ada bagi menumpang populariti program tersebut. Rakyat hanya penyedap sahaja.
Apa benda lain dalam manifesto? Tak lari banyak daripada Buku Jingga, kata rakan tersebut.
- Penurunan harga minyak;
- Pemansuhan tol;
- Pemansuhan hutang PTPTN (pengajian tinggi percuma untuk semua yang layak);
- Penyediaan rumah kos rendah kepada semua kakitangan awam (sewa beli dengan harga murah);
- Pembahagian dana Persekutuan secara adil (menggunakan secara total strategi ‘fiscal decentralization’);
- Pilihanraya peringkat PBT;
- Kesihatan percuma (termasuk kes critical illnesses);
- Kajian semula SBPA (menggunakan kaedah yang lebih ketat);
- Penambahan elaun guru;
- Peningkatan gaji kumpulan terbawah kakitangan awam;
- Kenaikan pencen Polis sebanyak 15 %;
- Pelaksanaan cukai khas untuk mereka yang kaya (dilaksanakan di Amerika);
- Peningkatan premium di kawasan-kawasan elit;
- Selangor dan Pulau Pinang diberikan peruntukan lebih berdasarkan sumbangan kepada GDP;
Semua ini masih diperingkat rundingan. Katanya, sibuk juga mereka semua mendapatkan pandangan ramai ahli akademik dan pakar pengurusan ekonomi.
Dalam pada ramai yang seronok kerana Anwar bebas – kakitangan HQ merungut kerana terpaksa ubah banyak perkara.
Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Pilihan Raya Umum 13, Reformasi PKR, Strategi Politik PKR. Tags: Anwar Ibrahim, Bebas Anwar, Gelagat Anwar, Jude Pereira.
Lelaki Y = Anwar? Atau orang lain? Karpal Sendiri Mahu Adanya Rayuan..
3 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Abdullah | Januari 11, 2012 at 5:33 pm
ai tak ade pun nak turun kan harga beras, kopi minyak masak, teksi,???nampak secara luar nya baik tapi aku takut dengan manifesto ni…macam ayer mani dlm bontot dengarnya..sedap cakap dan sedap tulis memnag sedap…
2. Tanpa Nama | Januari 12, 2012 at 11:58 am
kalau tak nak tukar Manifesto pun boleh. Gi menyerah diri ke Sg Buloh. Ataupun ke alam Barzakh, aman manusia satu dunia. Tp sian kat jiran sebelah tak leh nak rehat. Asyik tangguh tangguh soalan Mungkar Nangkir.. Maklumlah ANUgerah TUHAN lah katanya.
3. Laman Izz's | Januari 13, 2012 at 10:50 am
salam saudara, saya ingin memohon jasa saudara bagi memautkan suapan daripada blog saya lamanizzs.blogspot.com kepada blog saudara. tq