Archive for Januari 20, 2012
Portfolio Agama…Arahan ‘Penasihat Ekonomi’?
Semua orang tahu (tak kira orang DAP, PKR, PAS, UMNO dan mana-mana parti politik) bahawa ‘brain’ kepada Menteri Besar Selangor terletak di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sebab itu di kalangan ramai rakan-rakan PKR sendiri; Menteri Besar Incorporation (MBI) sebenarnya membawa makna – Menteri Besar IKUT sahaja kata Anwar Ibrahim.
Di dalam permainan politik Selangor; pencatur sebenar adalah Anwar. Susunan Anwarlah yang menjadikan senario politik di Selangor terjadi sedemikian rupa. Anwar tahu bahawa Selangor akan menjadi battlefield sebenar dalam PRU yang akan datang. Anwar akan hilang muka kalau Selangor tewas.
Apa yang dilakukan di Selangor adalah menjamin undi orang Cina akan berada di tahap setinggi 85 %. Anwar cukup yakin ini boleh dicapai. Dengan sikap NGO Selangor sendiri yang lebih menumpukan kepada usaha mempertahan undi Melayu; undi Cina tidak akan berpusing kembali kepada BN. Ini sudahpun di akui oleh banyak badan penyelidik (baik yang menyokong BN mahupun PR). Angka 85 % menjadi idaman Anwar bagi memastikan ‘urban seats’ akan menjadi milik PR dalam PRU yang akan datang.
Rural seats – pada Anwar boleh digagahi dengan susunan ceramah yang berterusan. Kawasan seperti Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Besar dan sebagainya boleh dihadam dengan ceramah dan undi simpati kepada PAS. Ini yang akan Anwar berikan fokus.
Anwar sudahpun berjaya memenangi hati kalangan pengundi beragama Kristian. Kebanyakan gereja di Selangor sudah mula dengan ‘sermons’ yang berbau politik dan nyata memihak kepada Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, nak membiarkan Ustaz Janggut PAS menyerbu lagi gereja adalah pendekatan yang boleh merosakkan kempen PR dalam masa yang terdekat ini. Gereja yang berpihak kepada PR akan memberikan kelebihan undi yang agak banyak kepada Pakatan Rakyat.
Anwar selalu mengatakan bahawa PR bernasib sangat baik kerana UMNO Selangor ketandusan ‘kepimpinan’ pada ketika ini. Tidak ada tokoh yang mampu menarik perhatian rakyat – kecuali kalangan warlords yang hanya menjaga kepentingan kumpulan sendiri.
UMNO Selangor perlu banyak berkorban kali ini. Perlu ketengahkan ramai calon neutral yang tidak berada dalam hierarki parti. Anwar sudahpun menjangka bahawa beberapa orang ahli akademik/pimpinan tertinggi awam akan diletakkan di beberapa kawasan di Selangor. Seboleh mungkin, calon-calon yang pernah tewas tidak perlu direcycle dalam pilihanraya akan datang.
Anwar sudah menarik portfolio agama – dan digantikan dengan beberapa kemudahan lain yang bakal diberikan kepada PAS:-
Bajet tambahan untuk gerakan PAS di kawasan pedalaman Selangor. Bajet ini katanya datang daripada pejabat Penasihat Ekonomi sendiri. Banyak duit? Dapat dari mana?
Anwar akan membantu usaha ceramah di kawasan-kawasan luar bandar (dengan komitmen sekurang-kurangnya 2 kali seminggu(.
Beberapa jawatan akan diikhtiarkan untuk PAS.
Sebab itulah bila Khalid kata, perlantikan ini banyak bergantung kepada ‘mood’ pilihanraya. Khalid betul. Memang itu yang diarahkan oleh Anwar untuk dilakukan di semua peringkat.
Mazhab Reformasi vs. Mazhab 901???
Di kalangan rakan-rakan PKR pun sedang pening kepala sebenarnya. Dalam usaha mempertahankan, mendewakan dan mengagungkan ANWAR; rupanya sudah ada perang saudara di antara aktivis dan penyokong-penyokong ini. Pelik tetapi benar. Susah juga nak ‘manage’ dan perbaiki keadaan ini. Anwar sendiri tidak mampu nak selesaikan ‘perbedaan pendapat’ di kalangan penyokong-penyokong yang ada ini.
Penggerak Reformasi sekitar tahun 1998 – 2008 sebenarnya masih mengakui lingkaran sokongan Anwar. Orang lama. Yang kononnya sudah terbukti sanggup ‘hidup mati; timbul dan tenggelam’ bersama Anwar. Mereka ini jugalah yang sudah mula mendaki pelbagai jawatan di dalam parti dan kerajaan Negeri milik PKR. Aktivis reformasi ini sangat ‘possessive’ dan sentiasa sahaja beranggapan Anwar milik mereka. Mereka sudah bersama Anwar; sejak Anwar dalam penjara lagi.
Namun, wujud kumpulan baru yang tidak mahu sangat diikat dengan gelaran aktivis reformasi. Pada mereka, aktivis reformasi sudah tidak lagi ‘in’ dengan banyak perjuangan baru yang lebih utama dan penting. Aktivis reformasi sudah digambarkan sebagai kelompok ‘oportunis’ yang sudah terlalu galak mencari kekayaan dalam parti.
Kumpulan aktivis baru yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Aktivis 901′ mahu membawa arus perjuangan baru. Yang tidak terikat dengan budaya UMNO yang ada dalam PKR. Ketua Mazhab Reformasi ini pastinyalah Azmin Ali. Azmin lah yang boleh menentukan ‘who gets what? when? and how?’ di Selangor. Surat sokongan Azmin lebih berharga daripada surat sokongan EXCO Negeri. Malahan, Azmin boleh menentukan proposal siapa yang sampai ke meja UPEN, Selangor. Ada ketika, pejabat MB pun boleh di bypass oleh Azmin.
Khalid mesti faham, bahawa Azmin menggunakan alasan bahawa dia lebih perlu ‘dana politik’ berbanding MB. Puak reformasi yang sekian lama bergantung di talipinggang Azmin ramai. Malahan, ada seorang penggerak reformasi mengatakan – Azmin memerlukan hampir RM300,000 setiap bulan (bagi memastikan semua penggerak reformasi mendapat habuan secara bulanan. Ada yang dapat RM2k. Ada yang dapat RM3k. Bulanan.
Sebab itu Azmin mendapat lesen besar untuk bermaharajalela di GLC milik Kerajaan Negeri Selangor. Azmin adalah ‘nerve centre’ kepada gerakan politik.
Aktivis 901 dikatakan banyak dibantu oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Agenda solo Nurul Izzah dalam mendapatkan sokongan dan dokongan kalangan aktivis muda. Berbanding mazhab reformasi yang bertuankan ‘RM’; Aktivis 901 mahu bergerak di atas landasan perjuangan sebenar. Duit penting – tapi bukan sekarang. Mesti kukuhkan kedudukan Izzah terlebih dahulu.
Semua ini membuktikan bahawa sudah wujud pertembungan ‘mazhab’ di dalam PKR. Satu mazhab duit. Satu mazhab (kononnya) perjuangan ikhlas.
Kita sama-sama tengok mazhab mana yang lebih utuh dan kuat.
Maklum Balas Pembaca