Archive for Januari 27, 2012
The most powerful prime and finance minister in the world?
Najib/UMNO/BN mesti hati-hati dengan strategi baru yang sedang dibuat oleh PR. Kalau sebelum ini NFC menjadi mangsa; ada cubaan baru untuk menyerang portfolio PM di Kementerian Kewangan. PM kena berani pertahan diri. Jangan nak berselindung dan terus mempertahankan sesiapa lagi. Kalau perlu mengorbankan orang; korbankan. Ini soal kebenaran dan fakta.
Build up media terbaru di kalangan PR adalah usaha Najib untuk menjadi PM paling berkuasa di dalam dunia. Memegang portfolio kewangan memang penting. Tapi, serangan PR terbaru akan menjurus kepada kuasa PM untuk memberikan ‘diskaun/atau pemansuhan’ cukai kepada mana-mana syarikat dan individu yang dikatakan layak.
Perlu diingat bahawa akta ini hanya diluluskan zaman Pak Lah yang bijak laksana. Budak-budak Level Four menggunakan klausa ini untuk mengayakan diri masing-masing. Beri diskaun/mansuh cukai kepada syarikat tertentu – kemudiannya menikmati ganjaran bulanan daripada syarikat terbabit. Ini semua cadangan ahli ekonomi yang kini menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia?
“However, a not very known amendment to the Income Tax Act 1967 has magnified the abovementioned weakness by unquantifiable folds. Back in 2005, after the nation gave Pak Lah an overwhelming mandate to run the country (with already well documented results), the then prime minister cum finance minister gave himself a most overwhelming and stunning instrument of power (or potential avenue of abuse). Section 127(C) of the Income Act, 1967, has been amended as follows”
In everyday English, the Finance Minister can exempt anyone from paying taxes on any income that is rightfully subject to tax under the
income tax act. What does this mean? It effectively means that the prime minister cum finance minister, is empowered to point to anyone he fancies and say,
“hey, you don’t need to pay any tax even though everyone else is paying according to the income tax law.”
Menurut sumber Kementerian Kewangan; Najib tak pernah menggunakan klausa ini sepanjang beliau di MoF.
Soalnya; berapa banyak SYARIKAT yang telah diberikan KEBEBASAN CUKAI ini daripada kepimpinan terdahulu? Berapa? 50? 60? MoF perlu berikan angka sebenar.
Anwar sudahpun mendapat list syarikat-syarikat terbabit. Menurut cerita, kisah ini lebih BESAR dan BUSUK daripada NFC! Najib tak perlu nak selamatkan sesiapapun. Come clean. Jaga integriti sendiri.
Kalau perlu korbankan Pak Lah…lakukanlah. Jangan nak simpan dan cuci taik orang pada setiap masa. Dalam senyum Pak Lah banyak membuat onar.
Banyak mendatangkan masalah kepada parti.
Tak hairanlah kalau berbelas Pegawai Khas kepada KP Malaysia mempunyai rumah 2/3 biji seorang, Harley Davidson, kereta mewah, percutian luar Negara – rupanya sumber ekonomi tidak pernah putus selagi MATAHARI menyinari di atas kepala. Bangsat punya Melayu.
Berapa kali Pak Lah pakai Akta 644 s 25b sepanjang pemerintahan beliau?
Mana syarikat yang berselindung di sebalik Akta 644 s25b?
Kalau satu syarikat jimat cukai RM60 juta setahun sejak 2005 – dan pengeras yang dibayar kepada ‘individu’ tertentu sebanyak 20 % daripada kadar cukai? Dah berapa tu? Korang kira sendiri lah. Math aku lemah. Itu satu syarikat. Kalau 15?
Sendiri mahu ingat brader…
Anwar dah ada fakta ini….Pak Lah dan 4th Floor Boys elok mengaku cepat. Kalau perlu letak jawatan…letaklah. Jangan malukan UMNO!!!
* patutlah ada Pegawai Khas Pak Lah boleh beli BENTLEY secara cash! ko ado?
Maklum Balas Pembaca