Anwar Arah PAS Matikan Gerakan Hasan Ali
Januari 29, 2012 at 1:03 am 3 comments
Dalam pada PAS heboh mengatakan Hassan Ali tidak akan mendatangkan sebarang carik dan luka kepada politik PAS – parti itu nampaknya bersusah payah membuat kenyataan media; dikumpulkan seluruh saf PAS Selangor bagi berdepan dengan Hassan Ali.
Tajuk kenyataan kepada media amat mudah dan senang faham:-
- PAS tidak takut langsung dengan jelajah Hassan Ali;
- PAS Selangor berada di dalam keadaan yang terbaik;
- tidak ada sebab masyarakat Melayu perlu risau dengan hakikat PAS
tidak lagi menjadi ‘tokan besar’ dalam menjaga agama;
- hubungan baik dalam saf PAS Selangor akan terus terpelihara;
- Hassan Ali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS;
- Hassan Ali seorang lelaki kecewa yang tidak mendapat tempat;
Maka, dikeluarkan segala macam fakta songsang yang boleh menjadikan perkara-perkara di atas diterima pakai oleh orang PAS secara keseluruhannya.
Ironinya, menurut seorang ‘pekerja’ di PAS Selangor – ini semua kenyataan media yang sudahpun diusahakan oleh pihak lain. Pejabat PAS Selangor menerima ‘fax’ draf kenyataan media malam kelmarin. Bahasanya lebih kasar. Termasuk menggelar Hassan Ali sebagai ‘pecacai politik’ UMNO – pengangkat najis UMNO dan sebagainya. Menurut kakitangan terbabit, fax tersebut berasal daripada Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sebelum ini ada juga beberapa surat yang difaks daripada nombor yang sama.
Kenapa yang Anwar pula jadi ‘GENTAR’ dan ‘CEMAS’ dengan Hassan Ali? Apakah Anwar lupa bahawa Hassan Ali adalah ulama’ pertama yang berada di rumahnya selepas beliau dipecat pada tahun 1998? Apakah Anwar lupakan jasa Hassan Ali yang berjaya meyakinkan PAS sekitar tahun sama bahawa Anwar suci, bersih lagi maksum? Sudah lupa?
Nampaknya, Hassan Ali akan menjadi mangsa serangan ‘bersiri’ PAS (dengan arahan Jeneral Anwar Ibrahim). Tukang tembak yang sudah dikenal pasti: Dr Rani, Khalid Samad dan sesekali akan diikuti oleh Azmin Ali.
Azmin dikatakan akan MEMBOGELKAN Hassan Ali sebogel-bogelnya - termasuk beberapa permohonan yang dikatakan berkepentingan peribadi
Hassan Ali kepada MB sebelum ini.
Simpati dengan Hassan Ali; nampaknya dia seorang kena berlawan dengan dua parti sekaligus. Masak.
Ada yang kata, Anwar jadi cemas kerana ada ‘benda’ yang Hassan Ali tahu – tetapi tidak pernah didedahkan kepada umum. Kalau didedahkan…maka maruah Anwar akan terburai sekali lagi. Apa dia agaknya rahsia Anwar yang ada dalam poket Hassan Ali gamaknya….kita kena tunggu lah nampaknya.
Arahan Anwar supaya dilakukan ‘character assassination’ kepada Hassan Ali akan dipikul oleh PAS Selangor…
Masyarakatlah harus menilai, di tahap mana PAS pada ketika ini.
Entry filed under: Pilihan Raya Umum 13, Reformasi PKR, Strategi Politik PKR, Weakest Link in PR. Tags: Anwar Ibrahim, Gelagat Anwar, Hassan Ali, PAS Selangor.
3 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Azar | Januari 29, 2012 at 1:33 am
apakah yang ditakuti oleh Anwar?
Hasan Ali pernah kata: “Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa KOTOR BETUL, ini yang saya perjuangkan.
“Saya dah ikut dari tahun 1997, satu persatu, saya adalah orang yang belajar sampai PhD, saya tahu sistem research, saya tahu data, saya tahu memecahkan data, saya tengok data boleh dipercayai atau tidak, saya terdidik dengan itu, jadi saya hendak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim…
“Saya tak sanggup saudara-saudara, tak sanggup, betul-betul tak sanggup…”
insya-ALLAH, kali ini kita akan dapat tengok Anwar dalam perspektif yang berlainan iaitu based on data yang diteliti dan dipecahkan oleh Hasan Ali.
Ini yang Anwar paling TAKUT…
2. beeBUZZ | Januari 29, 2012 at 10:57 am
Kalau pentas PR tertutup untuk Datuk Dr Hassan Ali, pentas disediakan oleh umno free of charge. Tak kesah lah gelombang apa yg dibawa Hassan Ali , tapi biarlah gelombang yg betul2 power….
3. kialjr65.com | Januari 29, 2012 at 7:08 pm
Reblogged this on KUkial_Jr@com.