Archive for Februari 28, 2012
Latest: Nurul Izzah PINDAH Kelana Jaya!
Sempat duduk dengan ramai AMK Lembah Pantai malam semalam di Telawi memang menyeronokkan. Macam-macam cerita keluar. Nak tahu cerita daripada budak-budak AMK PKR ni senang sahaja. Senang sangat. Banyak cara. 1) Belanja mereka minum air setan. Lepas dua tiga gelas, mereka akan membebel benda yang tak patut mereka cerita pun. 2) Belanja mereka urut body to body. Sambil urut, ajak mereka berbual. Habis cerita dalam kain semua mereka cerita.
Ramai AMK Lembah Pantai kecewa kerana memang Nurul Izzah akan ABANDON Lembah Pantai dan pindah ke kawasan lain. Banyak dana yang pada asalnya dirancang untuk diguna di Lembah Pantai, sudah dihentikan secara berkala. Banyak program Izzah sudah dihalakan ke Kelana Jaya. Menarik? Memang menarik.
Budak-budak AMK yang mabuk malam tadi sempat menceritakan – mereka kecewa dengan tindakan Izzah. Sebabnya, mereka anggap Izzah boleh menang walaupun berdepan dengan Raja Nong. Walaupun mereka tahu, Raja Nong menggunakan banyak sumber kewangan dalam mencari sokongan rakyat; tapi ini tidak ada kena mengena dengan dana. Izzah masih dianggap calon favourite di Lembah Pantai.
Kata budak-budak AMK, Anwar mahukan Izzah bertanding di kerusi selamat. Gwo Burne yang bengap itupun boleh menang di Kelana Jaya, takkan Izzah boleh kalah. Lagipun Anwar sudah baca mentaliti orang Kelana Jaya. Dia orang memang main ikut-ikut sahaja. Tak ada pendirian. Izzah boleh menang selesa di Kelana Jaya.
P104 KELANA JAYA
Jumlah Pengundi: 79,648
Peratusan Kaum: M:41.88% C:38.72% I:17.92% L:1.48%
1. Gwo-Burne Loh (PKR) (30,296)
2. Datuk Lee Hwa Beng (BN) (25,267)
3. Lim Peng Soon (Bebas) (1,895)
Majoriti: 5,029
Jumlah undi: 58,523
Peratus mengundi: 73.48%
Undi rosak: 1,065
Penyandang: Loh Seng Kok (BN)
(Majoriti: 21,671 undi)
Anwar anggap kerusi ini kerusi mudah untuk Izzah. 38.72 % pengundi Cina memang satu bonus untuk Izzah. Anwar yakin, Izzah akan menang dengan lebih besar, sesuai dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden parti.
Orang lain? Anwar peduli apa…janji Izzah menang.
Maklum Balas Pembaca