Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak – HORSETRADING AGAIN???
Julai 14, 2012 at 10:30 pm 3 comments
1) 7.00 – 10.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Parlimen Santubong
Lokasi : Restoran Seafood Kwong Lee Hua, Kampong Serayan, Lundu
2) 8.00 – 11.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Parlimen Petra Jaya
Lokasi : Pejabat PKR Cabang Petra Jaya, Jalan Satok, Kulas, Kucing
3) Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Baru Bian
iii. YB See Chee How
iv. YBhg Dato’ Seri Hafsah Harun
v. YBhg Zulrusdi Mohamad Hol
vi. YBhg Ahmad Nazib Johari
vii. YBhg Sulaiman Kadir
viii. Wakil PAS & DAP
Menurut seorang rakan PKR Sarawak, lawatan Anwar kali ini akan jadi lebih PENTING – daripada lawatan yang sebelum ini. Jauh lebih penting. Banyak tawar menawar akan berlaku. Termasuk penentuan kepada jumlah/tempat yang bakal ditandingi oleh semua parti dalam PR.
Anwar sedang berusaha keras untuk ‘membeli’ beberapa orang penting di Sarawak, untuk diletakkan sebagai calon PKR di sana. Nama-nama pegawai tinggi kerajaan di Sarawak juga disebut-sebut akan ditarik oleh Anwar. Dengan kemampuan kewangan yang baru diterima, Anwar mempunyai kelebihan untuk menawarkan pakej politik yang lebih menarik kepada calon-calon yang dirasakan boleh diketengah.
Di atas kertas, Anwar akan hanya melawat dua kawasan Parlimen, Petra Jaya dan Santubong. Santubong kawasan Wan Junaidi. Petrajaya kawasan Fadillah. Kalau boleh kalahkan dua-dua mamat BN ini (menurut kata Anwar), maka PKR sudah mencapai sasaran. Petrajaya, PKR kalah hampir 14,000 undi. Santubong, kalah hampir 11,000 undi. Banyak kerja kena buat. Kalau ikut calon yang lama, Anwar kata, PKR buang masa. Anwar mahu calon baru.
Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Pilihan Raya Umum 13, PRU 13, Strategi Politik PKR, Weakest Link in PR. Tags: Anwar Ibrahim, Baru Bian, DAP, Gelagat Anwar, PAS.
Khalid Tawar DUN Bukit Antarabangsa Untuk Kak Wan? Anwar Sudah Nasihatkan – PAS Tak Dengar…
3 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Ahmad Zack | Julai 15, 2012 at 6:40 pm
BN menang sblm ini kerana “menipu” rakyat sarawak bahawa Tahib Mamud (TM) akan berundur, tetapi dia terus menerus pegang jawatan tersebut walaupun sudah lebih setahun berlalu.. Adakah BN akan kalah pada pilihanraya ke-13 disebabkan mereka menyampah dengan kesombongan Dinasti TM?
2. Tuah Jaguh | Ogos 27, 2012 at 6:48 pm
Dont waste your time to contest at Petra Jaya and Santubong seat which BN has score with big margin .Ohaaaahhhh
3. Anti Pura-Pura | April 16, 2013 at 5:49 pm
Calon PKR santubong tu BN ada rahsia gelapnya sewaktu di Semenanjng… adakah dia seorang ktua keluarga yang baik? tanya dia bila akhir jumpa famili? dpt info dr bbrp pimpinan lama ABIM Semenanjung …teruskan bertanding… sila korek rahsia beliau termasuk sewaktu bertugas di sebuah sekolah swasta …pokoknya adakah beliau seorang yang AMANAH?