Kak Wan di Selangor – Makin Galak Penerimaan Akar Umbi
Julai 25, 2012 at 6:02 pm Tinggalkan komen
Nampaknya semakin galak penerimaan Ketua Ketua Cabang di Selangor untuk mendapatkan Kak Wan bertanding di kawasan masing-masing. Berebut rebut. Semua anggap Kak Wan sebagai penyelamat kepada karier politik mereka untuk jangka masa panjang. Lesen besar. Nak buat apa pun selamat lepas ni, sebab Madam Presiden duduk di tempat/kawasan mereka.
Ingatan buat Ketua Ketua Cabang, jangan terlalu ghairah nak tawarkan Kak Wan tempat. Kena ingat, kalian banyak terhutang budi dengan YB Bukit Antarabangsa yang memerhati tindakan kalian dengan pandangan sangsi. Kalau terlebih, mahu kena pancung nanti.
Sekali lagi, Azmin tidak selesa dengan permainan politik nak bawa Kak Wan ke Selangor. Perlu ikhlas kata Azmin. Jangan paksa.
Masalahnya strategi membawa Kak Wan ini adalah modal baru yang dirasakan sangat sesuai dan ‘sealiran’ dengan masa depan PKR. Kemenangan Kak Wan di salah satu DUN di Selangor akan membawa perubahan besar dalam politik PKR di Selangor.
Azmin masih merancang strategi yang bersesuaian. Setakat ini, masih tengok dan dengar. Belum ada komen yang nyata.
Dalam satu temuramah bersama Sinar Harian, Azmin mengatakan, PKR Selangor sedia menerima Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri itu jika mendapat cadangan akar umbi dan dipersetujui kepimpinan parti.
Pengerusinya, Azmin Ali berkata, buat masa ini belum ada perbincangan Pakatan Rakyat di peringkat pusat mahupun negeri mengenai hasrat Dr Wan
Azizah bertanding di mana-mana kerusi Dun.
“Cadangan (meletakkan Wan Azizah bertanding kerusi Dun Selangor) boleh diketengahkan. Itu perlu bincang secara terbuka dan jujur dalam parti.
Apa maksud Azmin dengan ‘terbuka dan jujur’. Apakah ini bermakna ada game ‘tertutup dan tidak ikhlas’ dalam meletakkan Kak Wan di Selangor. Siapa dalangnya? Pejabat Menteri Besar???
Entry filed under: Uncategorized. Tags: .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed