Antara Lajim dan Jeffrey?
Julai 30, 2012 at 6:58 pm Tinggalkan komen
Hujung minggu yang lepas adalah antara yang paling seronok dalam hidup Anwar. Dah lama plan. Tak menjadi. Tapi kali ni menjadi kenyataan. Anwar sangat gembira kerana keluarnya Lajim dan Wilfred Bumburing akan memberikan impak kepada politik Sabah. Anwar cukup yakin, dengan kemasukan Lajim dan Bumburing, PKR akan mendapat tapak politik baru di Sabah.
Khabarnya, Anwar siap untuk menjanjikan ROTATION SYSTEM dihidupkan semula di Sabah. Ketua Menteri pertama yang bakal dilantik (jika Sabah jatuh kepada PKR) adalah Jefrrey Kitingan. Anwar mahukan Sabah diletakkan di bawah kendalian Jefrrey buat sementara waktu. Memang ramai yang protes. Azmin antara orang yang paling tak bersetuju. Argument Azmin sangat mudah – Jeffrey tidak bergerak di atas semangat yang sama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.
Sabah is meant for good Sabahan leader, kata Anwar di Tuaran. Soalnya siapa? Jeffrey? Anwar lupa bagaimana Jeffrey tinggal dan lubangkan kapal PKR di Sabah, sehingga Azmin terpaksa pergi tutup semula lubang.
Anwar jelaskan kepada Azmin, ‘new politics is about wisdom. forgive and forget. kita nak menang PUTRAJAYA‘. Frasa kita nak menang Putrajaya ini yang jadi kacau bilau.
Lebih merosakkan lagi, apabila Lajim sibuk menjual kepada orang kampung – bahawa dia bakal KETUA MENTERI PR selepas pilihanraya.
Mana satu betul ni? Jefrrey atau Lajim? Rotation atau kekal? Banyak benda yang Anwar kena fikirkan.
Anwar kenal Lajim lama. Lajim ini memang pemain solo. Dia prima dona. Anwar tahu sangat perangai Lajim. Kalau boleh semua jawatan dia nak pegang. Malahan, pada satu ketika, Lajim pernah bergaduh dengan Pak Lah – sebab nakkan jawatan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Itulah Lajim Ukin.
Di kalangan orang PKR, ramai juga yang beranggapan Lajim bukan ASET. Tapi liabiliti kepada PKR.
Ramai juga yang ingatkan Anwar – fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal. Mahukah PKR terpalit dengan orang yang begini?
Ramai Ketua Cabang di Sabah masih sangsi dengan game Anwar kali ini. Ke mana arahnya?
Entry filed under: Uncategorized. Tags: .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed