Archive for Ogos 7, 2012
PKR, DAP Merancang Untuk Laksana GST?
Ramai juga kalangan ahli ekonomi, para analyst dan ahli perbankan yang menyokong pembangkang; mula mempersoalkan kaedah mana yang akan digunapakai untuk menanggung banyak perubahan yang bakal dilaksanakan oleh PR, andaikata ke Putrajaya nanti. Dalam sesi-sesi pertemuan Anwar dengan pakar perbankan pun, ramai yang melahirkan rasa sangsi, risau, khuatir dan kurang percaya bahawa PR mampu mengurus Malaysia dengan lebih baik.
Banyak isu – PTPTN, pendidikan percuma, air percuma, penurunan harga minyak, penurunan cukai dan duti eksais kereta; kesemuanya akan memberikan impak jangka panjang kepada akaun Negara. Kalangan para penganalisa aliran kewangan negara (government finance) pun mengakui bahawa strategi ini tidak mungkin boleh dipertahan untuk tempoh masa yang panjang. Malahan, ada pakar ekonomi dalam PKR sendiri mengakui bahawa 2 tahun – adalah tempoh maksima yang boleh dipertahan. Selepas daripada itu, kaput.
Apa yang mungkin kita tidak tahu, beberapa kertas kerja sudahpun dipanjangkan kepada pemimpin PR – untuk menilai semula pelaksanaan GST. Mereka sendiri pun sedang kaji untuk laksana GST – dengan kadar sekitar 7 %. Katanya, untuk menuruti jejak Singapura.
Untuk itu berlaku, beberapa kaedah komunikasi akan dirancang:-
- Menyalahkan kerajaan BN;
- BN punca kepada pengenalan GST;
- BN penyebab kepada keperluan sumber income baru;
- GST penyelamat ekonomi Negara;
- GST perlu dan wajar diperkenalkan;
- GST menentukan rakyat mendapat nikmat;
Dalam pada mereka menolak dan mencaci GST; rupa-rupanya, GST ada dalam perancangan PR. Pelik tetapi benar.
Kita tinjau semula apa yang mereka kata tentang GST:-
Anwar said GST, which was expected to evenly spread the burden of taxes among Malaysians, should not be implemented until the income levels of the majority of Malaysians were raised.
“First, these people’s income should be increased. Only then GST could be enforced,” he said.
Yesterday, Minister in the Prme Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala reportedly called on the opposition to discuss with the ruling government the best ways to implement GST.
http://dapmalaysia.org/english/2010/may10/bul/bul4154.htm
http://www.theborneopost.com/2012/02/19/dap-sabah-unhappy-with-gst-announcement/
http://tonypua.blogspot.com/2010/03/why-did-najib-panic-on-gst.html
Sekarang apa sudah jadi? Kembali kepada GST? Tak kah rakyat akan kata kita menipu nanti?
Tolong baca The Malay Mail (p2) hari ni. Ulasan menarik pakar ekonomi mengenai pelan Pakatan Rakyat.
Maklum Balas Pembaca