Lagi Input TEMURAPAT PILIHANRAYA PKR – PERAK
Ogos 16, 2012 at 6:18 pm Tinggalkan komen
Kita boleh lihat dengan jelas – Selangor dan Perak adalah TARGET sebenar kepada PKR. Sabah, Johor dan negeri lain ini adalah bonus, jika mereka dapat mememangi beberapa kerusi.
Antara kawasan Parlimen yang diberikan tumpuan penuh oleh PKR adalah seperti berikut:-
- Bagan Serai;
- Padang Rengas
- Sungai Siput;
- Tambun;
- Gopeng;
- Tapah;
- Pasir Salak;
- Lumut;
PKR sedang mengumpul kekuatan untuk memenangi 8 kerusi Parlimen ini. Masalah utama PKR? Calon. Setakat ini memang mereka kekurangan calon yang boleh diketengahkan bagi memenangi 8 kawasan tumpuan ini. Disebabkan itu, beberapa calon NASIONAL akan bersiap sedia untuk dipindahkan di mana-mana kawasan mengikut kesesuaian pimpinan. Nama-nama seperti Mustaffa Kamil Ayyub, Dr Manuty – akan menjadi calon payung terjun yang siap untuk dicampak di mana sahaja yang diperlukan oleh pimpinan pusat.
Menurut info dalaman, mereka sedang bersiap sedia untuk bertempur dengan MB, Zambry – di mana sahaja di Perak. Banyak khabar angin mengatakan Zambry akan berpindah ke Parlimen (sekaligus dijanjikan kerusi Menteri). Pasir Salak adalah tempat yang paling selalu dibangkitkan oleh pihak tertentu untuk ditandingi oleh Zambry.
Perhatian yang istimewa akan diberikan kepada Perak – kerana PKR akan menumpang populariti DAP di kalangan pengundi Cina. Yang paling Anwar risaukan adalah kemerosotan sokongan kepada DAP yang sangat dirasakan di bawah. Undi cina dikatakan akan disabotaj (tidak mengundi atau merosakkan kertas undi) sebagai tanda protes kepada kedua-dua pihak.
Anwar cukup risau dengan kedudukan Guan Eng dan Kit Siang yang tidak sekuat awal pasca 2008. Diselubungi dengan pelbagai isu keterbukaan dan sebagainya; Anwar nampak peluang mendapatkan 70 % undi Cina sangat kecil.
Entry filed under: Uncategorized. Tags: .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed