Archive for September 18, 2012
Deklarasi ‘Meooowww’…
PEMIMPIN tertinggi Pakatan Rakyat menandatangani Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963.Perisytiharan berkenaan ditandatangani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang Ahad.
Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.
Berikut adalah isi kandungan perisytiharan tersebut:
Kerjasama bersekutu;
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
Perwakilan yang adil;
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.
Kewarganegaraan;
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.
Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat;
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.
Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah;
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.
Keadilan dalam isu minyak;
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.
Pembangunan sekata;
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
Beberapa isu berbangkit:-
Beberapa isu berbangkit:-
- Ramai di kalangan Ketua Cabang PKR di Sabah dan Sarawak merasakan deklarasi yang dibuat tak cukup UMMPPHHH untuk menarik undi rakyat. Bayangkan, deklarasi itu hanya dibacakan di hadapan 500 orang penyokong. Membayangkan bahawa Anwar tidak berbincang dengan Ketua Cabang PKR mengenai isu ini;
- Dalam hal royalti minyak, mereka (Ketua Cabang) mahukan 50 % royalti bukannya seperti yang diumumkan. Selagi lagi Anwar tak ikut cakap mereka.
- Deklarasi Kuching dibuat secara mendadak dan tidak berbincang dengan ramai pemimpin politik tempatan.
- Terlalu berat ke arah Sabah berbanding Sarawak.
- Anwar tidak umumkan siapa bakal menerajui Sabah dan Sarawak jika PR menang. Isu ini lebih penting. Ketua Cabang mahukan penjelasan mengenai perkara ini. Ada pemimpin yang mereka anggap sudah tidak relevan di negeri masing-masing.
- Tidak mendapat sokongan orang muda di Sarawak dan Sabah.
- Anwar seperti syok sendiri.
- PAS tidak terlalu menyerlah dalam usaha menawan Sabah dan Sarawak. Jentera lemah dan bergantung kepada kewangan PKR dan DAP. Mana perginya dana Kelantan dan Kedah untuk PRU?
- Kenapa Anwar tangguhkan pengumuman Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru jika PR menang?
- Kenapa Anwar tidak sebut langsung tentang peranan Lajim sebagai bakal Ketua Menteri Sabah?
Maklum Balas Pembaca