MuHas vs. FuHas
November 29, 2012 at 12:08 pm 2 comments
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa ada campur tangan luar, dalam tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa beliau memimpin pasukan tersebut.
Beliau berkata, semasa pimpinannya, pegawai junior dan seorang ketua polis daerah pernah menerima arahan daripada seorang menteri tanpa pengetahuannya.
Menurutnya, tindakan menteri tersebut adalah tidak wajar dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang.
“Saya berdepan dengan menteri tersebut dan menerangkan dalam Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 menjelaskan hanya mereka yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara sahaja boleh mengeluarkan arahan untuk polis.
Apapun, TS Musa patut lebih spesifik dengan tuduhan itu. Campur tangan dalam isu apa? Perjawatan? Logistik? Perpindahan Pegawai tertinggi?
Ini tidak. Main belasah sahaja ikut suka hati. Tan Sri, kalau dendam begitu pun, jangan nak bakar kelambu. Tan Sri, mungkin tidak perasan, bahawa ada pihak hanya ingin menggunakan Tan Sri untuk mendapat kepentingan peribadi.
Apa kata Fuhas dalam isu ini? Fuhas KP Jasa. Jawatan tinggi. Apa jaminan bahawa JASA tidak berpihak kepada MuHas?
Kenapa pengumuman ini dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO? Strategi siapa? Anwar?
Entry filed under: ANWAR IBRAHIM, Pakatan Rakyat, Perhimpunan Agung UMNO, PKR, PRU 13, Tan Sri Musa Hassan. Tags: Anwar Ibrahim, Gelagat Anwar, Pakatan Rakyat, PKR, Tan Sri Musa Hassan.
2 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. JIwa M elayu | November 29, 2012 at 3:40 pm
Aslm, saya percaya Tan Sri tidak berniat buruk dengan kenyataannya.Itu hanya luahan perasaann kecewanya kerana ada orang luar campur tangan dalam urusan kepolisan dahulu. Saya percaya kalau menteri berkenaan boleh bertindak seperti yang dinyatakan dahulu , tidak mustahil dia akan bertindak campur tangan lagi.Rakyat berharap pelaksanaan undang-undang negara dilaksanakan seperti termaktub dalam Perlembagaan dan jangan ada individu tertentu campur tangan kerana sebab-sebab tertentu,
.Rakyat terutama orang yang pro Pembangkang tidak akan menghormati undang-undang dan menganggap Kerajaan lemah sekiranya perkara seperti ini dibiarkan berterusan.Lihatlah kes Namewee dalulu,apa dah jadi?
Mungkin PM dan TPM sudah maklum perkara ini. Terima kasih.
2. prebet lapok | Disember 2, 2012 at 9:43 am
Org politik dan menteri jgn keterlaluan nak campurtangan dlm perjalanan pentadbiran PDRM. Lihat kebijakan DR M masa pegang jawatan Menteri Dlm Negeri dulu. Sekarang semua hal polis “mereka’ nak kacau. Hatta polis ada kereta ronda baru pun
menteri nak buat PC. IGP tu buat apa. An open secret . Ada IGP x dak gigi buat apa. Kalau trend ni berterusan jgn heran undi PDRM condong ke lain.