Archive for Januari 15, 2013

Pandangan Aktivis Sosial Mengenai HKR112….

Saya terpanggil untuk mengulas mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat  KL112 yang disifatkan oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah himpunan yang  berjaya. Sekiranya ditanya kepada saya apakah KL112 berjaya, saya akan  menjawab, KL112 hanya separuh berjaya. KL112 berjaya menunjukkan  kebangkitan rakyat yang muak dengan sandiwara pemerintah. Tetapi KL112  kurang berjaya dalam memperlihatkan future government yang benar-benar  bersedia.

Peluang menghimpunkan lebih 100,000 rakyat seharusnya digunakan  sebaik mungkin oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan masa depan.  Rakyat yang hadir sepatutnya dibekalkan dengan persediaan yang cukup  untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum dan Kerajaan baru selepas PRU  ke 13. Dua elemen ini saya kira sepatutnya menjadi fokus utama HKR 112.

Namun saya cukup terkilan apabila rakyat yang hadir hanya diberikan  sehelai risalah Pemantau yang disediakan Bersih 2.0 dan kemudiannya  dihidangkan dengan ceramah demi ceramah yang diulang-ulang faktanya.  Saya sempat mengikuti ceramah HKR di Johor, Penang dan Perak. Di setiap  lokasi saya sering mendengar isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh pemimpin politik adalah statik dan berulang. Sehinggalah ke Stadium  Merdeka, ceramah yang sama masih diulang-ulang.

Mungkin hujahnya untuk meraikan rakyat Selangor yang tidak  berkesempatan untuk menganjurkan HKR Selangor, namun ada puluhan ribu  rakyat lain yang sudah mendengar ceramah yang sama. Saya kira tidak  salah untuk ceramah itu diulang-ulang, tetapi adalah lebih baik  sekiranya KL112 memberi tumpuan kepada penerangan yang lebih penting  iaitu peranan rakyat semasa PRU 13 melalui inisiatif yang disediakan  oleh Bersih 2.0. Agak merugikan apabila wakil Bersih hanya diberi masa 5 minit untuk berucap tanpa diberikan slot khusus untuk memberi  penerangan mengenai Pemantau. Walhal untuk menjayakan Pemantau, Bersih  memerlukan 10,000 sukarelawan rakyat.

Selain mengundi perubahan pada PRU 13, Bersih 2.0 telah menyediakan  tugas alternatif yang memperanankan rakyat sebagai agen pemantau  perjalanan PRU 13. Tugas ini amat kritikal bagi mempengaruhi keputusan  PRU. Oleh kerana ruang yang ada tidak dioptimakan untuk menyampaikan  mesej Bersih, maka KL112 hanya berjaya memberi mesej politik dan tidak  berjaya mengoptimakan peranan rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13.  Namun saya tidak menyalahkan Pakatan Rakyat secara total, kerana paling  kurang PR telah berinisiatif untuk menghimpunkan rakyat berbanding  banyak NGO yang sedang larut dalam mesyuarat.

Selain memberdaya peranan rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13, saya kira KL112 juga seharusnya digunakan oleh PR untuk mempersiapkan rakyat mengenai tugas mereka selepas PRU 13. Kerajaan yang berjiwa besar tidak akan menghabiskan masa bertemu rakyat dengan menceritakan hal-hal buruk pihak lawan. Namun lebih dinamik jika rakyat dihidangkan dengan  penerangan lebih terperinci mengenai Buku Jingga dan Dokumen Negara  Berkebajikan. Kerana ramai rakyat yang hadir pada KL112 adalah mereka  yang tinggal diluar bandar dan kurang mendapat akses kepada maklumat  terkini Pakatan Rakyat. Oleh itu alangkah baiknya jika mereka  dibentangkan mengenai janji dan tindakan yang akan dibuat oleh PR  selepas mentadbir Malaysia. Saya kira perkara ini lebih relevan untuk  diulang-ulang berbanding kutukan dan ulangan cerita-cerita negatif  terhadap pihak musuh. Lebih-lebih bagi apabila rakyat sudah maklum  mengenai kerosakan yang dibuat oleh regim Barisan Nasional.

Setelah meniliti ucapan-ucapan tokoh di Stadium Merdeka semasa KL112, saya mendapati hanya ucapan Dr Jayakumar daripada Jaringan Rakyat  Tertindas (Jerit) mengandungi elemen memperkasa peranan rakyat selepas  PRU 13. Beliau mengingatkan rakyat untuk terus menjadi agen yang  kritikal terhadap pemerintah biarpun putrajaya ditadbir oleh kerajaan  baru.  Ucapan beliau jelas memberi impak berbeza dalam kalangan rakyat  apabila mood rakyat yang sedang diisi dengan kemarahan bertukar kepada  mentaliti rakyat revolusioner. Ucapan beliau juga meningatkan rakyat  kepada objektif sebenar kebangkitan rakyat iaitu bukan sekadar ingin  menjatuhkan Umno dan menjulang Pakatan Rakyat, tetapi yang lebih penting perjuangan untuk memastikan aspirasi rakyat terlaksana. Saya kira  ucapan pemimpin pro-rakyat seharusnya sentiasa memperingatkan rakyat  untuk berjuang mendapatkan hak tanpa mengira siapa juga yang memerintah.

Jika Pakatan Rakyat terus mengamalkan politik meruntuh dan  memburukkan, maka Pakatan Rakyat juga akan dilihat tidak bersungguh  dalam memimpin rakyat untuk bermentaliti politik baru. Menghayati ucapan Martin Luther King pada Ogos 1963, beliau hadir di tengah himpunan  rakyat dan menyampaikan inspirasi perubahan disamping memperingatkan  rakyat untuk jangan berpuas hati selagi tuntutan rakyat tidak  terlaksana. “We can never be satisfied as long as our bodies, heavy with the fatigue of travel, cannot gain lodging in the motels of the  highways and the hotels of the cities. We cannot be satisfied as long as the Negro’s basic mobility is from a smaller ghetto to a larger one. We can never be satisfied as long as a Negro in Mississippi cannot vote  and a Negro in New York believes he has nothing for which to vote. No,  no, we are not satisfied, and we will not be satisfied until justice  rolls down like waters and righteousness like a mighty stream.”

Biarkanlah BN atau Umno bersama media arus perdana berjalan ke  belakang dengan politik kuno mereka. Biarkanlah Umno terus duduk dan  tertinggal akibat keengganan mereka untuk berubah. Biarkanlah Umno terus terkebelakang dengan agenda perkauman, fitnah, dan diskrimasi mereka.  Pakatan Rakyat perlu hadir dengan cara politik baru yang memimpin rakyat menjauhi politik benci dan mendekati politik ilmu, politik kesatuan dan politik kasih sayang. Namun ini tidak semua tidak akan tercapai jika  peluang bertemu rakyat dihabiskan dengan menceritakan kegagalan Umno.

Saya juga merasa kurang senang dengan cara pemimpin politik masuk ke  Stadium Merdeka sehingga mengganggu fokus hadirin kepada ceramah yang  disampaikan. Beberapa mesej yang cuba disampaikan oleh beberapa tokoh  NGO dilihat terganggu akibat pemimpin politik yang masuk lewat ke  stadium. Hal ini disebabkan rakyat ingin melihat dan bersorak terhadap  pemimpin politik mereka. Sudahlah masa yang diberikan kepada NGO hanya  lima minit, masa yang singkat ini pula diganggu oleh pemimpin politik  yang masuk ke stadium bagaikan selebriti.

Kesimpulannya, jika ditanya kepada saya, bagaimanakah sepatutnya  KL112 berlangsung? Maka saya akan jawab, Bentangkan semula janji Buku  Jingga, bekalkan rakyat dengan dokumen Buku Jingga dan Negara  Berkebajikan, bina ikrar agar rakyat sentiasa memerhatikan kerajaan baru dan akan berhimpun semula selepas 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat  untuk mengadili janji dan manifesto Pakatan. Yang lebih penting ialah,  berikan ruang yang cukup kepada Bersih untuk memberi penerangan mengenai Pemantau Rakyat. Namun mungkin ini sukar dilakukan kerana KL112 bukan  Bersih 4.0

Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat mengamalkan cara politik yang jauh  berbeza dengan Umno. PR sama dengan BN apabila menghimpunkan rakyat  dalam Stadium, Namun PR perlu berbeza dengan BN dalam usaha menjadikan  rakyat sebagai pemerintah yang paling berkuasa. Diharap, para pemimpin  PR selepas ini akan lebih ghairah membentangkan konsep Malaysia Baru  kepada rakyat.

* Syukri Razab adalah seorang aktivis, Penyelaras Hak Untuk  Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Aktivis Gerakan Mansuhkan  ISA (GMI), Mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Januari 15, 2013 at 12:38 pm 3 comments


Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Capaian Umum

  • 26,426,676 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 96 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • 10 INCREDIBLE HOLES
     10 Incredible Holes By Clint Pumphrey, How Stuff Works.From space, Earth looks like a smooth, blue-green marble, quietly spinning in its orbit around the sun. But the view is much different on the ground. Millions of years of tectonic upheaval and erosion, as well as thousands of years of human modification, have created a surface broken by rugged mountain […]

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • Sumpah Laknat di Baitullah, Mekah. 9hb April 2012
    Pada April 2012,  setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan terteka […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Akar Umbi PAS Marah Kenyataan Ketua AMK
    AIDCNews – 25/05/13 – Kenyataan ‘berani’ Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyelar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan pertindihan calon-calon Pakatan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dibalas emosi oleh akar umbi parti Islam itu. Salah seorang penyokong Pas, Irsyad Sidi dalam laman sosialnya […]

RSS Perak Today

  • Kisah Fantasi “Mesin Masa Cinta Atuk”
    Sempena cuti sekolah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menayangkan sebuah telemovie berjudul Mesin Masa Cinta Atuk pada 2 Jun, pukul 10.05 pagi di TV1. Drama komedi fantasi ini dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Norman Hakim, Emelda Rosmila, Roy Azman, Zaidi Omar, Dian P.Ramlee dan Azza Elite. Drama yang berlatar belakangkan era 70-an ini mengisah […]

RSS Laman Izzs

  • Pemuda PAS Malukan Sam Ketot : Berperangai Seakan Hero Hanya Dihadapan Perwakilan?!!!
    "Jangan berlagak hero depan perwakilan PKR dengan mencela presiden kami!"Demikian tegas dan keras kenyataan Bendahari Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin terhadap Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.Puncanya, Shamsul dalam ucapan di Kongres PKR kelmarin secara lantang telah mengkritik pimpinan Pas terutama presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang […]

RSS Parpu Kari

  • PANAS WEI! USTAZ MEKDI NATANG MENIKAH LAGI!
    Best kan jadi ustaz buat lawak ni, bini lawa ada 3 orang! Ferrari ada, segala kemewahan dunia dia ada dan orang tak marah malah siap buat baju letak muka dan kata ibadatku! Wow! Hebat jugak orang kita ni kan, asal ada orang nampak alim sikit habis kita percaya semua tanpa usul periksa sama ada dia layak jadi ustaz atau tidak.Sekarang dia sudah kaya, isteri r […]

RSS Musram Rakuman

  • Anwar Khianat Perjanjian Rahsia Terima Keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla
    Jusuf KallaKUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari in […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Adira Berkongsi Pengalaman Ujibakat AF8
    MURAI SAYS KUALA LUMPUR – Dia adalah naib juara Akademi Fantasia 8. Memulakan langkah di industri seni tanahair dengan lagu Ku Ada Kamu, nama Adira terus menjadi sebutan peminat dan pemerhati muzik serantau ini. Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 21, mula dikenali selepas menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim ke 8 [...]

RSS Kita Gempur

  • Hadiah Kepada Rakyat Selangor. Air Dijangka Tidak Cukup Bermula Julai 2014
    Kapasiti bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka tidak mencukupi mulai Julai 2014, kata Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Datuk Lee Miang Koi. Ketika itu rizab bekalan air akan menjadi negatif apabila permintaan air terawat melebihi pengeluarannya. “Syabas telah membuat graf unjuran permintaan air di ke […]

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Bahaya Sisha.. Just for sharing
    hi.. nak share tentang bahaya sisha.. bahaya rokok semua orang dah tau kan.. sekarang kita p pada sisha lak.. info ni saya ambil dari metro :)Bahaya shisha lebih teruk 400 kali dari rokok! Shisha adalah rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok, juga dikenali ‘gelembung Hubble’, amalan popular dari Asia Barat. Tembakau yang digunakan untuk rokok dias […]

RSS Apa yang Tersurat

  • Anwar Khianat Perjanjian Rahsia Terima Keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla
    Jusuf KallaKUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari in […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Ramadhan tiba lagi
    Ramadhan tiba lagi. dan tahun ni aku akan berpuasa di Malaysia tak seperti tahun lepas. byk bezanya puase di jepun dgn di malaysia. dan sambutan hari raye lagi.. benar2 tak merasai seperti menyambut hari raye.Bulan Ramadhan tahun ni.. rase bezanya. aku mempunyai azam supaya bula puase tahun ni..1) aku berubah menjadi insan yg lebih baik.2) cuba utk sembahyan […]

RSS My Blog Hub

  • Adira Berkongsi Pengalaman Ujibakat AF8
    MURAI SAYS KUALA LUMPUR – Dia adalah naib juara Akademi Fantasia 8. Memulakan langkah di industri seni tanahair dengan lagu Ku Ada Kamu, nama Adira terus menjadi sebutan peminat dan pemerhati muzik serantau ini. Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 21, mula dikenali selepas menyertai program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim ke 8 [...]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • PEMIKIR INDONESIA KRITIK: POLITIK MALAYSIA SANGAT JELIK
    PEMILU (Pemilihan Umum) atau Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia sudah pun berakhir sebenarnya. Kemenangan jelas milik parti pemerintah diketuai bapak Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak).Sebaliknya oposisi (pembangkang) di Malaysia oleh bapak Anwar dengan kerjasama Lim Kit Siang seorang Cina, kalau di Jakarta, ia seakan-akan Cina totok (konvensional) begitu.A […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • PEMIKIR INDONESIA KRITIK: POLITIK MALAYSIA SANGAT JELIK
    PEMILU (Pemilihan Umum) atau Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia sudah pun berakhir sebenarnya. Kemenangan jelas milik parti pemerintah diketuai bapak Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak).Sebaliknya oposisi (pembangkang) di Malaysia oleh bapak Anwar dengan kerjasama Lim Kit Siang seorang Cina, kalau di Jakarta, ia seakan-akan Cina totok (konvensional) begitu.A […]

RSS DUN Semarang

  • Diambil dari NVINCIBLE ASIA, May 7, 2013 at 6:59 AM
    NVINCIBLE ASIA,  May 7, 2013 at 6:59 AMMageran report: 13th May 1969 tragedyDap propaganda catalyst of the great racial tension which lead to the event on 13th of May 1969; Lim Kit Siang carried a chauvinist ballistic anti-Malay sentiment; '''Malai Si'. 'Malai Si' this means "Dead Malay" ''Dead Malay' […]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 96 other followers