Chua vs. DAP: Apa Permainan Anwar?
Februari 19, 2013 at 4:51 pm 7 comments
4 kerusi wajib menang untuk PKR di Johor adalah: Gelang Patah, Ledang, Batu Pahat dan Muar. Benda ini Anwar sudah tentukan lama. Tak ada dolak dalik lagi. Anwar sudah katakan di dalam mesyuarat Biro Politik PKR, keempat-empat kerusi ini tidak akan dikompromi langsung dalam PRU akan datang. Wajib menang.
Tak hairanlah kalau Chua Jui Meng menjaja cerita bahawa DAP memang sombong dan berlagak dalam isu pembahagian kerusi di Johor. Itulah hakikatnya, Setelah berkuasa di Pulau Pinang, DAP anggap Johor adalah pusat kuasa yang ada potensi untuk menyelinap masuk ideologi DAP.
DAP setakat ini tidak risau sangat dengan masalah Tuanku. Menurut mereka, banyak cerita Tuanku yang sudah siap ada dalam poket mereka. Tinggal dilambak sahaja. Mengaitkan Istana Johor dengan segala macam isu rasuah dan salah guna kuasa adalah satu kaedah yang boleh memastikan undi Cina berpihak kepada mereka. PKR juga memang sedang merancang menggunakan skim yang sama. Attack Istana Johor adalah juga satu kaedah membenamkan UMNO Johor. Make real political sense.
Kembara Mahkota Johor (dana, audit akaun, penggunaan wang negeri) semuanya sudah ada dalam poket DAP dan PKR. Memang sedap nak pakai. Dah dibentang pun dalam mesyuarat strategik parti.
Gambar-gambar Tengku Mahkota juga siap untuk dijaja. Print colour. A3 size semuanya. Kawasan sasaran: majoriti Melayu.
Anwar tak peduli kali ini. Kalau perlu langgar Istana Johor sekalipun dia akan langgar.
Sebab itu, Chua Jui Meng pun pernah dicanang sebagai MB. Strategi mangkuk hayun. Makan diri ni.
Tuanku dilihat oleh PKR dan DAP sebagai subjek yang sangat vulnerable pada ketika ini. Banyak isu. Belum masuk lagi isu KFC (yang sedang disimpan – dan akan digunapakai oleh Pas di kampung-kampung).
Biar blog ini dedahkan satu mukasurat daripada minit mesyuarat strategik parti PKR. Gelang Patah tidak pernah gugur daripada game PKR. DAP mungkin sudah silap baca.
Entry filed under: ANWAR IBRAHIM, Dato Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, PKR. Tags: Anwar Ibrahim, Gelagat Anwar, Pakatan Rakyat, PKR.
7 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. SUARIS | Februari 19, 2013 at 9:54 pm
Sultan pun sudah teraeret dlm kancah politik kini dan akhirnya Perlukan sultan berdiam diri?
2. Anonymas | Februari 20, 2013 at 12:14 am
Ohh, mereka nak permainkan TMJ? Mereka takkan survive, sebab TMJ ni dari segi attitude memang ‘awesome’ dan berkarisma. Memang silap lah kalau mereka memilih untuk buat smear campaign kepada TMJ!
Lagi satu….Rembau? Yakin betul mereka ni?
3. Tanpa Nama | Februari 21, 2013 at 4:31 pm
ape cite plak ledang???
4. JIWA HAMBA | Februari 20, 2013 at 7:40 am
Reblogged this on .
5. shams | Februari 20, 2013 at 1:14 pm
yea…mainkan isu istana undi cina akan berbalik kepada pakatan…main isu kfc pasti dapat sikit undi melayu…+ pengundi cina baru yang diimport khas dari luar special untuk daftar kat sebelah selatan…= boleh tumbang wooo
6. pokok kapas | Februari 20, 2013 at 8:34 pm
Melayu Johor tidak akan lupa kesah Kiai Salleh menentang kominis di Batu Pahat yang mahu merampas kuasa di Johor walaupun telah lebih 50 tahun berlalu.
Waimah Melayu Mat Indera yang bersekongkol dengan golongan kominis ini juga menerima padahnya.
7. Tanpa Nama | Februari 21, 2013 at 4:29 pm
diorang ni igat macam senang jek nk tawan parlimen dalam kawasan johor..korang igat orang2 johor ni same ke macam kelantan???hehe