Posts filed under ‘Pilihan Raya Umum 13’
Kabinet Najib – Respon Mesyuarat Khas Segambut Inner Circle
PERDANA MENTERI:YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)
MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)
MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)
MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)
MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)
MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)
MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)
MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)
MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)
MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)
Adalah menjadi keputusan ‘Inner Circle Segambut’ malam tadi untuk beberapa nama diberikan perhatian, dan dimulakan serangan berterusan di dalam media baru.
Anwar secara keseluruhannya, tidak risau dengan perlantikan kali ini. Kewujudan beberapa nama seperti Nazri Aziz, Tajuddin Rahman, KJ (walaupun ramai di kalangan jentera PKR sendiri menyokong), Rahman Dahalan, Azizah Md Dun, Rohani Karim, Palanivel dan James Dawos akan memudahkan PKR/PR secara keseluruhan.
Dalam sidang Parlimen nanti, ada beberapa nama wakil rakyat yang akan dijadikan SHADOW kepada beberapa Kementerian. Arahan Segambut semalam membuat keputusan berikut:-
- Rafizi (Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan) akan dibantu oleh Tony Pua (DAP).
- Zuraida (Kementerian Wanita) akan dibantu Dr Siti Mariah
- Fuziah (Kementerian Sains) akan dibantu oleh Kamarul Baharin (Pas).
- Izzah (Kementerian Dalam Negeri) akan dibantu oleh Mahfuz Omar.
- Kementerian Pertanian (Kamaruddin Jaafar; Pas) akan dibantu oleh Azmin Ali.
- PM/TPM (akan dipantau oleh Anwar sendiri; dibantu oleh Takiyuddin dan Lim Kit Siang).
Ada cadangan malam semalam, untuk menamakan SHADOW CABINET. Ianya sedang diteliti. Konsensus merasakan ianya sesuatu yang sangat baik untuk rakyat. Anwar akan pertimbang dan dbawa kepada perhatian Majlis Pimpinan PR.
Secara umum, Anwar merasakan ini satu kabinet yang lemah dan tidak berasaskan meritokrasi. Banyak lompong yang boleh diserang dalam pelbagai sudut.
Mood mesyuarat malam tadi agak tenang dan baik. MB Selangor paling ceria dan banyak bercakap.
Puad Zarkashi – Bekas Timbalan Menteri Kementerian LGBT
Rakyat membaca dengan penuh minat bebelan seorang bekas Timbalan Menteri yang tewas di kawasannya di Batu Pahat. Selepas tewas, benda yang paling mudah untuk dilakukan adalah menyalah orang lain.Antara yang disebut oleh Puad Zarkashi:-
- Sebaliknya ujar beliau, Bilik Gerakan War Room parti itu yang perlu dipertanggungjawabkan serta memperbaiki kelemahan kerana gagal menyalurkan maklumat secara terperinci kepada jentera parti untuk menyerang balas dakwaan-dakwaan pihak pembangkang.
- “Kebanyakan yang menjadi anggota War Room ini tidak pernah terlibat dalam peringkat bahagian mahu pun cawangan parti. Mereka bukanlah yang sentiasa turun ke padang dan sudah tentu maklumat yang diterima kurang jelas.
- “Jadi, bagaimana kumpulan ini mahu menyalurkan maklumat berkenaan kepada jentera parti. Mereka tidak lihat, rasa dan dengar sendiri suara akar umbi, bagaimana mahu mendapat maklumat yang tepat untuk membantu parti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
- Mohd. Puad mengulas mengenai kelemahan Bilik Gerakan War Room BN pada pilihan raya umum lalu, yang menyebabkan parti itu gagal mendapatkan majoriti dua pertiga serta merampas negeri Selangor yang menjadi fokus utama BN.
- Kenyataan Mohd. Puad itu juga dipercayai ditujukan kepada Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang gagal dalam misi mendapatkan Selangor walaupun Najib telah melaksanakan banyak perkara untuk rakyat negeri itu.
- Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, berikutan maklumat yang tidak lengkap dan tepat, arahan yang diterima oleh jentera parti daripada War Room BN juga tidak menyeluruh.
Puad nak katakan, dia tidak pernah bersalah dalam kekalahan BN di Batu Pahat. Semua salah orang lain, terutamanya War Room BN.
Puad patut ‘google’ namanya sendiri dan cuba tenung apa kenyataan yang bagus, pernah dia kemukakan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Kita tengok apa posting yang ada:-
-
Tolak Pemimpin Amal Perlakuan LGBT – Puad Zarkashi | AIDC
-
LGBT can be cured: Puad Zarkashi – Latest – New Straits Times
-
Puad Zarkashi: Amalan LGBT bimbangkan – Nasional – Sinar Harian
-
Puad Zarkashi: Seminar keibubapaan dedah bahaya LGBT …
-
Main – Bahasa – Puad Zarkashi: Simptom LGBT harus didedah …
-
BERNAMA – Tolak Pemimpin Amal Perlakuan LGBT – Puad Zarkashi
-
SK SUNGAI GALAH: Puad Zarkashi: Simptom LGBT harus didedah …
-
Govt endorses guide on how to spot gays | Free Malaysia Today
-
Berita Harian | Guru perlu bantu hindar penularan LGBT: Mohd Puad
-
Malaysia’s Mohd Puad Zarkashi defends offensive gay stereotypes …
-
Education Ministry denies endorsing gay guidelines – The Star Onlin
Puad tak pernah buat kenyataan yang berkesan mengenai pendidikan, Balik-balik LGBT. Seolah-olah, itu sahaja tugas sebagai TIMBALAN Menteri. Elok kita senaraikan juga kelemahan Puad yang lain:-
- Tidak berkesan sebagai Timbalan Menteri. Kebanyakan guru muda berasa malu mempunyai Timb Menteri yang bodoh mengenai dasar dan polisi pendidikan.
- Ucapan meleret-leret. Balik-balik menuduh Anwar sebagai LGBT master.
- Tidak beri khidmat kepada rakyat Batu Pahat.
- Malay ultras yang melampau-lampau.
- Tidak berkesan di Parlimen (bercanggah pandangan dengan Menteri).
- Sombong.
- Kakitangan pejabat Timbalan Menteri sibuk menyusun PROJEK di MoE.
Rasanya…pemimpin macam ini…lawan samdol mana pun kalah. WR mana pun tak boleh menangkan pemimpin macam ini. Letak Churchill jaga WR pun dia angkat bendera putih. Mangkuk.
Please Bro – Just Make Your BILLIONS; Jangan Masuk Campur Dalam POLITIK.
Permainan salah menyalah sudah bermula. Betul BN menang PRU. Tapi menang yang kononnya tidak menang sangat. Tak kuat.
The Malaysian Insider menggunakan lagi sumber UMNO yang sekian lama ini memberikan info kepada portal pro-pembangkang tersebut. Ini adalah satu perkara biasa selepas PRU. Salah menyalah.
Questions are being asked about Barisan Nasional’s (BN) “war room” strategists whose plans with a substantial budget did not appear to stop the ruling coalition from losing more federal and state seats in the May 5 general election.
The BN war room was tasked with selecting the candidates and advising various strategies to win the polls. It counts Rompin MP Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, PWTC chairman Datuk Seri Dr Alies Anor Abdul, Petronas director Omar Mustapha Ong, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, party information chief Datuk Ahmad Maslan and former minister Datuk Seri Idris Jusoh as among its members.
“It was just a crapshoot. Their ideas didn’t work and their white list predictions were wrong,” a senior Umno divisional leader told The Malaysian Insider on condition of anonymity.
Jahabar patut tahu, OMO, Tg Adnan, Idris Jusoh dan Ahmad Maslan bukanlah kumpulan yang aktif dalam strategi PRU. Tak pernah nampak pun. Semua sibuk dengan kawasan sendiri. OMO sibuk dengan usaha berbilion ringgit untuk menjadi individu terkaya di Asia Tenggara dalam masa terdekat ini.
OMO
Satu nasihat jika boleh diberi kepada OMO, tolonglah jaga KEPENTINGAN peribadi di dalam usaha niaga yang ada. Tak perlu nak masuk campur dalam isu dan strategi politik.
Dalam menentukan senarai kabinet, blog ini dimaklumkan OMO adalah antara orang yang paling aktif dalam meletakkan/mencantas nama sebagai Menteri/Timbalan Menteri. Kekhuatiran kita, ini bukan berdasarkan merit, tetapi kepentingan OMO sendiri.
OMO sepatutnya tumpu kepada usaha membantu memastikan Petronas diuruskan dengan baik dan efektif. Jangan campur perkara yang anda tidak punya kemahiran.
Kita semua tahu, OMO sudah menjadi antara objek paling dibenci di dalam Petronas. Banyak usaha campur tangan tentang projek. Walaupun PM sendiri memberi komitmen bahawa Menteri Kewangan tidak masuk campur dalam tendering process di Petronas – OMO tidak berbuat demikian.
Kabinet Malaysia tidak boleh ditentukan oleh BILIONAIR seperti OMO. Bahaya.
Bak kata seorang kawan di Petronas – OMO tidak bawa sebarang FAEDAH kepada Petronas pun.
PR Sabah – Retak Menanti Belah???
Berdasarkan rekod dan siasatan politik yang dijalankan baru-baru ini, beberapa nama yang MESTI diletakkan sebagai calon sudahpun dikenalpasti. PKR sendiri, sudah menamakan senarai MESTI TANDING seperti yang diharapkan oleh aktivis cabang masing-masing.Isu utamanya sekarang, adalah ruang yang terlalu besar diberikan kepada Bumburing dan Lajim dalam meletakkan calon mereka. Kebanyakan Ketua cabang merasakan kerjasama dengan Bumburing dan Lajim ini hanya menempah maut politik. Kedua-duanya sudah kurang pengaruh.
- Tuan Haji Ansari Abdullah – Ketua Cabang Tuaran (Ketua) – Encik Anthony Mandiau – Ketua Cabang, PKR (Kota Merudu) – Encik Saidil Bin Simoi – Ketua Cabang, PKR (Kota Belud) – Encik Zainal Bin Atim – Pemangku Ketua Cabang PKR, Putatan – Encik Affendi Bin Abdullah – Ketua Cabang PKR, Pensiangan – Encik Mazri Bin Nasir – Timbalan Pengarah Pilihan Raya, PKR Sabah (Sandakan) – Pemangku Ketua Bahagian Kudat – Ketua Cabang Papar – Ketua Cabang Semporna
Kesemua nama yang dinamakan di atas MESTI diberikan hak dan peluang bertanding. Jika parti membuat keputusan sebaliknya, kita sudah boleh berikan jaminan bahawa PKR akan tewas kerana sabotaj.
Nama seperti Ansari, Mandiau, Saidil, Zainal dan Mazri adalah mereka yang sudah lama aktif dalam PKR. Orang lama. Nasib mereka tak baik kerana selalu bergaduh dengan Azmin. Silap. Gaduh dengan Azmin, ibaratnya bergaduh dengan MALAIKAT MAUT POLITIK di dalam PKR.
Apakah Strategi “Huguan Siou” Boleh Berjaya?
Huguan Siou ini jadi penting kepada Anwar bukan atas sebab suka-suka. Memang Anwar kepingin lama dengan gelaran ini. Bukannya apa, untuk memasakkan lagi kehadirannya di Sabah, Anwar perlukan gelaran Huguan Siou untuk memikat pengundi.
Rata-rata kawan dalam PKR tahu dan maklum, Anwar tidak boleh sentuh 2 kerusi majoriti Cina di Sabah (Kota Kinabalu dan Sandakan). Walaupun menurut bisik-bisik di bawah, PKR juga boleh menang jika bertanding di kedua-dua kawasan tersebut. Tapi kerana mahu memberi laluan kepada DAP, Anwar mengalah.
Pada ketika ini, kerusi yang lebih ditumpukan adalah kerusi-kerusi MAJORITI Bumiputera Bukan Islam (kerusi KDM) dan 5 kerusi Campuran Majoriti Bukan Islam.
Kerusi-kerusi majoriti Bumiputera Bukan Islam:-
1. Kota Marudu
2. Keningau
3. Pensiangan
Kerusi-kerusi majoriti Bukan Islam:-
1. Tuaran
2. Sepanggar
3. Penampang
4. Ranau
5 Tenom
Kerusi tumpuan yang kita kemukakan semalam:-
1. Penampang
2. Kota Belud
3. Tuaran.
4. Kota Marudu
5. Putatan
6. Libaran
7. Tawau (masih dalam negotiation).
UMNO/BN di Sabah perlu memerhati jentera di kawasan-kawasan yang disebutkan ini dengan teliti. Jangan ambil mudah. Info ini datang daripada PKR sendiri.
Huguan Siou setakat ini mahu tumpu kepada undi ‘swing’ KDM. Menurut telahan Huguan Siou minggu lalu, jika KDM swing (15%) kepada PKR; ianya sudah boleh memberikan result yang baik. Undi Cina di Sabah, PKR sudah locked setakat 70 %.
Soalnya bolehkah dapat swing 15 %? DAP kata, dengan isu yang ada sekarang – 5 % pun belum tentu. Yang penting pada DAP, mereka dah secure 2 kerusi Parlimen.
Damage Control – HADI Patut Jadi PM.
Arahan demi arahan dikeluarkan oleh PKR HQ untuk menidakkan pandangan bahawa Hadi adalah calon yang lebih baik untuk jadi Perdana Menteri. Anwar sudah minta para pegawainya untuk usahakan sesuatu agar PAS kembali kepada realiti dan tidak bermimpi untuk jadi Perdana Menteri.
Antara pihak yang paling awal membantu DAMAGE CONTROL ini adalah Sinar. Akhbar Sinar antara yang paling awal menyiarkan ONLINE POLL, untuk memastikan Anwar kekal sebagai pilihan utama menjadi PM Malaysia. Panggilan peribadi Anwar/Azmin kepada pemilik Sinar dilayan dengan cukup baik.
Sementara polemik siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Pusat berterusan, bancian ‘online’ menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan ramai.
Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian ‘online’ kendalian Sinar Harian Online mengatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, layak menjadi Perdana Menteri.
Ia disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berdasarkan perkembangan semalam, kedua-dua Anwar dan Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.
“Memang betullah. Boleh bincanglah,” kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58 petang semalam.
Terima kasih banyak kepada owner Sinar yang banyak membantu Anwar dan PKR kebelakangan ini. Bantuan demi bantuan inilah yang akan meletakkan Sinar lebih penting berbanding Media Prima sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.
Kita anggap sahajalah Sinar ini orang berniaga. Pada mereka, kesetiaan boleh dijual beli. Kalau hari ini mereka lambung Menteri BN – esok mereka akan lambung Anwar/Azmin 6 kali lebih hebat. Tahniah Sinar. Moga maju jaya.
Apa Mesej Haji Hadi Sebenarnya…
Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) hari ini.
“Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti.
“Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah.
“Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
Barisan pimpinan tertinggi PAS Pusat yang turut bersama di dalam sidang media itu terus ketawa sebaik sahaja wartawan meminta Abdul Hadi memberi respons berhubung hasratnya untuk bertanding di Pekan.
Kalau mereka yang lama dalam PAS dan faham dengan lenggok bahasa Haji Hadi, pastilah tahu bahawa ada RAJUK di sebalik kenyataan Haji Hadi ini. Kenapa?
- Kebanyakan calon yang diketengahkan oleh Haji Hadi tidak diterima pakai oleh pimpinan tertinggi Pusat. Malahan ada beberapa nama dibuang terus oleh pimpinan tanpa mengambil kira kepentingan ‘politik’ Presiden;
- Haji Hadi terlalu rasa dibayangi menjelang PRU kali ini. Banyak keputusan tidak seperti dibuat di Ibupejabat PAS – sebaliknya di tempat lain (Tropicana, Pejabat MB Kelantan, Segambut dan Seputeh);
- Kecewa dengan sikap PKR yang tidak mahu mengalah dalam beberapa isu ‘swapping seats’ bersama PAS.
- Presiden tidak lagi berfungsi dan mempunyai kuasa pemutus;
- Kalangan Naib-Naib Presiden PAS juga boleh mengambil pendirian sendiri dan tidak lagi memihak kepada Presiden dalam segenap hal strategi politik;
- Perli kepada Anwar Ibrahim supaya tidak senang lenang bertanding di Permatang Pauh – harus berani berdepan dengan pemimpin UMNO yang lebih kuat;
Haji Hadi pakar retorik dan ilmu mantik. Apa Haji Hadi cakap, tidak semestinya apa yang dia sebenar-benarnya rasakan. Ini semua perlu dipelajari oleh pemimpin Malaysia. Mesej hadi sangat jelas, biar dia KALAH melawan dengan orang yang paling kuat – daripada TERBENAM akibat tikaman rakan-rakan dalam PAS sendiri. Haji Hadi kecewa, kerana pada ketika ini, PAS sedang berada zaman politik sangat jahiliyyah – sehingga sanggup memBONEKAkan seorang Presiden Parti.
Ini mesej yang lebih dalam daripada kenyataan Haji Hadi.
Anwar jangan terlampau suka – andai kata Haji Hadi buat keputusan untuk KONAR nanti; merudum Pakatan Rakyat!
Amir Kahar Bagi Pening Pak Sheikh?
Dalam banyak-banyak benda yang Pak Sheikh fikir sewaktu di Sabah, adalah permainan apa yang PM nak main bagi menentukan P167 (N1, N2 dan N3) kekal menjadi kubu kuat BN. Pada hakikatnya, Pak Sheikh sendiri sudah mengarahkan beberapa pihak bertemu dengan Amir Kahar bagi menentukan Kudat dan 3 DUN yang ada akan dapat ditarik kepada PKR.
Pak Sheikh cukup yakin, dengan ‘amaun’ dan jumlah yang tepat, beberapa pemimpin BN Sabah yang berfikiran ‘RM’ seperti Lajim Ukin akan mudah dilentur dan mula bersama dengan PKR. Dengar cerita, Pak Sheikh susun strategi yang sangat licik dalam menentukan pemimpin BN akan menyokongnya. Kaedah ugutan juga digunapakai. Khabarnya, itulah yang terjadi kepada Lajim dan beberapa orang bekas pemimpin BN yang kini kononnya membawa panji PKR.
Pak Sheikh nampaknya terlalu yakin bahawa Amir Kahar adalah antara pemimpin yang boleh di RECYCLE dan dijadikan calon Parlimen di Kudat. Malahan, Anwar sanggup menawarkan Amir Kahar ‘double seats’ seperti Lajim sekiranya bersetuju. Tanding Parlimen dan DUN.
Nampaknya, Pak Sheikh gagal membaca semangat Amir Kahar. Amir bukan calang-calang anak Negeri. Dia punya darah pahlawan dan pemimpin besar di Sabah. Kalau setalat bermain dengan wang ringgit ini bukan permainan keluarga mereka.
Kesilapan Pak Sheikh ini mengecewakan ramai pemimpin PKR di Sabah. Dalam beberapa mesyuarat tertutup, Pak Sheikh sudah jual nama Amir keliling Sabah. Anwar yakin bahawa dia mampu menarik Amir menjelang PRU yang akan datang ini.
Kali ini, pilihan akan terbentang luas buat Amir Kahar untuk menentukan keputusan politik.
Kalau menurut situasi semasa di Kudat, Amir mungkin bukan winnable candidate (untuk BN) buat ketika ini. Namun semuanya boleh berubah.
Tapi rasanya, Amir sendiri boleh buat keputusan yang matang. Apakah legasi keluarga hebat di Sabah akan berjaya dipermain, diperkecil dan diperkotak katikkan oleh Anwar Ibrahim. Amir tak perlu ikut rentak Lajim. Rentak Yahya Lampong. Rentak Bumburing. Mereka kumpulan yang tamak haloba. Lagipun sudah tidak ada apa yang Amir kejarkan. Pernah ada di Federal. Pernah ada di State. Kalau ikut Anwar, Amir dijanjikan jawatan Kabinet. Tapi ini permainan belum dapat. Kalau dah dapat, Amir mungkin sahaja ditinggalkan terkebil-kebil di Kudat Marina and Golf Resort. Hati-hati bro dalam membuat pilihan.
Maklum Balas Pembaca