Posts filed under ‘PKR’
Mesyuarat Koordinasi Online Media PKR – Post GE13
Semalam, mesyuarat koordinasi Online Media PKR tak jadi mesyuarat. Jadi medan gosip yang maha hebat.
Ada beberapa isu yang dibawa oleh Pengerusi Mesyuarat semalam, antaranya adalah perubahan kiblat kalangan bloggers pro-UMNO menjelang pemilihan UMNO. Menurut ceritanya, DPM Muhyiddin Yassin sudahpun bertemu dengan kalangan bloggers pro-UMNO – yang dikatakan semakin hilang sabar dengan apa yang berlaku dalam politik negara pada ketika ini.
Jawatankuasa Strategik Penerangan yang dipengerusi oleh Nik Nazmi akan memberikan fokus kepada beberapa program lain. Sementara pertembungan pemikiran antara bloggers UMNO, hanya perlu diperhatikan dari jauh.
ADAM ADLI – Korban Politik Anwar?
Tahap kecintaan Adam Adli kepada Anwar Ibrahim ini kita boleh anggap berada di skala 10/10. Memang tahap dewa. Apa sahaja yang Anwar buat, akan dianggap sebagai Adam Adli sebagai tindakan tepat. Anwar kepada Adam Adli, adalah dewa kepada politik Malaysia.
Dengan kecintaan tahap gila begitu, dididik pula oleh seorang ateis dan penggerak anarki politik seperti Hishammudin Rais, Adam Adli ini boleh melakukan apa sahaja dalam menentukan bahawa perjalanan politik Anwar sampai ke Putrajaya.
Sebelum PRU, kita semua sudah tahu, bagaimana Anwar akan sanggup mengorbankan siapa sahaja demi mencapai jalan mendapat kuasa.
Sepanjang dilatih oleh Isham Rais, Adam Adli sudah dibayangkan sebagai Mohammed Bouazizi baru kepada Malaysia. Kalau Bouazizi berani membakar diri untuk mencetus rusuhan – keberanian itu juga harus ada kepada Adam Adli. Humiliated and dejected, Bouazizi, the breadwinner for his family of eight, went to the provincial headquarters, hoping to complain to local municipality officials, but they refused to see him. At 11:30 a.m., less than an hour after the confrontation with the policewoman and without telling his family, Bouazizi returned to the elegant double-storey white building with arched azure shutters, poured fuel over himself and set himself on fire. He did not die right away but lingered in the hospital till Jan. 4. There was so much outrage over his ordeal that even President Zine el Abidine Ben Ali, the dictator, visited Bouazizi on Dec. 28 to try to blunt the anger. But the outcry could not be suppressed and, on Jan. 14, just 10 days after Bouazizi died, Ben Ali’s 23-year rule of Tunisia was over.
Ingin blog ini ingatkan, bahawa Adam Adli sudah dilatih untuk memuja politik Anwar. Sudah macam gila.
Harap pihak PDRM ambil langkah berhati-hati, jangan biarkan Adam Adli buat kerja bodoh – mengorbankan diri demi Anwar.
Seorang teman di HQ PKR, mengatakan tidak sabar menunggu satu suasana GEMPAR sedikit masa lagi. GEMPAR inikah yang dimaksudkan?
Post Mortem 1 – PRU13: Pas PUNCA Kegagalan Dapat 10 Parlimen di Sabah
- Lahad Datu adalah penyelamat utama kepada Kerajaan BN. Tanpa insiden tersebut, Sabah akan menjadi milik PR atau sekurang-kurangnya memberikan 10 kawasan Parlimen.
- Kekuatan Musa Aman dan BN adalah ‘RM’ – bukan Rosmah Mansor. Ringgit Malaysia.
- Pas menjadi punca perbalahan STAR, SAPP dan PR. STAR dan SAPP sama sekali tidak boleh menerima brand politik ekstrim yang ada dalam Pas.
- Pas tidak membantu sama sekali dalam memperkukuh kedudukan PR di Sabah.
- Sewajarnya ‘Sabah-based political parties’ diberikan ruang yang lebih besar bertanding di negeri tersebut. Unsur tamak yang ada dalam PKR sendiri turut menjadi punca. Anwar terpaksa menurut desakan pemimpin Cabang PKR di Sabah.
- Dana khas dari luar yang sepatutnya tiba (USD100m) untuk Projek Sabah tidak turun sampai PRU.
- Dana PRU yang sangat terhad.
- RM750k yang diserahkan kepada calon tidak digunapakai secara optimum.
- Kegagalan mengurangkan calon bebas.
- Anwar dan pimpinan PR sendiri tidak mengambil perhatian di Sabah sewaktu PRU.
- Perhatian PR tertumpu di Johor. Gagal membawa keuntungan politik.
- Investments besar untuk Bumburing dan Lajim – RUGI! Setiap seorang dikatakan dibayar RM5 juta.
Beberapa hari sebelum penamaan calon, SAPP sudah bertegas supaya perjanjian politik (DUN untuk parti Sabah; Parlimen untuk PR) tidak digunapakai.
SAPP will not back down on its stand that the national opposition coalition focus on contesting parliamentary seats in Sabah leaving the state seats to local parties allowing them a chance to form the next state government without interference from peninsula-controlled parties.
“Please honour the principle that Pakatan parties contest more of the parliamentary seats and let Sabah parties contest a majority of Sabah state seats,” said the SAPP leader a day after Anwar reopened the door to the local party to join the opposition coalition.
Yong said that SAPP had already said it would not contest for the Sandakan parliamentary seat and that it would only bid to retain its two incumbent state seats at Tanjung Papat and Elopura within the Sandakan parliamentary constituency.
“This would let DAP have an easy win at Sandakan (MP). Regrettably, even this perfect formula has been rejected by DAP which wants to contest the state seats as well,” he said.
Yong also said that the party would stick by its promise made in January 2012 not to contest the Penampang parliamentary seat.
Cadangan:-
- PR perlu bergerak dengan model politik khas di Sabah. Tanpa Pas.
- Tak perlu lagi ambil orang lama yang tak performed – sekadar mahu duit mudah seperti Bumburing dan Lajim.
- Yong Teck Lee patut dibawa masuk ke dalam PKR (sebagai Timbalan Presiden 2). Sama taraf dengan Azmin Ali.
- Dana politik perlu diusahakan dengan lebih konsisten.
Anwar Wajar Mengaku Salah. Ambil Tanggungjawab.
Azmin mungkin tidak meletakkan jawatan pun. Malah, ada yang kata, hari ini Azmin hanya akan ‘main ayat kosong’ dan hanya bertindak ala kadar. Punca? Kerana Anwar sudahpun meminta jasa baik Shamsidar supaya menenangkan Azmin supaya tidak membuat kenyataan yang memburukkan Anwar.
Kritik parti boleh. Kritik Khalid boleh. Tapi jangan babitkan Anwar.
Azmin hanya nak menyuarakan pandangan kawan-kawan ahli PKR di bawah. Mereka kecewa dengan tindakan Anwar, yang tidak mahu mendengar hujah dan pandangan mereka.
Kesilapan Anwar memilih calon bukan benda yang boleh disimpan lagi. Mereka-mereka yang digelar ‘tunggul bernyawa’ di dalam PKR pun diberikan peluang untuk bertanding. Kesilapan Anwar paling nyata:-
- Mustaffa Kamil Ayub
- Khalid Jaafar
- Dr Md Nur Manuty
- Ibrahim Yaacob
Keempat-empat calon ini tidak disenaraikan oleh Azmin. Sebagai orang yang bergerak di peringkat akar umbi, Azmin tahu bahawa keempat-empat calon ini akan meninggal – tewas.
Bayangkan, Dr Md Nur Manuty, seorang pemikir mahu diletakkan sebagai calon di kawasan yang tough. Bodoh la namanya tu.
Nama Ibrahim Yaacob juga tidak sepatutnya ada. Tapi dek kerana mementingkan ‘KERABAT SEGAMBUT’, diletakkan juga. Sudahnya, lawan calon pondan BN pun dia boleh kalah. Bayangkan.
KERABAT SEGAMBUT
Azmin kecewa kerana dalam beberapa keputusan, elemen KRONISME jadi membarah dalam PKR. Sampai rosakkan usaha nak ke Putrajaya.
Kalau diletakkan calon yang lebih sesuai, seperti nasihat yang diberikan Azmin, rasanya lebih banyak kawasan yang akan dimenangi oleh PR.
Sebelum penamaan lagi, senarai yang disediakan Azmin boleh memberikan PKR kemenangan yang lebih besar. Tapi sayang, semuanya tidak didengar oleh Anwar.
Sungguh ke Azmin Nak Main Gila?
Semua orang perlu tahu, jika ada seorang yang mendapat sekolah politik daripada dua individu hebat, Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim – orang itu adalah Azmin Ali.Sejak zaman belajar lagi, Azmin ini memang ‘renegade’ dan rebel. Tak kira kawan atau lawan, jika tiba angin dia sampai, semua orang dia balun.
Perlukah BERDEMO Lagi?
Ini bukan pertanyaan penyokong kerajaan. Tetapi sms/email yang sama turut bertebaran di kalangan ahli PKR sendiri. Setelah berpenat lelah mencapai keputusan yang baik dalam PRU, ramai juga di kalangan ahli PKR sendiri tidak merasakan demo ini perlu.
Pada mereka, walaupun mencatat kemenangan yang baik di Selangor dan beberapa buah negeri lain – Anwar pada hakikatnya sudah GAGAL.
Ada kalangan ahli PKR sendiri yang merasakan Anwar sudah perlu make way dan memberikan peluang kepada Azmin Ali untuk menentukan masa hadapan PKR dalam masa terdekat ini.
Ada juga bunyi yang mengatakan Anwar mahukan perhimpunan 8 Mei dijayakan bagi memastikan PKR kekal menjadi MB di Selangor. Kekuatan kehadiran pada 8 Mei mahu dijadikan kayu ukur bahawa Selangor adalah milik PKR dan bukannya PAS walaupun parti Islam tersebut mendapat 15 kerusi.
Strategi ini diperkukuhkan lagi dengan pidato TS Khalid sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam esok malam. Berturut-turut. Nampak terdesak.
Anwar perlu mengambil tanggungjawab bahawa PR sudah gagal. Itu sahaja. Demo untuk mempertahan kegagalan diri sendiri macam ini menyusahkan anggota parti.
Lepas berbulan cuti – tidak bergaji, disambung dengan demo dan ceramah mega seperti ini, ahli PKR pun tahu penat.
LAGIPUN, KALAU BETUL BOIKOT KEPUTUSAN PILIHANRAYA – YANG KELANTAN DAN PULAU PINANG TERGOPOH GAPAH ANGKAT SUMPAH SEBAB APA???
Klon Anwar dan Chinadoll dah jumpa; Klon Eskay???
Kelmarin, seorang lelaki yang dikatakan klon Anwar sudah ditahan oleh pihak berkuasa. Menurut sumber, kemasukan lelaki berkenaan sudah dimaklumkan kepada PDRM melalui sms (nombor tidak dikenali). Ada yang kata, tindakan tersebut dilakukan oleh orang PKR sendiri yang kurang yakin bahawa KLON ini sama dengan Anwar. Malah jauh sangat rupanya.
Lt Col Jehismail Jehmong
Bekas Polis Thailand ini bukan calang-calang orang. Pernah menjadi orang penting Thai Rak Thai Party (parti milik Thaksin) – dan menang sebagai wakil rakyat di Patani. Kuat dengan NGO Islam di Thailand.
Jehismail Jehmong inilah yang dikatakan MIRIP kepada Anwar. Walaupun badannya kelihatan jauh lebih besar daripada badan Anwar.
Jehismail Jehmong akan tampil dan mengakui bahawa dia adalah pelakon di dalam video sex tersebut. Aksi seks yang dikatakan Anwar itu juga adalah aksi dia dan temannya yang turut sanggup mengaku mereka merakam video tersebut untuk mengenakan Anwar.
Wanita yang akan dikatakan KLON kepada China doll tersebut adalah Miss Ameena Chaiyakul. Orang Thailand juga. Pun dibayar dengan harga tinggi.
Dikhabarkan PKR sanggup membayar JUTAAN ringgit dengan pengakuan Jehismail dan Ameena. Masalah sekarang adalah untuk mencari KLON Eskay, yang turut tampil di dalam video seks tersebut.
Beberapa pemimpin PKR yang telah ditunjukkan gambar Jehismail, sepakat bahawa jika dibawa masuk pun, ianya tidak akan merubah apa-apa. Tak sama dengan Pak Sheikh pun. Jauh. Buat rugi sahaja.
Mana lagi nak cari klon Eskay? Thailand juga?
Bilamana gambar Jehmong diberikan kepada orang Pas di Kedah dan Perlism mereka pakat gelak. Tak sama Pak Sheikh!
PKR Terengganu Kecewa Anwar Tidak Pertahan
Selepas 48 jam hari penamaan, tiga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu menarik diri daripada bertanding di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.
Tiga kawasan itu ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir, Kota Putera dan Bukit Besi, yang sebelum ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan PKR.
Pengerusi PKR negeri Azan Ismail pada sidang media di sini, berkata tindakan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan serta nasihat daripada PKR Pusat, semalam atas dasar kesepakatan serta menjaga hubungan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Keputusan tawaran menarik diri itu bukan berdasarkan kepada potensi kemenangan atau kekalahan. Ia untuk menyelamatkan imej pakatan rakyat. Sebab kalau bertembung bermakna dua-dua tidak mahu mengalah. Jadi kita buat keputusan bagi menyelamatkan PR kita, kita mengalah,” katanya.
Dimaklumkan oleh teman-teman di PKR Terengganu, mereka kecewa kerana boss besar, Pak Sheikh langsung tidak mempertahan nasib mereka. Diam. Tunduk kepada Pas.
Malah, di kalangan warga PKR Terengganu sudah kecoh, bahawa Anwar tidak punya nilai sebagai Perdana Menteri. Parti sendiri pun tidak boleh pertahan.
Yang Anwar tahu, memujuk dengan duit. PKR HQ khabarnya sudah hantar RM50k untuk setiap calon yang menarik diri. Upah cover malu. Semua perbelanjaan poster dan percetakan yang sudah dibelanjakan – boleh diclaim daripada Tropicana. Dibayar cepat.
Soalnya, cukupkah dengan RM150k untuk menyelamatkan maruah PKR Terengganu. Di mana nak letak muka. Sudah dicalonkan, akhirnya kena tarik diri. Sepenggal tahan malu.
Azan dapat upah cover malu yang besar sikit. RM200k katanya. Nak bagi dia diam dan tidak berpaling tadah. Duit sudah ditransfer kepada 3 syarikat yang dinamakan Azan. Ini kira modal untuk PKR lah. Tak masuk dalam dana PRU.
Setakat ini, apa yang berlaku di Terengganu adalah kegagalan Anwar paling buruk dalam PRU kali ini. Paling buruk.
Peruntukan RM5 juta Untuk Setiap Calon Bebas PILIHAN Anwar?
Bukan semua calon BEBAS adalah orang kecewa. Ada calon bebas yang dapat layanan istimewa daripada calon asal PKR. Ini adalah berita baru yang diterima dari PKR HQ semalam.
Beberapa tangan korporat semalam bersedia memberikan dana khas yang bakal diwujudkan untuk beberapa orang calon bebas yang diharap dapat membawa kemenangan kepada PKR.
Yang peliknya, calon asal tidak dibantu, tapi calon bebas pula yang dibisikkan oleh pemimpin parti untuk berusaha keras mencapai kemenangan. Soal fulus jangan bimbang. PKR HQ akan susun dengan sebaiknya.
Beberapa calon BEBAS di dalam kategori ELIT dan menjadi PILIHAN Anwar adalah seperti berikut:-
Calon BEBAS (PKR) DUN Machang Bubuk
Calon BEBAS (PKR) Parlimen MUKAH
Calon BEBAS (PKR) DUN Balung, Parlimen Tawau
Calon BEBAS (PKR) Parlimen Indera Mahkota
Calon BEBAS (PKR) DUN Karambunai
Calon BEBAS (PKR) DUN Banggi
PKR HQ sendiri tidak faham dengan tindakan mensabotaj calon sendiri. Khususnya di Parlimen Indera Mahkota, Anwar sendiri mahukan Fauzi ditewaskan secukupnya. Apakah ini untuk menghalang lebih banyak perpecahan di kalangan pimpinan PKR Pahang?
Wang tajaan ini akan dihantar dengan tunai. Tidak ada cek. Tidak ada trail. Calon BEBAS yang terpilih akan diberikan wang secara berkala bermula 24hb ini. Tunggu sahaja panggilan daripada PKR HQ.
Ada juga di kalangan jentera kanan PKR yang risau bahawa tindakan ini akan memakan diri. Anwar tidak ada pilihan. Dia perlu membantu di mana yang perlu. Ada calon PKR sendiri yang perlu ditanam hidup-hidup secara politik.
Anwar bosan nak layan orang yang kuat argue seperti Fauzi. #IniKaliLah!
‘Kumpulan 11′ UMNO lawan ‘Kumpulan 753 DAP’
Kita mulakan dengan mengingati kembali insiden kumpulan 11 orang ahli UMNO yang telah menyaman UMNO kerana terdapat beberapa orang perwakilan yang muflis dan perwakilan-perwakilan haram dari cawangan-cawangan haram.
Sesungguhnya kumpulan ini telah membuat perbincangan dengan salah seorang daripada kumpulan Team B tentang isu kesalahan-kesalahan ini.
Nama pemimpin itu ialah Dato’ Abdullah Haji Ahmad Badawi yang menang sebagai Naib Presiden dalam pemilihan itu.
Dato’ Radzi Sheikh Ahmad merupakan orang kuat yang menggalakkan kumpulan 11 ini ke mahkamah dan telah bersetuju meminta Puan Hajjah Marina Yusuff untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.
Tengku Razaleigh tidak ada kena mengena atau berbincang dengan kumpulan ini kerana beliau telah meninggalkan negara untuk bercuti selama hampir 3 bulan di Eropah.
Akhirnya saman ini telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi dan Hakim Harun Hashim yang merupakan hakim yang mendengar kes ini.
Kumpulan 11 ini meminta mahkamah membatalkan pemilihan yang dilakukan dengan cara yang salah dan mengadakan pemilihan sekali lagi.
Ada antara perwakilan dalam Perhimpunan Agong 1987 itu adalah perwakilan haram dari cawangan-cawangan haram yang dilakukan oleh pihak Dr Mahathir untuk memastikan kemenangan beliau.
Beberapa orang pemimpin UMNO di peringkat MKT telah mengadakan perundingan dengan kumpulan 11 ini untuk mencari titik penyelesaian tetapi semuanya menemui kegagalan.
Akhirnya, UMNO diharamkan. Ini sejarah. Ini fakta.
Malangnya, DAP ini melibatkan bukan 11 orang. Tetapi 753 orang. 753 orang yang dinafikan hak untuk mengundi. Apakah Guan Eng takut KALAH? Atau Guan Eng sememangnya tidak mahu 753 orang ini menentukan kepimpinan DAP.
Yang lebih menarik, kebanyakan orang India yang diketepikan. Apa maknanya ini?
DAP jangan cemas. Ini bukan soal DAP. Ini soal ‘cekap, akauntabiliti dan transparen’. Kalau tidak cekap. Jangan mudah nak salahkan orang.
Apa yang berlaku menggambarkan bahawa DAP tidak demokratik. Itu sahaja. DAP tidak perlu dilayan secara istimewa. Tak perlu.
* dalam masa yang sama, orang dalam PKR ada yang bersorak gembira dengan apa yang berlaku. Pada mereka, ini meletakkan DAP sedar diri bahawa mereka tidak lebih baik berbanding PKR.

Maklum Balas Pembaca