Apa Agenda Tersembunyi Hannah Yeoh? ‘Red Bean Army’ Dalam DUN Selangor???
Ada laporan Sin Chew pagi ini yang menyebut antara agenda utama Hannah Yeoh dalam Sidang DUN tidak lama lagi adalah untuk memastikan DUN Selangor akan menjadi ‘sebebas-bebasnya’ daripada terus dicampuri oleh cabang pentadbiran yang lain.
Walaupun cadangan Hannah Yeoh ini nampak macam innocent, telus dan kononnya sangat bertepatan dengan masa – ia menggambarkan bahawa DAP mahu kekal lama di Selangor dan mula meletakkan orang-orang mereka di dalam pentadbiran Dewan Undangan Negeri yang sedia.Hannah Yeoh mahu, perjawatan di dalam pentadbiran DUN Selangor diuruskan sendiri oleh Speaker Dewan.
Nampaknya, strategi meletakkan Hannah Yeoh sebagai Speaker amat menjadi. DAP tak mahu Hannah sekadar menjadi Speaker yang mengurus mesyuarat. Malahan, jawatan Speaker mahu dijadikan sebagai satu jawatan yang super penting; sekiranya ada percaturan politik baru berlaku di masa-masa akan datang.
Maklumat blog ini, DAP sudah mengenalpasti sekurang-kurangnya 15 orang (anak muda Cina, berpendidikan, ahli DAP) yang mahu dibawa masuk sebagai petugas tetap Dewan Undangan Negeri sekiranya undang-undang SELESA ini lulus.
——————————————————————————————————-
In an exclusive interview with Sin Chew, Yeoh explained that the new enactment will be instrumental in implementing the separation of powers in the Selangor government and further enhance the state assembly’s role and effectiveness.
Selesa will improve the separation of powers between the three arms of the Selangor government — the executive, the legislature and the judiciary.
The proposed law would see the setting up of a new Legislative Assembly Service Commission which would manage the state assembly — including its jurisdiction, finances and staff — independently of the state government’s executive arm.
The commission will then be headed by the Speaker and will include the Selangor mentri besar, the state opposition leader as well as between five and six state lawmakers.
——————————————————————————————————–
Jika undang-undang SELESA ini lulus, sekumpulan pakar IT (cybertroopers) juga akan dibawa masuk secara ‘rasmi’ sebagai petugas DUN. Bayangkan, dengan outfit yang sedemikian solid, dibantu oleh bajet rasmi NEGERI SELANGOR, DAP akan melaksanakan apa yang dilakukan di Pulau Pinang (red bean army – untuk fokus kepada isu Selangor).
Perbualan blog ini dengan beberapa orang ADUN (Pas) Selangor semalam, membayangkan bahawa mereka juga khuatir dengan perkembangan ini. Menjadikan jawatan ‘Speaker’ sebagai satu punca kuasa baru dan memberi kebebasan perlantikan kakitangan akan menjadikan Hannah Yeoh sebagai pemain politik utama di Selangor.
Dikhabarkan, bahawa Menteri Besar tidak ada masalah dengan cadangan Hannah, asalkan Saifuddin Nasution juga diserapkan sebagai antara kakitangan di bawah Hannah.
Salah Siapa PKR Lemah???
3 siri artikel di dalam Free Malaysia Today boleh dijadikan asas dalam kita memahami apa yang berlaku sewaktu PRU13 yang lalu. Kita kena puji FMT, kerana berani mengeluarkan artikel yang secara nyata meletakkan Anwar sebagai punca kepada kegagalan PKR dalam PRU yang lalu.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/06/04/anwar-azmin-blamed-for-pkr-losses/
- They said the main reason PKR lost many promising seats, including those it won in 2008, was that the process of choosing candidates was dominated by Anwar and Azmin. Azmin chaired the party’s election committee, which had final say in the choice of candidates.
- According to the sources, PKR could have won at least 10 additional parliament seats if the party had accepted the candidates proposed by the respective divisions. These are Bayan Lepas, Kulim Bandar Baru, Langkawi, Tanjung Malim, Bagan Serai, Pasir Salak, Hulu Selangor, Setiawangsa, Johor Bahru and Labuan.
- However, they added, the party should have been able to win Bayan Lepas, Kulim Bandar Baru, Machang, Bagan Serai and Hulu Selangor (all of which it won in 2008) and probably Tanjung Malim, Pasir Salak and Setiawangsa if Anwar and Azmin had listened to grassroots views.
- Websites that support the opposition cause have, at least since 2011, been carrying negative reviews of the performance of several PKR MPs and state assemblymen, including Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Azan Ismail (Indera Mahkota) and Mansor Othman (Penanti state seat).
To the surprise of many, all five were chosen as candidates in the recent election. A PKR leader in Kedah remarked that this was a strong signal to party members that “you can sleep on the job and still be assured of being a candidate as long as you dance to the tune played by Anwar and Azmin.”
- “PKR has internal problems in every state, but these are especially serious in Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang and Terengganu,” a source told FMT.
- According to PKR central committee member, many of PKR’s losses were due to silent protests over the fielding of parachute candidates.
- “The defeats in Kulim Bandar Baru, Bagan Serai, Pasir Salak, Taiping and Hulu Selangor were classic cases of candidates losing due to lack of support by division members.”
- PAS – One PKR man said he (Azizan) was “a miserable choice” as CEO for the northern state. Aside from his lack of administrative acumen, he also suffered ill health, requiring him to undergo dialysis treatments three times a week and thereby distracting him from his official duties.
- “The Chinese and Indians punished us at certain polling stations because of some unpopular and inconsistent policies implemented by Azizan,” said one source. “He was arrogant. He did not listen to our feedback.
Job Scope Saifuddin Nasution
Tak payah belajar politik untuk tahu bahawa kehadiran Saifuddin Abdullah (eh silap…Nasution) di Pejabat Menteri Besar Selangor mempunyai skop tugas yang sangat strategik dan penting.
MB nampak macam seronok. Ke mana-mana di Selangor, MB sudah mula mencanang bahawa komunikasi Kerajaan Negeri Selangor akan dibawa ke tahap profesionalisme yang baru. Kepakaran Saifuddin bab ini akan digunakan sepenuhnya.
Menurut seorang rakan di HQ PKR, antara tugas utama Saifuddin di Pejabat MB adalah seperti berikut:-
- Jambatan antara Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri. Tak perlu ada pun sebenarnya. Tapi mana nak bantu Saifuddin dengan RM15k sebulan kalau tidak diwujudkan jawatan yang khusus.
- Memantau program politik YAB Dato’ Menteri Besar Selangor (antara yang disebutkan di dalam Kongres PKR; MB tidak ada strategi politik). Saifuddin akan bantu.
- Memastikan agenda komunikasi pejabat MB berlangsung dengan baik. Menggunakan bajet Selangorku dan tambahan bajet khas yang dicari oleh Dato’ MB sendiri. Jika sebelum ini bajet Selangorku hanya diketahui oleh MB, Faekah dan beberapa staff MB (bermula sekarang; HQ PKR juga tahu berapa dana yang boleh dipakai untuk politik);
- Mengimbangi politik Azmin di kalangan Ketua-Ketua Cabang di Selangor. Ada Ketua Cabang yang menganggap Azmin sebagai ‘tai kor’ dalam PKR Selangor. Ini agak tidak bagus untuk parti.
- Latihan politik (kepada tenaga muda AMK di seluruh Selangor). Akan digandingkan dengan kakitangan IKD lama di Bangsar.
- Mengatur serangan politik di Selangor. Mencari kelemahan-kelemahan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di seluruh Selangor. Bagi memastikan UMNO Selangor tidak akan ada upaya bangkit semula. Projek khas ini dipanggil sebagai ‘Ops Selam UMNO Selangor – PRU14′.
- Infiltrate beberapa bahagian di Selangor dari dalam. Beberapa pertandingan di peringkat UMNO Bahagian akan turut disusun oleh Saifuddin. Target awal – 5 bahagian. Dibantu oleh dana PKR (dan kalangan orang UMNO yang simpati kepada PKR). Lima bahagian tumpuan: Gombak, Shah Alam, Sabak Bernam, Ampang dan Selayang). Connection Saifuddin dengan UMNO masih baik.
- Mencari bakat baru kepimpinan di beberapa cabang bermasalah.
Kalau Saifuddin dapat buat 5 daripada 8 pun…dah berbaloi dengan gaji RM15k. Belum masuk kontrak luar lagi.
Erdogan Pakai Tear-Gas…Anwar Tak Mahu Protes???
Tens of thousands of people have staged a third day of protests in Turkish towns and cities.
Protesters erected barricades near the prime minister’s office in Istanbul’s Besiktas district, and police responded with water cannon and tear gas.
The protests were sparked by plans to build on an Istanbul park but have broadened into anti-government unrest across the country.
Prime Minister Recep Tayyip Erdogan says the protesters are undemocratic.
He has accused opposition parties of provoking the demonstrations, which represents the most sustained anti-government unrest for a number of years.
Interior Minister Muammer Guler told state media more than 1,700 people had been arrested during protests in 67 cities, though many had since been released.
Laporan CBS
Meanwhile, Turkey’s prime minister on rejected claims that he is a “dictator,” dismissing protesters as an extremist fringe.
Over the past three days, protesters around the country have unleashed pent-up resentment against Recep Tayyip Erdogan, who after 10 years in office many Turks see as an uncompromising figure with undue influence in every part of life.
A huge, exuberant protest in Taksim Square subsided overnight, but an estimated 10,000 people again streamed into the area on Sunday, many waving flags, chanting “victory, victory, victory” and calling on Erdogan’s government to resign.
Some protesters have compared Erdogan to a sultan and denounced him as a dictator. Scrambling to show he was unbowed and appealing to a large base of conservative Turks who support him, Erdogan delivered two speeches on Sunday and appeared in a television interview.
Tu dia, 1700 orang dah kena tangkap di Turki. Belum lepas lagi pun. Anwar buat gila dengan perhimpunan 505, jumlah yang ditangkap boleh dikira dengan jari. Itupun kata Malaysia tidak demoktratik.
Anwar memang selalu bangkitkan konon Turki adalah contoh sebuah Negara yang hebat, demokratik dan maju. Apa komen PKR sekarang? Senyap? Sudah dapat bantuan RM dalam pilihanraya, kelu nak berkata-kata?
Kalau Anwar/PKR ada telur…apa kata hantar nota bantahan kepada Erdogan dan AK Party? Atau takut bulan ni duit tak masuk dalam akaun ‘biasa’ yang Anwar selalu ambil tu?
Pertemuan Khas EXCO Selangor bersama Penasihat Ekonomi
Wah, kali ini perlantikan Exco Selangor mendapat perhatian luar biasa, baik dari dalam mahupun luar parti. Dalam PKR, DAP dan PAS, nampaknya amcam tak ada bunyi yang terlalu kuat. Kalaupun ada, hanyalah Pas. Dr Rani terkejut beruk apabila namanya tidak disenaraikan sebagai Exco. Tak ada rezeki.
Walaupun keluar kenyataan bahawa dia tidak kisah tidak diberikan amanah yang besar, nampaknya wujud rasa tidak puas hati.
Selain daripada itu, tak ada bunyi. Malahan ada blogger UMNO sendiri mengakui bahawa Khalid membuat tugasan yang bagus. Cekap dan efisien. Mereka memuji pemilihan Exco Selangor sebagai pilihan yang tepat dan baik.
Namun ada beberapa nasihat yang diberikan Penasihat Ekonomi kepada semua Exco. Antara yang diberikan penekanan:-
- 5 tahun akan datang adalah ‘penggal politik’. Jangan ambil mudah. Gunakan kuasa dengan sebaiknya.
- Mesti bantu parti dalam apa jua program. Pastikan parti dapat nama dalam segala inisiatif.
- Bendung kebangkitan UMNO/BN.
- Wujudkan hubungan direct dengan rakyat.
- Cari kaedah membantu ahli parti mendapat manfaat politik dan ekonomi
- Gunakan pejabat Penasihat Ekonomi sebaik mungkin. Keputusan penting mesti dirujuk sama ke Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri.
Anwar juga ulas tentang akujanji Menteri Besar yang baru. Anwar kata, ini akujanji yang tidak mempunyai asas perundangan. ‘Dah macam hulubalang’…kata Anwar bila Khalid kena pegang tombak sewaktu buat akujanji.
Aku janji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas. Menteri besar juga berjanji untuk memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.
Anwar tidak mahu Exco Selangor terlalu terikat dengan akujanji tersebut. Kita mewakili rakyat. Bukan Istana.
Tun Daim – Alahai…
Biasalah, kalau selepas perang, dan ramai yang tercedera – akan timbullah
kalangan-kalangan penganalisa yang membuat macam-macam andaian. Andaian itu
memang bagus. Tapi biarlah jujur.
Kita patut bertanya Tun Daim,
jika dia benar-benar hebat dan dikagumi, kenapa tidak menawarkan diri untuk
membantu parti. Yang kita tahu, Tun Daim juga antara yang terlibat untuk
memastikan kekalahan beberapa calon BN – terutamanya di Merbok? Apakah itu yang
dikatakan sebagai penganalisa parti yang setia?
Tak perlu cakap
banyak, kita boleh tanya berapa Parlimen yang TD menangkan untuk UMNO/BN kali
ini? 2? 3? 5? 7? Berapa ratus ribu undi Cina yang TD bawa kepada
BN?
Kalau setakat menganalisa tentang sikap pengundi Cina, ramai
ahli akademik yang sudah buat benda yang sama. Tak perlu TD untuk beritahu
kepada kita.
Ini semua kes dendam dan perasan bagus. Itu
sahaja.
Moving Forward
Analisa bergulung
panjang mana sekalipun, apa yang penting kena move forward. PKR HQ tak ambil
pusing langsung analisa TD. Pada mereka. tak ada nilai. Lebih baik strategize
untuk masa hadapan.
UMNO/BN pun patut buat benda sama.
Apa Isu Hangat Sebalik Kongres PKR?
Berdasarkan perbualan dengan ramai perwakilan, tak banyak benda pun yang boleh dibawa balik ke cabang. Yang nampak jelas, mereka kata kalangan ahli-ahli PKR sekadar bertanya apa selepas ini? Soalan itu pun belum dijawab sepenuhnya.
Kata mereka, walaupun di atas pentas nampak aman damai, sejahtera – di bawah sebenarnya banyak gosip-gosip panas yang sedang meniti di bibir perwakilan. Soal bajet. Soal duit. Soal harta rampasan perang yang belum lagi dirasai oleh ahli di peringkat cabang dan ranting.
Selangor mungkin bernasib baik sedikit, kerana ramai kalangan YB yang boleh gunapakai bajet Selangorku, tapi untuk cabang/ranting negeri lain, masih lagi mengharapkan ehsan orang lain. Itu yang tak berapa seronok nak dengar.
Sebab itu apabila Setiausaha Agung balun MB Selangor, ramai yang tersenyum dan puas. Apa gunanya kalau ada kuasa tapi kedekut. Ini bukan parti Pas yang tak pandai guna duit (betul ke?). Ini PKR bro. Kena ada pelincir.
Walaupun pemilihan ditangguhkan, ada beberapa perkara yang dibangkitkan kalangan perwakilan kali ini:-
- Presiden PKR semakin kurang bertenaga. Perlu menghadirkan pejuang baru. Tak ada alasan, Anwar perlu diangkat sebagai Presiden.
- Jika tidak, set kompromi yang dijangka boleh mengambil alih adalah gandingan Azmin-Saifuddin.
- AMK juga perlukan pemimpin baru. YB Bukit Katil sudah hilang garang. Terlalu mahu menjaga imej ‘Parliamentarian’.
- Ketua Wanita juga tidak ada improvement. Jika Azmin naik, Ketua Wanita dijangka akan memegang jawatan Setiausaha Agung.
- Kumpulan MB Selangor semakin kuat dan yakin. Ini boleh beri masalah kepada Azmin. Pertemuan high tea juga dibuat secara berasingan daripada orang lain.
- Perlu fikir strategi baru untuk kekuatan PKR di Johor.
- Beberapa Pengerusi Negeri juga perlu ditukar seberapa segera.
- Hutang piutang cabang perlu diselesaikan segera. Kalau dicampur-campur, banyak juga.
- Idea mendekati BN seperti yang dicadangkan oleh Azmin (tidak dipersetujui oleh ramai pemimpin). Ini satu kegagalan idea yang besar.
- Ramai pemimpin yang kecewa (tidak diberikan peluang bertanding – dijanjikan jawatan GLCs; Anwar sudah buat pengumuman – tak boleh).
- Ucapan Ketua Wanita (janji mesti ditepati – adalah usaha memberitahu Kak Wan bahawa janji untuk berundur mesti ditepati segera). Parti perlu pemimpin lebih baik.

Maklum Balas Pembaca