Posts tagged ‘Pakatan Rakyat’
Mesyuarat Koordinasi Online Media PKR – Post GE13
Semalam, mesyuarat koordinasi Online Media PKR tak jadi mesyuarat. Jadi medan gosip yang maha hebat.
Ada beberapa isu yang dibawa oleh Pengerusi Mesyuarat semalam, antaranya adalah perubahan kiblat kalangan bloggers pro-UMNO menjelang pemilihan UMNO. Menurut ceritanya, DPM Muhyiddin Yassin sudahpun bertemu dengan kalangan bloggers pro-UMNO – yang dikatakan semakin hilang sabar dengan apa yang berlaku dalam politik negara pada ketika ini.
Jawatankuasa Strategik Penerangan yang dipengerusi oleh Nik Nazmi akan memberikan fokus kepada beberapa program lain. Sementara pertembungan pemikiran antara bloggers UMNO, hanya perlu diperhatikan dari jauh.
ADAM ADLI – Korban Politik Anwar?
Tahap kecintaan Adam Adli kepada Anwar Ibrahim ini kita boleh anggap berada di skala 10/10. Memang tahap dewa. Apa sahaja yang Anwar buat, akan dianggap sebagai Adam Adli sebagai tindakan tepat. Anwar kepada Adam Adli, adalah dewa kepada politik Malaysia.
Dengan kecintaan tahap gila begitu, dididik pula oleh seorang ateis dan penggerak anarki politik seperti Hishammudin Rais, Adam Adli ini boleh melakukan apa sahaja dalam menentukan bahawa perjalanan politik Anwar sampai ke Putrajaya.
Sebelum PRU, kita semua sudah tahu, bagaimana Anwar akan sanggup mengorbankan siapa sahaja demi mencapai jalan mendapat kuasa.
Sepanjang dilatih oleh Isham Rais, Adam Adli sudah dibayangkan sebagai Mohammed Bouazizi baru kepada Malaysia. Kalau Bouazizi berani membakar diri untuk mencetus rusuhan – keberanian itu juga harus ada kepada Adam Adli. Humiliated and dejected, Bouazizi, the breadwinner for his family of eight, went to the provincial headquarters, hoping to complain to local municipality officials, but they refused to see him. At 11:30 a.m., less than an hour after the confrontation with the policewoman and without telling his family, Bouazizi returned to the elegant double-storey white building with arched azure shutters, poured fuel over himself and set himself on fire. He did not die right away but lingered in the hospital till Jan. 4. There was so much outrage over his ordeal that even President Zine el Abidine Ben Ali, the dictator, visited Bouazizi on Dec. 28 to try to blunt the anger. But the outcry could not be suppressed and, on Jan. 14, just 10 days after Bouazizi died, Ben Ali’s 23-year rule of Tunisia was over.
Ingin blog ini ingatkan, bahawa Adam Adli sudah dilatih untuk memuja politik Anwar. Sudah macam gila.
Harap pihak PDRM ambil langkah berhati-hati, jangan biarkan Adam Adli buat kerja bodoh – mengorbankan diri demi Anwar.
Seorang teman di HQ PKR, mengatakan tidak sabar menunggu satu suasana GEMPAR sedikit masa lagi. GEMPAR inikah yang dimaksudkan?
Kabinet Najib – Respon Mesyuarat Khas Segambut Inner Circle
PERDANA MENTERI:YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)
MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)
MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)
MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)
MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)
MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)
MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)
MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)
MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)
MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)
Adalah menjadi keputusan ‘Inner Circle Segambut’ malam tadi untuk beberapa nama diberikan perhatian, dan dimulakan serangan berterusan di dalam media baru.
Anwar secara keseluruhannya, tidak risau dengan perlantikan kali ini. Kewujudan beberapa nama seperti Nazri Aziz, Tajuddin Rahman, KJ (walaupun ramai di kalangan jentera PKR sendiri menyokong), Rahman Dahalan, Azizah Md Dun, Rohani Karim, Palanivel dan James Dawos akan memudahkan PKR/PR secara keseluruhan.
Dalam sidang Parlimen nanti, ada beberapa nama wakil rakyat yang akan dijadikan SHADOW kepada beberapa Kementerian. Arahan Segambut semalam membuat keputusan berikut:-
- Rafizi (Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan) akan dibantu oleh Tony Pua (DAP).
- Zuraida (Kementerian Wanita) akan dibantu Dr Siti Mariah
- Fuziah (Kementerian Sains) akan dibantu oleh Kamarul Baharin (Pas).
- Izzah (Kementerian Dalam Negeri) akan dibantu oleh Mahfuz Omar.
- Kementerian Pertanian (Kamaruddin Jaafar; Pas) akan dibantu oleh Azmin Ali.
- PM/TPM (akan dipantau oleh Anwar sendiri; dibantu oleh Takiyuddin dan Lim Kit Siang).
Ada cadangan malam semalam, untuk menamakan SHADOW CABINET. Ianya sedang diteliti. Konsensus merasakan ianya sesuatu yang sangat baik untuk rakyat. Anwar akan pertimbang dan dbawa kepada perhatian Majlis Pimpinan PR.
Secara umum, Anwar merasakan ini satu kabinet yang lemah dan tidak berasaskan meritokrasi. Banyak lompong yang boleh diserang dalam pelbagai sudut.
Mood mesyuarat malam tadi agak tenang dan baik. MB Selangor paling ceria dan banyak bercakap.
Post Mortem 1 – PRU13: Pas PUNCA Kegagalan Dapat 10 Parlimen di Sabah
- Lahad Datu adalah penyelamat utama kepada Kerajaan BN. Tanpa insiden tersebut, Sabah akan menjadi milik PR atau sekurang-kurangnya memberikan 10 kawasan Parlimen.
- Kekuatan Musa Aman dan BN adalah ‘RM’ – bukan Rosmah Mansor. Ringgit Malaysia.
- Pas menjadi punca perbalahan STAR, SAPP dan PR. STAR dan SAPP sama sekali tidak boleh menerima brand politik ekstrim yang ada dalam Pas.
- Pas tidak membantu sama sekali dalam memperkukuh kedudukan PR di Sabah.
- Sewajarnya ‘Sabah-based political parties’ diberikan ruang yang lebih besar bertanding di negeri tersebut. Unsur tamak yang ada dalam PKR sendiri turut menjadi punca. Anwar terpaksa menurut desakan pemimpin Cabang PKR di Sabah.
- Dana khas dari luar yang sepatutnya tiba (USD100m) untuk Projek Sabah tidak turun sampai PRU.
- Dana PRU yang sangat terhad.
- RM750k yang diserahkan kepada calon tidak digunapakai secara optimum.
- Kegagalan mengurangkan calon bebas.
- Anwar dan pimpinan PR sendiri tidak mengambil perhatian di Sabah sewaktu PRU.
- Perhatian PR tertumpu di Johor. Gagal membawa keuntungan politik.
- Investments besar untuk Bumburing dan Lajim – RUGI! Setiap seorang dikatakan dibayar RM5 juta.
Beberapa hari sebelum penamaan calon, SAPP sudah bertegas supaya perjanjian politik (DUN untuk parti Sabah; Parlimen untuk PR) tidak digunapakai.
SAPP will not back down on its stand that the national opposition coalition focus on contesting parliamentary seats in Sabah leaving the state seats to local parties allowing them a chance to form the next state government without interference from peninsula-controlled parties.
“Please honour the principle that Pakatan parties contest more of the parliamentary seats and let Sabah parties contest a majority of Sabah state seats,” said the SAPP leader a day after Anwar reopened the door to the local party to join the opposition coalition.
Yong said that SAPP had already said it would not contest for the Sandakan parliamentary seat and that it would only bid to retain its two incumbent state seats at Tanjung Papat and Elopura within the Sandakan parliamentary constituency.
“This would let DAP have an easy win at Sandakan (MP). Regrettably, even this perfect formula has been rejected by DAP which wants to contest the state seats as well,” he said.
Yong also said that the party would stick by its promise made in January 2012 not to contest the Penampang parliamentary seat.
Cadangan:-
- PR perlu bergerak dengan model politik khas di Sabah. Tanpa Pas.
- Tak perlu lagi ambil orang lama yang tak performed – sekadar mahu duit mudah seperti Bumburing dan Lajim.
- Yong Teck Lee patut dibawa masuk ke dalam PKR (sebagai Timbalan Presiden 2). Sama taraf dengan Azmin Ali.
- Dana politik perlu diusahakan dengan lebih konsisten.
Anwar Wajar Mengaku Salah. Ambil Tanggungjawab.
Azmin mungkin tidak meletakkan jawatan pun. Malah, ada yang kata, hari ini Azmin hanya akan ‘main ayat kosong’ dan hanya bertindak ala kadar. Punca? Kerana Anwar sudahpun meminta jasa baik Shamsidar supaya menenangkan Azmin supaya tidak membuat kenyataan yang memburukkan Anwar.
Kritik parti boleh. Kritik Khalid boleh. Tapi jangan babitkan Anwar.
Azmin hanya nak menyuarakan pandangan kawan-kawan ahli PKR di bawah. Mereka kecewa dengan tindakan Anwar, yang tidak mahu mendengar hujah dan pandangan mereka.
Kesilapan Anwar memilih calon bukan benda yang boleh disimpan lagi. Mereka-mereka yang digelar ‘tunggul bernyawa’ di dalam PKR pun diberikan peluang untuk bertanding. Kesilapan Anwar paling nyata:-
- Mustaffa Kamil Ayub
- Khalid Jaafar
- Dr Md Nur Manuty
- Ibrahim Yaacob
Keempat-empat calon ini tidak disenaraikan oleh Azmin. Sebagai orang yang bergerak di peringkat akar umbi, Azmin tahu bahawa keempat-empat calon ini akan meninggal – tewas.
Bayangkan, Dr Md Nur Manuty, seorang pemikir mahu diletakkan sebagai calon di kawasan yang tough. Bodoh la namanya tu.
Nama Ibrahim Yaacob juga tidak sepatutnya ada. Tapi dek kerana mementingkan ‘KERABAT SEGAMBUT’, diletakkan juga. Sudahnya, lawan calon pondan BN pun dia boleh kalah. Bayangkan.
KERABAT SEGAMBUT
Azmin kecewa kerana dalam beberapa keputusan, elemen KRONISME jadi membarah dalam PKR. Sampai rosakkan usaha nak ke Putrajaya.
Kalau diletakkan calon yang lebih sesuai, seperti nasihat yang diberikan Azmin, rasanya lebih banyak kawasan yang akan dimenangi oleh PR.
Sebelum penamaan lagi, senarai yang disediakan Azmin boleh memberikan PKR kemenangan yang lebih besar. Tapi sayang, semuanya tidak didengar oleh Anwar.
Sungguh ke Azmin Nak Main Gila?
Semua orang perlu tahu, jika ada seorang yang mendapat sekolah politik daripada dua individu hebat, Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim – orang itu adalah Azmin Ali.Sejak zaman belajar lagi, Azmin ini memang ‘renegade’ dan rebel. Tak kira kawan atau lawan, jika tiba angin dia sampai, semua orang dia balun.
Perlukah BERDEMO Lagi?
Ini bukan pertanyaan penyokong kerajaan. Tetapi sms/email yang sama turut bertebaran di kalangan ahli PKR sendiri. Setelah berpenat lelah mencapai keputusan yang baik dalam PRU, ramai juga di kalangan ahli PKR sendiri tidak merasakan demo ini perlu.
Pada mereka, walaupun mencatat kemenangan yang baik di Selangor dan beberapa buah negeri lain – Anwar pada hakikatnya sudah GAGAL.
Ada kalangan ahli PKR sendiri yang merasakan Anwar sudah perlu make way dan memberikan peluang kepada Azmin Ali untuk menentukan masa hadapan PKR dalam masa terdekat ini.
Ada juga bunyi yang mengatakan Anwar mahukan perhimpunan 8 Mei dijayakan bagi memastikan PKR kekal menjadi MB di Selangor. Kekuatan kehadiran pada 8 Mei mahu dijadikan kayu ukur bahawa Selangor adalah milik PKR dan bukannya PAS walaupun parti Islam tersebut mendapat 15 kerusi.
Strategi ini diperkukuhkan lagi dengan pidato TS Khalid sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam esok malam. Berturut-turut. Nampak terdesak.
Anwar perlu mengambil tanggungjawab bahawa PR sudah gagal. Itu sahaja. Demo untuk mempertahan kegagalan diri sendiri macam ini menyusahkan anggota parti.
Lepas berbulan cuti – tidak bergaji, disambung dengan demo dan ceramah mega seperti ini, ahli PKR pun tahu penat.
LAGIPUN, KALAU BETUL BOIKOT KEPUTUSAN PILIHANRAYA – YANG KELANTAN DAN PULAU PINANG TERGOPOH GAPAH ANGKAT SUMPAH SEBAB APA???
Mesyuarat Politik Tertutup PKR – Sahkan PAS Mahu Jawatan MENTERI BESAR (Hanya TIMBALAN MENTERI BESAR Untuk PKR)
Biasalah kalau selepas PRU, menang susah. Kalah lagi susah. Nampaknya, dalam mengurus kemenangan pun, banyak yang kena dilakukan.
Blog ini pernah menulis bahawa ada usaha yang dilakukan sejak sebelum PRU lagi, untuk Selangor mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar di Selangor. Mempunyai kuasa 2/3 DUN akan membuatkan beberapa pindaan akan dicadangkan di dalam – termasuk merasmikan dua JAWATAN TIMBALAN MENTERI BESAR – dan secara jelas mengatakan salah satu jawatan boleh diisi oleh BUKAN MELAYU.
Beberapa orang peguam handalan PR sedang duduk berbincang, untuk memberikan ULTIMATUM kepada Tuanku Sultan bahawa Baginda perlu menerima hak dan kehendak rakyat yang bakal dibawa oleh 44 YB dari Pakatan Rakyat.
Buat masa ini, peguam PAS mahu menggunakan klausa:-
- Perkara 51; Bab 3 (Perlembagaan Selangor) di bawah tajuk Perlantikan MENTERI BESAR mempunyai klausa berikut:-
1(A) HIS ROYAL HIGHNESS shall appoint by Instrument under His Sign Manual and State Seal a DEPUTY MENTERI BESAR in accordance with the provisions of Paragraph (C) of Clause 2 of article 53.
- He (Tuanku) shall, if the Menteri Besar so advises, appoint a Member of State Executive Council to be THE DEPUTY MENTERI BESAR who shall assist the Menteri Besar in the exercise of his powers, the performance of his duties, and the carrying out of his functions, and on the direction of the Menteri Besar, he shall exercise such powers, performs such duties, and carry out such functions of the Menteri Besar.
PAS bersungguh untuk menamakan beberapa nama untuk diletakkan sebagai CALON MENTERI BESAR Selangor yang baru.
Antara nama yang disebut-sebut adalah YB SAARI SUNGIB (HULU KELANG) – dan mendapat sokongan kuat oleh YB AZMIN ALI (BUKIT ANTARABANGSA – PKR).
Hubungan baik YB SAARI aka PAK ABU dengan Azmin ini adalah sangat akrab. Azmin tidak ada masalah untuk memberikan ruang kepada Pak Abu untuk memimpin Selangor; asalkan calon Timbalan Menteri Besar adalah calon pilihan Azmin.
Argument Azmin mudah sahaja, PAS perlu dibantu untuk membuat political comeback secara nasional. Hanya dengan jawatan MENTERI BESAR SELANGOR, PAS boleh mendapat ruang ekstra untuk mendapat impak politik.
Klon Anwar dan Chinadoll dah jumpa; Klon Eskay???
Kelmarin, seorang lelaki yang dikatakan klon Anwar sudah ditahan oleh pihak berkuasa. Menurut sumber, kemasukan lelaki berkenaan sudah dimaklumkan kepada PDRM melalui sms (nombor tidak dikenali). Ada yang kata, tindakan tersebut dilakukan oleh orang PKR sendiri yang kurang yakin bahawa KLON ini sama dengan Anwar. Malah jauh sangat rupanya.
Lt Col Jehismail Jehmong
Bekas Polis Thailand ini bukan calang-calang orang. Pernah menjadi orang penting Thai Rak Thai Party (parti milik Thaksin) – dan menang sebagai wakil rakyat di Patani. Kuat dengan NGO Islam di Thailand.
Jehismail Jehmong inilah yang dikatakan MIRIP kepada Anwar. Walaupun badannya kelihatan jauh lebih besar daripada badan Anwar.
Jehismail Jehmong akan tampil dan mengakui bahawa dia adalah pelakon di dalam video sex tersebut. Aksi seks yang dikatakan Anwar itu juga adalah aksi dia dan temannya yang turut sanggup mengaku mereka merakam video tersebut untuk mengenakan Anwar.
Wanita yang akan dikatakan KLON kepada China doll tersebut adalah Miss Ameena Chaiyakul. Orang Thailand juga. Pun dibayar dengan harga tinggi.
Dikhabarkan PKR sanggup membayar JUTAAN ringgit dengan pengakuan Jehismail dan Ameena. Masalah sekarang adalah untuk mencari KLON Eskay, yang turut tampil di dalam video seks tersebut.
Beberapa pemimpin PKR yang telah ditunjukkan gambar Jehismail, sepakat bahawa jika dibawa masuk pun, ianya tidak akan merubah apa-apa. Tak sama dengan Pak Sheikh pun. Jauh. Buat rugi sahaja.
Mana lagi nak cari klon Eskay? Thailand juga?
Bilamana gambar Jehmong diberikan kepada orang Pas di Kedah dan Perlism mereka pakat gelak. Tak sama Pak Sheikh!
PKR Terengganu Kecewa Anwar Tidak Pertahan
Selepas 48 jam hari penamaan, tiga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu menarik diri daripada bertanding di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.
Tiga kawasan itu ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir, Kota Putera dan Bukit Besi, yang sebelum ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan PKR.
Pengerusi PKR negeri Azan Ismail pada sidang media di sini, berkata tindakan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan serta nasihat daripada PKR Pusat, semalam atas dasar kesepakatan serta menjaga hubungan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Keputusan tawaran menarik diri itu bukan berdasarkan kepada potensi kemenangan atau kekalahan. Ia untuk menyelamatkan imej pakatan rakyat. Sebab kalau bertembung bermakna dua-dua tidak mahu mengalah. Jadi kita buat keputusan bagi menyelamatkan PR kita, kita mengalah,” katanya.
Dimaklumkan oleh teman-teman di PKR Terengganu, mereka kecewa kerana boss besar, Pak Sheikh langsung tidak mempertahan nasib mereka. Diam. Tunduk kepada Pas.
Malah, di kalangan warga PKR Terengganu sudah kecoh, bahawa Anwar tidak punya nilai sebagai Perdana Menteri. Parti sendiri pun tidak boleh pertahan.
Yang Anwar tahu, memujuk dengan duit. PKR HQ khabarnya sudah hantar RM50k untuk setiap calon yang menarik diri. Upah cover malu. Semua perbelanjaan poster dan percetakan yang sudah dibelanjakan – boleh diclaim daripada Tropicana. Dibayar cepat.
Soalnya, cukupkah dengan RM150k untuk menyelamatkan maruah PKR Terengganu. Di mana nak letak muka. Sudah dicalonkan, akhirnya kena tarik diri. Sepenggal tahan malu.
Azan dapat upah cover malu yang besar sikit. RM200k katanya. Nak bagi dia diam dan tidak berpaling tadah. Duit sudah ditransfer kepada 3 syarikat yang dinamakan Azan. Ini kira modal untuk PKR lah. Tak masuk dalam dana PRU.
Setakat ini, apa yang berlaku di Terengganu adalah kegagalan Anwar paling buruk dalam PRU kali ini. Paling buruk.

Maklum Balas Pembaca