Posts tagged ‘Saifuddin Nasution’
Zaid ni…bila mau padam???
Azmin & Co cukup cepat mengadakan damage control dalam isu-isu yang mempunyai traction mengenai kepimpinan Azmin dalam PKR. Sekarang ini, kecoh apabila Zaid Ibrahim kembali membuat kenyataan-kenyataan yang membuatkan Azmin tak tidur malam. Usaha mengembalikan Zaid ke pangkuan PKR ini bukan isu baru. Memang sudah lama bermain di sekitar SUK dan kediaman Menteri Besar. Untuk mewujudkan ‘balance of power’ di dalam PKR Selangor, kehadiran Zaid memang memberikan advantage kepada team MB.
Azmin bernasib baik kerana kakitangan HQ Parti digunapakai untuk menyerang musuh politik peribadinya. Tak semua pemimpin parti yang ada kekuatan ini. Sebaik sahaja ada riak perubahan politik – Azmin & Co akan mula memikirkan strategi media dan politik bersesuaian. Saifuddin Nasution, Nik Nazmi, Shamsul Iskandar – antara Azmin & Co yang akan menggila mencari media jika ada isu yang berkait dengan masa depan Azmin. Semua ini jadi begitu, kerana Azmin pandai bayar ‘fees’ kepada mereka yang mempertahankannya.
Tengok dalam isu MURTAD yang dikemukakan Izzah. Ada Saifuddin buat kenyataan? Ada? Tak ada. Kalau nak dibandingkan, isu MURTAD dan Zaid ini jauh bezanya. Tapi Setiausaha Agung ambil keputusan untuk membantu Azmin berbanding Izzah. Macamana Izzah tak kecil hati. Ini semua game.
“Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden.
“Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan,” tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang.
Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden.
Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
Soalnya, kenapa Saifuddin macam cacing kepanasan? Kenapa risau dan fobia? Malu – sebab guna duit Zaid banyak waktu pilihanraya; tapi lebih membantu Azmin? Malu kerana banyak terhutang budi; takut tergadai BODY?
Seronok juga tengok Saifuddin menggelabah ni…rupanya si Batak ini tahu takut juga.
PAS Mohon Bantuan Pak Sheikh….Akhirnya…
29 Jun 2012 (Jumaat)
1) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Masjid Sultan Abdul Hamid, Taman Ria Jaya, Sungai Petani
2) 6.00 ptg – 12.00 mlm – Majlis Bersama Masyarakat India & Ceramah Perdana
Lokasi: Padang Awam , Taman Ria Jaya, Sungai Petani
Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Sivarasa Rasiah
iii. YB Manikavasagam
iv. YB Dr Dzulkifli Ahmad
v. YB Lee Guan Aik
vi. YBhg Dato’ Ramachandran
3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat
Lokasi: Stadium Mini Kulim,
Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato’ Saifuddin Nasution
iii. YB Dr Ismail Salleh
iv. YBhg N. Surendram
v. YBhg Dato’ Wan Salleh Wan Isa
Tak ada jalan lain, PAS perlu kembali kepada Anwar dalam memastikan kemenangan di Kedah. Menurut seorang rakan di HQ, Anwar menerima ‘rayuan’ PAS dengan terbuka. Walaupun Anwar kecewa kerana Azizan tidak mendengar cakap sejak awal. Kalau menurut kepada kehadiran Himpunan Hijau – segalanya nampak memihak kepada PAS. Namun Azizan akhirnya mengakui bahawa kekuatan HH tempohari hanyalah bersandarkan orang luar Kedah.
Anwar sudah berulang kali menyampaikan mesej kepada Azizan, jika tidak berbuat apa-apa – PR akan gugur di Kedah. Confirmed. Namun Azizan masih menjadi seorang MB yang degil dan tidak mendengar cakap orang. Sudahnya, berbekalkan Merdeka Rakyat, Anwar sendiri terpaksa turun ke bawah.
Azizan lupa bahawa dia bukanlah MB yang digemari semua rakyat. Ya, mungkin sebahagiannya masih menganggap dia sebagai MB yang mudah didekati. Namun dalam berhadapan dengan politik semasa, baik sahaja tidak mencukupi. MB mestilah mampu mengisi harapan rakyat. Azizan terlalu banyak mengharapkan orang lain dalam melakukan kerja politik untuknya.
Anwar sudahpun memberikan komitmen kepada TG Nik Aziz, bahawa dia sendiri akan membantu usaha dan strategi PR di Kedah. Namun mesti ada ‘pulangan’ yang setimpal, termasuk daripada sudut perjawatan Exco dan sebagainya. Orang PKR tidak akan berpuas hati sekiranya mereka terpaksa melakukan banyak kerja ; tetapi PAS hanya menikmati kejayaan yang mereka usahakan. Mesti ada timbal balas.
Azizan hampir pasti TIDAK mengetuai PAS Kedah dalam PRU yang akan datang. Itu sudah muktamad. Anwar mahukan seorang lain yang lebih mudah dibentuk, diurus, diarah untuk membawa kepentingan Pakatan Rakyat. Orangnya sudahpun dikenal pasti.
Maklum Balas Pembaca