Archive for April, 2009

Membawa Dr Mansor ke Arus Perdana

Pengumuman Anwar Ibrahim semalam tidak mengejutkan langsung. Dr Mansor sememangnya ‘player’ di dalam politik PKR buat sekian lama. Master-strategist. Menyediakan laporan pencapaian PKR di setiap Bahagian, seluruh negara adalah antara kerja buat Dr Mansor. Dalam banyak perbincangan – Dr Mansor dirujuk sebagai ‘trouble-shooter’ kepada usaha memantapkan perjalanan politik PKR.

Entah bagaimana, nama Dr Mansor dicicirkan sekejap dari arus perdana politik Negara. Dalam gemerlapan pencapaian cemerlang PKR dalam PRU yang lalu, Dr Mansor bagaikan ‘outcast’ dan muncullah nama-nama lain yang lebih junior dan tidak terbukti pencapaiannya. Jamaluddin Radhi, Osman Jailu, Fairus, Zahrain Gemok – lebih mendominasi suasana politik PKR. Merekalah ‘players’ kepada PKR, pasca PRU yang lalu. Yang sebat perempuan ada. Yang terlibat dengan konspirasi sesama sendiri ada. Macam-macam hal.

Pemilihan Dr Mansor lebih kepada usaha ‘istinjak politik’ yang dimulakan oleh PKR. Sudah tidak boleh ada wajah mediocre dalam PKR. Mereka memulakan gerakan untuk ‘membersihkan’ PKR daripada sebarang elemen kekotoran dan najis politik. Anwar sudah tidak boleh menerima kekotoran dan najis ini – kecuali ‘najis mughalazah’ yang dilakukannya sendiri. Itu hal lain. Itu konspirasi. Yang kena pada batang hidung orang lain – najis politik yang perlu dibersihkan.

Dr Mansor tidak boleh lagi memainkan peranan ‘di pinggiran’ dalam PKR. Dia mesti cepat di arus perdanakan, sekaligus menggantikan Fairus yang merosakkan sama sekali ‘prestasi’ PKR di Pulau Pinang. Anwar sudah tidak lalu menanggung malu dengan segala macam petaka politik yang mungkin berlaku lagi.

Soalnya, orang PKR Pulau Pinang patut malu dan merasakan diri mereka dihina oleh Anwar. Dengan barisan kepimpinan sedia ada pun, tidak ada seorang pun yang layak menggantikan Fairus. Bayangkan, seorang TKM yang tidak mempunyai minda hebat pun, tidak mampu digantikan oleh kepimpinan sedia ada. Harapan apa lagi yang tinggal di Pulau Pinang. Membawa masuk orang lain – adalah suatu indikasi bahawa PKR Pulau Pinang – hopeless.

Dr Mansor punya tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan imej baik PKR di Pulau Pinang. Sedang Anwar akan berlaga di mahkamah di atas kes seks luar tabie – politik Pulau Pinang mesti berada di dalam keadaan ‘top form’. Tidak perlu ada sebarang ‘kekacauan’ politik dalaman di home ground Anwar.

Anwar cukup yakin, Penanti adalah kubu kuatnya buat sekian lama. Walaupun pada asasnya tidak ‘risau’, Anwar masih lagi berhati-hati dengan strategi yang mungkin dibawa oleh pihak lawan. Anwar kena pastikan lompong politik yang ada mesti diisi dengan sebaiknya. Prestasi Fairus di Penanti pun sebenarnya ‘di bawah skala memuaskan’. Justeru, untuk memenangi semula hati pengundi yang panas hati dengan prestasi dan senyum kambing Fairus memang memerlukan kerja kuat.

Nasib baik, kes SPRM telah membebaskan Fairus – sekaligus membuktikan agenda ‘konspirasi dalaman’ PKR tidak menjadi. Fairus sebenarnya punya alasan kukuh untuk membuka segala cerita konspirasi dalaman yang ada. Nasib baik, Anwar cepat ‘neutralize’ Fairus dengan apa juga cara. Biarlah mereka sahaja yang tahu dengan ‘political bargaining’ dan politik air muka – Fairus. Anwar memang cekap bab ‘neutralizing’ orang ini.

Dr Mansor akan berada di dalam ‘mainstream’ politik Pulau Pinang jika menang di Penanti. Guan Eng sengaja menjolok media dengan statement kekecewaannya kepada PKR, sebagai asas untuk menampilkan ‘cerita’ di media perdana. Sudahlah tidak banyak yang dilakukan di Pulau Pinang – justeru, rakyat mesti disajikan dengan politik murahan pada setiap masa.

Continue Reading April 30, 2009 at 8:02 am Tinggalkan komen

Antara ‘Rombak’ dan ‘Rompak’

Anwar dikatakan mengambil keputusan untuk membuat rombakan besar kepada struktur perjalanan partinya. Nampaknya, Anwar sudah mula mahu mengasah kuku – memastikan bahawa kepimpinannya tidak cuba dicabar dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak sekalipun di dalam PKR. Semua yang baru dilantik dan diberikan amanah baru adalah mereka yang akan ‘sanggup melakukan apa sahaja’ untuk Anwar. Die-hard la kira-kiranya. Waima apapun yang Anwar lakukan, mereka akan mempertahan Anwar sepenuh hati.

Katakanlah apa sahaja tentang Anwar. Dia diktator di dalam PKR. Dia jerlus moral. Dia mengamalkan politik keluarga. Dia mengamalkan nepotisme. Dia mengamalkan kronisme. Dia mengamalkan sistem pengurusan parti yang centralized dan tidak terbuka – mereka yang sudah dihinggapi oleh Anwarisme ini akan tetap mengatakan Pak Sheikh sebagai muslih dan mujaddid terbilang.

Anwar sebenarnya bukan melakukan ‘rombakan’ besar-besaran; tetapi ‘rompakan’ besar-besaran kepada sistem parti yang demokratik dalam PKR. Anwar rompak ruang untuk wujudnya ‘check and balance’. Anwar rompak peluang untuk orang lain mendaki hierarki kepimpinan PKR. Anwar rompak ruang yang sekelumit pun untuk individu di luar ‘lingkungan Anwar’ untuk berada di dalam lembayung kepimpinannya.

Anwar mengamalkan gaya ‘patronage’ sama yang diamalkannya di dalam UMNO. Apa yang Anwar faraidkan kali ini – berbanding segala banyak juta ‘pink form’ dan saham ‘cepat kaya’ di dalam UMNO; kali ini Anwar menawarkan kedudukan dan janji manis. Kalau saya menjadi Perdana Menteri, ‘saudara-saudarilah berada di bawah lembayung protection saya’. Protection daripada apa?

Anwar sudah merompak daripada seluruh warga PKR peluang untuk mempunyai parti yang demokratik dan terbuka. Anwar sudah menutup ruang kecil yang ada bagi itu berlaku. Anwar mesti kekal didewakan sebagai pimpinan agung dan unggul, pemimpin ‘maksum’ yang tidak mungkin melakukan waima sebesar zarahpun dosa. Anwar tidak meliwat. Anwar tidak melakukan apa-apapun yang bertentangan dengan akhlak seorang Muslim sejati.

Seorang pemimpin kanan PKR yang menelefon penulis malam tadi, menyifatkan tindakan Anwar sebagai ‘anti-tesis’ kepada usahanya mewujudnya sistem ber-Negara yang terbuka dan demokratik. Sususan yang Anwar lakukan adalah bersifat ‘purely political’ dan tidak langsung menampakkan hikmah kepartian yang unggul. Tegas pemimpin itu lagi – semenjak Najib naik sebagai pemimpin; Anwar jadi ‘paranoid’ dengan kedudukannya sendiri. Anwar jadi ‘kemaruk’ dengan usaha memulihkan kekuatannya di dalam PKR – sedang Anwar memang sudahpun menikmati ‘layanan tahap dewa’ di dalam PKR!

Ketidakpuasan hati pemimpin kanan yang sudah ‘diturunkan sedikit pangkat’ ini adalah suatu kenyataan yang jujur. Sebagai seorang yang sama-sama menempuh badai kesusahan dengan Anwar selama ini – atas dasar ‘paranioia’ seorang Anwar; sahabat diketepikan dan dipinggirkan. Walaupun kecewa, tidak ada ruang untuk berkata apa – kecuali kepada penulis yang juga sudah kenal benar dengan strategi politik Anwar.

Rompakan besar – Anwar kepada sistem kepartian PKR dilakukan secara ‘terang-terang’ dan tidak bersembunyi. Sesuai dengan status ‘dewa’ yang diberikan kepada Anwar oleh PKR; Anwar bisa sahaja melakukan seribu macam perubahan untuk memuaskan laluan politiknya. Dengan kes yang semakin dekat hari sebutannya; ruang ‘pemerintahan’ Anwar mesti dipastikan semula.

Anwar tidak boleh lagi ‘take for granted’ dengan segala macam perubahan di dalam parti. Tersembamnya kes Fairus, membayangkan betapa orang harapan Anwar di Pulau Pinang, Zahrain Gemok tidak boleh digunapakai. Berbakul Anwar berkata ‘bodoh, bangang dan bahlol’ kepada Zahrain. Apa tidaknya, sudahlah menjatuhkan seorang pemimpin ‘mediocre’; kaedahnya pun dilakukan secara ‘mediocre’. Akhirnya, Anwar yang menanggung malu.

Continue Reading April 29, 2009 at 8:20 am 1 komen

PKR Pun Mahu ‘Reform’ Juga

Seorang sahabat penulis memberitahu bahawa semalam PKR mengadakan mesyuarat selama hampir 5 jam untuk menentukan ‘reform’ dalam pasti tersebut. Kata dan khabarnya, PKR mahu memperkenalkan reform dari sudut pemilihan parti. Nak diperkenalkan sistem pemilihan yang bersifat terus. ‘Direct election’ – ini tidak lain daripada memberikan ‘further advantage’ kepada Anwar mengekalkan tampuk kuasa dalam PKR. Dalam PKR, siapa lagi yang ada ‘national presence’ kalau bukan Anwar. Anwar sahajalah nampaknya yang layak jadi pemimpin.

Dalam UMNO sibuk memikirkan mengenai agenda reformasi dan pemulihan kaedah pemilihan kepimpinan, PKR tidak mahu ketinggalan. PKR tidak mahu perlembagaan parti tersebut menjadi ‘tidak kontemporari’ dan bersesuaian dengan perubahan yang dibawa oleh UMNO. Kalau UMNO lebih demokratik daripada PKR, masalah besar buat Anwar.

Apakah sebuah parti yang beberapa tahun sahaja ditubuhkan, memerlukan reform yang secepat dan sepantas ini. Anwar memerlukannya. Kalau Anwar perlu – PKR mesti mengikut cakap Anwar. Itu sahaja prinsip politiknya. Anwar mesti menjadi ‘rujukan primer’ kepada sebarang tindakan kepartian yang mahu diperkenalkan dalam PKR. Apa yang elok pada Anwar, elok jugalah pada PKR.

Dalam masa PKR sibuk dengan agenda ‘reform’, Anwar masih sangsi dengan peluangnya dalam kes seks luar tabie dengan ‘coffee boy’nya dahulu. Ini bukan kes kecil. Kes yang sangat besar dan mampu merosakkan perjuangan politik Anwar dalam jangka masa panjang. Dalam temuramah dengan BBC pun, Anwar mengulang kata bahawa ini adalah suatu usaha ‘framing politik’ yang jahat dan terancang. Saiful masih dikaitkan dengan Najib Razak. Apa buktinya – gambar yang diambil dengan pegawai khas Najib, itu sahaja.

Anwar lupa tentang banyak lagi perkara yang membuktikan bahawa ‘hubungan intim’nya dengan Saiful bukan sekadar sembang kosong. Ramai, waima di kalangan orang kanan Anwar sendiri ‘risau’ melihat hubungan intim Anwar dahulu. Mahunya tidak, mereka juga sudah nampak bahawa ini akan menjadi potensi bencana kepada PKR dan Anwar.

Apa yang merisaukan Anwar adalah ‘kredibiliti’ kes yang bakal dibawa oleh Saiful. Anwar cukup risau bab ini. Saiful walaupun ‘drop-out’, masih lagi mempunyai karisma dan asas education yang baik. Susah juga Anwar nak menipu bab ini. Saiful punya ‘unlimited access’ kepada semua fail peribadi Anwar. Apa jaminan – tidak ada softcopy kepada segalanya. Anwar cukup risau.

Reform pemilihan dalam PKR adalah alat untuk Anwar mengekalkan legasi politiknya. Kalau sesuatu terjadi kepada Anwar, ‘reform’ yang dibuat PKR akan memastikan Wan Azizah atau Izzah mampu kekal berkuasa dengan apa juga cara. Yang pasti, PKR – akan menjadi parti keluarga yang kononnya beragenda rakyat.

Blog ini mencadangkan Anwar lebih fokus kepada kes yang ada di hadapan mata. Biarlah reform menjadi usaha dan agenda orang lain. Anwar boleh minta Azmin untuk berfikir bagi pihaknya. Jangan risau, Azmin mestilah mampu berfikir yang terbaik untuk memastikan Anwar kekal sebagai ‘dewa’ kepada perjuangan PKR untuk tempoh masa yang lama.

Continue Reading April 27, 2009 at 2:44 pm Tinggalkan komen

Masalah Terbaru Anwar

Satu kegagalan dan kelemahan ketara Anwar adalah menjaga ‘halaman PKR’ dengan sebaiknya. Dengan sebuah gandingan kerjasama politik asal boleh dan longgar di dalam Pakatan Rakyat, kekacauan politik di dalam PKR adalah sesuatu yang amat merosakkan imej bersih dan ‘reformer unggul’ yang ada pada Anwar. Imejnya rosak, kerana GAGAL menjaga dan memelihara PKR dengan sebaiknya. Maaf, mungkin bukan salah Anwar – tetapi ‘jiwa PKR’ itu sendiri sudah bernanah dan busuk.

Ini bukan kata kita sahaja. Ramai yang dah meninggalkan PKR kerana ‘hilang percaya’ dengan niat dan hasrat PKR sekarang. Anwar sudah lepas dan berada di dalam arus perdana politik. Perjuangan PKR sekarang untuk apa? Mengaut untung atau benar-benar memperjuangkan rakyat? Kalau ikut kes Fairus dan Zahrain, nampaknya sudah tersasar jauh.

Anwar sekarang ada dua masalah baru yang bukan kecil. Masalah baru Anwar – adalah Aminah Abdullah (bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang) dan Waythamoorthy (HINDRAF). Dua ini. Jangan lupa nama ini, Aminah dan Waythamoorthy.

Aminah, dalah suatu kenyataan yang ditulis di dalam The Star, memaklumkan bahawa dia tidak akan membenarkan PKR menang ‘free’ di Penanti. Sanggup bertanding di atas tiket bebas, Aminah dikatakan mempunyai banyak cerita ‘dalaman’ PKR yang boleh dilambak kepada pengundi di Penanti. Aminah sudah tidak nampak keikhlasan di dalam perjuangan Anwar dan PKR. Ini cakap bekas orang kanan. Ezam mungkin ada kepentingan, tapi Aminah?

Aminah adalah sebahagian daripada banyak cerita ketidakpuasan hati di kalangan warga PKR sendiri. Orang PKR sudah mula sangsi dengan halatuju politik sebenar Anwar. Mereka sendiri khuatir. Mereka sendiri sangsi. Mereka sendiri musykil.

Aminah adalah ‘arus kecil’ di dalam PKR yang tidak mahu terus ‘diperkudakan’ oleh kepentingan politik Anwar Ibrahim. Selepas pembebasan Anwar, tegas Aminah – ‘PKR sudah sesat jalan dan hanya tahu mencari kepentingan diri’. Aduhai, rosak PKR ini sebenarnya!

Masalah kedua kepada Anwar adalah – Waythamoorthy (adik kepada P Uthayakumar). Sekarang ini berada di luar negara. Dalam temuramah dalam The Malaysian Insider, dia memperkatakan bagaimana HINDRAF sebenarnya tidak berpuas hati dengan kaedah Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah kaum India. Dengan kuasa yang ada di dalam tangan, HINDRAF mengharapkan PR dapat menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada masyarakat India. Hakikatnya, tidak berlaku.

HINDRAF sudah mula mengesan bahawa mereka juga ‘diperkudakan’ oleh Anwar sebelum pilihanraya lalu. Anwar tidak ikhlas, kata HINDRAF. Anwar tidak bersungguh memperjuangkan kepentingan kaum India. Walaupun mungkin, Anwar ‘visible’ dalam kes Kugan – tapi mereka mahukan ‘tindakan’, bukan janji kosong.

Ketidakpercayaan atau hilang percaya, HINDRAF, Aminah dan ramai lagi ahli PKR di akar umbi terhadap Anwar adalah real dan sangat perlu diambil perhatian. Fokus Anwar sudah tersasar jauh. Prestasi kerajaan PR merosot. Prestasi pimpinan PR (khususnya PKR) merudum teruk. Bagaimana mahu pulihkan?

Hakikatnya, Anwar sudah makin banyak masalah. PKR ini ada masalah ‘managing success’ – terutamanya bila dikelilingi kaki ‘korup’ dan makan suap. Masalah besar kepada Anwar.

p/s: PKR ini kena ‘ber-istinjak’ nampaknya….bersihkan dari najis korupsi dan penting diri.

Continue Reading April 23, 2009 at 8:17 am Tinggalkan komen

Machiavelli-nya Seorang Anwar

Dalam siri beberapa pilihanraya kecil, kita dapat sama-sama saksikan bagaimana Anwar benar-benar mahu mengekalkan momentum politik sedia. Menang di Bukit Gantang (walaupun atas kekuatan PAS) dan Bukit Selambau – Anwar percaya inilah jalan ke hadapan untuknya dan PKR. Anwar tidak ada jalan lain, kecuali untuk mengekalkan momentum ini.

Apa yang berlaku di Penanti, menyaksikan lagi betapa politik Anwar amat Machiavellian. Matlamat menghalalkan cara. Kalau mahu meletakkan Dr Mansor, Anwar mesti mencari jalan. Matlamat kena sampai. Dr Mansor mesti dinobatkan sebagai ‘Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang’ yang baru. Inilah sebabnya Anwar lambat memberikan jawapan kepada Guan Eng. Anwar mahukan orang lain, selain daripada yang ada di dalam ‘line up’ wakil rakyat PKR sedia ada. Justeru, pilihanraya adalah – WAJIB.

Dr Mansor sememangnya seorang ‘strategist’ yang amat dipercayai oleh Anwar. Amat. Suksesnya PKR di dalam PRU12, bolehlah dikatakan sebagai strategi Dr Mansor yang tepat dan boleh diharap. Dalam banyak pertemuan dengan jentera pilihanraya PKR di bawah, Dr Mansor adalah ‘the guru’ yang menerangkan apa yang betul; dan apa yang tidak. Sistem nilaian prestasi jentera PKR dinilai oleh Dr Mansor.

Entah kenapa, Anwar mahukan Dr Mansor kembali ke dalam saf kepimpinan di Pulau Pinang. Dengan sendirinya, Zahrain telah dibuktikan oleh Anwar sebagai seorang yang tidak boleh diharap. Kalau Fairus rosak teruk dengan korupsi kuari, Zahrain tidak ada kurangnya. Yang jadi masalah, apabila Fairus dapat jauh lebih banyak daripada Zahrain. Zahrain pun dapat duit kuari? Katanya dapat juga – tapi kurang daripada Fairus. Ini yang jadi punca.

Strategi PKR dengan pilihanraya kecil ini perlu dikekalkan sampai ke pilihanraya Sarawak. Itu sahaja pilihan yang Anwar ada. Lepas ini, dikatakan Bukit Lanjan akan dikosongkan pula. Zulkifli Noordin diarahkan menjadi ‘devils advocate’ dan menyatakan ketidaksetujuan dengan kembalinya Eli kembali sebagai Exco. Eli kembali sahaja – ada gambar baru yang dikeluarkan. Oleh siapa. Sebenarnya ini semua kerja orang dalam PKR.

Anwar mahu rakyat jemu dengan ‘gutter politics’. Lebih ramai kalangan pimpinan PKR yang dibusukkan dengan cerita gambar bogel, seks luar tabii, korupsi kuari dan sebagainya – maka akan lebih marahlah rakyat kepada kerajaan. Ini politik yang sangat halus dan jahat. Eli diangkat pula sebagai hero. Benar, Fairus itu korup. Tetapi apalah sangat berbanding dengan komisen itu dan ini, yang dibuat oleh orang UMNO. Semua ini positif kepada politik PKR.

Reverse psychology – yang dimainkan oleh Anwar, walaupun nyatanya sangat ‘Machiavellian’, adalah way forward kepada PKR. Anwar gemarkan cerita-cerita begini, bagi menentukan PKR masih mampu bertahan dengan suasana politik semasa. Anwar tidak mahu ada kesan negatif di sebalik semua cerita ‘manis’ ini.

Bukit Lanjan akan menjadi medan seterusnya kepada Anwar. Bukan kerana mahu ‘membersihkan’ imej PKR, tetapi lebih kepada usaha meneruskan ‘propaganda’ bahawa PKR senantiasa tampil sebagai ‘pilihan’. Anwar mahu mewujudkan ‘sense of dependency’ rakyat kepada PKR. Cerita rasuah Fairus tak penting – yang penting adalah penerusan agenda ‘pilihanraya kecil’ Anwar.

Continue Reading April 22, 2009 at 8:43 am 1 komen

Bila Guan Eng Marah Anwar…

Guan Eng dikatakan amat kecewa dan marah dengan sikap ‘lepas tangan’ dan ‘tidak peduli’ Anwar berkenaan kes politik PKR di Pulau Pinang. Guan Eng kecewa kerana dia sendiri hanya tahu Fairus letak jawatan melalui akhbar. Bayangkan, dengan kerjasama yang baik antara DAP-PKR sebelum ini, Guan Eng tetap bosan dan kecewa dengan politik Anwar. Sudahlah PKR bermasalah, Anwar sendiri buat macam tak tahu dan lepas tangan. Guan Eng memang kecewa.

Anwar dikhabarkan berada di luar Negara pada ketika ini. Baru sahaja diwawancara sebuah stesen antarabangsa mengenai politik Malaysia. Banggalah konon, bilamana dia dikatakan sebagai ‘the x factor’ kepada penyerlahan demokrasi di Malaysia. Keluar balik cerita mata lebam, tidur atas lantai, dipukul dan dihenyak. Bukannya ada modal lain pun. Itulah modal Anwar dari dulu. Cerita lama…tak pernah improve.

Kita faham, Guan Eng memerlukan segala bantuan dan pertolongan untuk memastikan kepimpinan Pulau Pinang akan kekal kepada DAP (Pakatan Rakyat) dalam pilihanraya akan datang. Setakat ini, agenda ketelusan dan pembersihan, tidak nampak sangat adanya ‘nanah’ di dalam kepimpinan BN lama di bawah Koh Tsu Koon. Koh tidak ada nampaknya menggunakan wang kerajaan Negeri untuk melawat Disneyland – atas alasan lawatan sambil belajar, mengenai ‘sistem saliran’!!! Koh Tsu Koon masih penuh integriti.

Tanpa kelemahan penggunaan wang Disneyland dan penggunaan wang BALKIS dan agensi Kerajaan Negeri; Guan Eng hanya tinggal performance dan kemampuan pengurusan. Tidak ada yang lain. Kalau gagal juga, bererti dia mencari masalah. Setakat ini, PKR sedikitpun tidak membantu dan hanya lebih merosakkan imej DAP. Guan Eng hilang sabar.

Guan Eng menganggap kepimpinan di Pulau Pinang ini sangat ‘pertinent’ dalam menentukan kepimpinan ‘Cina’ yang mampu dan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat. Jika kalangan pimpinan sendiri korup dan longgar disiplin – Guan Eng berhak berasa marah dan kecewa.

Anwar perlu kerja keras untuk memastikan Guan Eng akan kembali ‘hormat’ kepadanya seperti dahulu. Masalah Fairus dengan Zahrain Gemuk – perlu diselesaikan seberapa segera. Fairus dengan Zahrain, ini sama sahaja naik korupsinya. Tidak ada yang lebih baik dari yang satu lagi. Demikianlah buruknya PKR di Pulau Pinang.

Dalam keadaan imej parti dan kerajaan Pulau Pinang yang sedemikian ‘teruk’ sekalipun, Anwar masih mahu bermain dan bersikap tidak peduli. Sengaja, atau memang sudah tidak mampu mengawal anggota bawahan. Tersepit, antara kawan dan imej parti? Tersepit antara Fairus dan Zahrain?

Anwar mesti cepat turun ke bawah dan menyelesaikan segala macam ‘gawat politik’ di Pulau Pinang. Ya, mungkin BN tidak akan bertanding – tetapi imej dan pembawaan parti tetap rosak teruk dan tidak mampu lagi nak diperbaiki. Anwar pasti faham dengan keadaan ini.

p/s: cepat balik Pak Sheikh…

Continue Reading April 20, 2009 at 11:48 pm Tinggalkan komen

Report Card Anwar ‘Merah’: Failed!

Sebagai Ketua Umum sebuah parti yang dicanangkan sebagai ‘supra telus’, supra hebat, rentas kaum dan rentas ideologi, beberapa hari kebelakangan ini merupakan ‘litmus test’ kepada kemampuan dan wibawa politik Anwar. Mahunya tidak, banyak perkara yang berlaku memberikan imej buruk kepada PKR. Anwar sendiri, dirasakan cukup pening kepala dan tidak mampu untuk menyusun mekanisme damage control yang terbaik.

Pertamanya, isu TKM 1 Pulau Pinang berlalu tanpa sebarang ‘kesimpulan’. Anwar dibayangi oleh budaya politik ‘warlordism’ yang kecamuk dalam PKR Pulau Pinang. Zero sum game. Pilih orang ini, orang itu merajuk. Pilih orang itu, orang ini merajuk. Sudahnya Anwar kena mencari ‘carrot’ yang bersesuaian bagi menyejukkan hati calon yang ada. Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang nampaknya boleh ‘dictate’ keputusan Anwar. Tidak memeranjatkan, Fairus ini sebenarnya kes ‘kawan makan kawan’.

Anwar sememangnya tidak gemar dan tidak gembira dengan keadaan ini. Nasihat ini pernah diberikannya sebelum PRU12 yang lalu, bertempat di Hotel Dynasty. Dalam konvensyen PKR tersebut, Anwar mengingatkan bahawa ahli parti mesti ada disiplin tinggi. Sanggup menerima apa sahaja keputusan kepimpinan – dan tidak dibelenggu dengan idea ‘warlordism’. Sayang, nasihat tersebut terbuang entah ke mana.

Dalam isu perlantikan ‘semula’ ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong – PKR sekali lagi main silap mata. Apa yang ‘tidak’ kepada orang lain; boleh menjadi ‘ya’ kepada mereka. Kalau skandal sedemikian pun masih boleh dimaafkan oleh PKR atas dasar ‘performance’ – patutlah PKR kacau bilau.

Kenyataan Khalid Ibrahim menyalahkan pihak polis kerana GAGAL mengemukakan fakta kes kepada Eli adalah suatu strategi biasa. Diversion – memang sudah jadi strategi wajib PKR sejak dari dahulu. Apa yang boleh dijadikan sebagai ‘diversion’ akan dilakukan tanpa ada rasa bersalah sedikitpun.

Eli – bukan sahaja ‘di install’ semula sebagai ADUN Bukit Lanjan; tetapi juga anggota Exco Kerajaan Negeri. Apakah tidak ada masalah ‘imej’ di sini? Apakah Eli sudah ‘disucikan’ selama bercuti selama dua bulan. Eli – bertapa di mana? Dengan siapa?

Tidak banyak yang mampu kita harapkan daripada parti yang sekecamuk PKR ini. Ya, mungkin rakyat masih percaya dengan gelombang ‘suci, bersih, telus, tanpa was-was’ PKR; hakikatnya mereka rendah moral dan korup integriti. Mereka melaungkan sesuatu yang tidak mereka amalkan.

Selamat kembali Eli ke pentas utama kepimpinan di Selangor. Apakah anda sudah suci sepenuhnya? Mungkin setelah melalui proses ‘tarbiyyah’ Anwar; anda layak semula mengambil tempat anda.

p/s: tahniah di atas keterbukaan yang ‘double-standard’…

Continue Reading April 16, 2009 at 10:29 pm Tinggalkan komen

Menanti ‘Shadow Cabinet’ Anwar

Cakap-cakap tentang keperluan barisan pembangkang (Pakatan Rakyat) mempunyai kabinet bayangan ini sudah kedengaran lama. Malahan, pada suatu ketika – dikhabarkan sudah ada ‘print out’ wajah kabinet Anwar yang dikeluarkan sebagai ‘alternatif’ kepada kerajaan. Ini berlaku di zaman PM yang lama; PM yang tidak ‘match’ langsung dengan retorik Anwar.

2. Sayangnya, sampai ke hari ini, kita tidak dengar tentang ‘wujudnya’ secara formal apa yang digelar sebagai ‘kabinet bayangan’ Anwar. Kita tak dengar secara khusus. Kita juga tidak mampu nak pastikan secara jelas. Siapa pegang jawatan apa; diletakkan sebagai ‘shadow’ di kementerian mana. Sebagai rakyat biasa, kita nak juga menilai sejauhmana kabinet bayangan Anwar lebih wibawa dan mampu. Bukan setakat cakap sahaja ‘lebih’, tetapi tidak mampu melaksana. Bukan setakat cakap sahaja pasal ketelusan; tetapi punya akhlak yang ‘jerlus’ juga.

3. Sebagai mengubat luka hati Fairus (TKM 1, Pulau Pinang) yang dimalukan secara umum – di atas kebodohan sendiri; elok juga agaknya Fairus berada di dalam list kabinet Anwar. Mana boleh, dia ADUN? Tidak apa, kalau Anwar menang – Fairus boleh dilantik sebagai Senator (atas kuota Negeri Pulau Pinang). Insan kamil yang ‘supra telus’ seperti Fairus mesti dikekalkan di dalam kabinet Anwar. Barulah mantap.

4. Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan juga boleh agaknya diketengahkan dan menjadi ‘shadow’ kepada Shahrizat Jalil di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sebagai seorang ‘single-lady’, Eli boleh juga membantu Shahrizat mengenalpasti punca kenapa sesetengah wanita begitu mudah ‘pose’ maut di hadapan teman lelakinya. Ini input yang sangat penting dan serius. Ini input yang boleh dikaji secara menyeluruh oleh Kementerian Wanita. Eli adalah wanita sempurna yang boleh dijadikan ‘batu sempadan’ kepada wanita lain. Hari ini, atas nama ‘prestasi’, Eli dipertahankan oleh banyak pihak. Telus atau jerlus?

5. Kamaruddin Jaafar (blue-eyed boy) kepada Anwar sejak dahulu ‘WAJIB” berada dalam kabinet bayangan Anwar. Demikian juga kumpulan Erdogan dalam PAS (Husam & Nasharuddin). Kamaruddin Jaafar – yang mencadangkan agar rakyat Perak turut sama ‘berdemonstrasi’ seperti orang Siam; sesuai menjadi ‘bayangan’ kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri yang baru. Barulah agaknya, jentera polis akan diperkecilkan dan di ‘re-brand’ sebagai Unit Amal Negara – yang tugasnya mencetuskan huru hara. Kamaruddin Jaafar pakar bab mencetuskan huru hara.

6. Khalid Ibrahim, yang bergelumang dengan kes lembu juga patut berada di dalam kabinet bayangan Anwar. Kenapa perlunya Khalid? Perlu, kerana PKR sudah kekurangan kepimpinan wibawa. Justeru, Khalid yang berpengalaman menjaga syarikat korporat milik kerajaan – punya potensi untuk mengamalkan ‘multi tasking’ dan turut berada dalam kabinet bayangan Anwar.

7.. Lantikan lain? Mungkin jika Anwar menjadi Perdana Menteri (bayangan), P Uthayakumar perlu dibebaskan dan dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. P Uthayakumar mampu menidakkan kebodohan ‘Samy Vellu’ pada bila-bila masa. Lagipun, dengan kehadiran P Uthayakumar – dengans sendirinya retorik mansuhkan ISA dapat direalisasikan. P Uthayakumar wajib berada di dalam line-up shadow kabinet Anwar. Wajib.

8. Lantikan kaum Cina, akan diserahkan kepada Lim Guan Eng bulat-bulat. Lim Guan Eng akan menyerahkan pula kepada Lim Kit Siang bulat-bulat. Tidak ada masalah – sebab DAP parti anak beranak. Kronisme dan nepotisme? Tidak sekali. Kronisme dan nepotisme hanya berada dalam kabinet sebenar; dalam kabinet ‘bayangan’ semuanya boleh berlaku. Malahan, ada kemungkinan juga isteri Lim Guan Eng akan dilantik sebagai Setiausaha Politik (Anwar) sendiri. Barulah nampak ketelusan dan ikhlas hati.

9. Lantikan lain, Anwar belum fikirkan lagi. Kerusi untuk Sabah dan Sarawak pun Anwar belum fikirkan lagi. Banyak yang perlu Anwar perhalusi. Dalam keadaan sekarang ini, menyediakan kabinet bayangan mestilah menjadi agenda besar Anwar. Barulah dia tampil sebagai pejuang Negara yang sejati.

10. Anwar mestilah Perdana Menteri (bayangan) kepada semua ini. Bagi menjaga keselamatannya, Anwar sudah hidupkan semula Kugan; bagi mencari kalangan gangster India bagi menjaga ‘Sivaji Malaysia’ yang satu ini. Kugan, yang punya ‘rekod’ cemerlang akan bertugas sebagai Ketua Unit Tindakan Khas kepada Anwar. Kugan, pastinya mahu berterima kasih kepada Anwar kerana selalu mempertahankannya.

11. Dengan adanya Fairus, Khalid, Eli, P Uthayakumar dan hidupnya semula Kugan; nampaknya Anwar sudah sedia untuk memimpin Malaysia.

Continue Reading April 16, 2009 at 8:15 am Tinggalkan komen

Blog Anwar Kemuka Ketidaksetujuan Parti Gerakan

Sememangnya paparan blog Anwar akhir-akhir ini agak membosankan. Membosankan kerana Anwar seperti bukan lagi ‘Anwar’ yang biasa. Anwar sudah tidak lagi mengemukakan pandangan yang panas dan berahi kuasa. Anwar lebih melihat ke dalam PKR dan seakan membiarkan Najib Razak mengurus Negara seperti yang diinginkan. Mungkin ini juga suatu ‘transformasi’ positif di dalam diri Anwar. Nak menjadi tegas dan berahi bagaimana, jika parti sendiri bergelumang dengan seribu satu macam cerita bobrok yang memualkan.

Standard kepimpinan Anwar sudah jauh menurun. Kelmarin, Anwar sudah bisa untuk di ‘arah’ oleh Guan Eng untuk melakukan ‘house-keeping’ di dalam PKR Pulau Pinang, akibat kematian politik tidak bermaruah Fairus Khairuddin. Mahukan tidak, Guan Eng mampu memberikan ‘dateline’ kepada Anwar. Ini belum pernah berlaku. Anwar yang terkenal sebagai ‘supremo’ PR sudah boleh diarah-arah dan dicebik-cebik.

Semua ini berlaku kerana kurang telitinya Anwar dalam memilih barisan terbaik di Pulau Pinang. Sepatutnya, jika sudah kurang mereka yang ‘baik dan berintegriti’ – Anwar sepatutnya memberikan ruang kepada Wakil Rakyat yang baik untuk memegang dua jawatan sekaligus. Apa salahnya, ‘high performance’ MP seperti Yusmadi dibenarkan bertanding juga di DUN? Ini tidak, ambillah Fairus yang mediocre itu.

Terkini, blog Anwar hanya mendedahkan bagaimana Chang Ko Youn, dari Parti Gerakan menyatakan ketidaksetujuan dengan kenyataan Muhyiddin tentang ‘trend pengundian’ masyarakat Cina di Selambau dan Bukit Gantang. Inilah masalahnya dengan Gerakan, tidak tahu untuk mempunyai ‘jiwa besar’ dalam menerima kekalahan. Di mana salahnya kenyataan Muhyiddin? Tidakkah pengundi Cina memilih pembangkang? Apakah ini tidak ada kena mengena dengan kelesuan parti komponen yang sepatutnya menjaga akaun bangsa masing-masing?

Para penyelidik dan penggerak parti PAS sendiri mengakui bahawa ‘trend’ ini sememangnya wujud dan memberikan mereka ‘advantage’ yang besar. Mereka berterima kasih kepada pengundi Cina, kerana kalau tidak – Nizar pasti akan tersungkur di medan Bukit Gantang. Apa lagi yang Gerakan pertahankan?

Kali ini, Anwar mengekalkan amalan politik ‘adu domba’ kepada BN. Walaupun amalan ini adalah politik murahan – (yang bukan standard sebenar Anwar); dia terpaksa melaksanakan politik semurah itu, demi untuk masa depan politik yang makin kelabu.

Anwar mesti mengakui, rakyat sudah mula bosan dengan ‘politik slogan’ dan ‘tidak serupa bikin’ di dalam Pakatan Rakyat, khususnya PKR sendiri. Rosak PKR bukannya sedikit. Perlukan ‘overhaul’ latihan dan tarbiyyah politik yang seikhlas mungkin. Di Pulau Pinang sahaja, PKR bagaikan sebuah bahtera yang menggila mencari harta rampasan perang (ghanimah). Masing-masing ada kepentingan peribadi yang menggunung. Akhirannya, maruah parti dicampak ke dalam longkang.

Mungkin kerana terlalu ‘telus’, Fairus dikatakan meminta wang daripada pengusaha kuari secara ‘SMS’ yang berulang kali. Siap dengan memberi nombor akaun yang perlu digunapakai. Cukup telus. Memang menepati ‘standard’ piawaian ketelusan yang diperkatakan Anwar Ibrahim. Telus – sampai menipu pun telus! Rasuah pun telus!

Banyak ‘interventions’ yang Anwar perlu lakukan dalam memastikan PKR berada di landasan yang tepat. Banyak, terlalu banyak. Anwar kena susun semula agenda ‘tarbiyyah’ politik di kalangan pimpinan dan penggerak PKR di seluruh Negara. Usaha ini mesti dilakukan awal sebelum – PKR jadi hanyir; Anwar jadi busuk – dengan segala macam ‘kisah benar’ kebodohan wakil rakyat PKR sebelum ini.

p/s:….duit dari Tanah Arab itu, gunakanlah sedikit untuk ‘tarbiyyah’ politik; jangan pentingkan diri.

Continue Reading April 15, 2009 at 8:57 am 1 komen

1Malaysia ‘Check Mate’ Anwar!

Blog ini pernah memberikan komen bagaimana Anwar sebenarnya tidak mempunyai modal untuk menyerang kabinet baru yang ada. Anwar cuba – bukannya tidak cuba, untuk mengadakan mesyuarat ‘inner circle’ untuk mencari loopholes di dalam kabinet Najib. Sayangnya, kebanyakan mereka yang memberi komen gagal mencari ‘substance’ buruk yang boleh dijadikan modal untuk menidakkan kabinet yang ada. Justeru, ini memberikan bukti bahawa pilihan yang dibuat Najib Razak adalah depat.

Sukar sebenarnya, untuk melihat individu yang penuh dengan sifat kesumat dendam seperti Anwar untuk bersikap senyap (elegant silence?) kepada kabinet yang ada. Anwar cuba juga cari kelemahan. Nak pertikaikan integriti apanya apabila individu seperti Muhyiddin Yassin, Rais Yatim, Husni Hanadzlah, Saifuddin Abdullah ada di situ? Apatah lagi, apabila ‘Tok Pa’ yang dikenali sebagai seorang yang sangat halus pekerti dan akal budi; turut sama berada di dalam barisan. Anwar lemah lutut. Nak cari ruang macamana lagi?

Lebih daripada itu, Anwar juga dikatakan amat risau dengan kemungkinan ‘buy in’ rakyat Malaysia terhadap konsep ‘1 Malaysia’ yang dibawa oleh Najib Razak. Anwar risau kerana ini adalah konsep yang ada ‘appeal’ dan mampu menarik semula rakyat kepada parameter ‘langkau politik’ yang berbahaya kepada kelangsungan politik Anwar. Kenapa Anwar tidak mahu ulas kemungkinan ‘1 Malaysia’ itu ‘Malaysian Malaysia’?

Hebatnya slogan 1 Malaysia adalah ianya memulangkan interpretasi kepada rakyat. Jika mereka melihat daripada tingkap pandang ‘racism’ dan perkauman – maka ianya sekaligus membayangkan sikap ‘perkauman’ yang tebal dalam diri si pendefinisi. Kalau Anwar ulas 1 Malaysia, maka Anwar akan membuat ‘kesilapan intelektual’ yang maksimum.

Umum perlu tahu, bahawa proponent kepada konsep ‘Malaysian Malaysia’ di dalam sejarah moden Malaysia adalah Anwar Ibrahim sendiri. Dialah yang memulakan kononnya selama ini warga Malaysia, berketurunan bukan Melayu sebenarnya ‘penumpang’ di bumi Malaysia. Anwar yang membenihkan nilai kebencian dan prasangka ini. Anwar yang mahukan semuanya menjadi ‘equal’ dan samarata. Tidak perlu ada pendekatan ‘affirmative action’ walaupun secara jelas dan nyata – ada yang tidak tepat di dalam strata masyarakat.

1Malaysia ini adalah suatu gerakan ‘check mate’ kepada Anwar. Bayangkan, sehingga hari ini – tidak ada satu baris ayat pun yang memberikan pandangan Anwar terhadap konsep ini. Anwar bagaikan ‘King of Chess’ yang tidak mampu bergerak waima satu langkah pun! Tidak ada ‘pawn’ yang boleh Anwar kehadapankan dalam berhadapan dengan konsep 1 Malaysia. Cukup tragis!

Anwar selalu, baik di Bukit Selambau mahupun di Bukit Gantang – membayangkan suasana Malaysia yang sangat rentas kaum. Ironinya, di dalam PKR sendiri – dominasi Melayu bagaikan terang lagi bersuluh. Perjuangan DAP adalah sangat keCinaan. PAS masih lagi membawa rentak sebagai parti ‘Melayu Islam’ of choice – kononnya kepada seluruh bangsa Melayu. Apakah ini bukannya garis perkauman.

Jika Anwar sebenar-benarnya memperjuangkan kesamarataan, kita ingin melihat parti lain dibubar – dan kesemuanya diletakkan di dalam satu ‘banner’ perjuangan PKR. Anwar akan menjadi sangat hebat dan mahsyur sekiranya ini dapat dilaksanakan. Mengapa tidak? Bukankah PKR itu memperjuangkan Malaysia yang dimiliki oleh orang Malaysia – Malaysian Malaysia.

Anwar jangan jadi seorang politikus yang tidak bertanggungjawab. Cakap lain, buat lain. Cakap mesti serupa bikin. Anwar mesti menawarkan sesuatu yang lebih ‘Malaysia’ daripada konsep ‘1 Malaysia’ – barulah kredibilitinya tidak diragui dan dipertikaikan. Anwar boleh dan wajar berfikir ke arah ini.

p/s: Anwar yang bawa Malaysian Malaysia dalam suasana baru….tak ubah macam Harry Lee Kuan Yew. Hebat anak Pak Brahim…

Continue Reading April 13, 2009 at 11:25 pm Tinggalkan komen

Kiriman Terdahulu


April 2009
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Capaian Umum

  • 75,347,193 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 146 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United StatesSempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat!Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kelom […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Adakah Destini Berhad Menjadi Ali Baba Untuk China Kuasai KTMB?
    Kesatuan Perkerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) telah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat usahasama antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Destini Berhad.Baca di sini :https://ismaweb.net/2021/03/03/kesatuan-mahu-sprm-siasat-kelulusan-usaha-sama-antara-destini-ktmb/Ianya adalah ekoran dari pengum […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun!Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk I […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Musram Rakuman

  • BAJET SURPLUS SABAH BERTERUSAN
    MAKSUD bajet surplus adalah perbelanjaan rendah berbanding kutipan hasil. Mengapa kerajaan memilih bajet surplus? Tujuannya selain simpanan wang kerajaan bertambah, juga mengekalkan penarafan status kewangan negeri. Dalam keadaan demikian, jika kerajaan menerbitkan bon atau surat berharga akan berkos rendah.Perbelanjaan kerajaan, selain untuk perkhidmatan at […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Tips for choosing a safe plastic container
    Storing food will be very helpful when using a food container. Many products that function as food boxes are also compatible with the microwave and freezer. The post Tips for choosing a safe plastic container first appeared on mybloghub.my. The post Tips for choosing a safe plastic container appeared first on mybloghub.my.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • BAJET SURPLUS SABAH BERTERUSAN
    MAKSUD bajet surplus adalah perbelanjaan rendah berbanding kutipan hasil. Mengapa kerajaan memilih bajet surplus? Tujuannya selain simpanan wang kerajaan bertambah, juga mengekalkan penarafan status kewangan negeri. Dalam keadaan demikian, jika kerajaan menerbitkan bon atau surat berharga akan berkos rendah.Perbelanjaan kerajaan, selain untuk perkhidmatan at […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Tips for choosing a safe plastic container
    Storing food will be very helpful when using a food container. Many products that function as food boxes are also compatible with the microwave and freezer. The post Tips for choosing a safe plastic container first appeared on mybloghub.my. The post Tips for choosing a safe plastic container appeared first on mybloghub.my.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zinaBANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran.Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr. […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zinaBANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran.Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr. […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]

Paling Popular

  • Tiada