Archive for Mei 6, 2009
Mesyuarat Pimpinan PR: Membawa Mandat Rakyat – atau Melaksana Hajat Anwar?
Semalam berlangsung Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh YB Sheikh Anwar Ibrahim. Dalam blognya, Anwar nampak sangat ceria dengan kehadiran wakil daripada parti-parti pengikut PR (tidak boleh dikatakan komponen….sebab parti lain lebih berperanan sebagai pengikut yang bertaklid dengan Anwar).
Sebagai sentuhan Public Relations – Anwar memuji sikap dan pandangan Tuan Guru Haji Hadi yang bertekad untuk mempertahan calon PKR di Penanti. Anwar menganggap ini sebagai semangat ‘setiakawan’ yang luhur dalam memastikan PR berada di landasan yang terbaik untuk terus memperoleh sokongan dan dokongan rakyat. PR tidak boleh nampak kacau bilau kerana rakyat pastinya tidak akan yakin dengan kerjasama yang longgar dan tidak ampuh. Rakyat risau dengan semangat ‘kesatuan sementara’ yang dibawa oleh PR.
Anwar terpaksa menekankan kepentingan bahawa ‘kerjasama’ ini perlu dipertahankan dengan apa juga cara. Kepada Anwar, samada Haji Hadi membawa fikrah seluruh ahli PAS bukan menjadi isu. Selagi bergelar Presiden PAS; Haji Hadi masih membawa sokongan PAS seluruhnya. Walaupun di belakang Haji Hadi, Anwar kecewa kerana wujudnya usaha ‘perpaduan’ dengan UMNO tidak dihalangi secara semangatnya oleh Haji Hadi. Namun Anwar percaya, dengan wujudnya sekumpulan ‘die-hard fan’ Anwar di dalam PAS – usaha tersebut bukan menjadi mudah.
Anwar nampak bekerja keras dalam memastikan tidak ada ‘setback’ di Penanti. Memang janggal, sekiranya dia sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh – tetapi partinya tewas di Penanti. Segala macam pertentangan dalaman, daripada PAS dan bekas aktivis PKR mesti dilontar jauh-jauh. Kalau BN tidak bertanding, Anwar akan berkokok lagi dalam bahasa yang lebih kasar.
Sementara itu, kita juga pasti kes terbaru perletakan jawatan seorang lagi ADUN di Selangor juga diperbincangkan. Entah mana rasionalnya pengundi di kawasan itu, seorang yang masih ditahan – dipilih sebagai wakil rakyat. Maka terbebanlah si isteri dengan segala macam tuntutan daripada rakyat sekeliling. Inilah contoh, pelacuran demokrasi tahap tertinggi yang dibawa oleh Anwar.
Seorang pensyarah UIAM, meramalkan bahawa Anwar akan membariskan sekurang-kurangnya lima lagi Pilihanraya Kecil bagi mengekalkan momentum politiknya. Rakyat mesti disibukkan dengan cerita politik semoga mereka tidak tertumpu kepada kes luar tabie yang bakal Anwar hadapi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Azmin dan Saifuddin – untuk menentukan PRK dilaksanakan di kalangan kerusi selamat. Ini sekaligus menjemput rasa kurang yakin rakyat dengan kemampuan PM yang baru.
Mesyuarat PR semalam sebenarnya tidak berlangsung dengan penuh semangat setiakawan. Ada ayat-ayat yang mula mengungkit halatuju kerjasama yang ada. Apabila dibangkitkan dalam mesyuarat, Anwar pantas mengenepikan soalan tersebut dengan menggunakan Penanti dan DUN Perak sebagai ‘medan peperangan bersama’ yang perlu mereka hadapi. Dapatlah Anwar ber ‘tai-chi’ lagi dengan rasa tidak puas hati di kalangan pimpinan PR.
Penanti dan DUN Perak akan menjadi medan penyatuan sementara orang PR. Apakah mereka sudah sefahaman dan sealiran pandangan secara keseluruhannya? Belum. Mesyuarat pimpinan semalam pun belum cukup tuntas dan melegakan. Anwar amat mengharapkan Haji Hadi dapat memberi sentuhan disiplin kepada ahli PAS yang heboh nak menentang PKR di Penanti. Anwar mahu ini dihentikan serta merta.
Ya, itulah tahap pemimpin PAS sekarang. Menjadi ‘pengikut’ sahaja kepada kemaruk dan serakah kuasa Anwar.
Maklum Balas Pembaca