Archive for Oktober, 2009

Di mana Kepimpinan ‘Renaisssance Man’ Anwar

Akhirnya, setelah beberapa lama menahan diri daripada keluar daripada PKR, YB Badrul membuat keputusan yang sangat tepat dan baik – demi masa depan penduduk kawasannya. Tindakan Khalid Ibrahim untuk ‘mengenepikan’ kemenangan Badrul sejak awal – sekaligus membenarkan ADUN Seri Setia (si SUPOL MB yang perasan pandai) sudah lama melukakan hati Badrul. Di mana hormatnya seorang MB dengan seorang yang menang sebagai Wakil Rakyat? Di mana sebenarnya bijaksana seorang MB untuk membenarkan SUPOL-nya untuk membuka sebuah lagi pusat khidmat di kawasan YB Badrul.

Masyarakat perlu tahu, bahawa YB Badrul adalah seorang yang sangat komited dengan perjuangan PKR. Ketika orang seperti Khalid Ibrahim lebih selesa berada di hotel-hotel mewah di awal usaha reformasi, YB Badrul dah ada di jalanan. Menggesa usaha reformasi. Mengumpul kekuatan masyarakat umum untuk meneruskan perjuangan yang KONONNYA suci dan agung di atas nama keadilan. Orang PKR sendiri tidak boleh menafikan hakikat ini.

Namun begitu, sebagai parti yang sangat ‘terkait’ dengan perjuangan peribadi seorang ‘sodomist’, ada ketika bahawa sokongan tidak boleh diberikan secara membabi buta. Setelah apa yang berlaku di peringkat awal tuduhan sodomi masih lagi mahu dipertahan. Sikap Anwar yang antara berani dan tidak dalam berhadapan dengan kes mahkamah membuka mata banyak pihak. Orang PKR sendiri maklum dan faham dengan ‘cerita-cerita’ panas parti mereka; namun atas dasar perjuangan; ramai yang tidak mahu mengulas. Siapa yang sanggup nak mengatakan pemimpin mereka seorang homoseksual. Apa makna perjuangan selama ini? Baru nak merasa nikmat sebagai ‘kerajaan’, pemimpin sama sudah sekali lagi terlibat dengan perkara yang jijik dan kotor.

Masyarakat perlu melihat hakikat bahawa PKR sememangnya ‘asas kelemahan’ PR buat sekian lama. Niat nak memperkukuh kedudukan di Sabah juga sudah menjadi bubur. Tidak ada sokongan. Tidak ada dokongan. Tidak ada support di peringkat Bahagian dan akar umbi. Siapa kata Anwar ada ‘magic touch’ untuk selesaikan semua perkara. Tak ada. Magic touch nak menjahanamkan Negara memang ada.

Badrul, Jeffrey Kitingan, Christina Liew – adalah antara spesis yang KECEWA dengan perjuangan PKR yang berlegar tentang untung nasib seorang individu dan beberapa orang blue-eyed boy dalam perjuangannya. Badrul, Jeffrey, Christina bukannya ‘jambu politik’ Anwar. Bukannya kalangan mereka yang menjadi ‘inner circle’ Anwar dalam membuat keputusan politik. So, tidakpun boleh mengharapkan sangat bahawa Anwar akan memberikan mereka layanan yang baik. Kepada Anwar, penyokong datang dan pergi. Yang penting, Anwar kena kekal terus sebagai pemimpin PKR.

Anwar, PKR sedang menuju jalan kehancuran politik. Segala-galanya tidak menjadi. Segala-galanya tidak memberikan petanda baik bahawa Anwar akan mampu mengurus partinya dengan tersusun. Satu demi satu, nanah politik dalaman PKR akan terhambur keluar. Satu demi satu, kepimpinan tertinggi PKR, di peringkat Negeri dan Pusat akan mengundurkan diri secara terpaksa.

Kehidupan politik di dalam PKR adalah ibarat ‘survival of the fittest and closest to Anwar’. Itu sahaja jawapannya. YB Badrul, Jeffrey dan Christina adalah kalangan mereka yang TIDAK PENTING kepada Anwar.

Melihatkan politik semasa, Anwar bukan lagi ‘renaissance man’; tetapi ‘rain man’ – seorang pemimpin yang cacat moral dan tindakan politiknya. Kasihan, tetapi Anwar sedang menempah kematian naturalnya dalam politik. Masa untuk talkinkan PKR? Mungkin sedikit masa lagi. Sabarlah sedikit.

Continue Reading Oktober 30, 2009 at 3:36 pm Tinggalkan komen

Ingat Senang Nak Jaga Sabah: Anwar Pun Boleh Terkehel

Antara perkara yang diidam-idamkan Anwar adalah ‘pemindahan’ beramai-ramai Ahli Parlimen Sabah ke dalam Pakatan Rakyat tahun lalu. Sepatutnya, berdasarkan proses negotiation dan perundingan, Anwar begitu yakin dan percaya bahawa kalangan pemimpin dan Ahli Parlimen Sabah akan mampu melompat ke dalam Pakatan Rakyat. Ini semua berlaku atas dasar ‘fulus dan janji’. Sabah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Banyak projek pembangunan akan dihalakan Perdana Menteri baru kononnya ke Sabah.

Anwar bukan baru dengan ‘psyche’; budaya fikir, amalan politik dan tindakan menggila orang politik Sabah. Orang Sabah, currency politiknya tinggi. Tak kiralah dalam UMNO ataupun di luar UMNO. Hati mereka cepat calar. Poket mereka cepat berlubang. Mulut mereka manis. Hati mereka kering. Niat mereka susah nak dijangka. Anwar tahu dan faham dengan psyche orang Sabah. Sewaktu Anwar menentang Allahyarham Tun Ghabar Baba, walaupun arwah Tun sebagai orang yang sangat berjasa dengan UMNO Sabah, mampu juga Anwar tergolekkan. Ini kerja orang yang sangat handal dan pakar dalam memahami psyche dan budaya fikir orang Sabah.

Justeru, ketika usaha ‘perlompatan’ mahu dijayakan, Anwar ada ‘self confident’ bahawa Sabah akan mampu melompat bersamanya. Anwar lupa, bahawa ‘seliaan’ Musa Aman bukan kecil anak. Musa Aman ada tugasan yang dilunaskan dalam memenangi hati YAB Perdana Menteri. Dia tidak boleh membiarkan Sabah melompat dengan Anwar. Itu sesuatu yang bakal membawa petaka kepada politik Musa Aman sendiri. Sudahlah, kes berjela panjang. Kalau hati Perdana Menteri sebenar dikecilkan, alamatnya pendek umur politik.

Jeffrey Kitingan sudah menunjukkan kepada Anwar tentang asas sebenar ‘pemikiran’ dan amalan politik orang Sabah. Bila hati orang Sabah seperti Jeffrey dikecilkan, ianya membawa alamat cita-cita Anwar sendiri tidak kesampaian. Anwar boleh bercakap berdegar tentang kemungkinan PKR akan membuat ‘tsunami’ politik di Sabah. Setakat ini, bukan sahaja tsunami – riak kecil akibat balingan batu kerikil pun tidak mampu dilakukan oleh PKR Sabah.

Kebanyakan pimpinan PKR Sabah tidak gemarkan Azmin Ali. Ini sudah diselesaikan oleh Anwar. Mereka juga tidak gemar dengan budaya politik ‘remote control’ yang cuba dilakukan oleh Anwar. Kepada mereka, siapapun Anwar, PKR Sabah mesti menjadi nadi dan core di kalangan mereka sendiri. Anwar mesti menjanjikan syurga kepada ahli politik Sabah; atau Anwar sebenarnya menempah neraka jahanam politik dalam jangka masa panjang. Anwar perlukan Sabah – lebih daripada Sabah memerlukan Anwar. Itu hakikatnya.

Inilah realiti yang cukup susah dan menyesakkan pemikiran Anwar. Anwar tidak lagi mempunyai ‘sentuhan midas’ kepada politik Sabah. Janganlah bandingkan sewaktu Anwar sebagai TPM/Menteri Kewangan. Saat itu, puak politik Sabah ini nak sembah kaki pun sanggup.

Kita kena ambil iktibar juga daripada perlakuan ‘kurang cerdik’ ahli politik Sabah terhadap DSAI. Bukan blog ini sudah mula simpati, tetapi itulah hakikatnya dunia politik. Bila kita ada jawatan dan punya kuasa; semua orang hormat. Bila sudah tidak ada jawatan sangat – hanya sebagai bekas calon ‘perdana menteri’, jawabnya tidak akan dihormati oleh orang di Sabah.

Politik Sabah setinggi Gunung Kinabalu. Harganya tinggi. Egonya tinggi. Manjanya tinggi. Anwar sudah mungkin tersalah catur politik di Sabah. Bila Jeffrey Kitingan letak jawatan, Anwar akan lebih pening dan migrain. Manakan tidak, seorang yang Anwar benar-benar harapkan sudah mula lari daripada perjuangan. Situasi sama juga berlaku di Sarawak, apabila Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub dijadikan penggerak. Orang Sarawak pun bukan suka Azmin.

Nampaknya Azmin sudah menjadi liabiliti kepada politik Anwar. Perlu lakukan apa yang patut – tetapi, beranikah Anwar?

Continue Reading Oktober 28, 2009 at 4:09 pm Tinggalkan komen

Anwar ‘Senanayake’ Nak Tampil ‘Innocent’?

Dalam nota sebelum ini, sudah dinyatakan bahawa masalah di dalam PAS bukan masalah ‘dalaman’. Ini penyakit berjangkit. Ini virus politik yang semakin menjadikan PAS jadi kacau bilau dalam menempuh arus politik semasa. Ini isu kesetiaan dan ‘taklid’ sesetengah pemimpin PAS kepada pemimpin bernama Anwar Ibrahim. Bukannya disebabkan kalangan pemimpin PAS ini tidak ada ilmu agama. Tetapi memang mereka sudah terlalu terbuai dengan ‘games’ politik Anwar yang memang bertujuan untuk mewujudkan kacau bilau, supaya dia sendiri tampil sebagai hero di dalam suasana politik semasa.

Terbaru, blog Anwar mengangkat dirinya sebagai ‘goliath’ politik dengan menyamakannya dengan Dudley Senanayake, bekas Perdana Menteri Sri Lanka (sekitar 50 an dan 60 an). Senanayake dikatakan sebagai seorang “PERDANA MENTERI’ yang bersungguh memperjuangkan undang-undang, anti korupsi dan sebagainya. Sekali lagi, Anwar menyamakan dirinya sebagai seorang PERDANA MENTERI; setelah menggunakan title sama sewaktu melakukan tour di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dalam merealisasikan impian menjadi seorang Perdana Menteri, mempunyai seorang pemimpin PAS yang pragmatik dan mampu melihat isu Melayu/Islam secara total dan bersungguh adalah sesuatu yang mampu menjadi ‘hambatan’ kepada Anwar. Anwar tidak boleh menerima hakikat ada pemimpin lain yang boleh meletakkan dirinya di dalam keadaan serba salah dan tidak mampu tampil sebagai ‘adikuasa’ di dalam Pakatan Rakyat.

Makanya, sikap dan kemahuan Anwar menjadi Perdana Menteri mestilah bermula dengan strategi merosakkan kepimpinan Hadi di dalam PAS. Ini bukan rocket science. Orang Hadi sendiri sudah mula nampak dengan gerakan kurang manis Anwar ini. Nak tampilkan dirinya innocent dan tidak terlibat, Anwar pun seperti biasa buat-buat sibuk dengan beberapa penampilan kurang penting di Bogor dan beberapa tempat di Indonesia. Menurut kata orang dalam PKR, asalnya Anwar tidak pun berniat untuk pergi – tetapi demi untuk menampilkan bahawa dirinya ‘innocent’ dan tidak terbabit dengan agenda merosakkan Hadi – dia pun setuju pergi.

PAS yang bergolak dengan sendirinya menyediakan platform terbaik buat Anwar mengukuh platform kuasa. PAS yang kacau bilau; PAS yang huru hara; PAS yang tidak stabil hanya memungkinkan orang lain melihat Anwar sebagai penyelamat dan ‘saviour’. Ini yang mahu Anwar tampilkan, Setakat ini, Anwar tidak membuat sebarang komen mengenai kemelut di dalam PAS. Apakah sebagai Ketua Pembangkang, Anwar tidak merasakan komennya penting dan perlu? Apakah signal sebenar yang Anwar nak berikan? Apakah yang Anwar nak lihat terjadi kepada PAS?

Kalaupun ada perkaitan antara Anwar dan Senanayake adalah lidah yang sama ‘berbelit’ dalam menipu dan mengelirukan rakyat. Itulah yang ada perkaitan pun. Yang lain, sebagai seorang Perdana Menteri – Senanayake tidak layak disamakan dengan ‘Mantan Calon Perdana Menteri’ yang tidak menjadi.

Kita sebenarnya patut menunggu komen dan tindakan Anwar dalam isu PAS. Nampaknya, ada masalah sedikit apabila Anwar tidak menjangkakan reaksi Nik Aziz yang cepat nak membatalkan EGM dan menggantikannya dengan mesyuarat khas. Nik Aziz tidak ada ‘command’ di dalam pimpinan tertinggi PAS, maka peluang untuk Nik Aziz untuk memecat mereka yang ‘bermasalah’ akan terkubur nampaknya.

Ini bukan yang Anwar hajati. Anwar sudah melakukan kerja di bawah, untuk memastikan Haji Hadi akan tewas dalam Undi Tidak Percaya. Kerja ini berbulan lamanya. Berjuta juga habisnya. Namun, kemampuan Salahuddin menarik balik langkah Nik Aziz sudah membuatkan Anwar tewas lagi kali ini. Anwar lupa bahawa ‘nilai’ PAS berbeza dengan nilai PKR.

Maaf, kali ini – Anwar tewas lagi dalam strategi politiknya.

Continue Reading Oktober 26, 2009 at 6:12 pm Tinggalkan komen

Strategi Anwar Nak Tolak Hadi

Salah satu sebab mengapa Konvensyen Pakatan Rakyat masih belum mendapat momentum yang baik adalah kerana tindaka Hadi yang dikatakan tidak begitu bersetuju dengan beberapa perkara asas di dalam penyediaan rangka kerjasama yang ada. Hadi dapat melihat, strategi Konvensyen itu adalah untuk menentukan Anwar menjadi seorang adi-kuasa di dalam Pakatan Rakyat; tanpa ada ruang untuk check and balance. Anwar sendiri sudah meletakkan beberapa klausa yang memungkinkan parti lain hanya menjadi pelengkap, dan bukannya equal partner di dalam Pakatan Rakyat (ala kerjasama BN).
Anwar berasa kurang selesa kerana dalam beberapa mesyuarat strategik, Hadi masih lagi belum mahu membuka ‘kain’ PAS untuk dinoda oleh serakah politik Anwar. Isu Negara Islam yang menjadi ‘credo’ perjuangan PAS juga sudah semakin mengecil. Argument Anwar, atas nama strategi dan survival parti; Negara Islam mesti diperlahankan sedikit – dan PR bergerak di atas landasan ‘Negara Berkebajikan’. Welfare state. Hadi tidak ada masalah dengan itu. Masalah Hadi adalah apabila Negara Islam menjadi ‘silent’ di dalam equation yang Anwar hajati.
Anwar tidak ada piihan, bagi memastikan Konvensyen Pakatan Rakyat berjaya merealisasikan hajatnya, usaha mesti dilakukan untuk memastikan Hadi beras tersabar di dalam partinya sendiri. Sebenarnya EGM yang diusulkan oleh Nik Aziz hanyalah ‘tekanan akupunktur politik’ yang diberikan oleh Anwar kepada Hadi. Kalau berdegil, Hadi menempuh jalan yang sangat sukar. PIlihan yang ada, menerima EGM ataupun meluluskan niat politik Anwar di dalam Konvensyen PR.
Masalah Hadi adalah, gerakan bawah tanah di dalam PAS memang menjurus kepada membuangnya sebagai Presiden. Husam Musa yang tewas teruk di dalam Muktamar sudah menggunakan masa yang banyak untuk bergerak di bawah dan meyakinkan para perwakilan mengenai suasana sebenar. Kalau sebelum ini perwakilan Kelantan tidak mendokong calon Kelantan, Husam Musa telah menggunakan isu ‘royalti minyak’ sebagai penyatu perjuangan. Endorsement Istana kepada usaha ini menyebabkan Husam menjadi lebih yakin.
Kalau dalam keadaan semasa, dibantu oleh ‘sumbangan dan sedekah jariah’ pihak tertentu, Hadi tidak mustahil tertogel sebagai Presiden PAS. Ini bukan khayalan politik, tetapi suatu cita-cita politik yang nyata dan bersungguh. Hadi mesti hati-hati dengan keadaan ini.
Semua ini berlaku di atas kehendak dan kemahuan Anwar. Husam Musa sudah lama bertuankan Anwar. Lebih menarik lagi, kemampuan Husam meyakinkan Nik Aziz bermain dengan rentak politik perpecahan ini sememangnya sangat luar biasa. Bagaimana agaknya seorang yang mempunyai ‘karomah’ di dalam parti Islam akur dengan seorang ‘sodomist’ adalah suatu yang sangat luar biasa. Di mana agaknya persamaan seorang wali dengan seorang yang disabitkan dengan masalah sodomi adalah sesuatu yang tidak diterima akal.
Dalam politik semuanya berkemungkinan. Termasuklah wali yang menerima arahan seorang homoseksual. Akhir zaman agaknya.

Continue Reading Oktober 24, 2009 at 9:10 pm 6 comments

Anwar Tidak Semahal Itu – RM100 juta

Mahkamah Rayuan semalam membuat keputusan sebulat suara untuk menolak sama fitnah berjumlah 100 juta Anwar kepada Tun Mahathir. Nampaknya, Anwar buat kesekian kalinya tewas di gelanggang mahkamah bila berentap dengan Tun Mahathir. Maknanya apa; maknanya Anwar memang pun melakukan apa yang diperkatakan oleh Tun M. Itulah maknanya. Nak fakta apa lagi kan. Itu pun takkanlah susah sangat nak deduce kan kesimpulannya.

Lebih menarik lagi, Anwar diarahkan membayar kos kepada Tun Mahathir. Ini ibarat katanya, sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kalah. Kena bayar lagi. Ish, nasib baiklah duit tabungan masih mencecah ribuan dolar Amerika. Kalau tidak sesak juga, keluar masuk mahkamah dengan keputusan yang sebegini. Anwar masih lagi ada ‘jinx’ bila berhadapan dengan Tun Mahathir. Memang tak kena. Anwar memang tidak bernasib baik agaknya.

Keputusan ini sudah dengan sendirinya menyediakan ‘negative built up’ kepada kes sodomi. Apa orang lain nak kata, terserah. Tetapi, mahu tak mahu kesannya tetap ada. Anwar sudah tewas berulang kali. Yang sebut Anwar main belakang bukan main ramai. Kenapa tidak Anwar saman semua? Samanlah Datuk Ishak (Ketua UMNO Bahagian Seremban, yang dengan selambanya mengatakan Anwar suka main belakang). Tak pula disaman.

Peguam Anwar bukannya mainan. Karpal Singh dan SM Nair. Kuat penipu. Kuat melepaskan orang daripada salah kepada tidak bersalah. Tetapi dalam kes Anwar ini, letak peguam mana pun tidak akan mampu nak memastikan Anwar menang. Dah tentu Tun M membuat kenyataan di bawah haknya sebagai seorang Perdana Menteri (9 September 2005). Tun M bercakap berdasarkan laporan siasatan. Bukannya main terjah begitu sahaja.

Kita harap sangat, Anwar dapat sesekali menerima hakikat kekalahan. Tak perlulah nak menggunakan prosedur mahkamah nak melewatkan lagi kes liwatnya yang bakal kedengaran tidak lama lagi. Keberanian Anwar akan lebih terserlah jika berhadapan dengan mahkamah secara ‘gentleman’ dan tidak sebagai ‘coward’. Inikan lebih sesuai dengan imej ‘jejaka Renaissance’ yang Anwar selalu nak portraykan di media antarabangsa. Ini pastinya menampilkan Anwar sebagai ‘victim’ rather than the aggressor terhadap Saiful. Anwar tidak berkemampuan. Anwar sakit. Anwar sudah membuat pembedahan di Munich. Anwar tidak mampu menewaskan seorang lelaki seperti Saiful. Ini semua boleh digunapakai di mahkamah.

Anwar patut menggunakan masa secukupnya untuk membentangkan ‘pelan kerjasama’ antara parti di dalam PR yang akan berlangsung sedikit masa lagi. Khabarnya, rangka masih belum mampu dimuktamadkan kerana mendapat tentangan berterusan daripada PAS. Anwar tengah mencari jalan untuk memastikan PAS dapat tunduk kepada kehendak politiknya.

Ada juga yang kata, konvensyen PR ini juga dijadikan medan ‘penyerahan kuasa awal’ dalam menentukan PR tidak berkubur jika Anwar diberikan cuti sabbatical di dalam penjara. Anwar sedang merancang bahawa sesiapa juga yang bakal diberikan amanat dan mandat, dapat mengawal kalangan ‘haiwan politik’ yang ada di dalam PKR, DAP dan PAS. Semuanya menunggu untuk dinobatkan sebagai ‘Ketua Pembangkang’ (Reserve) untuk Pakatan Rakyat. Inilah nasibnya, apabila mempunyai Ketua Umum yang senantiasa mengluar tabiikan kehidupannya. Parti pun jadi celaru.

Continue Reading Oktober 21, 2009 at 11:42 pm 2 comments

Soalan Parlimen Anwar: Apa Niat Sebenar?

Dato’ Seri Anwar Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah berkesan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.

Demikianlah bunyinya soalan daripada Ketua Pembangkang kepada Perdana Menteri Malaysia di dalam Sidang Parlimen. Bunyinya sedap. Substancenya? Dalam politik baru Malaysia yang dinaungi Anwar; substance tak perlu sangat. Yang penting imej dan persepsi. Biarlah Anwar bertanya tentang perkara yang dia sendiri tahu dan faham masalahnya; yang penting ‘pertanyaan’ itu diletakkan di dalam hansard. Jadi Anwar boleh keliling kampung mengatakan dia adalah pejuang kepada rakyat.

Keraguan umum kepada SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara ini semuanya dikotor dan dinoda oleh seorang bernama Anwar Ibrahim. Anwar dan PR yang merosakkan teruk nama PDRM, SPRM dan lain-lain agensi. Kalau dulu mereka juga yang mahukan kewujudan agensi seperti SPRM, hari ini mereka jugalah yang menjadi orang yang menyerangnya semula. Nampak macam tak ada prinsip. Namun, inilah prinsip kepada Anwar. Yang penting, imej agensi mesti diremukkan secara menyeluruh. Merosak imej PDRM, SPRM dan AG membawa makna Anwar juga dapat meletakkan elements of doubt kepada perbicaraan sodominya. Susah apa. Itu sahaja jawapannya.

Anwar jangan nak bercakap pasal tindakan ‘penyiasatan dan pendakwaan terpilih’ kerana si mangsa yang diliwatnya juga merasakan perasaan serupa. Saiful Bukhari juga terasa bahawa dirinya menjadi mangsa ‘prosedur mahkamah’ yang diliwat Anwar. Apakah itu juga Anwar tidak perasan? Anwar pun pandai juga ‘memilih-milih’ dalam usaha pembelaan dirinya. Kalau betul ‘tidak bersalah’; kenapa perlu bertangguh?

Setakat ini semua agensi yang Anwar sebutkan berusaha keras untuk memberikan khidmat kepada Negara. Yang merosakkan imej mereka adaalah gerombolan media ‘spinners’ Anwar yang terus menyerang agensi terbabit tanpa ada rasa bersalah. PDRM dijadikan tempat serangan. SPRM jadi punching bag Anwar. AG Chambers dijadikan senda gurau Anwar – dalam banyak ucapan dan ceramahnya di mana-mana. Apakah Anwar sendiri tidak berasa bertanggungjawab dalam menyebarkan ‘mockery’ kepada agensi-agensi ini?

Belum masuk lagi soal KEBODOHAN Ketua AMK yang membuat laporan rasuah di ICAC Hong Kong. Dalam politik, biarlah matang dan matured sedikit. Jangan mudah sangat menjadi alat kebodohan orang lain. Apa perlunya ICAC? Kononnya nak menidakkan SPRM? Bukankah begitu Pak Sheikh? Bukankah begitu En Shamsul Iskandar? Apakah ini membantu untuk memberikan ‘kredit’ kepada agensi teras yang pernah diperjuangkan sendiri oleh PKR dan Pakatan Rakyat. Bila terkena batang hidung sendiri, cadangan sama mulalah dijadikan alat untuk menyerang kerajaan.

Soalan Anwar ini hanyalah soalan public relations. PR effort. Tak lebih dan tak kurang. Penulis percaya, daripada soalan sekecil ini, akan bertebaranlah banyak soalan tambahan daripada ahli Parlimen pembangkang di dewan. Ini macam soalan ‘feeder’. Soalan yang akan dilibas oleh orang lain. Siapa yang Anwar aturkan? Harap-harapnya biarlah seorang yang lebih wibawa daripada YB Yusmadi (yang punya keinginan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang).

Agaknya, Anwar akan menjadi lebih bertanggungjawab untuk menyatakan kepada Sidang Parlimen tentang kes-kes yang disangkanya ‘diperam’ oleh SPRM buat sekian lama. Nyatakan. Gunakan kesempatan ‘imuniti Parlimen’ sebagai medan untuk membuka ‘niat sebenar’ Anwar di sebalik soalan itu. Tun Mahathir? Rafidah? Tun Daim? Tan Sri Nor? Nyatakanlah…kenapa perlu berselindung.

Kita nantikan soalan Anwar yang seterusnya. Kalau ini jadi soalan pertama Ketua Pembangkang – elok rasanya Anwar potong gaji konsultan yang telah menasihati Anwar. Elok juga kalau Anwar dapat kepilkan sekali situasi rasuah ketika dirinya menjadi TPM. Kalau Anwar nak tahu, ICAC Hong Kong tampil ketika negara itu berhadapan dengan suasana pembangunan yang hebat. Di Malaysia, era itu ‘kononnya’ berlaku di zaman Anwar. Apakah pada ketika itu, pejabat TPM bersih daripada ‘hell money; tea money; brokerage fees; consultation fees; dan sebagainya’. Boleh Anwar nafikan bahawa Institut Kajian Dasar (IKD), International Institute of Islamic Thought Malaysia (IIIT) bersih daripada lambakan wang rasuahnya?

Continue Reading Oktober 20, 2009 at 1:36 am 1 komen

Zaid Tak Sesuai Dengan PKR!

Sewaktu Zaid Ibrahim (si empunya ZICO) membuat keputusan menjadi ahli PKR, Anwar adalah antara orang yang paling gembira. Mahunya tidak, seorang bekas Menteri yang kononnya mempunyai idealisme tinggi ‘rule of law’, kebencian menggila kepada ISA – kemasukan Zaid adalah suatu lagi ‘gift’ kepada PKR pada ketika itu. Zaid disambut sebagai seorang yang amat penting kepada PKR. Zaid jadi ‘rising star’ kepada PKR. Anwar lebih yakin, kerana Zaid adalah seorang ‘self-funding’ politician. Anwar tak perlu keluarkan banyak wang daripada ‘master-accountnya’ untum menjaga orang seperti Zaid Ibrahim. Zaid boleh managed sendiri.

Zaid diberikan tugasan untuk merangka ruang kerjasama antara ‘parti’ di dalam Pakatan Rakyat. Kena rangka sesuatu yang boleh menghadirkan model Barisan Nasional. zaid kena kaji segala ruang ‘loopholes’ yang boleh menyebabkan Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri di dalam kerangka kerjasama itu. Kena kaji sejauh mana kena ‘hadkan’ peranan dan kuasa PAS. Kena pastikan DAP dapat di ‘limitkan’ penglibatannya. Everything must be centered around Anwar Ibrahim. So, kenalah Zaid Ibrahim jaga Anwar Ibrahim. Elok sangat.

Sayangnya, sewaktu Zaid melaksanakan tugasnya – sudah ada orang yang risau dan khuatir dengan kehadirannya. Sudah ramai orang di dalam PKR yang menganggap Zaid sebagai ‘political threat’. Sudah ramai yang menganggap Zaid sebagai pengganti Anwar. Inilah hakikatnya. Kalangan aktivis lama PKR, ‘rank and file’ sudah menganggap kepercayaan Anwar sebagai sesuatu yang sangat merbahaya kepada masa depan politik mereka.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu ini mempunyai skills politik yang ganas juga. Zaid mula membisikkan ‘fitnah politik’ ke telinga Anwar. Mengata orang itu dan ini sebagai masalah kepada parti. Menjalankan kerja belakang tabir yang sangat detrimental kepada kesatuan di dalam PKR. Malahan, ada suatu ketika – Anwar sudah memarahi Azmin Ali di atas isu politik Sabah. Orang lain tidak sepatutnya tahu mengenai kes itu. Maka, Azmin sudah dapat mengagak bahawa Zaid sudah mula memainkan ‘peranan’ yang tidak sepatutnya di Negeri tersebut.

Zaid cuba untuk meletakkan dirinya di ‘forefront’ politik PKR, saat dia belum tahu dan kenal siapa ‘kawan dan lawan’ di dalam parti tersebut. Zaid main bulldoze sahaja. Al-maklum, orang macam Zaid tidak ada ‘pertimbangan politik’. Duit ada. Nama ada. Kenalan ada. Zaid sangka jalannya akan menjadi mudah. Malah, dalam pertemuan dengan ramai aktivis PKR – Zaid sudah meletakkan kemungkinan dia bertanding jawatan tertinggi parti selepas ini.

Ini yang tidak boleh diterima oleh ramai orang dalam PKR. Anwar sendiri sudah mula curiga dan merasakan Zaid ‘overboard’ dalam tindakan politiknya. Zaid peduli apa. Zaid tahu, melalui kenalan ‘guamannya’, Anwar won’t stand a chance in his sodomy case. Zaid tahu mengenai DNA Anwar yang bukan sahaja berasal daripada air mani, tetapi kesan gigitan Anwar di belakang badan Saiful. Fuhhh, Anwar main ganas.

Zaid ambil cuti di dalam PKR. Ini maknanya, Zaid nak ‘phasing out’ again. Nak ke mana pulak. Orang macam Zaid, elok juga kalau masuk DAP. Mungkin baru kena dengan jiwa politik macam komunis nya.

Azmin, Syed Husin, Kak Wan, Khalid Ibrahim dah mula sepakat nak pastikan Zaid keluar daripada PKR. Ramai juga orang PKR di Sabah juga mengatakan benda yang sama. Mereka benci tengok muka Zaid. Menyampah dengan perangai politiknya yang lebih sudu dari kuah. Habis tu, nak buat macamana. Zaid tidak pandai untuk bermain politik. DI Kota Bharu, sewaktu di dalam UMNO – itu jugalah menjadi masalah Zaid. Ikut otak sendiri.

Continue Reading Oktober 17, 2009 at 11:29 pm 2 comments

Antara RM3 ribu TBH; dan 3 Billion ABI

Naik kasihan dan rasa nak menitis air mata dengan kenyataan di inkues Teoh Beng Hock bahawa dirinya hanya mempunyai RM3 ribu sebelum mahu melaksanakan perkahwinannya. Bayangkan, dengan kerja ‘underground’ yang dilakukannya. Dengan ratusan penipuan resit yang dia lakukan – semuanya perlu dikembalikan kepada DAP dan tidak dirinya sendiri. RM3 ribu ini ada dalam dua akaun berbeza. Satu ada RM2 ribu. Satu lagi ada RM1 ribu. Sebagai apa yang digelar sebagai ‘Setiausaha Politik’ kepada EXCO Kerajaan Negeri – jumlah ini dirasakan tidak munasabah bagi seorang yang diibaratkan sebagai the rising star di dalam parti tersebut.

Ronnie Liu sepatutnya menjaga TBH dengan lebih baik. Lebih elok, kalau Ronnie mengarahkan satu kumpulan kongsi gelap Seri Kembangan, menjaga dan memberikan apa sahaja yang diperlukan TBH. Sepatutnya begitu. Bagi memastikan TBH tidak belot dan tidak rasa dipermainkan. Sayangnya, Ronnie sudah menggunakan ‘income’ sampingan kongsi gelapnya untuk menguruskan kawasannya sendiri. TBH kekal seorang pekerja parti yang miskin sehingga membuat keputusan membunuh diri.

TBH kecewa, kerana setelah dia menggila menguruskan usaha ‘menggelapkan’ wang rakyat; wang yang dikumpul masih belum cukup. Majlis perkahwinan orang Cina sangat teliti. Mahunya makan RM40/50 ribu. Itupun kalau nak semuanya cantik. Takkanlah SUPOL nak buat majlis kokak di kedai babi goreng Liu Pu Ki sahaja. Mestilah ada stail sedikit. Inilah sahaja kehendak dan kemahuan anak muda ini. Dalam masa yang sama, kandungan tunangnya semakin membesar.

Ketika mana TBH ada RM3 ribu di dalam akaun; mentor kepada Pakatan Rakyat sedang sibuk menyusun fail bon dan saham yang berjumlah RM3 bilion. Patutlah Anwar tak pernah nampak miskin walaupun keluar penjara. Kalau masuk FD pun dah berapa interestnya. Itu belum lagi kalau Rahim Ghouse menguruskan dana ‘venture capitalists’ bagi pihak Anwar. Sebab itulah Anwar masih mampu mengekalkan stail hidup bagaikan seorang ‘mantan Perdana Menteri’.

Anwar seharusnya menghargai sumbangan orang seperti TBH yang sanggup bermati-matian mempertahan idealisme dan ‘rasional’ dan niat perjuangan PKR. Walaupun berada dalam DAP, TBH adalah mereka yang menyanjung tinggi Anwar Ibrahim. Kepadanya, Anwar adalah lambang dan ikon keadilan. Anwar perlambangan seorang yang menitikberatkan perjuangan dalam kehidupan.

Agaknya kalau roh TBH bangkit dari kubur dan menuju ke bank ‘angkat’ Anwar; dia akan menitiskan air mata; memikirkan bagaimana ikonnya itu mempunyai RM3 bilion di dalam akaun banknya. Apakah Anwar tidak mahu memberinya sedikit untuk majlis perkahwinan kecilnya di Restoran Bak Kut Teh yang berdekatan. Anwar memanglah seorang ahli pejuang; namun dia berjuang kerana wang ringgit dan harta benda.

Sedih mengenangkan bagaimana seorang pejuang sebenar seperti TBH hanya mempunyai RM3 ribu di dalam banknya. Anwar, juga seorang pejuang, mempunyai RM3 bilion. Fuhh…jauhnya beza.

Continue Reading Oktober 15, 2009 at 11:31 pm Tinggalkan komen

Bila Pengundi Dikatakan BODOH!

Salah satu ciri seorang lelaki budiman, ‘gentleman’ yang sejati adalah kalangan yang mampu menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Jiwa yang lapang. Tidak memarahi orang lain dengan sewenang-wenangnya dan bijaksana dalam berhadapan dengan cabaran yang ada. Ciri-ciri ini tidak dimiliki semua orang. Ada yang mempunyainya secara natural. Ada yang tidak. Ada yang tidak langsung ada ciri ‘lelaki budiman’ – sebaliknya menjadi ‘lelaki jelmaan’ dalam ketika dan waktu sendirian. Itu kita tak payah nak komen panjang.

Dalam sistem demokrasi, rakyat dibenarkan memilih siapa yang mereka anggap ‘mampu dan wibawa’ untuk mewakili mereka. Ada kala, mereka yang diletakkan sebagai pemimpin ini berdasarkan asas yang luar jangka. Ada yang mengangkat penjeyanah sebagai pemimpin – atas faktor karisma dan kemampuan. Ada yang meletakkan soal thiqah dan pembawaan diri sebagai landasan memilih pemimpin. Ada yang memilih wajah. Ada yang memilih kerana ‘persahabatan’. Ada juga yang memilih pemimpin kerana nama.

Itu semua adalah sebahagian daripada norma biasa. Yang tewas di Bagan Pinang adalah PAS. Sayangnya, dalam masa yang terdekat ini – PKR pula yang menggila nak menyalahkan pengundi Bagan Pinang sebagai mereka yang BODOH. Inilah masalahnya dengan; bila terkena batang hidung sendiri – semua orang lain BODOH. Bila kena pada orang; inilah dinamakan DEMOKRASI. Politik Anwar kebelakangan ini tak ubah macam budak-budak belum akil baligh. Menyerang tanpa tanggungjawab. Cukup memalukan.

Kita nak bertanya dengan Pak Sheikh; apakah pengundi yang mengundi dua ADUN PKR di Perak (yang rasuah dan tidak tetap iman; yang mencadangkan SEKS sebagai sedekah itu) tidak BODOH. Kenapa Pak Sheikh tidak menganggap rakyat di kawasan tersebut tidak BODOH; tetapi hanya menjalankan amanah demokrasi? Ya, saya tahu – akan banyak mereka yang akan menyerang bahawa UMNO ambil juga perasuah seperti ini. Tapi soalnya, ASAL RASUAH ini adalah di dalam PKR sendiri. Mereka meminta wang ketika di dalam PKR. Bukan dalam UMNO. Apakah penduduk PENANTI juga BODOH kerana memilih seorang Wakil Rakyat yang hampir berhadapan dengan tuduhan sama?

Atau sememangnya penduduk PERMATANG PAUH juga BODOH kerana memilih seorang ‘ahli sodomi’ sebagai Wakil Rakyat. Yang itu macamana pula ceritanya?

Kepada blog ini, Anwar Ibrahim tidak punya ‘nilai baik’ untuk mem-BODOHkan orang lain atas dasar ‘nilai iman’ dan sebagainya. Pak Sheikh harus melihat dan merenung ke dalam diri sendiri; dan menangislah sepertiga malam akibat gagal menahan nafsu luar tabii. Itu lebih mulia daripada terus-terusan menyerang orang lain kononnya atas dasar mereke TIDAK CERDIK memilih.

Justeru, Pak Sheikh wajar dicadangkan untuk memakai ‘wajah’ lelaki budiman buat seketika. Kalau ‘lelaki jadian’, biarlah Pak Sheikh gunakan di waktu yang lain. Pak Sheikh jangan kelirukan rakyat dengan ‘demokrasi’ dan ‘bodohkrasi’. Pak Sheikh tidakpun layak nak bercakap pasal nilai budiman dan sebagainya.

Demikian juga dengan Azmin Ali, Zul Nordin yang turut menganggap mereka di Bagan Pinang sebagai BODOH dan tidak bertanggungjawab. Kalian juga bukan sempurna – dan nantikan juga sejauh mana KEBODOHAN masyarakat Bukit Antarabangsa dan Kulim Bandar Bharu mengajar kalian dalam PRU13 akan datang

Continue Reading Oktober 13, 2009 at 11:05 pm Tinggalkan komen

Kenapa Anwar Tak Serang Isa?

Ramai orang PKR sendiri yang merungut dengan ceramah Anwar yang dirasakan tidak menggigit di Bagan Pinang. Anwar sendiri turun beri ceramah; kepada hampir 1000 orang di Bagan Pinang – pun tidak menjanjikan apa-apa kepada pencapaian PR di Bagan Pinang. Kekalahan di Bagan Pinang bukan kekalahan PAS sangat. Tapi kegagalan PR kerana gagal nak wujudkan satu pasukan mantap di PRK tersebut. Masing-masing ikut kehendak hati masing-masing. Jentera PAS koyak teruk. Sampaikan terpaksa diambil alih oleh jentera PKR. Azmin Ali, dalam satu mesyuarat di Bagan Pinang – memulangkan paku buah keras, ‘PAS ini kalau nak bertanding; beria-ia – tapi bila nak jalankan kerja?’.

Kehadiran Anwar tidak menampakkan sebarang perubahan undi. Malahan, ada juga yang mengatakan bahawa kehadiran ‘sang peliwat agung’ sudah melarikan banyak undi PAS di Bagan Pinang. Mereka tidak boleh ‘correlate’ wajah PAS dengan Anwar. Macam tak serasi. Ini kata orang. Blog ini hanya mengkhabarkan sahaja.

Jeritan ‘reformasi’ sewaktu ceramah Anwar pun macam berbunyi atau tidak. Anwar mengakui bahawa PRK Bagan Pinang sangat penting. Anwar memulakan dengan penerangan mengenai kes RM3 bilion. Tapi tidak ada penerangan terperinci. Setakat sekali lalu sahaja. Maka, Anwar pun mengalihkan isu kepada soal perkauman (pecah kuil hindu, kepala lembu).

Anwar sudah tidak mahu menyerang Tan Sri Isa, kerana takutkan ‘deal’nya didedahkan kepada khalayak. TS Isa orang lama. Offer Anwar untuk dia bertanding atas tiket PR – adalah antara perkara yang Anwar tidak mahu didedahkan kepada umum.

Kali ini, Anwar tidak menyerang Isa langsung. Dia serang Najib. Dia serang pemimpin UMNO. Tetapi bukan Isa. Apabila Isa tidak diserang; kredibiliti calon BN tidak diragui. Hakikatnya, dulu disebutkan bagaimana Isa akan memberikan ‘advantage’ kepada PR. Kenapa tidak ada kesan langsung?

Anwar mungkin sibuk sewaktu di Amerika, sehingga lupa bahawa sewaktu dia menjawat jawatan TPM; Isa adalah antara MB yang menyokongnya kuat. Isa antara yang menari dengan rentak politik Anwar. Kalau nak serang, Isa pun tahu sama banyak cerita Anwar. Itu yang Anwar tidak boleh serang Isa sangat.

Bagan Pinang sudah memberikan mesej jelas kepada Anwar bahawa dia belum tahu tentang harapan masa depan politiknya di Malaysia. Bukan sebab kes liwat. Bukan sebab kes Saiful Bukhari. Bukan sebab Anwar tidak ada karisma. Bukan sebab Anwar tidak ada ‘command’. Tetapi, pada hakikatnya Anwar tidaklah begitu kuat sebenarnya. PR juga tidak lah hebat sangat.

Masa hadapan politik Anwar belum tentu menjaminkan syurga.

Percayalah Pak Sheikh, selepas daripada Bagan Pinang – banyak lagi pentas yang Pak Sheikh akan kalah.

Continue Reading Oktober 12, 2009 at 1:46 pm 2 comments

Kiriman Terdahulu


Oktober 2009
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Capaian Umum

  • 75,348,285 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United States Sempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat! Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kel […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Adakah Destini Berhad Menjadi Ali Baba Untuk China Kuasai KTMB?
    Kesatuan Perkerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) telah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat usahasama antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Destini Berhad.Baca di sini :https://ismaweb.net/2021/03/03/kesatuan-mahu-sprm-siasat-kelulusan-usaha-sama-antara-destini-ktmb/Ianya adalah ekoran dari pengum […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!     Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)     Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm 2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Merek […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!     Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)     Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm 2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Merek […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo..... Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun! Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Musram Rakuman

  • CATUAN AIR KAWASAN KOTA KINABALU DIJANGKA BERPANJANGAN
    SELAIN sumber air, terhadnya pusat rawatan air, permintaan melebihi kapasiti pusat rawatan sedia ada, juga kecuarian air daripada kawasan setinggan, akan terus menyumbang berpanjangannya catuan air di kawasan Kota Kinabalu. Menurut laporan, yang memetik Menteri Kerja Raya Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya, selagi empangan Papar, dan Benoni Tenom tidak siap, ma […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Garlic Grater Malaysia – The Ultimate Kitchen Tool You Need!
    Garlic is one of the most commonly used ingredients in Malaysian cuisine. It adds a unique flavor to dishes and has many health benefits. However, chopping garlic can be time-consuming and tedious. This is where a garlic grater and cutter Malaysia can come in handy. In this article, we will discuss how this tool works, […] The post Garlic Grater Malaysia – T […]

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • CATUAN AIR KAWASAN KOTA KINABALU DIJANGKA BERPANJANGAN
    SELAIN sumber air, terhadnya pusat rawatan air, permintaan melebihi kapasiti pusat rawatan sedia ada, juga kecuarian air daripada kawasan setinggan, akan terus menyumbang berpanjangannya catuan air di kawasan Kota Kinabalu. Menurut laporan, yang memetik Menteri Kerja Raya Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya, selagi empangan Papar, dan Benoni Tenom tidak siap, ma […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Garlic Grater Malaysia – The Ultimate Kitchen Tool You Need!
    Garlic is one of the most commonly used ingredients in Malaysian cuisine. It adds a unique flavor to dishes and has many health benefits. However, chopping garlic can be time-consuming and tedious. This is where a garlic grater and cutter Malaysia can come in handy. In this article, we will discuss how this tool works, […] The post Garlic Grater Malaysia – T […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran. Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras. Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak y […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran. Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu.. Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam.. DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada […]

Paling Popular

  • Tiada