Archive for November 10, 2009
Baru Nak Tunjuk Garang?
Penulis sengaja duduk di belakang sewaktu Konvensyen PKR Pulau Pinang kelmarin. Sengaja. Walaupun beberapa rakan pimpinan mengajak penulis berada di hadapan sedikit. Almaklum, sebagai antara pejuang awal reformasi – ramai juga yang kenal dengan penulis. Tapi zaman itu sudah berlalu. Penulis pun tidak mahu rapat sangat dengan saf pimpinan PKR ini. Biarkan sahaja mereka dengan perangai dan fiil buruk mereka kononnya sebagai pemimpin.
PKR Pulau Pinang bukannya kuat sangat. Niat membawa Dr Mansor dan memberikan kekuatan kepada PKR Pulau Pinang pun tinggal niat. Zahrain masih menjadi ‘kuasa mutlak’ kepada PKR Pulau Pinang. Demikian hebatnya seorang ahli politik. Waima Lim Guan Eng sendiri sudahpun memaklumkan kepada Anwar bahawa Zahrain ini memberi masalah besar kepadanya. LGE sendiri tak lalu nak layan ‘demand’ Zahrain yang menggila.
Sewaktu ucapan Pak Sheikh, penulis perhatikan ramai aktivis parti di belakang yang masih rasa tak puas hati. Pada mereka, Anwar sudah hilang fokus. Anwar sudah terlalu memikirkan diri sendiri berbanding nasib parti. Ini kata orang biasa PKR. Ini kata ahli PKR sendiri. Ada juga yang mendengus marah, ‘waktu ada masalah…hang pi mana?’, jerit kecil seorang ahli PKR. Mereka tahu, Anwar sendiri sudah menidakkan perjuangan PKR. Sampaikan ada wanita PKR yang berdiri (walaupun Anwar buat tak peduli) – ‘apa nasib orang Melayu Pulau Pinang’?. Anwar nafikan hak mak cik tersebut nak menyuarakan pandangan.
Inilah Anwar yang sebenarnya. Malahan dalam ucapannya Anwar tergamak mengatakan – ahli PKR mesti ‘shape up; ataupun ship out. masuk UMNO’. Ini kenyataan yang gila. Tak kurang 35 orang anak muda di belakang semuanya keluar daripada dewan. Penulis menjejaki mereka. Berbual sambil hisap rokok. Pandangan mereka mudah sahaja. Kalau itulah cadangan yang Anwar boleh berikan, mereka dah tahu lama. Malahan rakan-rakan mereka sudah lama menawarkan ruang untuk mereka kembali kepada UMNO. Seorang ahli PKR, (ringkasan nama ZM sahaja) – menyatakan, ‘Anwar dah tak macam dulu. Dia dah tak ada idea’.
Pak Sheikh perlu faham, untuk PKR ‘shape-up’ ianya memerlukan kalangan pimpinan yang mantap dan padu. Pimpinan yang tidak sangat sibuk nak ke luar Negara dan memberikan ceramah tahap lima bintang. Dilayan seperti superstar. Kepada ahli PKR di bawah, persoalannya masih lagi asas dan basic. Soal makan pakai. Soal kerja. Soal penambahbaikan gerakan. Bukan soal ‘democracy’ dan sebagainya. Rakyat di bawah peduli apa dengan idea Tocqueville dan sajak Shakespeare Anwar. Mereka tak peduli. Ini soal makan. Soal untung nasib. Bab itupun Anwar masih lagi boleh buat main dan tak peduli.
Ramai kalangan ahli PKR yang kesal sebab Anwar tidak memainkan peranan ‘awal’ dalam memastikan masalah PKR selesai dengan baik. Balik-balik ke Amerika. Ke Indonesia. Ke Turki. Apa kejadahnya. Apa nasib orang di Pulau Pinang? Lebur? Kalau harapkan Zahrain – jawabnya melukut di tepi gantanglah.
Anwar perlu sedar, PKR akan bergantung banyak kepada karisma dan kemampuannya. Kalau Anwar sendiri nampak lesu dan sibuk dengan ‘agenda luar’; makanya PKR akan menempuh jalan yang sukar.
Konvensyen PKR Pulau Pinang dah membuktikan – Anwar hanyalah seroang Raja Retorik yang unggul. Tak lebih dan tak kurang.
Maklum Balas Pembaca