Archive for November 13, 2009
Nik Aziz berjangkit penyakit Anwar
Tersenyum ada. Nak tergelak pun ada. Apa jenisnya seorang pemimpin Islam yang mengaku ‘Haji’nya ditaja oleh syarikat tertentu dengan harga RM65,000. Bayangkan, seorang MB yang tua bangka, yang tidak mampu memberikan apa-apa makna kepada Kerajaan Negeri Kelantan, kecuali ceramah agama mingguan – mendapat perolehan tajaan yang sedemikian besar. Nik Aziz ini sudah sebenar-benarnya berjangkit dengan ‘politik tajaan’ yang sememangnya menjadi ‘penyakit Anwar’ sejak sekian lama. Anwar selama ini, hidupnya, kehidupan politiknya semua ditaja oleh pihak tertentu.
Politik Anwar adalah politik ‘tajaan’. Daripada mana sumbernya, rakyat boleh tentukan. Sewaktu Anwar menjadi pemimpin dahulu, sebagai Presiden UIA – Anwar menggunakan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sebagai wadah mendapat tajaan daripada negara Teluk. Semua dana disumbat ke dalam IIIT sebagai alat untuk kemudiannya menghalakannya semula kepada politik Anwar. IIIT mempunyai dana puluhan juta ringgit. Ceramah agama pun buat di hotel lima bintang. Itulah tahap ‘tajaan’ yang dimilik Anwar pada suatu masa.
Itu belum lagi tajaan yang diperolehi daripada syarikat korporat. Yang disalurkan ke dalam akaun Institut Kajian Dasar (IKD). Melampau banyaknya. Kerjasama dengan pelbagai ‘foundation’ di peringkat antarabangsa adalah antara modus operandi Anwar Ibrahim.
Nik Aziz pun mula nak bermain dengan permainan sama. Gunakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai alat memacu kekayaan keluarga. Membenarkan menantu sendiri menjaga GLC. Masa Pak Lah nak membenarkan KJ menjadi Pengerusi Khazanah, kuat juga serangan orang PAS kepada Pak Lah. Menantu sendiri. Kronisme. Nepotisme. BIla jadi kepada PAS, kenapa Anwar tak serang Nik Aziz dan nyatakan usaha itu salah.
Jangan cakap pasal ‘kredibiliti’ orang Kelantan. Kalau menantu Nik Aziz wibawa – apakah tidak ada anak Kelantan lain yang boleh memegang amanah dan tampuk kuasa. Kenapa menantu MB. Ini tidak pula Anwar persoalkan. Ini tidak pula Anwar nak pertikaikan. Kenapa Anwar senyap dan tidak nyatakan kepada Nik Aziz bahawa perkara itu tidak wajar.
Kita jangan persoalkan Haji RM65,000 Nik Aziz; kerana Anwar berbelanja beratus juta ringgit untuk kemajuan politiknya. Ya, mungkin tidak terus daripada poketnya sendiri; tetapi ini tidak menidakkan bahawa Anwar sudah ‘ditaja’ oleh kelompok tertentu.
Anwar sudah biasa dengan politik tajaan. Politik tajaan – mesti ada timbal balas. Mesti ada ‘kickbacks’. Mesti ada pertolongan yang disisipkan. Politik Anwar selama ini menjadi sangat berjaya kerana adanya ‘sponsor’ yang dimaksudkan ini. Daripada Konrad Adenauer Foundation. Daripada banyak foundation di Amerika yang ‘percaya’ dengan perjuangan demokrasi Anwar. Tajaan ini tidak ada kena mengena dengan moral Anwar. Soal liwat dan sodomi perkara lain. Ini soal politik.
Biarkanlah Nik Aziz menikmati Haji ‘tajaannya’ dengan tenang. Mabrur atau tidak soal lain. Yang penting – ‘kemabruran’ tajaan itu sememangnya terasa. Yang pasti, Nik Aziz mesti dijaga seelok dan sebaik mungkin. Al maklum, orang tua itu sudah jadi ‘keramat hidup’ dalam PAS. Semua yang dia kata mesti digunapakai.
Anwar tak buat Haji tahun ini? Berapa pula harganya ya?
Maklum Balas Pembaca