Archive for November 15, 2009
Bila Anwar Nak Main ‘Attack’!
Kita cukup berterima kasih di atas pengesahan YB Zulkifli Noordin bahawa Anwar telah mengarahkan agar semua pimpinan PR menggunakan kaedah ‘serangan’ langsung kepada Najib selepas daripada ini. Arahan ‘serangan’ ini kononnya sebagai ‘build up momentum’ kepada bom nuklear isu yang bakal Anwar letupkan dalam masa terdekat ini. Fokus dan kaedah serangan akan tertumpu kepada isu moraliti PM. Ini agaknya ada kena mengena dengan isu pengakuan Bala bahawa dia disogok dengan RM5 juta ringgit untuk mendiamkan diri dalam kes Altantuyaa.
Masalahnya, kredibiliti dan wibawa apa yang Bala ini ada lagi? Bala ini sudah sewajarnya menjadi lipatan sejarah sebagai bacul yang tak mahu mengemukakan perkara sebenar. Orang bacul dan pengecut buat apa kita nak layan dan percaya. Baling batu, sembunyi tangan. Bala yang ‘lari malam’ sewaktu pengakuannya sangat diperlukan TIDAK ADA asas kepercayaan lagi. Nak cakap semua orang boleh cakap. Dulu cerita pasal bukti di Hotel Sunway Seberang Jaya, kononnya ada bukti sogokan jutaan ringgit pun, sampai ke sudah tidak ada bukti? Mana buktinya?
Siapa boleh menolak anggapan bahawa sesuai dengan kaedah ‘serangan’ yang diumumkan Anwar – semua isu dihidupkan semula atas dasar keperluan politik Anwar. Anwar sendiri sudah tersepit dengan isu moraliti yang kacau bilau; kali ini ingin meletakkan moral kepada orang lain.
Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Md Akin – kononnya telah mengemukakan pautan mengenai isu Bala (kononnya pengakuan Bala bahawa dia disogok sebanyak RM5 juta). Pautan pun tidak wujud. Pengakuan pun tak ada.
Kita ucap tahniah kepada Anwar, sememangnya kita pun risau bila Anwar diam. Kita tak tahu strategi Pak Sheikh. Pak Sheikh jarang main ‘defensive’. Pak Sheikh suka main attack. Suka main ganas. Bagaimana ganasnya digigitnya belakang Saiful – demikianlah ganasnya Pak Sheikh di pentas politik. Oleh yang demikian, kita patut biarkan bila Pak Sheikh kata dia nak main ‘attack’.
Dalam PKR, bukti tidak penting. Yang penting, ‘nilai cerita’ dan isu. Itu sahaja. Menyaksikan peningkatan baik penerimaan rakyat kepada kerajaan; Anwar tahu dan maklum bahawa peluangnya semakin menipis. Sebagai ‘coach’ kepada PKR, Anwar hanya menjerit daripada tepi padang – dan tak perlu pun nak masuk gelanggang. Juak-juak dan pencacai politik PKR lah yang terpaksa berhempas pulas untuk melakukan serangan. Samada penat atau tidak, Anwar tidak peduli. Dia tahu, strategi serangannya berjalan. Kalau tak jalan. Anwar marah dan mengamuk.
Kita cabar Anwar mengemukakan ‘bukti baru’ kepada kes yang disebutkan. Jangan serkap jarang. Kemukakan bukti. Rakyat boleh menilai samada ianya mempunyai wibawa atau tidak. Anwar kalau sudah menyerang – juga membuka ruangan ‘pertahanan’ dengan lebih terbuka.
Kita tunggu kaedah serangan Anwar. Baru seronok.
Maklum Balas Pembaca