Archive for November 17, 2009
Penasihat Ekonomi Selangor berelaun RM1?
Kadang-kadang wayang dan gimik politik Anwar ini terlalu murah dan tidak mendatangkan kesan yang baik. Apakah masyarakat umum mahu percaya bahawa Anwar hanya mahu hidup sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM1. Tidak ada manusia waras yang tahu dan kenal Anwar bahawa dia sudah menjadi ‘semurah’ itu. Ceramah Anwar di luar Negara pun dibayar oleh Yayasan kepunyaan Yahudi berpuluhan ribu. Namun, kita terimalah ini sebagai gimik politik ala Sivaji the Boss.
Lakonan politik Anwar sudah sebenarnya lapuk dan tidak diterima lagi. Elaun RM1 ini hanyalah mengaburi mata rakyat, kononnya Anwar sanggup bekerja untuk mereka dengan harga yang murah. Kononnya Anwar lebih memikirkan tentang rakyat Selangor. Daripada satu segi, Khalid Ibrahim mengakui bahawa dirinya TIDAK MAMPU dan GAGAL mengurus ekonomi Selangor dengan baik. Ataupun Anwar memerlukan point baru di dalam CVnya yang semakin kotor dengan cerita sodomi dan liwat.
Kita boleh mengagak bahawa tindakan ini adalah usaha ‘memberi muka’ kepada Anwar kerana kalangan orang PKR sendiri sudah tidak menerima arahan dan saranan Pak Sheikh. Zaid Ibrahim dalam blog terbarunya membayangkan bahawa Nik Aziz adalah calon paling layak untuk mengetuai Pakatan Rakyat Malaysia, sebuah platform ala Barisan Nasional yang akan ditubuhkan. Zaid Ibrahim sendiri membayangkan bahawa Anwar ‘perlu menerima’ perubahan ini demi kebaikan PR. Kerana apa? Kerana Zaid sebagai seorang Peguam hebat faham bahawa Anwar akan tewas di dalam kesnya nanti. Zaid membayangkan bahawa Anwar tidak akan mampu lagi meneruskan perjuangannya.
Daripada awal lagi, blog ini sudah menyatakan bahawa Anwar perlu membuktikan bahawa Selangor adalah ‘platform pelaksanaan politik dan polisi’ unggul kepada PR. Selangor mesti mampu menjadi ‘referral point’ dalam konteks pelaksanaan dasar ekonomi yang tuntas dan kerajaan yang efisien. Apakah itu berlaku? Tidak di bawah Khalid Ibrahim.
Anwar akan memainkan peranan bukan sahaja sebagai Penasihat Ekonomi, tetapi kepada Khalid Ibrahim sekali. MB gagap yang tidak mempunyai keyakinan diri itu sudah GAGAL teruk di dalam cubaannya memimpin Selangor. Khalid perlu dipimpin Anwar untuk mengurus Selangor. Baik sahaja Khalid letak jawatan, dan berikan kepada Azmin. Lebih baik.
RM1 yang diperolehi Anwar adalah ‘pernyataan politik basi’ yang tidak membawa makna apa-apa. Samalah juga seperti mogok lapar Hindraf yang lebih kepada penipuan politik. Nampaknya, orang PR lebih bijak menipu daripada dahulu. RM1 itu elaun – belum termasuk usaha penyusunan ahli keluarga Anwar di dalam banyak State GLCs di Selangor. Kita nantikan bagaimana Anwar melakukan ‘placement’ dengan kos RM1; dan kemudiannya membawa keuntungan kepada keluarga sebanyak jutaan ringgit.
Continue Reading November 17, 2009 at 11:10 pm Tinggalkan komen
Maklum Balas Pembaca