Archive for November 22, 2009
Politik ‘Talam’ dan ‘Talam Dua Muka’
Antara tugas pertama Tuan Penasihat (25 %) Ekonomi Selangor Darul Ehsan adalah mengendalikan kekeliruan kalangan warga PKR sendiri mengenai kaedah penyelesaian hutang Talam Corporation kepada Kerajaan Negeri Selangor. Tugas ini mudah sahaja. Kalau setakat RM390 juta, ianya tidak mendatangkan banyak masalah kepada Anwar. Anwar dah biasa dengan angka bilion-bilion. Mudah dan senang. Inikan pula hutang sekadar RM390 juta. Tak besar mana masalahnya. Abrar dahulu menguruskan dana Anwar berbilion ringgit. Tak ada masalah pun.
Dalam kes ‘Talam’ ini sebenarnya ada masalah lain. Masalah politik dalaman PKR di Selangor. Soal siapa lebih ‘berkuasa’ daripada siapa. MB Selangor hanya tahu nak ‘restructure’ hutang; tetapi GAGAL terlebih dahulu restructure pemikiran kalangan ahli PKR. Ahli PKR yang tengah kelabu mata dengan pelbagai ‘ruang dan peluang baru’ tak boleh dengar tentang angka ratusan juta ini. Mereka jadi kaget. Teruja.
Azmin Ali sewaktu bertemu dengan MB meminta penjelasan mengenai kes TALAM, sudahpun mengingatkan Khalid bahwa kes ini boleh jadi ‘masalah’ baru kepada PKR. Antara yang Azmin ingatkan adalah hakikat salah seorang daripada Board of Director TALAM, adalah ‘YAM Tengku Sulaiman Shah al-Haj ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj’, adinda kepada Sultan Selangor Darul Ehsan. Azmin khuatir kalau tindakan yang tidak tentu dibuat, Sultan akan murka dan marah dengan Kerajaan Negeri. Argument Khalid, inilah cara kita nak bantu adik Sultan, supaya dia dapat membantu semula Kerajaan Negeri. Ayat pusing. Yang penting, Khalid kata – Sultan Selangor ‘bukan sokong kita pun’. Biarkan sahaja.
Khalid tak fikir implikasi kepada tindakannya itu. Sultan Salahuddin punya kuasa ‘intrinsik’ yang orang korporat macam Khalid tak pernah nak faham, dan tak pernah nak ambil tahu pun. Kepada Khalid, apa yang penting, hutang Kerajaan Negeri mesti diambil semula dengan apa cara sekalipun. Kalau nak ikut kaedah antarabangsa, usaha begini memang permainan biasa konglomerat Yahudi. Inilah agaknya ilmu ekonomi yang ada pada Khalid.
Itu tak penting, yang paling menyeronokkan – Azmin mengakui kehebatan Khalid. Ini berlaku di hadapan Khalid sendiri. ‘You’re the best leader Selangor ever had’, kata Azmin sewaktu nak keluar pintu. Yang cerita ini pun, budak Pembantu Am pejabat MB. Khalid tersenyum lebar.
Lepas keluar pintu pejabat Khalid, Azmin terus menghala ke Segambut. Khabar yang asalnya baik, sudah ditukar cerita menjadi tidak elok. Anwar memang kenal sangat dengan ‘corporate maneouvre’ Khalid. Anwar memang dah lama tak berkenan – kerana ianya tidak memikirkan soal ‘politik’. Kepada Anwar, ‘political repercussions’ mesti difikirkan juga.
Lalu, terhamburlah segala kata nista Azmin terhadap Khalid. Tidak ada binatang haram yang tak disebut Azmin. Semuanya disebut. Termasuk yang menyerupai badan Khalid sendiri. TALAM sudah menjadi ‘politik TALAM dua muka’. Depan MB kata lain; depan Ketua Umum cakap lain. Azmin pun macam Azwan Ali juga – mulut macam tong sampah. Tak boleh pakai. Busuk hati.
Lalu, terjadilah keperluan Penasihat (25 %) Ekonomi Selangor bagi memperbaiki keadaan. Hutang TALAM masih bertimbun. Tidak ada penyelesaian pun. Sudahlah hutang bertimbun; masalah POLITIK TALAM DUA MUKA juga berterusan di Selangor. Dengan harapan, Tuan Penasihat (yang biasa dengan politik TALAM DUA MUKA) akan memainkan peranannya. Dengan RM1, Selangor akan kembali kepada kedudukan yang lebih baik. Kita sama-sama doakan.
TALAM memang dapat banyak keistimewaan sewaktu di bawah kepimpinan Toyol. Ini kita tidak boleh nafi. Antara ‘flagship projects’ TALAM adalah Puncak Jalil, Ukay Perdana dan sebagainya. Entah mengapa, syarikat yang dapat banyak ‘wildcard’ pun masih boleh berhutang dengan Kerajaan Negeri. Musykil. Kali ini, tengok bagaimana Penasihat (25%) dapat menyelesaikan masalah. Kalau Anwar dah masuk – Sultan pun boleh diam dan tunduk.
Ilmu apa Pak Sheikh pakai…..
Continue Reading November 22, 2009 at 1:28 am Tinggalkan komen
Maklum Balas Pembaca