Archive for November 26, 2009
Ku Li Sanggup Di’sodomi’ (Politik) Anwar?
Keputusan Ku Li untuk menganggotai ‘caucus’ khusus untuk memperjuangkan royalti minyak adalah sesuatu yang tidak terlalu memeranjatkan. Ku Li dengan Anwar, pada perangai dan fiil politiknya tidaklah banyak beza. Sama sahaja. Ada cara dan keperluan untuk mensabotaj kerajaan, mereka akan lakukan. Walaupun Ku Li pada dasarnya masih mewakili BN di dalam Parlimen, persetujuannya untuk bersama dengan Anwar dalam ‘caucus’ royalti minyak ini mengundang banyak tandatanya. Apakah ini agaknya rupa bentuk ‘parlimen kelas pertama’ yang kononnya selalu diomongkan oleh ramai orang. Apakah parlimen kelas pertama benar-benar mahu membuka perjuangan ‘rentas ideologi’ di dalam Parlimen. Jika benar, ini adalah ‘precedent’ yang sangat hebat.
Kesediaan Ku Li bersama dalam ‘caucus’ ini adalah khusus untuk menempelak pentadbiran Najib yang dirasakan GAGAL dan TIDAK SAMA SEKALI berusaha untuk ‘merapatinya’, mahupun menawarkannya sebarang jawatan di dalam kerajaan, mahupun kedudukan penting yang lain. Ku Li memang mempunyai karisma dan kehebatan tersendiri, dihormati oleh rakan taulan, musuh dan jua komuniti antarabangsa. Sememangnya, kalau mahu digunapakai pun, tidaklah sebenarnya merugikan. Daripada mempunyai Syed Hamid Albar sebagai Presiden PETRONAS, Ku Li lebih layak 400 kali ganda lagi. Tengok sahaja apa jadi dengan Kementerian Dalam Negeri di bawah kepimpinan Syed Hamid. Hancur lebur. Habis semua pegawai kerajaan korup belaka.
Namun, pada hakikatnya, untuk seorang yang luas pengalaman – amat dihormati, kesediaan Ku Li untuk disodomi Anwar (secara politik) adalah sesuatu yang luar jangka. Ku Li sepatutnya tidak meletakkan dirinya terlalu jauh di bawah Anwar. Ku Li sepatutnya mempunyai ‘stature’ yang lebih mulia daripada Anwar. Sayangnya, disebabkan dendam kesumat, dan kononnya membawa idealisme baru di Parlimen – Ku Li setuju untuk disodomi oleh Anwar (secara politik) di dalam isu royalti minyak.
Ku Li sudah menurunkan stature nya kepada seorang pariah politik, daripada seorang ‘Prince’ yang mempunyai karisma dan harga diri. Percayalah, Anwar tidak memikirkan barang sebesar zarah pun tentang hakikat Ku Li adalah antara insan awal yang menyumbang kepada kejayaan Petronas. Anwar, pada kiraannya, Ku Li adalah seorang kuda tunggangan yang termasuk di dalam perhitungan politik. Ku Li yang tidak mempunyai sebarang jawatan, mesti ditarik masuk ke dalam idealisme ‘parlimen baru’ yang Anwar cuba usahakan.
Ini semua adalah percaturan politik dan bukannya suatu usaha murni untuk sebenar-benarnya berjuang untuk kepentingan rakyat. Caucus tajaan Anwar ini adalah usaha terancang untuk menyerang Najib secara berdepan di dalam Parlimen. Tindakan ini, sementara menampakkan kejantanan dan kehebatan politik Anwar – sebenarnya sudah menampakkan Ku Li sebagai seorang ahli politik yang mandul dan tidak mempunyai pendirian.
Ku Li akan lebih dihormati sekiranya menjadi seorang ‘statesman’ yang unggul. Dirinya yang secara jelas tidak diterima oleh UMNO, wajar mengutamakan usaha untuk melakukan peralihan kuasa di Gua Musang. Ramai juga yang menganggap Ku Li adalah Raja/Sultan di Gua Musang. Seorang Czar yang sudah menjadikan Gua Musang sebagai ‘bastion’ politik yang tidak boleh diganggu gugat.
Anwar kali ini berjaya nampaknya melakukan ‘sodomi politik’ terhadap Ku Li. Seorang ahli politik berpengalaman seperti Ku Li akhirnya tewas juga dengan pujuk rayu seorang pemain politik par excellence seperti Anwar. Hakikatnya, ini bukan lagi perjuangan royalti dan kepentingan rakyat Kelantan – tetapi lebih kepada ego politik dua orang calon Perdana Menteri yang kecewa. Biarkanlah mereka menghamburkan kekecewaan setakat yang termampu.
Continue Reading November 26, 2009 at 12:34 am Tinggalkan komen
Maklum Balas Pembaca