Archive for November 30, 2009
BTN Jadi Isu: Carilah Modal Lain
BTN ini bukan benda baru. Bukan polisi dan dasar yang berumur sehari dua. Anwar Berahim pun pernah mendapat nikmat ‘sokongan dan kesetiaan’ daripada program BTN. Normallah untuk kerajaan mengadakan kursus-kursus yang berbentuk motivasi dan jatidiri. Ini perkara biasa. Kalau tukar BTN dengan SPIES pun, modul dan kaedah pengajarannya masih sama. Yang SPIES bawa itupun adalah perkara-perkara asas yang ada dalam BTN. Makna kata, SPIES dengan BTN – adik beradik juga. Cuma mungkin ayah/ibu sahaja yang berlainan.
Yang lebih penting dan perlu diberikan perhatian oleh rakyat adalah SIAPA yang mendapat nikmat daripada agenda SPIES kerajaan negeri Selangor ini? Ini lebih seronok untuk kita perhatikan. Kalau diikutkan senarai yang dikeluarkan oleh Exco Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal SPIES ini, ternampak benar – kalangan syarikat yang menerima KONTRAK dan KONSESI latihan di dalam SPIES ini tidak mempunyai pengalaman dalam bidang motivasi dan latihan. Main tangkap muat. Ambil sahaja syarikat mana yang ada di Selangor ini, khususnya yang menyokong pembangkang. Tengok nama syarikat pun dah tahu – luntur pengalaman, dan tidak ada asas kemahiran motivasi langsung.
Hakikatnya, SPIES adalah program cari makan. Program bagi makan kawan-kawan dan bukannya suatu modul yang ‘luhur, integrated dan tulus’ dalam memperkembangkan kefahaman masyarakat. SPIES ini adalah ‘jalan ekonomi’ kerajaan PR dalam memberikan kontrak kepada kawan-kawan. Tidak apa kalau tidak mempunyai pengalaman pun, yang penting – ada perkara yang boleh dikongsi oleh kalangan penyokong pembangkang di Selangor. Makanya, SPIES diwujudkan untuk memberi makan kepada kawan-kawan.
Pada asalnya, serangan kepada BTN ini dimulakan oleh beberapa orang YB ‘muda’ PKR yang kononnya TIDAK MAHU LAGI agenda rasisme di dalam BTN mendatangkan masalah kepada mereka. Akhirnya, pengumuman dan arahan agar kursus BTN diharamkan kepada kalangan rakyat Selangor dikeluarkan oleh EXCO Pas. Inilah hebatnya hubungan di dalam PR. PKR suruh, PAS mesti buat. PAS suruh, belum tentu PKR buat – ada ketikanya, siap bersama dengan DAP untuk hentam PAS. Politik PKR memang macam ‘chameleon’. Tengoklah siapa sifunya. Seorang yang sangat hebat dalam memperaga ‘split personality’.
Apa kaitan serangan kepada BTN ini dengan Anwar. Anwar pastinya maklum, melalui kalangan networkingnya di dalam UMNO bahawa BTN sedang membantu penganjuran KEM BELA NUSA di kalangan warga UMNO secara keseluruhannya. Anwar dimaklumkan bahawa KEM BELA NUSA ini akan mendedahkan kepincangannya di dalam kerajaan selama ini. Anwar dimaklumkan bahawa akan ada ‘pendedahan berani mati’ yang akan dilakukan di dalam siri baru BTN nanti. Walaupun pada hakikatnya, mengajak rakyat untuk bersikap setia dan bersungguh mempertahankan Negara itu tidak salah – serangan yang teruk bakal dilakukan BTN terhadap Anwar akan mendatangkan kesan yang negatif kepadanya.
Anwar tidak mahu program ini diteruskan kerana ianya akan membuktikan banyak perkara bahawa Anwar adalah seorang petualang yang wajar ditentang oleh orang Melayu. Banyak pendedahan benar yang bakal dilakukan oleh BTN. Ini yang Anwar tidak boleh terima.
Rasis atau tidaknya BTN? Itu adalah soalan yang wajar Anwar sendiri jawab secara jujur. Sewaktu di dalam kerajaan, BTN adalah antara agensi yang paling wala’ dan setia mendokong perjuangan Anwar. Anwar dianggap sebagai seorang ‘hero’ kepada masyarakat Melayu. Itu yang Anwar mahu BTN bentangkan kepada umum. Di mana rasisnya? Kalau Anwar pernah diangkat sebagai pejuang Melayu? Apakah hari ini ianya menjadi satu dosa untuk mendokong usaha yang sama.
BTN ini adalah isu sampingan kepada kegentaran Anwar yang lebih nyata terhadap isu dan perkara lain. Jangan kita lupa, antara orang paling berdegar mengarahkan agar BTN ditutup adalah Izzah sendiri. Anak Anwar. Arahan siapa? Izzah bukannya tahu berfikir sendiri. Semuanya di atas arahan Pak Sheikh.
Continue Reading November 30, 2009 at 4:04 pm Tinggalkan komen
Maklum Balas Pembaca