Archive for Disember, 2009

RPK Sudah Buka Niat Sebenar Anwar – REPUBLIK MALAYSIA!

Now, you might argue that maybe we should just abolish the Monarchy altogether and that would solve the problem of how they get to eat. If we retain unsalaried Monarchs then we would have to allow them to do business (as certainly they can’t work as employees in factories or offices or as salesmen, waiters, etc.). So, to solve the problem, we just do away with the Monarchy altogether.

The Republicans, to a large extent, would be the non-Malays with of course quite a fair percentage of Malay support. The Royalists would be mainly Malays with some non-Malay support. The military would most likely be with the Royalists since the nine state Monarchs are Chiefs of the various branches of the Armed Forces while the Agong is Commander-in-Chief of the entire Armed Forces.

Malaysian politics would revert to what it used to be back in the 1960s with one race on one side of the political divide and the other races on the opposite side. No doubt, even back in the 1960s there were a number of Malays with the opposition and non-Malays with the Alliance Party of Umno, MCA and MIC. However, by and large, you could say that pro-government meant Malay (including the military) while anti-government meant non-Malay. (Ever wonder why the army was with Umno in the race riots that ensued soon after?)

I have been accused of ‘defending’ the Monarchy because I am from the ‘royal family’. Me, who is persona non grata in the Selangor Palace? Do you know that the Sultan of Selangor whacked me in public in the presence of the Selangor State Government officers plus also the IGP, Musa Hassan, who was beaming from ear to ear, very delighted to see his enemy getting blasted by no less than the Sultan himself? (Malaysia Today)

Perkaitan Anwar dan RPK ini menjadi semakin nyata kebelakangan ini. Artikel RPK agar rakyat Malaysia berusaha untuk merobohkan tembok ‘institusi Raja’ adalah suatu usaha ‘under-current’ yang Anwar usahakan buat sekian lama. PR sebenarnya mampu untuk merealisasikan hasrat PERUBAHAN BESAR, hanya dengan meruntuhkan institusi Raja yang sekian lama menjadi ‘masalah’ kepada suasana demokrasi yang sebenar. Anwar dalam pada itu, cukup berhati-hati kerana tidak mahu dirinya dikaitkan dengan ‘pressure’ yang sedemikian bahaya. Anwar boleh dipenjarakan jika bersetuju dengan niat tersebut.

Dalam kes politik Perak misalnya, hampir beberapa kali Anwar tak terpacul dengan cadangan agar rakyat menolak sikap memihak Sultan Perak. Nak dicakap, tetapi Anwar khuatir dengan tindakan politik yang boleh dikenakan kepadanya. Hukuman kepada mereka yang berani mempersoalkan kuasa Sultan/Agong adalah MATI. Anwar tidak mahu MATI saat nyawa politiknya masih ada yang perlu dilunaskan. Anwar belum jadi Perdana Menteri – ataupun Presiden Republic Malaysia yang pertama.

Sejauh mana Anwar serius dengan idea Republik ini adalah suatu perkara yang lain. Anwar ada NIAT dan HARAPAN ke arah itu. Anwar menginginkan agar kuasa dipusatkan kepadanya seorang sebagai Presiden sebuah Republik. Sejujurnya, memang ada di kalangan rakyat yang ‘membeli’ idea ini. Kepada mereka, golongan Istana sudah terlalu dimewahkan dengan harta benda. Hakikatnya, RPK sendiri dilayan laksana seorang ‘kerabat’ di London. Shopping di Harrods. Makanya, mengatakan RPK sebagai seorang pejuang rakyat yang sebenar adalah sesuatu yang TIDAK BENAR.

RPK sebenarnya seorang ‘royalist’ yang kecewa. Yang tidak dimasukkan ke dalam ‘circle’ royalists yang dihormati. RPK ini hanyalah menjadi alat Anwar untuk mencapai niat politiknya. Tak lebih dan tak kurang. RPK hanya akan dijadikan alat Anwar untuk mencapai maksud memiliki kuasa.

Gandingan Anwar-RPK-Kalimullah adalah suatu gandingan yang mantap dan mampu mencetuskan huru hara. Ironinya, Kalimullah pernah menjadi seorang individu yang sangat berkuasa sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Buat masa ini, Kali akan berusaha membalas dendam ‘dalaman’ Pak Lah terhadap Najib yang menjatuhkannya. Masing-masing punya ‘common enemy’ yang boleh digunakan sebagai gam penyatu niat dan kehendak.

Republik Malaysia adalah destini politik akhir Anwar. Inilah sebenarnya yang Anwar hajatkan. Untuk itu, tidak apalah jika Negara huru hara sedikit – kerana yang penting; institusi Raja mesti dirobohkan dengan apa juga cara.

Continue Reading Disember 30, 2009 at 3:37 pm 3 comments

Anwar Sponsor RPK di London?

‘Some people say Anwaristas, probably Anwar “Mat King Leather” Ibrahim himself is paying for Raja Petra and his family to live in Westend. This is believable as partyless-Opposition-Leader Anwar “Drama King” Ibrahim very much in need of Malaysia Today’s (dis)service to continue the propaganda to rubbish the Government under PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak and authorities such as the Judiciary, Police and MACC. Since 2005, Malaysia Today has had unprecedentedly great success to create distrust and even some degree of hatred against the Leadership, BN and her component parties and establishment, which include enforcement agencies and authorities.

Former-abuse-of-power-convict Anwar also needed another ‘diversion’ against his second sodomy case, which has been postponed several times due to his usual legal-delay-tactics’

(Malaysia Instinct)

Ini adalah laporan yang diberikan oleh sebuah web-portal baru yang sangat non-partisan; yang kadangkala memaparkan cerita tidak baik yang dilakukan oleh kerajaan sedia ada. Makanya, kalau laporan sama dilakukan oleh web-portal ini dilakukan terhadap Anwar; tidak juga boleh kita nak tolak secara keseluruhannya. Hakikatnya, RPK dikatakan hidup mewah di sebuah apartment yang HANYA boleh disewa dengan harga GBP1,500 seminggu. Sebulan dah jadi GBP6,000. Kali dengan 6 – hampir RM36,000 sebulan. Sewa sahaja. Belum masuk makan minum. Bukannya boleh minum merata – sebab RPK juga sedang diperhati oleh pihak Polis di London.

Hakikatnya, dalam berhadapan dengan kes sodomi yang kedua, Anwar memerlukan seorang ‘pelacur politik’ seperti RPK untuk menguatkan sanggahannya terhadap Najib. Anwar menggunakan pelbagai cara dalam menentukan kes Altantuya timbul semula. Digunakan segala cara, dalam memastikan cerita tersebut timbul semula, setimbul cerita sodomi Anwar.

Kita harap penyokong kuat Anwar tidak terperanjat dengan kemampuan kewangan Anwar. Ini semua cerita lama. Kalau jadi Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan tetapi masih miskin dan kedana – bukan Anwar-lah namanya. Anwar lebih bijaksana, kerana pada ketika itu – dia sudah menggunakan khidmat nasihat terbaik dalam memastikan track record kewangannya tidak akan diketahui oleh mana pihak sekalipun.

Anwar memang memerlukan RPK dengan apa cara sekalipun. RPK sahajalah yang mampu membantu Anwar dalam memastikan kerajaan yang ada mesti disanggah. Sayangnya, Anwar juga sudah semakin kurang percaya dengan RPK. Malaysia Today tidak ada ‘hits’ dan kredibiliti seperti dahulu. Orang dah jemu dan bosan dengan cerita ‘fiction’ RPK. Kebanyakan cerita semua tidak logik. Semuanya tidak ada kena mengena. Asal boleh serang, RPK serang. Polis, MACC semuanya dihentam bagai tidak ada hari esok.

Anwar sememangnya masih senang lenang dan kaya raya dalam menaja RPK di London. Demikianlah kekukuhan ekonomi Anwar yang semakin membukit. Semakin meningkat pada setiap masa. Apatah lagi dengan tajaan yang berterusan oleh individu/yayasan tertentu di luar Negara. Anwar seperti biasa, akan buka cerita sedih dan membayangkan dirinya sebagai seorang yang miskin dan kedana. Ironinya, ada juga mat saleh bodoh yang percaya.

Anwar dan RPK memanglah satu gandingan impian ‘dream team’ yang boleh menghancurkan Malaysia. Drama mereka mengalahkan siri fiksyen terbaik di Amerika. Semuanya mahu dikhabarkan sebagai fitnah kepada Negara.

Cuba kita fikirkan – agaknya RPK sedang buat apa di London pada ketika ini? Ya, di London. Dan semua penyokong Anwar yang miskin dan kedana di kampung, masih dimomokkan dengan cerita keadilan. Munafik sungguh perjuangan Anwar ini.

Continue Reading Disember 28, 2009 at 11:10 pm 5 comments

Anwar Dapat Award Lagi…Juara Demokrasi Pulak!

Nampaknya, semakin dekat dengan tarikh pembicaraan kes sodomi, semakin banyak ‘award’ yang Anwar kumpulkan, untuk diletakkan di kabinet di Segambut. Diperhatikan secara halus, tindakan ini memang strategik dan perlu. Manakan tidaknya, bila sampai tempoh dan waktunya – segala anugerah yang Anwar kumpulkan inilah yang akan menjadi ‘shield’ kepadanya daripada kutukan masyarakat antarabangsa. Anwar MESTI tunjukkan bahawa segala perbicaraan ini adalah ‘politically motivated’. Ini bukan soal prestij. Ini soal ‘sebat’ ajer mana award yang ada.

Kepada yang rajin nak menyelidik dan menelusuri ‘entiti’ terkini yang memberi anugerah kepada Anwar; namanya IAPC. International Association of Political Consultants. Khabarnya ditubuhkan seawal tahun 1968. Dianggotai hampir 120 orang ‘political consultants’ daripada berpuluh Negara. Ironinya, kalau kita tengok sebuah pertubuhan yang hebat, pastilah website dan maklumatnya pun turut hebat. Sayangnya, website IAPC cukup simple. Tak cukup maklumat. Tidak hebat. Tidak menggambarkan sebuah organisasi ‘antarabangsa’ yang wujud hampir 40 tahun lebih. Apa halnya? Betulkah IAPC ini sebuah organisasi ‘antarabangsa’.

Kita pun tak dimaklumkan tentang siapa ‘120’ orang di sebalik IAPC. Apa track record mereka? Apa kelayakan mereka? Kalau setakat nak letak ‘international’, siapa pun boleh. Soalnya, kenapa Brother Anwar sanggup menggadai diri untuk menerima anugerah yang ‘semberono’ ini. Untuk apa? Untuk pembuktian apa? Untuk tujuan apa?

Majlis IAPC diadakan secara cukup ‘grand’ di Selangor. Almaklum, mahu berkongsi kegembiraan Penasihat Ekonomi yang diangkat sebagai Juara Demokrasi. Hari tu, Pemikir Sejagat. Bermacam gelaran nampaknya yang diterima Anwar kebelakangan ini.

Bagi mencari maklum balas dalaman daripada orang PKR sendiri, blog ini pun menelefon rakan-rakan pimpinan di dalam PKR. Mereka sendiri pun tak tahu dan tak faham dengan KEGILAAN terbaru Anwar untuk mengumpul anugerah. Pada mereka, fokus Anwar wajar lebih tertumpu kepada pembaikan Muafakat Politik yang masih di peringkat ‘setengah masak’. Ini pandangan orang PKR sendiri. Jadi, kita wajar menganggap kegilaan Anwar terhadap anugerah ini adalah ‘penyakit berkala dan bermusim’. Adakala HINI. Adakala benda lain. Kali ini Anwar heboh nak mengumpul anugerah dan award. Nak buat Guiness Book of Record?

Satu lagi perkara yang menjadi kerunsingan orang PKR adalah kegagalan Anwar mengawal sikap PAS. Anwar nampaknya masih ada masalah dengan leadership PAS. Masih ada ‘tidak enak’nya dengan Hadi dan Ustaz Nasa. Nampak sangat, kata orang PKR, bahawa Anwar lebih menyantuni TG Nik Aziz daripada Presiden PAS. Dalam ucapan pun begitu juga bunyinya. Anwar nak buktikan apa? Apakah Anwar mahu memberi mesej bahawa dia lebih ‘terikat’ dengan Nik Aziz berbanding Hadi? Semua ini berlegar di dalam pemikiran warga PKR kerana konvensyen yang diadakan baru-baru ini BENAR-BENAR membuktikan bahawa Anwar tidak begitu rapat dengan Hadi.

Justeru, tidak ada yang TERLALU perlu Anwar banggakan dengan Anugerah Juara Demokrasi ini. Kepada warga PKR sendiri, parti itu juga tidak demokratik. Semuanya disusun oleh Anwar dan Azmin. Yang terbaru, Zaid Ibrahim pula dirujuk sebagai seorang penyelamat kepada PKR. Mereka khuatir, sebuah parti yang dipimpin oleh Juara Demokrasi – tidak demokratik sifatnya. Bukankah itu sesuatu yang amat memalukan.

Blog ini sekadar melaporkan pandangan kawan-kawan di dalam PKR sendiri yang semakin kabur dengan perjuangan mereka.

Continue Reading Disember 24, 2009 at 6:47 pm 1 komen

Konvensyen Yang Gagal!

Ramai juga di kalangan yang hadir ke Konvensyen PR kelmarin rasa ‘meluat’ dengan banyak pernyataan janji-janji manis yang masih di peringkat khayalan. Ramai juga yang keluar untuk mencederakan diri (merokok) merungut tentang PR yang masih belum jumpa ‘jalan tengah’ dalam mencapai kemajuan politik yang benar-benar diharapkan. Kepimpinan PR, khususnya Anwar masih lagi menjadikan MIMPI sebagai cerita rekaan. Ada seorang perwakilan PKR sendiri daripada Port Dickson membayangkan; ‘PKR sendiri pun kena betulkan banyak perkara. Kalau pilihanraya diadakan dalam masa terdekat. Jangan harap nak menang lagi. (merujuk kepada Ahli Parlimen kawasannya sendiri).

Wakil rakyat kita lemah. Tambahnya lagi. Lemah semangat dan kurang peruntukan. Rakyat jadi marah kepada penggerak dan aktivis PR di bawah. ‘Orang macam kita ni…sudah ada orang yang mahu ludahkan atas kepala!’, tegasnya lagi. Anwar boleh sembang banyak perkara – tetapi yang menerima siksaan kita di bawah. Ini adalah kenyataan orang PR di bawah. Seoang ‘die hard’ yang sudah mula menunjukkan rasa letih secara terang-terangan.

Anwar kena faham, bahawa ‘pidato berapi’ semata tidak akan membawanya ke Putrajaya. Dalam keadaan Anwar masih di persimpangan, samada ke Putrajaya atau Sungai Buloh – konvensyen ini menjadi sangat utama dan penting dalam memastikan PR masih mampu ada nyawa ketika keadaannya nanti. Ramai juga di kalangan yang hadir menganggap bahawa Anwar seakan mahu meninggalkan ‘wasiat politik’ sepanjang ketiadaannya nanti. Jangan berpecah. Mesti satu hati. Adakah demonstrasi. Momokkan rakyat dengan kelemahan UMNO/BN. Itu sahaja yang tinggal untuk Anwar.

Samada konvensyen ini GAGAL atau tidak, ianya bukan pada jumlah perwakilan yang hadir. Yang penting adalah ‘outcome’ kepada konvensyen tersebut. Apakah akan wujud ‘satu suara’ PR di dalam suasana politik. Jawapannya TIDAK. PR masih jadi tak karuan. Masih huru hara. Masih tak bersatu hati.

Tulisan Leslie Lau di dalam Malaysian Insider seharusnya menjadi rujukan kepada Anwar. Anwar pada hakikatnya sudah TEWAS pada round yang pertama di dalam pertembungan politiknya dengan Najib. Leslie membayangkan bahawa PR tidak boleh kekal HIDUP dengan slogan ANTI-BN sahaja. Mesti ada pengupayaan baru. Mesti ada bukti baru bahawa mereka boleh memimpin dan mendapat kepercayaan rakyat. Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan mesti menjadi ‘model states’ kepada rakyat Malaysia. Tetapi kalau dilihatkan kepada keadaan sekarang – Najib sudah menang mudah.

Apa yang perlu Najib usahakan adalah menentukan ‘ekonomi berada di landasan yang baik’. Jangan membiarkan ekonomi menjadi buruk dan teruk. Rakyat mesti dipastikan untuk mendapat pembelaan ekonomi yang sewajarnya. Apa pula pandangan balas PR? Setakat ini, negeri-negeri pimpinan PR masih menjadi kalangan Negeri yang tidak tersusun. Setakat menjalankan amanah sebagai office bearer tanpa sebarang vision untuk apa? Tidak mendatangkan kesan.

Apa yang penting, kenyataan Hadi bahawa PR TIDAK PERLU BERSEGERA UNTUK DIDAFTARKAN adalah suatu tamparan politik buat Anwar. PAS yang hadir ke konvensyen sebagai ‘rakan kongsi’ hanya mampu tersengih dan tersenyum apabila dilambung-lambung dengan retorik politik. Akhirannya, kalangan ustaz yang sudah celik politik dan ENGGAN lagi diperkudakan oleh Anwar sudah bercakap tentang perkara lain. Kalau ada seorang pemimpin PAS yang yakin dengan Anwar adalah Husam Musa. Selepas konvensyen, Husam telah menganggap konvensyen tersebut berjaya dan mencapai matlamatnya.

Kesian dengan Husam, masih dalam dunianya sendiri. Masih berkhayal untuk menjadi macai Anwar sampai kiamat. Sedang orang PAS lain hanya mempercayai Anwar secukup rasa.

Sedih dengan KEGAGALAN Anwar. Tetapi inilah politik. Mungkin SIAL POLITIK Anwar sudah sampai.

Continue Reading Disember 22, 2009 at 12:45 am 1 komen

Menantikan Kemahiran Politik Anwar

Konvensyen Politik Pakatan Rakyat yang bakal diadakan hujung minggu ini akan benar-benar menguji kemahiran politik Anwar Ibrahim. Banyak juga isu-isu ‘dasar’ yang memerlukan perhatian dan kemahiran politik Anwar. Di mana nak letakkan janji ‘pilihanraya peringkat bandar’ (local and municipal elections), mana letaknya Negara Islam, mana letaknya Malaysian Malaysia, mana letaknya kedudukan Melayu, mana letaknya asas transparensi dan integriti?

Semua pihak, seluruh rakyat – bukan sahaja perwakilan ke konvensyen tersebut mahu melihat sesuatu yang lebih konkrit dan nyata daripada Pakatan Rakyat. Setelah beberapa siri kegagalan, termasuk mengambil alih kerajaan – masyarakat mahu lihat strategi baru Pakatan Rakyat. Strategi baru ini mestilah sesuatu yang ‘once and for all’, tidak mempunyai siri pembetulan dan penambahbaikan. Anwar mesti selesaikan segala isu berbangkit secara menyeluruh. Pasti berpeluh juga nak cari ‘satu pakatan’ yang boleh memasukkan semua perkara. Bagaimana nak cari ‘jalan tengah’ antara Negara Islam dan niat negara sosialis DAP?

Semua ini Anwar kena selesaikan sebelum Sabtu ini. Nak cari ayat yang sesuai. Yang boleh diterima oleh para ustaz yang tradisional dan liberalis. Nak cari ayat yang boleh diterima oleh pemikir Cina yang rasis. Nak cari ayat yang boleh diterima beberapa kerat ‘Melayu tulin’ yang ada dalam PKR. Nak cari ayat yang boleh disesuaikan dengan ahli politik sosialis yang ada dalam PR. Semua ini kena disesuaikan dengan menyeluruh. Tak boleh nak ambil ini dan buang itu. Ambil itu dan buang ini. Sampai semalam, beberapa siri mesyuarat dilaksanakan dalam menentukan semua ayat yang dipanggil ‘common policy’ itu dapat direalisasikan. Masih belum selesai nampaknya.

Dalam satu rencana laman Nutrgraph, isu Negara Islam dikatakan bukan lagi isu besar dalam PR. Maknanya apa? Apakah PAS sudah puas hati dengan kedudukan Islam di dalam PR sekarang? Apakah PAS sedar bahawa – dalam isu Selangor misalnya, PAS masih dilihat sebagai satu pasukan yang ‘terpinggir’. Antara wujud dan tidak. Antara berkesan ataupun tidak.

Kalau betul Negara Islam bukan lagi isu, jadi apakah yang menjadi masalah dan isu? Apakah soal local elections. Yang kejap mahu diterima. Kejap tidak. Suka kita ingatkan, dalam beberapa laman juga orang mengharapkan PR mampu merealisasikan MANIFESTO UTAMA parti itu.

Antara yang menulis, adalah Coalition of Good Governance. Sebuah badan yang kuat menyokong PR sejak dari awal. Antara yang dibangkitkan badan ini:-

THE Coalition for Good Governance (CGG) is concerned by the article Pakatan tones down electoral reforms, published on The Malaysian Insider on 15 Dec 2009. According to the report, the Pakatan Rakyat (PR), in its coming national convention, may not include local council elections in its Common Policy Framework.

The CGG would like to remind member parties of the Pakatan Rakyat of the commitments made to the rakyat at various platforms prior to and during 2008 general election. They include:

PKR’s Manifesto 2008 promised in item nine of its vision for a constitutional state to “reinstate with immediate effect local elections for municipal and local councils to create greater accountability at every level of government.”

The DAP, both through its campaign on The Third Vote: Restore Local Government Elections and its 2008 Election Manifesto, reiterated its call to “implement local government elections to ensure accountability and efficiency.”

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih), whose membership include all three Pakatan Rakyat component parties, also promised “the need to re-introduce elections for local authorities at city, municipal, district and village levels, with an electoral system which is free and fair, and enables Malaysians to participate actively.”

The People’s Declaration, which all three Pakatan Rakyat component parties endorsed during the 2008 elections, also upheld the principle of local elections.

Orang mula persoalkan soal ‘konsistensi’ PR dalam melaksanakan manifestonya sebelum ini. Kalau benda dan polisi yang seasas ini pun masih tidak bersetuju, apa harapan yang ada pada PR?

Anwar mesti menggunakan skill politiknya secara maksimum dalam memastikan semua ini dapat direalisasikan. Mengadakan ‘local elections’ memang menarik di atas kertas; namun mampukah PR mendapat ‘green light’ Parlimen mengenai perkara ini. Atau ianya menjadi janji PRU akan datang? Kita semua maklum, local elections di Malaysia dimansuhkan sekitar 1964. Sebelum itu, ianya wujud dan pernah dilaksanakan di Malaysia. Soalnya, jika ianya mahu dilakukan sekarang, tidak semua benda di bawah ‘kuasa dan kawalan’ PR.

Kita ucapkan selamat berkonvensyen kepada PR. Pandai-pandailah memberi janji.

Continue Reading Disember 18, 2009 at 12:17 am Tinggalkan komen

‘Sayap pemuda PKR mulakan siri 40 ceramah ‘bela’ Anwar ‘ – Mahu Buat Mahkamah Sendiri?

Terkejut pun ada dengan tajuk satu artikel di The Malaysian Insider yang membayangkan betapa wujudnya usaha untuk mengadakan satu lagi ‘Mahkamah Keadilan Anwar’ di luar sistem perundangan sedia ada untuk kes sodomi yang bakal berlangsung nanti. PKR nampak desperate. Takut dengan mahkamah. Takut dengan keadilan perundangan yang ada. Kenapa takut? Kenapa perlu ada mahkamah sendiri untuk ‘membela’ Anwar? Apakah juga agaknya bentuk ceramah yang ingin disampaikan. Menurut kata Tian Chua, ada ceramah yang dihadiri sendiri oleh Anwar; ada yang tidak. So, Anwar kata dia tak salah. Bersumpahlah agaknya sambil menjunjung Quran. Apakah ini tidak sub judice kepada kes yang sedia ada?

Sebagai rakyat biasa, ramai yang menginginkan Anwar diadili oleh sistem mahkamah yang telus dan adil. Walaupun mungkin kita tidak bersetuju dengan Anwar, tapi ini hak beliau untuk memperolehi ruang yang sebaiknya untuk mempertahankan diri. Tidak harus ada usaha untuk menganggu gugat keputusan dan proses mahkamah. Anwar mesti bebas untuk mempertahan diri dalam tuduhan yang dilakukan oleh mangsa. Ini standard biasa.

Justeru, apa perlunya siri ceramah bela Anwar ini? Apakah PDRM akan membenarkan ceramah ini berterusan? Apakah tidak ada elemen ‘contempt of court’ dilakukan, sebab kes ini bakal diadili di mahkamah? Yang Anwar jadi ‘seriau’ tak tentu hala ini kenapa? Kalau tak salah, mestilah berani untuk mengatakannya dalam ruang lingkup perundangan yang ada. Takkanlah, Anwar sebagai seorang ‘pemikir sejagat’ tidak mampu memberanikan diri untuk menghamburkan segala fakta di mahkamah. Tidak sejagatlah kalau macam itu.

Anwar tidak perlu risau, berdasarkan penerimaan rakyat sekarang – dengan dasar keterbukaan yang Anwar dah terapkan kepada rakyat; mereka bersedia menerima seorang Ketua Pembangkang yang ‘luar tabii’. Rasanya mereka boleh terima Anwar. Malahan, tidak memeranjatkan jika mereka masih mahu memberikan ruang masjid sebagai tempat Anwar berceramah. Malahan, mungkin juga sebagai Imam. Anwar tidak perlu gusar.

PAS, dalam kes sodomi Anwar ini nampaknya sangat ‘liberal’ dan ‘understanding’ sekali. Sodomi cerita dalam kain. Bukan cerita politik. Yang PAS minat adalah cerita politik. Cerita siapa, dapat apa dan bagaimana (who gets what, when and how). Ini politik baru dalam PAS. Soal liwat dan melakukan seks luar tabii sudah menjadi ‘acceptable’ kepada sebuah parti Islam. Ironi, tetapi itulah hakikatnya.

Kata Tian Chua lagi, berkenaan ‘Ceramah Bela Anwar’:-

“Siri ceramah ini sudah bermula kelmarin iaitu di Alor Setar, diadakan semalam (di Kuching), hari ini dan selama 40 hari,” kata Pengarah Strategi PKR Tian Chua ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Demikianlah hebatnya jentera ‘mahkamah keadilan Anwar’ yang bakal berlangsung di seluruh Negara. Tidak pasti samada ianya mendapat sokongan dan penerimaan baik oleh rakyat – tapi ramai juga yang ‘geli geleman’ bila cerita dalam kain ini dipaparkan. Mereka tak nak tahu tuduhan, mereka nak Anwar bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa tidak pernah ‘insiden’ liwat meliwati ini berlaku. Tapi kalau setakat Anwar yang cakap, takkanlah benda itu mempunyai ‘nilai kebolehpercayaan’. Anwar adalah yang tertuduh. Siapa pun yang dituduh, akan menggunakan segala macam ruang untuk mempertahan diri.

Teringin juga nak tahu siapa di antara Pemuda AMK yang terkehadapan dalam menjadi penceramah di dalam siri ‘Bela Anwar’ ini. Shamsul Iskandar Md Akin? Nak cakap? Saya sumpah – bahawa boss saya bukan gay! Betul! Itu ajer. Siapa nak percaya sumpah AMK ini?

Continue Reading Disember 16, 2009 at 9:58 am 1 komen

Nasihat Sultan Selangor buat Anwar Juga!

Nasihat Sultan Selangor kepada PR Selangor adalah satu nasihat yang amat baik dan berguna. Inilah contoh seorang Sultan yang benar-benar mahu melihat rakyat di Selangor terus terpelihara dan terbela daripada amalan kepimpinan yang merosakkan. Ini termasuklah amalan nak mempolitikkan semua perkara – namun jarang melihat nasib rakyat dalam erti kata yang sebenarnya. Semua benda nak tengok daripada tingkap politik. Semua benda mesti nak dipolitikkan. Ini yang buat Sultan naik angin.

Sepatutnya, nasihat Sultan turut ditujukan kepada Penasihat Kewangan Kerajaan Negeri Selangor yang sedang sibuk mencaturkan kedudukan diri dan keluarga di dalam pentadbiran Negeri Selangor. Agaknya, apabila Sultan melihat kepada manifesto Kerajaan Negeri Selangor sebelum pilihanraya yang lalu, pening kepala Tuanku. Banyak benda yang belum terlaksana. Ada elaun ibu tunggal. Ada elaun kepada ibubapa yang hantar anak ke nurseri. Ada elaun warga emas (dah dibuat tetapi melalui tapisan yang sangat ketat). Khairat warga emas pun tidak berlaku secara bersungguh. Ada tempat yang buat – buat; banyak yang tidak.

Masalah kepada pentadbiran di Selangor adalah campur tangan Anwar yang melampau. Kalau Anwar benarkan Khalid memimpin secara sendirian, masalah tidak nampak sangat. Ini tidak, semua benda Anwar nak campur. Yang Khalid pening, maklumat Anwar lengkap. Mengalahkan Exco Kerajaan Negeri. Takkanlah Khalid tak tahu siapa yang ‘furnish’ Anwar dengan segala macam info ini. Azminlah – siapa lagi?

Anwar mesti melakukan banyak perkara, dalam tempoh waktu yang singkat dalam memastikan Kerajaan Negeri Selangor kembali ke landasan perjuangan yang sebenar. Kena kaji semula manifesto Selangor yang mereka janjikan. Jangan tengok sekali imbas. Kena tengok secara terperinci. Baru perasan bahawa banyak benda yang ‘lompong’ dan kosong. Anwar mesti bantu untuk memperbaiki pencapaian ini.

Dalam masa yang sama, Anwar kena dengar nasihat Duli Tuanku bahawa jangan nak berpolitik setiap masa. Candukan rakyat dengan ceramah politik. Semalam pun baru berlangsung ceramah politik di Dewan AU5D, Keramat, Hulu Kelang. Tak ada kerja lain. Kutuk dan cerca orang. Husam Musa, hanya bercakap tentang kelemahan kerajaan termasuk isu royalti minyak – tetapi tak sekalipun cakap bahawa dia adalah dalang kepada kekacauan politik di Kelantan. Kenapa tidak mahu mengaku. Khalid Samad – yang tidak diiktiraf sebagai ‘ustaz’ di Selangor pun cakap pasal benda yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran di Selangor. Heboh dengan cerita lain.

Rakyat pada umumnya dah penat dengan ‘permainan politik’ orang PR di Selangor. Baik di peringkat EXCO. Baik di peringkat Wakil Rakyat. Baik di peringkat Jawatankuasa kampung. Semua benda nak politikkan. Rakyat dah bosan dan muak.

Ini bukan campurtangan Sultan dalam politik. Ini nasihat. Ini kerisauan seorang Raja dengan kedudukan Negeri dan rakyatnya. Anwar bukan fikir pasal rakyat. Fikir fasal diri sendiri.

Elok juga kalau Anwar mula dengar cakap Sultan – atau Anwar nak bina ‘Republic of Selangor’. Cuba terangkan sikit

Continue Reading Disember 14, 2009 at 9:01 am Tinggalkan komen

Anwar Marah Kevin Rudd?

Seperti yang dituliskan semalam, Anwar melawat Australia baru-baru ini. Niat ada dua. Satu, niat politik. Satu lagi, niat guaman. Niat politik – biasalah, Anwar mestilah mempunyai ‘back up’ daripada negara tetangga. Sebelum pergi Australia, Anwar buat kenyataan di Malaysia – bahawa Australia MESTI dilantik sebagai PEMERHATI PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE 13 nanti. Anwar percayakan Australia. Padanya, Australia ada contoh kepada pengamalan demokrasi yang baik. Dalam masa yang sama, usaha mesti dibuat untuk memastikan Anwar mendapat penerimaan baik pemimpin Australia. Itu niat nombor satu.

Niat nombor dua, Anwar sedang menyediakan PASUKAN DNA yang terbaik di dunia. Australia adalah permulaan. Sebelum Anwar meminta jasa baik para sahabatnya di Amerika untuk menamakan calon-calon pakar yang boleh membantunya. Dr Porn (Thailand – tak cukup layak). Muka pun macam Mona Fandey. Anwar tak suka. Anwar nak Mat Saleh. Orang putih. Yang mempunyai kredibiliti dan resume yang panjang. Kalau boleh yang mempunyai pengalaman menguruskan kes-kes ‘high profile’. Lebih baik.

Dalam pada Anwar ke Melbourne, dia dikatakan telah mengkritik Kevin Rudd, Perdana Menteri Australia kerana enggan bertemu dengannya. Anwar berang. Sebagai salah seorang ‘pemikir sejagat’, jagoan demokrasi – tidak ada orang yang boleh mengatakan tidak kepada usaha Anwar. Siapa yang tidak mahu berjumpa Anwar, adalah juga seorang yang khianat dengan niat demokrasi.

Di Melbourne, Anwar menuduh Rudd sebagai seorang pemimpin yang tidak punya akal dan gemar menurut sahaja kehendak pemerintah Malaysia. Kenyataan Rudd, bahawa suasana demokrasi di Malaysia sudah menunjukkan jalan kematangan dinafikan oleh Anwar. Alasan Anwar, kalau sudah matang, tidak akan dia terjerumus lagi dalam skandal seks. Apa kaitan seks luar tabii dengan demokrasi? Correlation apa yang Anwar nyatakan ini?

Kalau ada satu perkara yang boleh Anwar belajar daripada Rudd, belajarlah menerima kesalahan dan meminta maaf. Tidak perlu berdalih. Anwar banyak berdosa kepada rakyat Malaysia. Menipu rakyat dengan amalan ekonomi ala-Washington. Berbaik dengan ejen Yahudi. Khianat dengan amanah dan sanggup melakukan seks luar tabii, saat rakyat sudah menaruh percaya kepadanya untuk melakukan perubahan. Anwar nak tolak ‘moraliti’ dalam politik.

Anwar tidak boleh tunjuk belang di luar Negara dan mula mengutuk pemimpin Negara luar. Terimalah hakikat, ada yang tidak mahu berjumpa dengannya atas dasar apa sekalipun. Anwar kena sedar diri – dia hanyalah ‘Perdana Menteri’ yang tak jadi. Justeru, kena letak diri di tempat yang selayaknya.

Continue Reading Disember 9, 2009 at 2:56 pm 1 komen

Persamaan ‘FATINE’ dan ‘ANWAR’…Auwww

Nampaknya banyak sungguh ruang maya yang memberi ‘coverage’ dan keistimewaan kepada perkahwinan TERLARANG antara Ian Young dan Fatine. Pertemuan mesra di Starbucks KLCC, akhirnya membawa FATINE ke suatu hubungan yang istimewa dengan jejaka Britain. Sejujurnya, ada juga keayuan di wajah FATINE. Ada juga sinar kewanitaan di wajah FATINE. Ramai juga di kalangan NGO, Ahli Parlimen PKR yang sudah mula menjerit dan mendesak agar kerajaan memberi LAYANAN ISTIMEWA kepada Fatine. Mereka menganggap apa yang berlaku bukan pilihan Fatine. Lebih menarik, ada yang kata – Fatine mesti diberikan kebebasan untuk memilih jalan hidupnya.

Malaysiakini, Nutgraph, Malaysia Today – adalah beberapa webportal yang bersungguh menginginkan agar Fatine diberikan layanan istimewa. Apa bezanya sangat Fatine ini? Kerana dia berkahwin dengan jejaka Britain mungkin – sebab itulah ‘modal politik’nya tinggi. Kalau setakat lelaki main jubur lelaki – rasanya setiap malam di kawasan Chow Kit pun kita boleh dapat. Yang mempunyai kedudukan dan kewangan sedikit (mungkin boleh pergi ke Tivoli Villas – atau mana sahaja kawasan di Bangsar dan Damansara Heights). Boleh sahaja. Tak jadi hal pun. Ian Young pastinya lebih tahu dengan kehebatan Fatine. Pasti ada keistimewaan dan kehebatan yang kita tak nampak. Samalah juga, kita TAK NAMPAK bahawa seorang bekas Timbalan Perdana Menteri kita adalah seorang ‘bisexual’ yang luar biasa.

Ada seorang teman dalam PKR memberitahu, Anwar dan seks – kurang sedikit sahaja daripada Sukarno. Soekarno (ejaan betul) adalah seorang pemimpin yang melihat seks sebagai menenangkan fikiran. Banyak kali, mesyuarat penting dihentikan sementara untuk Pak Soekarno melakukan seks dengan isterinya. Barulah fikiran jadi lega dan tenang. Anwar kurang sedikit daripada itu. Tetapi fikirannya akan tetap berlegar di sekeliling keperluan mendapatkan seks, tak kira daripada Kak Wan atau insan lain.

Kecenderungan banyak laman web pembangkang untuk memperjuangkan nasib Fatine ini rupa-rupanya sebahagian daripada usaha untuk meliberasasikan undang-undang dan membenarkan perkahwinan sejenis. Mereka ini kan liberal. Sanggup buat apa sahaja. Kalau tak dapat perempuan, lelaki pun jadi. Makanya, beria-ialah laman web pro pembangkang mahu meletakkan Fatine sebagai IKON PERJUANGAN liberalisme mereka. Hina sungguh permainan mereka ini.

Orang macam RPK, yang tunggang arak macam minum air suam diberikan kebebasan sepenuhnya bercakap tentang Islam? Bayangkan? Siapa RPK? Dia dan keluarganya tidak mengamalkan pun ajaran Islam. Sekadar ada pada IC. Tetapi bercakap pasal Islam macam pernah belajar di Jordan. Siapa beri RPK points agama kalau tak orang PAS? Apakah ini memberi makna PAS juga mahu pertahankan Fatine? Nauzubillah. Harapnya tidak.

YB Zulkifli Noordin yang seringkali penulis dengar ceramahnya di Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa pun mahu pertahankan Fatine. Sisters in Islam juga. Banyak lagi pihak yang mahukan Fatine diberikan kebebasan untuk memilih jalan hidupnya. Apakah perjuangan Fatine ini mahu diisbatkan dengan amalan seks Anwar yang luar tabii?

Anwar dan Fatine – adalah dua manusia yang diberikan ‘kehebatan’ dalam pengamalan seks masing-masing. Kedua-duanya ada kecenderungan luar tabii. Sekurang-kurangnya Fatine lebih ikhlas dan jujur daripada Anwar yang selalu berselindung di sebalik ayat Quran dan hadith. Agaknya, apakah hukum untuk mendengar tazkirah agama daripada seorang yang bernama Anwar?

Fatine secara nyata dan jelas seorang TRANSSEXUAL – tapi apa jadi dengan seorang yang seperti Anwar? Apa kategori Anwar ini?

Kita kena hati-hati dengan usaha mempertahan Fatine. Hakikatnya, perjuangan besarnya adalah untuk mempertahan Anwar. Kalau Fatine boleh diterima masyarakat. Kenapa tidak Anwar?

Continue Reading Disember 8, 2009 at 12:15 am 5 comments

D.N.A: Dah Nasib Anwar

Itulah perkara yang menjadi tajuk bualan penulis dengan rakan-rakan pimpinan PKR petang semalam di Kota Damansara. Lepas mereka ke Ibubpejabat PKR, terus ajak penulis minum. Bukannya mereka tak tahu bahawa penulis adalah seorang penuis di blog Anwar. Kata mereka, untuk PKR bergerak lebih maju ke depan – mesti ada tulisan yang berani untuk menjolok dan membetulkan pemimpin. Penulis akur sahaja. Kadangkala, maklumat mereka ini lebih baik dan mantap.

Apa yang menjadi bualan aktivis dan pimpinan PKR adalah soal DNA. Kata mereka, dalam kes liwat Anwar inilah perkara yang paling Anwar dan team legalnya takuti. Apa sahaja lah yang bakal dibentangkan oleh pihak pendakwa. Yang lebih merisaukan mereka, kumpulan pendakwa ini bukan calang-calang orang. Sudahlah berpengalaman – susah pula nak dijual beli. Segala usaha sudah dibuat katanya, tetapi tak boleh nak tembus. Anwar pun dah naik risau dengan perkembangan ini.

DNA adalah perkara terakhir yang nak Anwar fikir. Seingat Anwar, kata pimpinan PKR – hari kejadian itu berlaku, Anwar memang tidak melakukan liwat. Ianya berlaku beberapa hari sebelum itu.Apa yang bakal Anwar pertikaikan, dalam tempoh berpuluh jam selepas aksinya, takkanlah si mangsa tidak melakukan apa-apa terhadap badannya. Takkan tak mandi. Takkan tak tukar baju. Anwar sedia nak mempertikaikan perkara tersebut. Sayangnya, jika itu dipertikaikan – dengan sendirinya FAKTA bahawa aksi itu benar-benar berlaku akan terlerai. Cara mana Anwar nak sangkal dakwaan pihak pendakwa?

Deoxyribonucleic acid (DNA) – adalah satu kaedah saintifik yang mampu menyelesaikan permasalahan siapa sebenarnya yang melakukan jenayah tertentu. Apa yang digelar sebagai ‘genetic fingerprinting’ ini memang susah nak dipertikai. Ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk. Air mani, peluh, air liur – malahan folikel rambut. Ini semua boleh membantu. Ini yang beria-ia sangat Ahli Parlimen PAS dan DAP bangkang Akta DNA. Mereka takut kaedah ‘genetic fingerprinting’ ini mampu menyebabkan Anwar kembali semula ke pusat latihan Sungai Buloh untuk tempoh yang lebih lama.

Kita kan selalu tengok cerita CSI. Kalau dah dapat DNA, apa yang berlaku – mereka akan siasat menggunakan database yang digelar sebagai CODIS. Combined DNA Index System – kalangan yang pernah digelar sebagai penjenayah akan diletakkan di bawah CODIS ini. Maka, senanglah untuk mengenalpasti siapa sebenarnya yang melakukan jenayah tertentu. Terutamanya rogol. Kalau di Barat, sodomi ini sepatutnya tidak ada masalah. Dah jadi perkara biasa. Amat lazim.

Tapi, sayangnya, Mantan Timbalan Perdana Menteri tidak melakukan sodomi di luar Negara. Sudah pernah dimasukkan ke dalam penjara, namun nafsu menjadi luar jangka. Nak juga yang tidak boleh. Akhirnya, terperosok lagi dengan nafsu sendiri.

Dikhabarkan oleh pimpinan PKR bahawa Anwar telahpun mengarahkan beberapa rakannya berbincang dengan pakar di Amerika dan Australia untuk memastikan mereka mendapat khidmat pakar DNA yang terbaik di dunia. Tujuan: untuk menidakkan kes terhadapnya. Anwar dikhabarkan tidak kisah dengan harga. Itu tak penting.

CODIS di Amerika mempunyai hampir 6 juta profail kalangan penjenayah di negara tersebut. Banyak tu. Tak tahu berapa banyak data CODIS Malaysia yang ada. Tapi kalau nak ikut profail Anwar (selaku bekas TPM dan juga bekas penjenayah) patutnya maklumat ini semuanya ada dalam tangan Polis. Bodoh sangat kalau sepanjang Anwar ada dalam penjara – PDRM tidak ada profail DNA Anwar. Itu sudah kes bangang.

Kita harapkan DNA dapat menjadi penentu siapa sebenarnya MANGSA di dalam kes ini. Mangsa seperti yang dikhabarkan ada dua – mangsa konspirasi atau mangsa liwat. Rasanya, mangsa liwat lebih layak dibela. Konspirasi ini cerita rekaan sahaja. Rekaan Anwar.

Saya tanyakan rakan dalam PKR – apa jadi kalau ada DNA – mereka jawab mudah sahaja: Dah Nasib Anwar…..DNA juga! Musykil! Macam dah tak sayang dan kurang percaya sahaja…

Continue Reading Disember 5, 2009 at 8:36 pm 4 comments

Kiriman Terdahulu


Disember 2009
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Capaian Umum

  • 75,348,285 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United States Sempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat! Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kel […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Adakah Destini Berhad Menjadi Ali Baba Untuk China Kuasai KTMB?
    Kesatuan Perkerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) telah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat usahasama antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Destini Berhad.Baca di sini :https://ismaweb.net/2021/03/03/kesatuan-mahu-sprm-siasat-kelulusan-usaha-sama-antara-destini-ktmb/Ianya adalah ekoran dari pengum […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!     Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)     Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm 2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Merek […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!     Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)     Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm 2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Merek […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo..... Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun! Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Musram Rakuman

  • CATUAN AIR KAWASAN KOTA KINABALU DIJANGKA BERPANJANGAN
    SELAIN sumber air, terhadnya pusat rawatan air, permintaan melebihi kapasiti pusat rawatan sedia ada, juga kecuarian air daripada kawasan setinggan, akan terus menyumbang berpanjangannya catuan air di kawasan Kota Kinabalu. Menurut laporan, yang memetik Menteri Kerja Raya Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya, selagi empangan Papar, dan Benoni Tenom tidak siap, ma […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Garlic Grater Malaysia – The Ultimate Kitchen Tool You Need!
    Garlic is one of the most commonly used ingredients in Malaysian cuisine. It adds a unique flavor to dishes and has many health benefits. However, chopping garlic can be time-consuming and tedious. This is where a garlic grater and cutter Malaysia can come in handy. In this article, we will discuss how this tool works, […] The post Garlic Grater Malaysia – T […]

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • CATUAN AIR KAWASAN KOTA KINABALU DIJANGKA BERPANJANGAN
    SELAIN sumber air, terhadnya pusat rawatan air, permintaan melebihi kapasiti pusat rawatan sedia ada, juga kecuarian air daripada kawasan setinggan, akan terus menyumbang berpanjangannya catuan air di kawasan Kota Kinabalu. Menurut laporan, yang memetik Menteri Kerja Raya Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya, selagi empangan Papar, dan Benoni Tenom tidak siap, ma […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Garlic Grater Malaysia – The Ultimate Kitchen Tool You Need!
    Garlic is one of the most commonly used ingredients in Malaysian cuisine. It adds a unique flavor to dishes and has many health benefits. However, chopping garlic can be time-consuming and tedious. This is where a garlic grater and cutter Malaysia can come in handy. In this article, we will discuss how this tool works, […] The post Garlic Grater Malaysia – T […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran. Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras. Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak y […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran. Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu.. Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam.. DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada […]

Paling Popular

  • Tiada