Archive for Januari, 2010

Dari KL ke Hyderabad: Perjalanan Legal Team Anwar

Secara kebetulan, sewaktu PM berada di India; entourage PM diberitahu bahawa wujudnya sekumpulan pakar guaman ‘legal team’ Anwar di Hyderabad pada ketika yang sama. Dimaklumkan oleh kepimpinan India, PM hanya senyum dan tidak mengarahkan apa-apa tindakan diambil. Anwar berhak mempertahan dirinya secara adil; tegas PM. Maka, pihak berkuasa India akur dengan keputusan dan arahan PM. Pasukan guaman Anwar dibenarkan bergerak ke mana sahaja tanpa sebarang batasan. Kalau sebelum ini, Australia dan Amerika menjadi sasaran legal team Anwar – kali ini, Hyderabad menjadi daerah baru yang bakal muncul di dalam perbicaraan nanti.

Ini sesungguhnya perkembangan yang baik. Walaupun mengatakan pihak saiful TIDAK AKAN mempunyai sebarang kes ‘against’ dirinya; tindakan Anwar memaparkan yang sebaliknya. Usaha dilipatgandakan. Setakat ini, makluman rakan-rakan dalam PKR: tak kurang RM200,000 dibelanjakan untuk persediaan kes mahkamahnya. Bukan duit Anwar. Kebanyakannya ditaja oleh Al Gore; bekas Naib Presiden Amerika Syarikat yang kini menjadi seorang aktivis alam semulajadi. Kerana kasihkan ‘kesejagatan’ pemikiran Anwar; Al Gore sanggup memberikan bantuan yang kalau ditukar ke USD tidaklah sebanyak mana.

Menggunakan alasan ‘global warming’, Al Gore Foundation mengumpulkan dana yang banyak. Seperti juga Anwar, Al Gore juga teringin nak buat comeback politik. Jadi, tidak ada ruginya untuk membantu seorang rakan bernama Anwar Ibrahim. USD50k menjadi kecil kepada Al Gore. Al Gore pun banyak memperoleh wang. Contoh:

Al Gore receives $1 million prize from Israeli foundation
By The Associated Press

Apalah sangat kalau Anwar nak pakai dulu. Tak luak pun kata orang kampung.

Antara watak utama ‘perundangan’ Anwar yang berada di Hyderabad adalah SANKARAN NAIR. Senang nak cerita. Tak payah alih bahasa. Kalau hantar Karpal; orang pun bosan nak layan. Dahlah tak berapa boleh nak berdiri; banyak pula tanya. Nanti orang India bosan. Sankaran Nair ditugaskan untuk mencari seberapa ramai pakar DNA untuk menidakkan pembentangan yang bakal dilakukan oleh Pendakwa Raya. Sankaran Nair, yang bekerja atas nama ‘duit ringgit’ pun sanggup terbang ke Hyderabad.

Apa yang ada di Hyderabad?

Ramai yang tak perasan bahawa di Hyderabad mempunyai sebuah institusi dipanggil ‘Centre for DNA Fingerprinting and Diagnostics’ (CDFD). Sankaran diarahkan untuk mencari beberapa orang pakar DNA CDFD untuk membantu kes di Kuala Lumpur. Antara pakar yang ditemui oleh Sankaran: Dr J Nagaraju, Co-ordinator, LDFS dan Dr. Madhusudan Reddy, Scientist In-charge di Jabatan DNA Fingerprinting, CDFD. Pertemuan berlangsung dengan baik. Memang kumpulan saintis ini pakar (antara yang terbaik di dunia) dalam kaedah DNA. Antara ‘services’ yang diberikan di Jabatan ini:-

Description of Service:

* Establishment of parentage
* Identification of mutilated remains
* Establishment of biological relationships for immigration, organ transplantation and property inheritance cases
* Identification of missing children and child swapping in hospitals
* Identification of rapist in rape cases
* Identification in murder case

Nampaknya, kali ini Anwar bersedia untuk ALL OUT dalam kes yang dihadapinya. Pakar DNA India, dari Hyderabad (dicadangkan oleh Al Gore) akan dipanggil menjadi saksi/menidakkan sampel DNA yang diperoleh Investigation Officer. Kak Wan mungkin nak tanya, dalam ketika bertanya pasal ‘DNA’; kenapa Sankaran turut bertanya tentang DNA (bagi mengenalpasti kekeluargaan). Apa yang Anwar sedang usahakan? Tak payah lah kita buat spekulasi bab itu.

Sankaran Nair sudahpun mengenalpasti pakar DNA yang boleh diterbangkan ke Malaysia. Air Asia pun tak lama lagi ada ke India (jimat kos sikit). Kita ucapkan TAHNIAH kepada Pak Sheikh; yang dalam kata TIDAK ADA KES; tetap mencari PAKAR KELAS DUNIA di Hyderabad.

Terusakan usaha – USAHA TANGGA KEJAYAAN.

Continue Reading Januari 31, 2010 at 11:13 pm 1 komen

AdukaTaruna Tidak Seorang: Serangan Berterusan Kepada Institusi KeSultanan

Pernah blog in khabarkan dulu, bahawa agenda menyerang institusi kesultanan ini bukan agenda ‘kecil’ dan tidak bermakna. Menyerang institusi Raja dan Kesultanan Melayu ini adalah sebahagian daripada ‘pakej politik baru’ yang Brother Anwar nak ketengahkan. Brother Anwar cukup maklum, bahawa dalam Perlembagaan – mahupun Undang-Undang Tubuh Negeri, kepentingan institusi Raja sebagai check and balance kepada Kerajaan mampu memberi masalah kepada Anwar. Anwar cukup faham. walaupun dia mempunyai keyakinan bahawa rakyat mampu di perkotak katikkan, institusi Raja adalah entiti politik yang Anwar cukup berahi untuk alihkan. Kepada Anwar, institusi Raja yang terlalu ampuh dan dihormati rakyat adalah suatu perkara yang sangat di luar tabie. Maka, keperluan untuk menyerang mesti dilakukan.

Benar, AdukaTaruna bukan sangat terlalu rapat dengan PKR. Kalau menurut kronologi, AdukaTaruna lebih rapat dengan PAS. Samada postinya yang menghina Almarhum Sultan Iskandar itu ‘usaha parti’ adalah sesuatu yang belum dapat kita ketahui. Mungkin ada sahaja orang PKR yang mahukan AdukaTaruna memulakan serangan kepada Istana, kita tidak pasti. Biarlah Polis siasat. Yang terbaru, Malaysia Today yang dikendalikan oleh seorang kerabat yang sudah ‘outcast’ – menggunakan artikel Asia Sentinel sebagai alat untuk menghentam Istana; lebih khusus lagi Almarhum Sultan Iskandar. AdukaTaruna kena tangkap, kerabat Raja gila glamour pula nak ‘serang’ institusi Raja. Kerja siapa? Arahan siapa?

Mari kita petik apa tulisan Asia Sentinel mengenai Istana Johor:-

Perception and Royal Reality in Malaysia

Iskandar was one of the worst of Malaysia’s sultans, a violent, often brutal and impulsive man who seemingly knew no bounds to his behaviour. He was lucky to be a sultan at all. He was ignominiously dismissed as the Tunku Makhota, or prince regent of Johor, by his father, Sultan Ismail Ibrahim, in 1961 after he reportedly chained two policemen into a dog kennel for a day after they displeased him. He was later reported to have attacked a young couple with Mace after they allegedly offended him. In 1972, he was charged for Macing two men because their car had had overtaken his on the highway.

He regularly patrolled Johor roads with a red light and siren on the top of his Rolls Royce and a shotgun strapped to the dashboard, pulling over speeders and ordering them to perform enjut ketampi, the Malay term for squat jumps, until they fell over. Any driver who inadvertently passed the sultan’s car on Johor’s roads or obstructed him was subject to exorbitant fines. His staff was petrified by him. Once, at a diplomatic reception for example, he was seen to simply hold out his glass when it was empty and drop it as a terrified servant raced across the room to catch it before it shattered on the marble floor.

In 1971, he got into real trouble by shooting and killing a trespasser whom he took to be a smuggler walking near his private helicopter. He was charged with manslaughter but his father intervened, as the sultan did repeatedly at other times, and granted him a pardon despite his disapproval of his actions. Iskandar’s family wasn’t much better. His eldest son, Tunku Ibrahim Ismail, shot a man dead in a nightclub but was also pardoned.

There was considerable speculation in Kuala Lumpur that despite the fact that the kingship rotated on a set basis, his fellow sultans would block him because of his behaviour. But they elected him Agong in 1983. Prime Minister Mahathir Mohammad promptly fomented a constitutional crisis by ramrodding through a series of actions in the Dewan Rakyat, or Parliament, that removed the power of the royalty to veto legislation, along with closing other loopholes within the Malaysian constitution.

That didn’t slow down the sultan much. In 1987, after he became the Agong, he allegedly clubbed a caddy to death at the Cameron Highlands golf club for laughing when the sultan missed a putt. He also was said to have maimed the caddy’s brother, who suffered a mental breakdown from seeing the incident and had to be restrained in a mental hospital.
Semua ini terdapat di laman Malaysia Today. Laporan istimewa kononnya. Agenda siapa? Kehendak siapa? Kebenaran siapa? KIta tahu, RPK does not work for FREE. Dia tergolong dalam penulis blog kasta tinggi. Kerabatlah katakan. Tetapi sebagai seorang kerabat yang seharusnya faham dengan ‘istilah hormat dan daulat’, RPK masih mahu meletakkan artikel Asia Sentinel’ di dalam Malaysia Today. Untuk apa? Atas kehendak dan kemahuan siapa?

Ramai juga kalangan rakan-rakan dalam PKR yang selalu mengatakan bahawa mengutuk Istana BUKAN jalan politik terbaik untuk PKR. Ini ramai yang dah suarakan kepada Anwar. Anwar cuma senyap, dan menyusun kaedah serangannya sendiri. Untuk terus meletakkan pressure kepada Istana – Anwar buat secara maya. Tak nampak. Baling batu sembunyi tangan. Anwar boleh kalih kalau ada yang bising.

Serangan AdukaTaruna pada dasarnya bukan atas landasan KEBODOHAN. Tetapi lebih kepada mematuhi ARAHAN dan kehendak PAYMASTER kepadanya selama ini. Kalau AdukaTaruna kita ambil tindakan – apa jadi dengan Asia Sentinel dan Malaysia Today. Senyap?

Yang menjadi masalah kepada Anwar adalah mereka yang seperti Raja Nazrin. Highly educated. Senang dengan rakyat. Lagilah payah Anwar nak masuk jarum. Usaha kena diteruskan. Anwar kena terus serang Sultan. Tak kiralah mereka yang masih hidup; ataupun masih mati. Anwar kali ini – nak langgar semua.

Continue Reading Januari 29, 2010 at 4:01 pm 3 comments

Cina Adalah Terutama (C.A.T) – Kerajaan PR Pulau Pinang

Blog ini mengucapkan takziah di atas tragedi Perahu Naga yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. Kita simpati dengan nasib keluarga yang ditimpa nahas tersebut. Mungkin melakukan aktiviti ko kurikulum di laut lepas begitu adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Namapun ‘malang tidak berbau’, selama ini mereka training di situ tidak ada masalah apa pun. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.

Pada dasarnya, kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengambil tindakan awal untuk mengatasi segala permasalahan yang dtimpa oleh warga Pulau Pinang. Cepat cek bantuan dikeluarkan. Sejumlah RM14,000 diberikan kepada semua mangsa. Cikgu dapat RM4,000. Murid-murid keseluruhannya diberikan RM10,000. Ok lah. Baucer bayaran dengan nombor resit A0005771 bertarikh 19 Jan 2010. Cepat dan pantas. Sesuai agaknya dengan slogan Kerajaan Pulau Pinang. Cekap. Accountable. Transparent. Kita tak persoalkan pun jumlah RM14,000 tersebut. Kita terimalah sedekah Ketua Menteri tersebut.

Persoalannya: apakah kepantasan sama dapat dinikmati jika kemalangan tersebut melibatkan orang Melayu? Apakah orang melayu Pulau Pinang mendapat pembelaan yang sama sekiranya berlaku kejadian yang serupa. Ataupun CAT adalah agenda mendahulukan Cina di Pulau Pinang? Kalau kita perhati bajet terbaru Kerajaan Negeri Pulau Pinang; tidak ada satupun usaha yang mendorong kepada pembaikan situasi kemiskinan di kalangan orang Melayu Pulau Pinang? Apakah LGE nak nafikan bahawa penduduk melayu Pulau Pinang miskin? Atau atas dasar tidak mahu mengkhianati CINA ADALAH TERUTAMA, Guan Eng enggan menyebut pun soal Melayu dan kemiskinan di Pulau Pinang.

Nampaknya CAT sudah menjadi agenda DAP yang terpilih-pilih. Kalau melibatkan orang Cina, DAP akan all-out. Kalau melibatkan orang Melayu, DAP boleh menggunakan alasan tertentu. Yang hairannya, EXCO Melayu-Islam dalam Kerajaan Negeri pun dah jadi candu dengan agenda mengutamakan Cina ini. Mereka pun dah tak berapa minat nak bercakap tentang Melayu dan nasib Bumiputera Pulau Pinang. PKR diberikan muka yang lebih. Sudahlah Dr Mansor dijadikan Timbalan ketua Menteri. Seorang lagi EXCO PKR menjaga agenda ‘Halal Hub’ Penang. Mana exco PAS? Tak penting? Tak perlu diberikan perhatian.

Itu belum masuk beberapa isu tanah wakaf yang mula nak di’jajah’ oleh kepimpinan DAP dan PKR. Ada satu lot tanah di Bagan Jermal, diberikan premium 500k kepada seorang pemimpin Pulau Pinang. Dia orang diam sahaja. Kalau premium kepada tanah orang Melayu diberikan harga lain. Sudahnya, Melayu/Bumiputera tidak mampu untuk bayar premium – kemudiannya mudahlah nak dihalau keluar daripada tempat tersebut. Sekali lagi, yang untung siapa? Cina DAP? Melayu PKR?

Sengaja nak mulakan cerita dengan isu Pulau Pinang, bagi membuka mata kita bahawa Anwar GAGAL dalam cubaannya mengawal DAP untuk turut memperjuangkan nasib orang Melayu. Anwar lupa, bahawa kuasa sebagai Ketua Menteri ini cukup besar. LGE tidak perlu rujuk dan refer apa sahaja masalah dengan Anwar. LGE, dalam mesyuarat Exconya pernah berkata, ‘kita tak perlu dengar cakap sesiapa dalam mengurus Negeri Pulau Pinang’. Kenyataan itu ditujukan kepada Anwar; kerana pada ketika itu Anwar cuba nak mengusulkan agar Kerajaan Negeri menjadi lebih ‘mesra’ kepada permintaan dan komplen masyarakat Melayu. Tak buat pun.

Kita nak Anwar tahu dan maklum, bahawa kerja buat DAP di Pulau Pinang akan memberi impak sokongan orang Melayu kepada Anwar. Kalau Melayu Pulau Pinang pun terbiar dan tidak terbela; macamana nak jaga dan kawal Negara. Apakah Anwar memang tidak kisah untuk ‘abandon’ undi orang Melayu? Kalau Anwar, mungkin dia tidak punya masalah; tapi bagaimana dengan suasana kalau Anwar dipenjarakan? Mampukah pemimpin lain dalam PKR hidup TANPA UNDI MELAYU? Cuba Anwar beritahu? Apakah Nurul Izzah mampu menang di Lembah Pantai tanpa undi Melayu? Mampukah Khalid menang di Bandar Tun Razak tanpa undi Melayu?

Anwar nampak macam tak kisah dengan amalan utamakan Cina DAP. Kalau tak kisah, rasanya Anwar tidak rasa orang Melayu akan marah dengan agenda mendahulukan Cina di Pulau Pinang. DAP pun kenalah adil – kalau betul nak adakan ‘Middle Malaysia’.

Continue Reading Januari 25, 2010 at 11:41 pm 9 comments

Kenapa RPK Kecut Perut?

Rata-rata rakyat yang rasional dan waras menerima baik dan memuji tindakan pantas PDRM untuk menangkap pihak yang dikatakan terlibat dengan pembakaran gereja. Tindakan pantas dan bijak PDRM ini wajar dipuji; walaupun ianya diharapkan dapat diselesaikan jauh lebih awal. Tapi sekurang-kurangnya, siapa yang terlibat sudahpun ditahan untuk siasatan. Apa niat dan kemahuan sebenar mereka – biar Polis siasat terlebih dahulu. Yang menjadi kemusykilan, nun jauh di sebuah apartmen mewah di London; ada seorang manusia yang tidak senang duduk. Rasa macam tak sedap badan. Kalau ada di Malaysia; mahu sahaja agaknya insan itu menuju ke Bukit Aman dan mengarahkan pihak Polis membenarkannya menemuramah 8 orang yang ditahan itu.

Di dalam posting terbaru di Malaysia Today – RPK cuba menggunakan kaedah ‘pre-emptive damage control’; kononnya dengan menyatakan bahawa POLIS akan membuat kenyataan bahawa 8 orang ini diarahkan oleh Anwar. Walaupun blog ini banyak mempertikai ‘gelagat politik Anwar’; RPK sudah menganggap Anwar terlalu bodoh untuk melakukan tindakan berani mati tersebut. Kalau tertangkap, digandingkan dengan masalah main belakang – politik Anwar akan menemui jalan mati.

Makanya, RPK pun melakukan beberapa analisa; kononnya pembakaran gereja di Melawati adalah kaedah ‘reichstag’. Pembakaran reichstag berlaku sekitar tahun 1933. Dengan terbakarnya reichstag, maka bermulalah gerakan Nazi Germany. Tak tahu apa kaitannya, tetapi kepada RPK ini adalah persamaan yang nyata antara kedua-dua kes. RPK memang peminat nombor satu Hitler. Kepada RPK, Hitler adalah hero yang sangat berkesan. Kalau orang dah bertuankan pemikiran Hitler; apa lagi yang mampu kita perkatakan.

RPK mengatakan, statement yang berikutnya: Anwar jadi dalang pembakaran gereja. Seperti yang kita maklumkan tadi, disinilah rendahnya moral dan peribadi RPK. Dalam dia menyokong (men-tok-kong; mendewakan) Anwar; dia masih menganggap Anwar sebagai seorang political strategist yang bodoh. Kalau betul Anwar nak set-upkan kejadian tersebut; takkanlah dia nak lakukan kepada gereja yang beratus meter daripada rumah Azmin. Tak logik. Ini akan menguatkan lagi fikiran orang. Anwar pastinya mencari gereja yang lebih jauh daripada rumah ‘madu kasih’ Anwar tersebut. Itupun RPK tak boleh nak fikir.

Yang penting sekarang, kita nak tahu siapa di belakang usaha tersebut. Mereka yang ditahan dikatakan ada nama berpangkal ‘Raja’ – sama macam RPK. Agaknya, semangat RPK lah yang telah meresap di dalam dada dan hati mereka untuk melakukan amuk sedemikian rupa.

RPK tidak perlu takut. Lakukan sahaja tugasan biasanya. Jalan kaki pagi di Hyde Park. Minum di hadapan Harrods. Berada di pub dan bar di seluruh kota London. Kalimullah pastinya terus membekalkan cukup ‘bekal’ untuk RPK meneruskan hidup mewah di kota London. Ada masa, bolehlah menonton teater di Majestic. Malam ditemani gadis daripada seluruh dunia.

RPK adalah melayu luarbiasa yang diberikan kesempatan untuk menikmati segala kemewahan yang ada. RPK tidak perlu gentar tentang beberapa kes terkini yang berlaku di Malaysia. Yang perlu dilakukan adalah terus menyebarkan fitnah dan berita palsu. Tapi tulisan terkini RPK tentang pembakaran gereja dan kaitannya dengan Anwar adalah yang terburuk setakat ini. Kalimullah…tak proof read?

By the way….bro RPK; IGP kirim salam….

Continue Reading Januari 21, 2010 at 11:53 pm 2 comments

‘Middle Malaysia’ DAP – Agenda Tinggalkan Anwar!

Siapa sangka, DAP mula bercakap tentang politik yang lebih hemah. Politik yang lebih ada adab. Politik yang berasaskan konsultasi dan bukannya provokasi. Ini membayangkan bahawa DAP yang menjadi promoter politik ganas, tidak ada adab, tidak hemah dan sentiasa menentang kerajaan; sudah mahu bermain dengan rentak baru. Ini suatu perkembangan yang amat positif. Selama inipun, DAP yang berslogankan agenda CAT – terpaksa, dipaksa untuk mempertahankan segala macam kelemahan orang lain. Orang lain yang sodomi. DAP kena seret juga ke jalanan. Orang lain yang sedap melakukan seks luar tabii; DAP juga terpalit kotor dan jijiknya.

Tindakan LGE dan DAP untuk memulakan Middle Malaysia adalah langkah yang sangat strategik. Sebagai seorang Ketua Menteri, LGE sebenarnya berhak berada dalam beberapa siri penerangan/diskusi/pembentangan ‘keselamatan’ yang tidak boleh dihadiri oleh orang lain.Agaknya, setelah melihat ‘fakta kes’, bukan lagi circumstancial evidence mengenai kes liwat; DAP kena ambil jalan tengah. Tak boleh sangat nak bergaduh dengan Kerajaan Persekutuan. DAP akan rugi banyak. Kalau Anwar nak musnahkan nasib PKR dengan nafsu seksnya; kenapa DAP perlu menjadi pengikut yang bodoh? Tidak ada gunanya.

DAP kena ambil JALAN TENGAH sebab Anwar sudah semakin lemah dan tidak mampu nak pertahankan diri. Agenda menggunakan undang-undang Islam (Qazaf) pun petanda bahawa Anwar sudah jadi kelam kabut. Dalam satu mesyuarat tertinggi PR, Lim Kit Siang mahukan Anwar KEKAL mempertahankan diri dalam sistem perundangan sivil. DAP akan bantu dan sokong. Kalau guna Qazaf, DAP akan jadi serba salah. Kalau DAP sokong, maknanya DAP sedia menerima undang-undang Islam. Rakyat akan question usaha DAP ini. Makanya, DAP kena ambil jalan tengah. Tidak memihak kepada sesiapa. Anwar pun tidak.

Middle Malaysia – adalah ‘projek politik’ DAP yang mahu meninggalkan Anwar sendirian dalam mempertahankan isu sodomi. LGE, DAP takut dengan beberapa ‘bukti’ yang boleh menyebabkan DAP pun terpalit dengan budaya sodomi. Hebatnya DAP, memang mereka main politik GANAS tapi tak pernah nak amal sodomi politik! Kalau DAP nak sodomi politik Anwar; dah lama mereka boleh buat.

Middle Malaysia adalah projek politik yang difikirkan lama. Difikirkan sejak kes Anwar mula bangkit kembali. Sebagai sebuah parti politik, survival DAP adalah undi dan penerimaan rakyat. Kalau rakyat dah tak terima; terutamanya dengan masalah sosial sesetengah pemimpin; DAP pun akan lebur.

Inilah bijaksana-nya DAP. Mereka menggunakan Anwar untuk PRu12, tetapi untuk PRU13, Anwar sudah jadi LIABILITI kepada PR. Jalan Tengah DAP ini strategik, kerana jika Hadi dan PAS konar dahulu; menyokong BN; tidaklah DAP tertinggal terlalu jauh. Masih ada ruang untuk berbincang.

Selamat tinggal Anwar – Middle Malaysia DAP sudah mahu mengambil alih. Anwar hanya boleh duduk diam, termenung – paling tinggi pun memberikan ‘Middle Finger’ kepada DAP yang bukan sahabat politik sejati.

Continue Reading Januari 20, 2010 at 8:57 pm 3 comments

Apa pandangan rasmi ‘Penasihat Ekonomi’ isu YBK?

“Kita sedia maklum laporan kewangan yang telah dipaparkan di dalam laman web mereka. Tetapi laporan kewangan tidak memberi maklumat terperinci tentang harta dan wang yang telah diberikan oleh kerajaan. Sebab itulah kita kata perlunya yayasan tesebut membuat analisa dan penyataan semula,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata laporan kewangan yang dipaparkan menyebut tentang tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar). “Tanah itu adalah pemberian yang besar nilainya tetapi tidak ada dalam laporan kewangan. Ini baru satu contoh. Jadi, kita harap YBK akan lebih telus dan memberikan maklumat yang sepenuhnya.”

Jika permohonan penukaran status dibuat, tanah tersebut akan bernilai lebih kurang RM540 juta (dikira pada RM10 perkaki persegi) “Untuk tanah yang begitu besar nilainya, sudah tentulah Kerajaan Negeri perlu prihatin mengenai hal bagaimana ianya diurus tadbir. Mungkin kerajaan terdahulu tidak mahu mengambil tahu tapi Pakatan Rakyat tidak boleh membelakangkan isu tersebut kerana kami bertanggungjawab atas setiap sen wang rakyat,” kata Tan Sri Abdul Khalid.

Sebagai pemegang amanah harta rakyat, Kerajaan Negeri bukan sahaja perlu telus dan bertanggungjawab tetapi juga memastikan semua keputusan dan tindakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat selari dengan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

=======================================================================================================================================

Blog DSAI hanya mengeluarkan pandangan rasmi Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor, dan bukannya komen dan pandangan rasmi ‘Penasihat Ekonomi’ secara keseluruhannya. Apakah dengan tidak menyatakan pandangan rasminya, DSAI mahu bersikap non-committal kepada isu ini. Antara lain, kehadiran Anwar sebagai Penasihat Ekonomi di Selangor adalah untuk memberikan keyakinan bahawa ‘isu orang melayu’ masih diambil berat. Ini semua berdasarkan ‘report’ akar umbi yang menyatakan lebih ramai orang Melayu Selangor sudah mula sangsi dengan polisi dan dasar Khalid Ibrahim. Kesangsian mereka amat berasas, kerana Khalid seakan menjadi ‘mabuk kesamarataan’. Semuanya Khalid nak samaratakan. Semuanya nak Khalid jadikan sebagai asas kepada agenda ‘merakyatkan’ ekonomi Selangor TANPA mengambil kira kesan langsung kepada masyarakat Bumiputera.

Kepada yang sudah lama mengenali Khalid pasti pelik – kerana ini adalah perubahan Khalid yang sangat nyata. Kalau dulu, sewaktu di PNB, semangat Melayu dan Bumiputera Khalid berada di tahap yang tinggi; ke mana perginya semangat yang sama? Apakah Khalid sudah menjadi terlalu ‘DAP’ dalam pendekatan kepimpinannya? Di mana pula role dan fungsi DSAI yang sepatutnya menjentik sedikit elemen ‘keBumiputeraan’ di dalam daya upaya governans di Selangor. Nampaknya, Anwar juga tidak mampu mengimbangi kuasa besar DAP di Selangor.

Orang Melayu yang ada dalam PKR mesti membuka mata dengan polemik dan permasahan ini. YBK bukannya isu besar. Yang menjadi isu dan penting adalah UiTM yang diniatkan diwujudkan di kawasan tersebut. Menidakkan kemungkinan membina UiTM adalah pengkhianatan besar Khalid kepada masyarakat Melayu di Selangor dan Malaysia. Dalam masa yang sama, YBK juga semestinya sedar bahawa mereka tidak berada di dalam ‘keselesaan’ lama. Perlu duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Pada keseluruhannya, ini adalah ‘permainan politik’ yang merugikan banyak pihak. YBK yang selama ini dinaungi secara ‘istimewa’ sebagai sebuah badan politik di Selangor juga perlu mencari jalan tengah. DSAI seharusnya memainkan peranan yang lebih penting dan berpengaruh dalam memastikan rakyat Selangor (BUMIPUTERA) khususnya tidak dikhianati oleh pimpinan politik PKR di Selangor. YBK pun, dalam masa yang sama mestilah menjadi lebih ‘telus dan berintegriti’; dan keluar daripada keselesaan naungan politik yang melampau. Kalau premium pun tak dibayar; orang ramai layak juga mempersoalkan apa sebenarnya agenda YBK di Selangor.

Sebagai rakyat, kita hanya mengharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan. Untuk itu, DSAI mesti bertindak pantas. Jangan terlalu sibuk berfikir tentang isu global; berfikir tentang memperkudakan ulama; berfikir tentang masalah peribadi. Perlantikan DSAI sebagai Penasihat Ekonomi sepatutnya diterjemah dalam pendekatan politik yang lebih menguntungkan orang Melayu dan Bumiputera.

Kalau DSAI dapat selesaikan isu YBK-Kerajaan Negeri secara halus; barulah agaknya Penasihat Ekonomi itu ada ‘peranan dan fungsi’. Kalau kes ini pun tak dapat selesaikan; apa kata; kalau elaun Anwar kita kurangkan daripada RM1 kepada RM0.80 sen. KPI tak capai, macamana nak dapat elaun penuh. Lagipun Anwar bukan perlu pun elaun Penasihat Ekonomi; yang Anwar pentingkan adalah tiket kapalterbang, elaun lawatan, kemudahan lain – yang dapat beliau gunakan atas nama Penasihat Ekonomi Negeri. Ada tak agaknya mereka yang berani audit kedudukan Anwar ini? Kerja belum seberapa – jalan keluar Negara jadi keutamaan.

Continue Reading Januari 18, 2010 at 2:52 pm Tinggalkan komen

Anwar Menggunakan Qaradawi?

Council On American Islamic Relations – CAIR is calling on American Muslims and other people of conscience to help fund repairs to Malaysian churches damaged by vandals. The attacks on the churches came following a court ruling that overturned a ban on the use of the word “Allah” by Christians in that nation.

========================================================================================

Dalam kehebohan cerita mengenai isu kalimah ALLAH di Malaysia, Anwar Ibrahim ke luar Negara lagi. Almaklum, selaku Ketua Pembangkang yang baru sahaja diangkat sebagai ‘Pemikir Sejagat’, tugas dan jadual Anwar bukan sahaja perlu tertumpu di Malaysia. Apatah lagi, dalam beberapa persidangan antarabangsa yang dihadiri Anwar, akan turut dihadiri oleh Sheikh Yusof al-Qaradawi yang baru sahaja diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah di Malaysia. Hubungan Anwar dan Qaradawi bukan baru berlangsung sehari dua ini. Dah lama. Anwar kenal Qaradawi dan mengganggapnya sebagai ikon di dalam gerakan Islam seantero dunia. Benar, Qaradawi amat dihormati dan dihargai. Memang adat dan keperluan untuk kita menyantuni ulama’. Tapi menggunakan ulama’ untuk kepentingan politik – adalah perkara yang lain.

Kita harap rakyat dan masyarakat umum di Malaysia tidak lupa bahawa sekitar akhir bulan ini, pembicaraan kes Qazaf Anwar akan bermula. Memang bagus. Kita pun tak suka dengan agensi Islam yang suka berselindung di sebalik isu, meletakkan isu penting di bawah permaidani. Ada isu, ke hadapan lah. Nak takut apa. Kalau dalam isu Qazaf ini, Anwar betul dan mempunyai kes terhadap Saiful, bicarakan. Jangan beri jawapan mudah – kita tak boleh bicara selagi mahkamah sivil tak bicara. Itu kan jawapan bodoh yang budak undergraduate law pun boleh jawab. Come on lah. Kalau tak cukup ilmu, jangan jadi Menteri. Buat orang marah sahaja.

Anwar adalah seorang strategis luar biasa dalam isu yang berkaitan dengan dirinya. Qaradawi sememangnya selalu menjadi ‘pendinding’ Anwar dalam segala hal berkaitan agama (termasuklah tuduhan yang sedang dihadapinya). Yang penting, Anwar menginginkan agar ‘masyarakat Islam antarabangsa’ melihatnya sebagai seorang mangsa permainan politik dan bukan seorang sodomis tulen yang ganas. Ini Anwar perlu lakukan. Tidaklah sesuatu yang menghairankan, jika Anwar menumpang nama institusi seperti CAIR, ISNA, IIIT dalam meletakkan bahawa dirinya masih suci dari noda politik.

Bukanlah bermaksud artikel ini bahawa Qaradawi mudah dipermainkan untuk tujuan politik. Ia tidak bermaksud begitu. Kadangkala, rapatnya hubungan kita dan seseorang menyebabkan kita gemar membuang kemungkinan bahawa rakan kita tersebut juga adalah manusia biasa. Manusia biasa yang boleh dan bisa sahaja mempunyai amalan seksualiti luar jangka yang tidak pernah kita jangka. Apatah lagi, Qaradawi mengenali Anwar sebagai seorang insan kamil yang memang mempunyai fikrah Islami yang agak baik. Qaradawi tidak pernah memahami dan mengetahui jalan politik yang Anwar ambil di Malaysia. Justeru, boleh sahaja ‘sokongan’ Qaradawi disandarkan kepada ‘hubungan’; bukan fatwa yang sebenar.

Anwar boleh mengelilingi dunia untuk menerangkan situasi dan keadaan yang sedang dihadapinya. Itu haknya. Tapi, menggunakan ulama’ dan persatuan Islam luar negara sebagai alat untu mempertahan diri adalah suatu amalan politik yang sangat tidak berakhlak. Apakah wajar institusi ulama’ mahu dijadikan sandaran kepada permasalahan dan kelemahan iman diri sendiri? Mungkin itu perlu Anwar jawab sendiri.

Setiap kali Anwar berhadapan dengan kes mahkamah, setiap kali itu jugalah dia perlu menjelajah dunia menghadiri pelbagai konvensyen dan seminar. Bukan perkara pelik. Mungkin Anwar juga perlu singgah di London, memberi ‘duit kocek’ sedikit kepada RPK; sambil minum bersama Kalimullah dalam memastikan Najib tersungkur. Itu hak Anwar.

Hujung bulan ini pastinya menjadi detik yang sibuk kepada Anwar. PA Anwar pastinya kelam kabut menyusun jadual – antara perbicaraan mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Kali ini, Anwar nak mendulukan perbicaraan berasaskan Islam. Kita terima hak Anwar secara terbuka.

So, pegawai JAWI/Menteri Agama jangan takut pula dengan desakan Anwar ini. Face him. Berdepan dengan Anwar secara ‘legal’; dan biarkan masyarakat membuat keputusan. Qaradawi tidak selamanya akan menurut kata Anwar. Ada ketika – ulama’ pun mempunyai kasyaf dalam mengenalpasti samada indvidu itu benar ataupun tidak.

Untuk makluman Anwar, tidak perlu sebenarnya nak memaklumkan kepada CAIR mengenai peruntukan pembaikan Gereja di Malaysia. Situasi bukannya teruk seperti di tempat lain. Ini bukannya Ambon. Tak perlu sebenarnya Anwar ‘exaggerate’ keadaan dalam negeri sendiri; kerana desperate nak mempertahan diri.

Continue Reading Januari 14, 2010 at 3:16 pm 6 comments

Kiriman Terdahulu


Januari 2010
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Capaian Umum

  • 75,319,161 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 147 other followers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • INFOGRAPHIC: STARSHIPS OF THE FUTURE
    Despite practically every sci-fi movie you've seen, getting to the stars ain't as easy as it looks. It'll require unforeseen breakthroughs and radical innovations that are decades if not centuries away - still, we clever little humans have a few plans on the drawing board. This infographic by Futurism presents some of the most exciting.Infogra […]

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United StatesSempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat!Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kelom […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • 99% tuduhan terhadap Rosmah bohong
    Selalu kita dengar petanan beliau dalam PERMATA dipertikaikan. Padahal ...Selalu dikatakan Siti Hasmah macam baik ...Orang banyak cerita tentang anak2 Mahathir dan Siti Hasmah. Adik beradik Siti sama kuat kaki projek dan jadi macai taukeh ciba!!!!Pembohongan begitu banyak twrhadap Rosmah begitu bersungguh2 hingga sanggup mereka hina Sultan Brunei demi nak ma […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!    Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)    Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka b […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Bekas TKP JPJ Mengaku Tidak Bersalah
    PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob yang sebelum ini didenda RM600 kerana memandu di lorong kecemasan didakwa semula di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan sama. Yusoff, 58, yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat lepas, mengaku tidak bersal […]

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun!Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk I […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • PANAS BERAPI! GAMBAR ROSMAH KHATAM QURAN PASTI AKAN BUATKAN PARA HATERS KEPANASAN!
    Walau beliau dihina dan dicerca dengan pelbagai tohmahan namun tanggungjawab beliau terhadap Allah tetap beliau laksanakan. Ini adalah gambar sekitar majlis khatam Quran Datin Seri Rosmah.Kepada yang menuduh beliau macam-macam cuba anda cerminkan diri anda, apakah anda bersih dan maksum? Sudah berkali beliau jawab tohamahan yang dilempar terhadap beliau teta […]

RSS Musram Rakuman

  • Strategi DAP-Menjadikan Kaum Melayu Kelas 2
    Tergambarkan sangat staregi DAP mahu memecahkan undi melayu di Semenajung, melalui saf kepimpinan Pakatan Harapan.Dap hanya akan menjadi kingmaker, apabila melayu berpecah pada PRU-14. Kalau mlihat kerusi yang dimenagi parti Umno, 88 kerusi dan Pas 21, ertinya kawasan majoriti melayu adalah 109 tidak termasuk di Sarawak, dan kalau mengambilkira kerusi kaum m […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • Strategi DAP-Menjadikan Kaum Melayu Kelas 2
    Tergambarkan sangat staregi DAP mahu memecahkan undi melayu di Semenajung, melalui saf kepimpinan Pakatan Harapan.Dap hanya akan menjadi kingmaker, apabila melayu berpecah pada PRU-14. Kalau mlihat kerusi yang dimenagi parti Umno, 88 kerusi dan Pas 21, ertinya kawasan majoriti melayu adalah 109 tidak termasuk di Sarawak, dan kalau mengambilkira kerusi kaum m […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak ya […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Hudud: Memecah atau menyatu masyarakat? - Suatu jawapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia
    Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam.  Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini.  Maka adalah sukar diterima jika isu […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada m […]