Archive for Mei, 2010

ADIK SAIFUL, CERAI dan HASANUDDIN

Muka Anwar nampak penat hari ini. Lepas menamatkan Kongres PKR di Kota Bharu; mahu tak mahu kena menerpa juga ke mahkamah pagi ini. Seorang pun pimpinan PKR tak ada bersama. DAP jauh sekali. PAS pun tak ada.

Hari ini memang bermula agak lewat sedikit. 9.35 am. Hakim masuk mahkamah dengan muka yang manis. Senyum dan tenang.

Saiful dipanggil masuk. Sebelum itu Karpal bising sebab susah nak jumpa En Hasanuddin (pemilik kondo). Bukankah dah kami update dalam blog ini; pemilik kondo ini penting. Kawan baik Anwar. Yang pastinya tahu atau tidak mereka berdua masuk ke dalam bilik petang ‘berbahagia’ tu. Susah nak jumpa? Kawan baik Anwar – pun susah Anwar nak jumpa?

Pelik tetapi benar. Karpal tuduh Polis ‘simpan’ Hasanuddin. Anwar berdiri – tuduh Hasanuddin ditakutkan. Masalahnya, siapa yang menakutkan siapa? Entah-entah, Anwar hantar ‘geng keselamatan Singapura’ (motor putih; nombor plat singapura) – ugut Hasanuddin. Sebab itu dia hilang.

Karpal serang peribadi Saiful. Pasal perceraian ayahnya. Pasal adik Saiful yang dibayangkan sebagai ‘gadis bohsia’ kahwin lari. Karpal nak cakap ini memang ‘broken family’.

Tengahari ini, Karpal dan Sankaran nak pergi kondo tempat kejadian. Hakim galakkan. Siap suruh lagi Karpal pergi. Tak ada masalah kata Hakim.

Karpal dah tak kuasa nak soal Saiful. Balik-balik soalan sama. Saiful makin tenang. Mampu tertawa tengok perangai Karpal. Singh tu yang hilang punca. Langsung tak teruskan soalan.

Dato’ Yusof bangun dan ‘perincikan’ hanya 3 soalan kepada Saiful. Laporan PUSRAWI. Malaysiakini dan satu soalan biasa yang lain.

Hakim arahkan terus perbicaraan. Pendakwa siap untuk kemukakan doktor HKL. Karpal bantah. Kata bahawa dia kena bawa ‘expert’ dari luar Negara. Hakim suruh mereka berbincang.

Hasanuddin nampaknya akan jadi ‘saksi yang penting’ kepada kes ini. Anwar pasti dah cuba setengah mati nak dapatkan Hasanuddin. Kalau Hasanuddin kata ‘ya’ mereka berdua di dalam bilik; Anwar pasti cemas. Anwar pasti harap Hasanuddin kata ‘tidak’. Karipap daging jadi ‘panas’ semula.

Hasanuddin memang dah lama menyewakan ‘port’ sebagai tempat Anwar meeting. Mesti ada transaction. Takkan ‘free’. Siap ada air. Ada katil. Ada karipap daging. Ini kira ‘serviced condo’. Tempat Anwar ‘service’….politik dan serakah.

Hasanuddin akan jadi saksi yang akan membuka mata rakyat. Dia nobody. Rakan rapat Anwar. Dah lama. Bukan baru. Takkanlah, nak konspirasikan Anwar. Tak logik.

Sambung petang …

Continue Reading Mei 31, 2010 at 12:21 pm 22 comments

Keliling Anwar – Ada ‘Syaitan Besar’

Seronok berbual dengan Abang Fauzi Muda (Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat). Orang lama. Pengalaman dalam PKR daripada zaman reformasi. Antara yang mula-mula menggerakkan PKR di Perak. Memang pengalaman banyak. Pengalaman dengan Anwar. Pengalaman dengan Azizah. Pengalaman dengan Azmin. Pengalaman dengan Syed Husin. Memang totok PKR buat sekian lama – tapi pada 11hb Mei yang lalu membuat keputusan untuk keluar PKR.

Ingat senang – orang lama dalam PKR nak keluar parti. Puas juga dia menilai; mengkaji dan menyelidik PKR ni luar dalam. Tapi, akhir-akhir ini, Abang Fauzi dah tak boleh tahan. Tiba-tiba dana RM250,000 turun ke Negeri Perak. Puas tanya…daripada siapa? Untuk apa? Untuk tujuan apa? Semua kepimpinan pusat tak dapat nak jawab. Di kalangan pimpinan Negeri masing-masing mengatakan itu dana usaha mereka. Mereka yang lobi dengan Anwar. Mereka yang cakap dan minta dengan Kak Wan. Masalahnya, kalau PKR Pusat boleh bagi kepada negeri sebanyak itu; kira not bad jugalah PKR ni. Banyak duit. Patut memang tak ada masalah langsung dengan kewangan.

Apabila orang bertanya, abang ni dah fikir panjang ke? Atau sememangnya kecewa kerana tidak ‘diberikan apa-apa’ sewaktu berada di dalam PKR. Abang Fauzi jelaskan bahawa dia tidak kecewa dengan kesusahan dan kekurangan. Masa Anwar dalam penjara pun – aku memang dah teruk, katanya. Tak kisah pun. Tetap dengan perjuangan. Tetap dengan PKR. Jadi, apa pula waktu PKR senang aku nak keluar? Tapi aku tak puas hati – sebab PKR memang dah lari jauh katanya.

Lari jauh macamana bang?

Lari jauh sebab dah tak ada asas perjuangan. Dulu kalau ada 10 prinsip perjuangan; sekarang semua dah hilang. ‘Kesaksamaan untuk Semua’ itu prinsip siapa? Prinsip PKR atau DAP? Soal Abang Fauzi yang dah nampak sedih. Aku susah dengan parti. Aku melarat ke hulu hilir sebab nak naikkan Anwar. Aku susah payah seisi keluarga nak pastikan PKR ada nama di kawasan aku. Sudahnya, Anwar senang sahaja lari daripada perjuangan. Memang mengecewakan kata Abang Fauzi.

Orang kuat PKR fikirlah sendiri – orang yang dah berjuang dengan parti sejak awal pun dah tak mampu nak pertahankan PKR. Abang Fauzi jelaskan, ahli PKR Ipoh Barat yang seramai 2,000 orang – semua sedang fikir nak keluar PKR. Setakat malam tadi, 488 dah keluar. Confirmed keluar. Dah benci tengok Anwar. Dah benci tengok lambang PKR pun. Bayangkan, tahap begitu punya kecewa.

PKR Perak memang dalam keadaan koma. Mati belum. Tapi koma – kata Abang Fauzi. Bukan kata aku.

Abang Fauzi ini orang kuat ‘akar umbi’ (grass roots) PKR. Bukan orang besar macam Zahrain. Bukan EXCO. Bukan pun wakil rakyat. Tapi sanggup tinggalkan parti kerana kecewa dengan sikap Anwar dan ‘syaitan besar’.

Aku ingatkan Abang Fauzi – istilah ‘syaitan besar’ ni berat. Napoleon kecil ok lagi. Firaun ok lagi. Syaitan – ni dah tahap tak boleh diselamatkan. Memang hancur habis. Aku tanya banyak kali, siapa ‘syaitan besar’ yang abang cakapkan ni? Dia tak nak beritahu. Aku pujuk lagi. Tak nak beritahu.

Syaitan besar inilah yang merosakkan Anwar. Syaitan inilah yang suka menghembus benci, fitnah dan dendam sesama kawan PKR, kata Abang Fauzi. Orang lain salah. Dia betul. Dia maksum. Dia tak ada kelemahan. Dia yang paling Anwar sayang. Dia yang paling Kak Wan harap. Aku malas nak teka….so aku biarkan sahaja kita agak sama-sama. Siapa? Di mana syaitan besar ini tinggal.

Ke mana sebenarnya ‘syaitan besar’ ni nak bawa PKR? Ke dalam gaung? Ke dalam kubur? Kita serahkan kepada ahli PKR yang jawab.

Abang Fauzi jelaskan, ramai pemimpin PKR Perak yang dah jadi jutawan. Kaya raya. Walaupun DAPAS (DAP dan PAS) hanya memimpin Perak sekitar 11 bulan. Mereka ini laju merebut harta. Pandai memfaraid harta rampasan perang yang ada di Perak. Sudahnya, mereka kayakan diri sendiri sahaja. Parti jadi hancur. Anai-anai rasuah mula menjelma di dalam PKR Perak. Ramai yang tak tahan tengok parti jadi kacau bilau hanya kerana ‘harta benda’.

Aku tanya Abang Fauzi lagi – apa harapan PKR, kalau Anwar tak ada???

PKR akan jadi bisu. PKR akan hilang akal. PKR akan hancur. Itu jawapan Abang Fauzi. Air mata dia bergenang….agaknya sedih juga dengan kedudukan PKR sekarang.

Aku biarkan Abang Fauzi dengan ‘derita lama’ dia dalam PKR. Kesian. Jiwa pejuang akhirnya jadi malu dengan masalah parti sendiri. Jadi malu sebab parti dah mula kacau bilau.

Hari ini PKR mula adakan Kongres – aku cadangkan, kepimpinan PKR nilai apa jadi dengan pejuang reformasi ulung macam Abang Fauzi. Tengok kekecewaan dia. Tengok betapa dia jadi begitu kecewa dengan kerakusan pimpinan PKR. Baik di Perak. Baik di peringkat nasional.

Kalau mereka telus – jawab kes RM250,000 untuk PKR Perak. Siapa bagi? Ada yang kata, MB Khalid Ibrahim. Cuba jawab.

Continue Reading Mei 27, 2010 at 4:48 pm 59 comments

‘You help me; I ‘%#*&’ You’

Anwar dan pemimpin DAP menggunakan ucapan PM di Sibu sebagai alasan kononnya membayangkan betapa busuk dan korupnya sistem pilihanraya di Malaysia. Rakyat mudah dijanjikan dengan wang, asalkan dapat membantu parti memerintah. Apa masalahnya? Bukankah memang peranan ahli politik itu untuk membantu rakyat. Kalau kebetulan ia berlaku dalam tempoh election, apa salahnya.’

Apakah Anwar nak beritahu bahawa dia tidak berjanji di Permatang Pauh? Apakah Anwar nak beritahu bahawa Guan Eng tidak berjanji di Pulau Pinang? Apakah Khalid Ibrahim tidak berjanji di Hulu Selangor? Ini permainan politik apa? You buat tak apa; I buat tak boleh. Ini sudah macam kes liwat juga. You sahaja yang rasa sedap,….I? You sahaja yang letak KY Jelly,…I? You sahaja yang bentang permaidani,…I? Agaknya itulah soalan yang bermain di minda Saiful.

Sebagai TPM dulu, Anwar pun banyak berjanji. Penulis ingat, sewaktu Anwar datang di Majlis Politik di sebuah Parlimen di Wilayah Persekutuan – Anwar beria berjanji nak bawa pembangunan ke kawasan. Ini berlaku dalam pilihanraya. Kira macam mana? Rasuah juga. Rasuah waktu dalam kerajaan tidak apa. Kalau pembangkang – mesti mahu bersih; beristinak politik pada setiap masa. Anwar ini nak tipu siapa? Sudah-sudahlah…

Justeru, kenyataan ‘you help me; i help you’ tidak salah; secara moral mahupun politiknya. Biasa. Tapi yang nak kecoh sangat kenapa. Kononnya maruah Cina dimomokkan oleh Najib. Cina menjadi murah. Cina rasa boleh dibeli. Akhirnya, Cina juga yang menolak BN. Tak apalah. Memang ruang demokrasi menjanjikan mereka membuat keputusan. Tak ada masalah pun.

Anwar pun selalu pakai perkataan sama – ‘you help me; i &&&& you’ dengan Saiful. Apa dia yang ???? tu, pandai-pandailah isi. Mungkin jawapannya ‘help’ juga. Mungkin. Tapi boleh juga jadi benda lain. Memang tugas pemimpin nak senangkan hati rakyat. Nak selesaikan masalah rakyat. Takkan itu pun Anwar tak tahu. Basic politics. Kalau tak tahu, kena baca semula buku politik. Kelebihan ‘incumbent’ kerajaan adalah juga biasa. Di Britain, walaupun Labour adalah kerajaan incumbent; menjanjikan perubahan dan sebagainya – bentangkan manifesto; tapi sebab rakyat mahu perubahan; tumbang juga. Apa masalahnya. Incumbent government ataupun tidak bukan masalahnya. Rakyat juga akan menentukan.

PKR akan mengadakan Konvensyen ke-6 di Kelantan. Ramai juga orang PKR sendiri yang tanya, kenapa Kelantan? Nak bagi nampak baik. Nak perteguh kerjasama PKR-PAS. Bolehlah imej TG Nik Aziz digunakan sebagai ‘pembaik’ kepada imej buruk yang ada pada Anwar. Tak lebih dan tak kurang. Keputusan ‘strategik’ ini dibuat di dalam Mesyuarat Pengurusan. Anwar mahukan wave’ dan gelombang ‘simpati’ pada ketika ini. Anwar dah mengamuk sebab kehadiran orang di mahkamah semakin kurang saban hari. 31hb Mei ini akan jadi penentu lagi. Saifuddin telahpun diarah mengumpul sekurang-kurangnya 500 orang di mahkamah bermula minggu depan. 500 orang. Boleh ke? Bila tanya bajet…Anwar suruh tanya dengan MB Selangor. Saifuddin dah malas. Sebab MB Selangor kaki kencing. Janji nak bagi….depan Anwar. Lepas tu, hilang entah ke mana.

31 Mei – Anwar akan masuk mahkamah semula. Karpal nak ambil masa tanya Saiful lagi? Atau bertukar saksi? Kita pun nak tahu juga.

Setakat ini, cubaan nak mengaitkan kes dengan PM tak menjadi. Gagal. Apa lagi yang nak diusahakan? Karpal pun pening kepala.

Di kalangan pegawai keselamatan Anwar membuka cerita kononnya ada cubaan nak ‘membunuh’ Anwar lagi. Kononnya ada terjumpa banyak peluru hidup di mahkamah. Ini cerita baru. Tapi sengaja belum mahu didedahkan kata ‘pegawai keselamatan’ tersebut. Saifuddin kata – timing kena betul. Jangan sekarang. Orang tak akan percaya.

Saifuddin kena kumpul 500 orang, 31hb ini. Mana nak kumpul? Nak cari 50 orang pun belum tentu. Sudahlah bajet makin ciput. Mak cik bertudung yang selalu datang baca Quran di mahkamah pun dah tak datang. Agaknya, ada payment yang belum settle. Outstanding payment. Itu yang malas nak datang.

Continue Reading Mei 25, 2010 at 2:29 pm 20 comments

SELCAT Bakal Benam Khalid Ibrahim

Kekayaan di Selangor memang menjadi ‘mimpi indah’ kepada jentera PKR di seluruh Negara. Malahan, cakap-cakap di kalangan kumpulan reformis (yang setia dengan Pak Sheikh dalam apa jua keadaan) pun sudah mula nak menjalar kepada apa yang boleh mereka dapat di Selangor? Banyak. Jadi ahli Majlis dapat elaun. Kontrak angkat sampah. Kontrak mengecat. Kontrak potong rumput. Kontrak membersih bangunan. Semua ini memerlukan ‘sistem faraid politik’ yang betul Salah bagi. Timbul masalah. Hilang sokongan. Susah nak melayan rajuk orang politik ni

Kontrak Pasir yang Mike cakapkan itu melibatkan syarikat ‘proksi’ siapa? Ada yang kata milik MB. Ada yang kata Azmin pun ada satu. So, adillah tu; satu Menteri Besar punya. Satu lagi ‘Timbalan Menteri Besar’ punya. Azmin anggap dia macam Timbalan Menteri Besar; sebab dia ada ‘telinga dan hati Anwar’. Khalid ini ‘second choice’ sahaja sebenarnya. Bukan first choice. Kerana Anwar lebih memerlukan Azmin di pusat; maka Khalid diberikan tanggungjawab sementara. Memang perjanjian awalnya adalah ‘sementara’. Kalau semuanya berjalan lancar; Azmin akan ditabalkan sebagai MB menggantikan Khalid.

SELCAT ini agends politik siapa? Agenda DAP. PKR memang berbelah bahagi dengan SELCAT; kerana tahu ianya akan menjadi senjata makan tuan kepada politik ‘mewah’ di Selangor. Siapa yang tak nak rasa mewah dan kekayaan. Sebab itu, bilamana suasana mewah dan kekayaan ada – memang menjemput masalah dan pergaduhan di dalam parti. Bagusnya di Selangor ini; mereka bergaduh secara ‘bijak’. Semuanya berlaku secara dalaman. Tidak terkeluar sehingga diketahui media.

Orang kanan Anwar semua dah bising dengan perangai Khalid yang tak mahu ‘berkongsi’ kekayaan Selangor. Bila ditanya? Tidak ada apa. Kita masih baru menyusun kerajaan. Banyak yang belum selesai. Banyak yang belum mampu kita laksanakan. Yang menjadi kemusykilan, semua yang rapat dengan MB sudah boleh tersenyum puas. Semua dan boleh bertukar kereta. Daripada pakai Waja; ada yang dah pakai Alphard. Ada yang dah tukar Audi. Kerja tak susah. Hari Isnin hingga Jumaat; berkampung di Shah Alam. Dua tiga jam dihabiskan menunggu MB di function sekitar Selangor. MB buka sahaja pintu kereta – nampak Abang M. Buka sahaja pintu kereta, nampak Uncle C. Siapa nak jawab? Penasihat Ekonomi Negeri pun beri sokongan penuh kepada individu-individu ini.

Oleh yang demikian, pembaharuan dan pembaikan apa yang mereka ini cakap? Telus? Bersih? Akauntabiliti? Tidak langsung. Sebab itu, SELCAT dijadikan SENJATA MAKAN TUAN yang akan menyerang Khalid Ibrahim. Siapa beri maklumat. Orang dalam juga. Yang dan muak tengok muka Abang M dan Uncle C di Bangunan SUK. Semua akan dibaraikan oleh SELCAT.

Khalid tahu bahawa ada ‘sentuhan Azmin’ di dalam usaha SELCAT ini. Walaupun ada juga Khalid – menjaga hati ‘Raja Pasir’ di Selangor; tapi nampak macam tak berapa keras. Ini yang membuatkan kawan-kawan kecil hati dengan Khalid.

Rakyat sebenarnya tertipu dengan ‘politik bersih’ di Selangor dan Kerajaan PR yang ada. Agenda mereka nak adakan kerajaan CAT adalah penipuan yang terang-terangan. Balik kepada isu awal. Semuanya adalah berkenaan ‘ringgit dan sen’.

Khalid dah berapa kali jumpa Pak Sheikh mengharapkan ‘individu tertentu’ diam dan tidak lagi mengemukakan isu ini. Masalahnya, Anwar sendiri tak boleh nak control. Anwar sendiri tak boleh nak marah – sebab ‘Raja Pasir’ ini adalah mereka yang rajin menjengah dia di mahkamah. Rajin menemani Anwar di dalam kes liwat. Takkan Anwar nak ambil tindakan. Dahlah kehadiran semakin kurang – kalau Raja Pasir Selangor kurangkan ‘elaun’ mereka yang datang jengah Anwar di mahkamah – siapa lagi nak datang tengok Anwar?

Nampaknya, politik di Selangor sudah jadi caca marba. Orang ini serang orang itu. Semua serang sama sendiri. UMNO tak payah nak usaha banyak pun – kerajaan Selangor dah jadi kacau bilau. Memang menyedihkan. Ada yang mengundi PKR di PRU yang lalu – dah mula keluar ayat carut. Siapa nak jawab???

Continue Reading Mei 24, 2010 at 11:52 am 6 comments

The U.S. is silent on Anwar’s S-2 Trial

Dah mula ada blogger pembangkang yang risau dan serba salah apabila Amerika nampak senyap dalam isu LIWAT Anwar kali ini. Mereka dah mula rasa terbeban dengan ‘usaha’ yang tidak kesampaian untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar tidak bersalah. Kalaupun tak menang di dalam perang ‘persepsi’ dalam Negara; mereka betul-betul mengharapkan Amerika akan membantu proses mempertahan Anwar dalam kes LIWAT. Sayang, tidak kesampaian.

Din Merican, seorang blogger yang simpati kepada Anwar nampaknya dah mula kelam kabut. Mahunya tidak. Semua media antarabangsa mula nak ketepikan Anwar. Malahan, ada yang dah mula mempersoalkan bagaimana OBAMA begitu teruja dan lebih suka dengan sikap dan kemampuan Najib mengamalkan diplomasi.

Anwar dah jadi cerita semalam dalam media antarabangsa. Dengan serangan terhadap APCO dan Israel; Anwar dah hilang ramai kawan di pentas antarabangsa. Yang tinggal? Hanyalah RPK di London. Itupun suam-suam kuku. RPK tidak ada ‘kredibiliti’. Masih terikat dengan kontrak Kalimullah. Nak tolong Anwar pun – separuh hati.

Penulis nak kongsi satu artikel yang dikeluarkan di dalam Washington Post. Buat tatapan, bagaimana masyarakat media antarabangsa pun tengah mencari-cari sebab mengapa seorang yang pernah menjadi ‘ratu hati’ kepada Amerika – kali ini ditinggalkan sendirian dan tidak bermaya. Ini kiranya artikel meraih simpati.

A TRIAL that could determine whether one of Asia’s fast-developing countries evolves into a democracy has been making lurid headlines this month around the region. Anwar Ibrahim, the opposition leader in Malaysia and one of the foremost advocates of political freedom in the Muslim world, stands accused of consensual homosexual sodomy, which in his country is a crime punishable by up to 20 years in prison. That Mr. Anwar would be prosecuted on this charge is itself a human rights violation. But the testimony in the case is also revealing a blatant abuse of power by a man the Obama Aministration has been courting: Prime Minister Najib Abdul Razak.

Mr. Anwar, a 62-year-old married father of six, heads an Opposition coalition that for the past two years has been chipping away at the quasi-authoritarian regime that has governed Malaysia since independence in 1957. He has a chance of defeating Mr. Najib in the next general election — and transforming the country. So it’s been more than a little suspicious to see the testimony of his chief accuser, a 25-year-old man who claims that he had sex with Mr. Anwar in June 2008.

Two days before the alleged encounter, the man said, he met with Mr. Najib; the next day he phoned the national police chief. Before filing his complaint, he consulted with a close friend of Mr. Najib’s wife. When the accuser finally stepped forward, two days after the supposed sex, doctors could find no evidence of sodomy.

Mr. Anwar has been in this situation before. In 1998, when his reformist ideas challenged then-Prime Minister Mahathir Mohamad, he was prosecuted on sodomy charges and imprisoned for six years — until a court ruled that the testimony against him had been coerced. Since then he has become a leading advocate of democratic reform as an antidote to Islamic extremism. The success of his multi-ethnic coalition could decisively push Malaysia into the democratic camp with neighboring Indonesia at a time when China’s authoritarian system threatens to become a regional model.

In short, Mr. Anwar is a natural ally of the United States — which is why it is odd that the Obama Administration has all but ignored his case. While the previous sodomy conviction was condemned by senior Clinton administration officials, including Vice President Al Gore, the State Department has said nothing publicly about this trial.

Nor did the White House mention it when President Obama met with Mr. Najib in Washington last month — an event hailed by Kuala Lumpur’s pro-government press as a U.S. endorsement. In fact, the administration seems to find Mr. Najib useful; he’s been helpful on issues such as nuclear proliferation, Iran and Afghanistan. But failing to protest his ugly persecution of Mr. Anwar is both shameful and shortsighted.

Rasanya, ini bukan soal ‘shameful and shortsighted’. Kalau berlaku sekali; orang percayalah konspirasi. Kalau berlaku dua kali – orang anggap dah lain.

Obama tidak perlukan Anwar ketika ini. Rugi. Liabiliti. Walaupun mungkin berpengaruh – Anwar pembangkang. Apatah lagi ada kes LIWAT dan sebagainya. Aung San Suu Kyii tak ada kes lesbianisme. Tidak ada masalah dengan pembantu peribadinya. Tak ada pergi Hong Kong dan Singapura. Tak ada nak bagi baju oroginal GUCCI kepada pembantunya. Mandela pun sama. Tak ada kes LIWAT pegawai peribadinya. So, tak payahlah Anwar nak samakan dia dengan Aung San Suu Kyii dan Mandela. Jauh panggang daripada api.

Din Merican buang masa sahaja pertahankan Anwar. Buang masa. Politik Anwar dah berlalu. Kalau didapati bersalah – jawabnya, habislah PKR. Hancur.

Continue Reading Mei 21, 2010 at 2:08 am 18 comments

PKR dah jadi Parti Gangster?

Kawan penulis, seorang ahli PKR Ampang Jaya jadi marah dan geram bila membaca berita bagaimana seorang YB ‘Betina’ (maaf, penulis pakai ayat sebenar yang diceritakan) sibuk nak bagi amaran supaya orang PKR keluar; jika tak faham perjuangan parti dalam tempoh SEBULAN. Kawan penulis cuma rasa tak sedap – apahal pula seorang yang berjatawan hanya sebagai ‘Election Director’ boleh bagi arahan sedemikian. Bukankah elok, kalau perkara dasar dan penting itu diperkatakan oleh SETIAUSAHA AGUNG.

Susah nak agak dalam PKR ni. Memang ada Perlembagaan – tapi Perlembagaan PKR ini akhirnya akan disalahguna oleh ‘Circle Segambut’. Ini circle dalaman parti. Mesyuarat Biro Politik PKR pun tak berapa nak hebat macam ‘circle’ ini. Segalanya ditentukan di sini. Benda dalam mahkamah; luar mahkamah; dalam kain; luar kain; tepian kain PKR semuanya diselesaikan di dalam kumpulan yang kecil ini. Siapa anggotanya? Mereka dan keluarga mereka sahaja.

Izzah sebenarnya ramai juga di kalangan pimpinan kanan yang tak berapa nak gemar. Masih nampak kebudak-budakan. Walaupun mengalahkan Shahrizat; kematangan Izzah belum sampai lagi. Not there yet, bak kata Syed Husin waktu minum dengan kawan-kawan di Bangsar Village kelmarin. Syed Husin sebenarnya risau dengan kedudukan PKR selepas isu liwat nanti. Kalau Anwar bebas – ok. Kalau sangkut? Nak kembalikan semula parti kepada Kak Wan macam tak berapa nak kena. Kak Wan dah nampak terlalu lembik nak membawa PKR ke level yang lain.

Arahan untuk keluar dalam tempoh sebulan ini macam ada yang tak kena. Orang yang umumkan dah tak kena. Arahan pun macam gangster nak menghalau orang mabuk keluar daripada disko sahaja. Benarkah datang daripada pimpinan; atau si ‘Betina’ diarahkan oleh ‘Circle Segambut’ untuk berbuat demikian.

Dalam PKR banyak ‘towkey’ dan pemimpin. Pengikut kurang. PKR memang tidak sangat bergantung kepada ‘membership’ (keahlian); tetapi lebih kepada mereka yang ‘bersimpati’ (sympathizers). Soalnya, dengan segala macam masalah sekarang – masihkah ada yang bersimpati?

PKR kena sedar bahawa ‘langit politik’ tidak selalunya cerah. Apatah lagi kalau dipimpin oleh orang yang tak tahu nak mendahulukan parti; daripada nafsu serakah diri sendiri. Dah dinasihatkan; tapi tak mahu dengar. Menjawab la akhirnya.

Seperti yang di ‘tweet’ oleh Anwar Ibrahim – Biro Politik PKR tengok banyak perkara; antaranya – kedudukan PKR sekarang (ramai yang dah lompat) dan isu di Selangor. Anwar tahu, bahawa jumlah yang simpati makin kurang. Jumlah yang nak bagi ‘mati’ ramai.

Continue Reading Mei 19, 2010 at 4:25 pm 10 comments

RPK dan Kemenangan Tipis DAP

Kalau sesiapa yang selalu mengikuti Malaysia Today; sejak beberapa bulan dahulu memang RPK jarang memperkatakan apapun sahaja tentang Anwar. Apapun nak jadi dengan Anwar – RPK macam tak berapa peduli. Fokus kepada PM dan Rosmah Mansor. Mungkin itulah agaknya KPI yang diberikan pun. Serang Najib. Sebab, paymaster RPK pun memang dah lama dendam dengan Najib. Kalimullah kalau sebut nama Najib, terus sambung togok 4-5 botol. Memang benci sungguh.

Jadinya, dalam pada nak menyerang Najib; RPK memang dah lama tinggal Anwar. Tak peduli langsung. Nak tergolek ke. Nak jadi apapun; RPK tak berapa nak kisah. Dia peduli apa – sebab Anwar memang kurang ‘menyumbang’ kepada akaun banknya di London. Kalau Kali – RPK akan terus melompat dan sembah kaki. Mana boleh tak layan. Orang yang menanggung hidup kita di kota mewah. Mestilah RPK sayang kepada Kali.

Tapi sejak akhir-akhir ini, Kali sudah memberikan arahan baru kepada RPK. Mesti membantu Anwar dengan apa juga cara. Tak boleh tidak. Anwar sendiri ada ke London dan bertemu dengan RPK. Kena bincang ‘terms and conditions’. Pertemuan di Hotel sekitar Park Lane itu tak berlaku lama. 45 minit. Anwar ada. Kali ada. RPK pun ada. Semua terms and conditions dah dipersetujui. Sebagai ‘bloggers utama; penyerang tahap Didier Drogba’; RPK kenakan ‘fees’ yang agak tinggi. Anwar setuju. Namun dibayar melalui ‘third party account’; bukan akaun Anwar. Done. Kali setuju. Bottom line: lanyak Najib dan Rosmah. Dalam masa yang sama, berikan ‘credit’ dan bantuan kepada legal team Anwar.

Sebab itulah, kalau kita perhati – dua tiga minggu ini, Malaysia Today jadi totok kepada Anwar. Segala cerita tentang dalam mahkamah, Malaysia Today nak cover sama. Yang kelakar, RPK bukannya ada di sini pun. Semua dapat laporan daripada dua-tiga budak wartawan yang nak duit lebih. Oklah tu. Janji semua orang happy.

Maka, serangan tiga penjuru KALI-ANWAR-RPK pun menjadi satu gandingan yang mantap dan padu. Dalam masa yang sama, sekali sekala ‘report’ diberikan kepada mereka yang berkepentingan dalam kerajaan. Adalah dua tiga orang pemimpin UMNO yang masih menganggap Anwar sebagai ‘idola lama’. Nak kecam pun tak berapa nak berani. So, tolong beri maklumat kepada Kali dan Anwar. Adalah…tak perlu sebut nama.

RPK sebenarnya tak minat nak tahu samada kes sodomi benar-benar jadi atau tidak. Sebagai Mat Saleh Celup, ‘garis moral’ RPK tak macam orang lain. Very open and liberal. So what if you gay and homosex? So what if you sodomized your staff? So what if you cheated your wife, kids and the whole nation? Yang penting, akaun bank RPK penuh dan mantap. Itu sahaja.

Sibu: Kemenangan Tipis DAP

Tak ada apa yang perlu DAP terlalu banggakan dengan kemenangan di Sibu. Mereka pun cemas sebenarnya. DAP sendiri tahu dan maklum, mereka menang betul-betul nasib. Kalau tidak. Tersungkur juga DAP di Sibu.

Tapi satu perkara yang mesti Pakatan Rakyat tahu dan kaji; kemenangan DAP kerana jentera yang mantap. Jentera yang tak gila duit. Jentera yang tak ‘tanam’ kawan sendiri kerana ringgit dan sen. Antara yang paling KAGUM dengan jentera DAP adalah Zaid Ibrahim. Zaid mengalami mimpi ngeri sewaktu menjadi calon di Hulu Selangor. Ramai di kalangan circle Zaid Ibrahim mengatakan bahawa Zaid habis hampir RM7 juta di Hulu Selangor. Banyak tu. Tapi, sebagai bakal Presiden PKR – Zaid menganggap itu semua modal yang murah.

Zaid di dalam ‘twitter’ mengakui bahawa jentera DAP luar biasa kuat dan komited. Luar biasa. Zaid diajar tentang konsep ‘perjuangan’ sebenar oleh orang DAP. Kagum dibuatnya.

Zaid banyak kali mengatakan kepada kawan-kawan PKR; kalau PKR nak kuat – kena gali dan cari sumber kekuatan DAP. Bukannya duit. Semangat dan idealisme. Duit tak berapa banyak. Tetapi semangat itulah yang tak ada dalam kawan-kawan PKR.

Continue Reading Mei 17, 2010 at 2:45 pm 35 comments

Berapa Kali Nak Tunjuk???

Menurut maklumat seorang peguam Anwar sendiri – melahirkan rasa kesal kerana Hakim tidak membenarkan Saiful menonggeng buat kali kedua di dalam mahkamah semalam. Soalnya, dah berapa kali menonggeng. Karpal nak suruh tunjuk contoh – macamana Saiful menonggeng. Tapi Saiful dah buat sebelum ini. Untuk apa menonggeng lagi untuk Karpal dan Sankaran. Buang masa. Hakim buat keputusan tepat untuk tidak membenarkan Saiful menonggeng lagi di dalam mahkamah.

Dalam pada berusaha untuk membuat laporan, Saiful tidak pergi terus pada hari kejadian. Karpal jangan ingat kes ini mudah dan ringkas. Ini bukan kes ragut. Ini bukan kes raba punggung. Ini bukan kes raba payu dara. Nak bawa seorang yang bernama besar seperti Anwar ke muka pengadilan adalah perkara yang sangat serius. Banyak implikasi. Karpal sengaja memanggil semua nama yang Saiful sebut untuk ke mahkamah. Dato’ Mumtaz, Khairil Anas, Ezam Md Nor.

Dato’ Mumtaz adalah bakal ibu mertua Saiful. Bakal ibu mertua. Maknanya, ibu kepada tunangan Saiful. Mudah untuk ceritakan kepada ibu mertua bahawa anda sudah diliwat? Nak beritahu mak mertua bahawa anda sakit di bahagian sulit pun belum tentu buat. Maka, Saiful ini seorang yang sangat terbuka. Dia sudah tidak ada ibu. Kalau ada arwah ibu, sudah pasti Saiful adukan kepada ibunya dahulu. Rapatnya Saiful dengan Dato’ Mumtaz adalah atas hubungan ‘bakal keluarga’. Soal Mumtaz rapat dengan Rosmah itu soal lain. Itu soal kerja.

Khairil Anas rakan Saiful juga. Kebetulan dia kerja dengan PM. Apa yang nak dikata. Itu pun satu kelebihan Saiful. Haji Khairil Anas ini intelektual orangnya. Bukan mudah nak percaya orang. Sudah pasti, sebelum daripada ini Anwar pun guna Saiful nak dapat maklumat pejabat PM. Biasalah kan, Sun Tzu kata – you need to know your enemy. Standard lah tu.

Ezam adalah orang kepercayaan lama Anwar. Rakan kanan. Anggota penting gerakan reformasi sejak awal. Kaki balun. Anwar gunakan Ezam bagai nak gila. Ezam lah orang yang digunapakai untuk menyerang kerajaan. Orang Anwar juga. Bukan orang PM.

Saiful sudah nyatakan secara jelas bagaimana kejadian berlaku. KY Jelly. Permaidani. Siapa masuk bilik dahulu. Karipap Daging. Tazkirah Anwar selepas dia meliwat. Bayangkan, seperti yang diterangkan peguam Anwar – Anwar boleh beri tazkirah selepas liwat. Pasal solat dan menjadi muslim yang baik. Hipokrasi Anwar ini sudah masuk tahap gila. Kalah orang yang menggelar dirinya Nabi – waima ajaran sesat sekalipun.

Bagaimana seorang yang baru sahaja memasukkan zakarnya ke dubur manusia lain – sanggup lagi beri tazkirah mengenai solat kepada mangsa. Inilah hipokrasi tahap tertinggi Anwar Ibrahim. Maknanya, kalau itu boleh dilakukan – tak mustahil Anwar boleh gunakan fatwa untuk kepentingan diri.

Semalam, sempat penulis menemui perwakilan asing di bangunan mahkamah. Mereka nyata kecewa sebab perbicaraan dilakukan ‘in camera’. Mereka rasa tak patut Anwar dan team guamannya buat begitu. Mereka bandingkan perbicaraan di negara mereka. Buka semua. Penulis hanya diam.

31 Mei akan menjadi hari di mana pendakwa akan menyoalbalas saiful. Setakat ini, Karpal GAGAL sama sekali meletakkan ‘doubt’ dan prasangka kepada kes ini. GAGAL. Anwar pun tahu dan faham dengan keadaan itu. Cerita Saiful jelas dan terperinci. Karpal adalah mendedahkan beberapa sms Saiful kepada kakitangan PKR. Karpal tengah fikir samada bersedia nak mendedahkan sms Saiful kepada Anwar. Ada juga sms. Pasukan pendakwa pun ada sms juga. Sms pujuk rayu. Sms rayu. Sms berterima kasih. ‘Thanks, you were great. Tight like a virgin’ – boleh sahaja pendakwa dedahkan. Soalnya, rela ke Anwar nak dengar bahasa ‘mengayat dubur’ nanti. Takut Kak Wan berlari keluar mahkamah teresak-esak. Takut Izzah menangis seminggu. Takut Nuha cederakan diri sendiri.

Pendakwa masih ada ‘belas kasihan’ dengan keluarga Anwar. Kalau nak ‘togelkan’ semua – Anwar patut lari ke Amerika dan berdiam diri. Kasihan. Hancur luluh kepercayaan warga PKR kalau didedahkan. Betapa, seorang homoseksual sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan ‘dubur’.

Kita tunggu 31hb Mei. Kalau Karpal main kasar dengan sms – pendakwa pun patut bagi tahu mahkamah beberapa sms yang memujuk Saiful. Sms yang menerangkan bagaimana rindunya ‘adik’ Anwar kepada ‘barang’ Saiful. Takut nak membacanya. Nak muntah pun ada.

Anwar kena akui – inilah ‘penyakit’ yang ada padanya. Anwar bijak. Anwar pandai. Anwar geliga. Anwar bijaksana. Tetapi ‘adik’ Anwar tidak bijak dan cerdik seperti otaknya. ‘Adik’ ada sedikit di luar kawalan….

Continue Reading Mei 14, 2010 at 10:04 am 31 comments

Karpal Mem-‘bull shit’ Lagi

Ramai wartawan yang mengeluh dengan perangai guaman Karpal hari ini. Setelah ‘KONONNYA’ mungkin mendapat kemenangan petang semalam; dengan usul bahawa percanggahan kenyataan dan dakwaan; team guaman Anwar melangkah masuk mahkamah dengan yakin.

Azmin hadir hari ini. Kalau semalam MB Selangor hadir; hari ini Azmin. Nampaknya, kes projek Datum Jelatek (projek PKNS berjumlah RM1.2 bilion) masih belum selesai. Azmin masih tak boleh bertemu mata dengan MB. Hati panas.

Azmin berkongsi cerita tentang kemenangan Conservatives di UK. Anwar happy. Nasib baik kita jumpa dia hari itu, kata Anwar kepada Kak Wan.

Hakim masuk sekitar jam 0915 am. Team legal Anwar nampak yakin. Mereka percaya ada peluang tutup kes. Padahal yang mereka bisingkan itu perkara yang sangat ‘trivial’ dan kurang utama.

Hakim membuat keputusan – dengan alasan guaman yang mantap. Karpal terpaku. Terdiam. Kemudian Karpal suarakan kemungkinan nak tangguh kes, sementara merayu keputusan di mahkamah lebih tinggi.

Ramai wartawan mendengus. Kecewa. Perwakilan asing juga bercakap sesama sendiri. Seorang wanita wakil kedutaan USA; geleng kepala. Pun kecewa. Banyak kali nak tangguh.

Hakim tak benarkan. Sidang diteruskan. Saiful masuk ke kandang saksi. Karpal gertak sejak awal. Terbalikkan soalan. Meninggikan suara. Lompat ke soalan yang tidak ada kena mengena. Ini rupanya taktik ‘bull-shitting’ Karpal. Memang membosankan.

Strategi Karpal hari ini adalah wujudkan ‘atmosphere’ bahawa PM dan Isteri terlibat. PM tidak mengarahkan apa-apa; kecuali menyerahkan kepada Saiful untuk membuat keputusan. Sudahnya, gagal lagi.

Saiful luar biasa berani hari ini. Dia jawab tenang. Perincian tepat. Sampai Karpal sendiri tak tahu ruang mana lagi nak tanya. Sudahnya Karpal minta rehat makan tengahari. Pukul 12! Awal lagi!

Nampaknya Karpal memang pening dan semakin hilang punca. Sementara Saiful mampu tersenyum dengan gelagat Saiful. Siapa yang tenggelam punca? Kalau Karpal ingat dia boleh ‘rendam’ Saiful – silap besar.

Waktu Karpal minta tangguh – Saiful dengan berani cakap; ‘berapa lama lagi nak tangguh? Dah 2 tahun!

Karpal tak berani cakap apa. Sankaran senyap. Demikianlah beraninya Saiful berhadapan dengan Karpal Singh. Langsung tak takut!

Mahkamah sambung jam 2.30 pm ini. Kita tunggu apa lagi Karpal nak ‘bull shit’.

Continue Reading Mei 12, 2010 at 3:06 pm 45 comments

Anal Sex atau Sodomi? Tapi MASUK tetap MASUK.

Ramai juga yang keliru di dalam mahkamah hari ini – takkanlah setelah sekian lama menyusun bahan kes, memastikan segalanya berada di dalam keadaan yang baik; pihak pendakwaraya boleh terlepas pandang bahawa tidak ada ‘keselarian’ antara pertuduhan dan laporan Saiful kepada pihak Polis. Menuruti pengalaman Dato’ Yusof dan pasukan pendakwaraya; itu adalah sesuatu yang sangat ‘remote’ dan hampir mustahil.

Tuan/Puan perlu sedar bahawa di dalam mahkamah – pihak pendakwaraya telahpun memberikan hujah bahawa ‘soal sukarela atau paksa’ itu adalah perkara yang tidak perlu sangat dipertikai. Yang mahu dibuktikan oleh pendakwaraya, ‘barang baik’ DSAI masuk ke dubur Saiful Bukhari. Noktah. Kalau itu dapat dibuktikan; ia akan membawa makna dua makna sahaja – bahawa DSAI adalah seorang homoseksual tegar; ataupun seorang majikan yang sanggup ‘merogol’ anak buahnya. Kalau Saiful boleh kena; apakah selama ini sesiapa sahaja ‘jambu’ yang bekerja di dalam kem Anwar juga pernah mendapat layanan ‘anal sex’? Bezanya, adalah samada ianya dilakukan secara sukarela atau paksa. Ataupun pada mulanya paksaan; tetapi apabila sampai ke peringkat ‘sedap’ di dalam hubungan tersebut – maka, dengan relanya lah dubur itu disondol oleh DSAI.

Memangnya Anwar happy dan seronok hari ini. Selepas sahaja Hakim menangguhkan mahkamah; Anwar pantas mendapatkan Sankaran dan Karpal; bersalaman sambil ketawa besar kononnya dengan ‘KESILAPAN’ yang dilakukan oleh pendakwaraya. Anwar ketawa terbahak-bahak – membayangkan bahawa kes sodomi ini tidak tepat; yang tepat adalah ‘anal sex’. Maknanya, Anwar memang melakukan LIWAT? Tetapi secara sukarela.

Kalau benar dilakukan secara ‘non consensual’, secara paksa – maka 377C lebih wajar dikenakan kepada Anwar. Mengapa agaknya pihak AG menggunakan 377B? Ini bagi membuktikan bahawa kejadian ini sudah berlaku sekian lama. Bukan once off. Ayat, ‘Can I Fuck YOU Today’ itu dah macam biasa sangat dengar.

Anwar lupa satu perkara, beza B dan C – itu akan mendatankan malapetaka ‘public relations’ yang besar kepada dirinya. Malapetaka nya adalah, Anwar dan kumpulan peguamnya mengakui bahawa ‘seks luar tabie’, Anwar dan Saiful dilakukan secara ‘consensual’; bukan paksaan. Maknanya, Anwar memang seorang homoseks tegar. Ini adalah imperatif dan nilaian pandangan yang ada. Makanya, tukar B ke C; tidak mendatangkan makna apa-apa kecuali mengesahkan ‘orientasi seksual’ seorang yang bernama Anwar Ibrahim.

‘Homosexual’, ‘gay’, ‘lesbian’, ‘straight’ – what do they mean?

The term ‘homosexual’ is not nowadays sex specific. It was first used by Victorian scientists who regarded same-sex attraction and sexual behaviour as symptoms of mental disorders or moral deficiency.1 Homosexual men and women decided to use the term ‘gay’ in order to distance themselves from being labelled as somehow abnormal or ill. In fact, some people find the term ‘homosexual’ insulting and abusive and object to its use.

Generally, the terms ‘gay’ and ‘lesbian’ are seen as being less laden with negative implications than ‘homosexual’. The term ‘gay’ is used to describe both homosexual men and lesbian women but has become particularly associated with homosexual men. Its derivation is unclear but may come from the nineteenth century French slang for a homosexual man ‘gaie’. Throughout the last century it has been used as a sort of code word between homosexual men.
How do you define homosexuality?

Although it would appear to be simple, on closer examination defining homosexuality is more complex. Young people writing to magazine problem pages seem to define homosexuality using three criteria:

* having sexual feelings towards other people of the same sex
* sexual behaviour with people of the same sex
* and describing oneself as homosexual (identity)

It can be helpful to think of these elements of a person’s sexuality in a visual way. It is possible to conceive of sexual feelings, identity and behaviour as three circles which overlap to varying degrees depending on the individual.

377B atau 377C TIDAK PENTING pada ketika ini – selain daripada membuktikan bahawa ‘barang baik’ Anwar sudah berada di dalam dubur Saiful; samada air mani tersebut direlakan dipancut di celahan situ; atau dipaksa sudah tidak lagi penting.

Anwar kena memikirkan implikasi PR kepada apa yang berlaku di mahkamah tadi. Anwar mungkin BUKAN seorang ‘SODOMIST’; tetapi CONFIRM seorang GAY (gaie, dalam bahasa Perancis) dalam istilah sebenar.

Memang kurang enak untuk difikirkan – tapi itulah hakikatnya. Sesetengah orang lebih rela digelar GAY daripada SODOMIST. Tak gitu Pak Sheikh?

Continue Reading Mei 11, 2010 at 12:06 pm 14 comments

Kiriman Terdahulu


Mei 2010
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Capaian Umum

  • 75,348,285 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Aidc Club

  • Anwar Tunjuk Garang Depan Duta Asing
    Kenapa Anwar garang? Sebab dia nak tunjuk kepada kedutaan asing..terutamanya Australia (base Amerika di Asia) yang dia masih hebat berpidato..masih ramai yang terpengaruh dengan retorik2nya.. Kenapa anwar tunjuk hebat ‘retorik’? Sebab itulah skill yang dia ada..retorik semata2..janji sana…janji sini..sekarang janji Dayak baru pula…semuanya tabur janji saja.. […]

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mohd Saiful Bukhari

  • TRUMP, "THE MOVEMENT", dan Kerajaan Malaysia pada 2050
    President Donald J. Trump. 45th President of The United States Sempat menonton dan membaca teks ucapan,  Presiden Donald J. Trump sebentar tadi. Ia satu ucapan yang sangat berani dan hebat! Beliau dengan bangga meraikan kejayaan "Movement" beliau dalam menumbangkan Institusi Politik Amerika yang beliau gelar "The Establishment", iaitu kel […]

RSS Nasionalis 1946

  • Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
    Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu ‘bun-ya-nun-marsus’ yakni bangunan yang tersusun kukuh’.Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya :‘Sesuatu yang benar dan hak namun tidak te […]

RSS The Unspinners

  • Adakah Destini Berhad Menjadi Ali Baba Untuk China Kuasai KTMB?
    Kesatuan Perkerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) telah membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat usahasama antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Destini Berhad.Baca di sini :https://ismaweb.net/2021/03/03/kesatuan-mahu-sprm-siasat-kelulusan-usaha-sama-antara-destini-ktmb/Ianya adalah ekoran dari pengum […]

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Politik Malaysia

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!     Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)     Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm 2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Merek […]

RSS Politik MAS

  • SMS Fitnah Dan Hasutan
    1. Maklumat risikan, PR akan menang 126 kerusi, BN cuba tipu dgn undi warga asing.Tahankan pusat undi utk pastikan rakyat menang. UNDI PERUBAHAN. ABU!     Sender: +447797990997 (UK, JERSEY TELECOM)     Message centre: +447797706027     Sent: 4-May-2013  Time: 02:16:32 pm 2. Berita baik 50%-70% Tentera/Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Merek […]

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Lydia USM

  • Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...?
    Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo..... Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Memang muda, baru 25 tahun! Tapi yang tak bestnyer, ada pulak sorang ahli cawangan Umno yang mengaku dirinya dari Cawangan Taman Tasik Tambahan buat Akaun Bersumpah.... Dia kata sebagai Ketua Bahagian Umno, Datuk […]

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Musram Rakuman

  • CATUAN AIR KAWASAN KOTA KINABALU DIJANGKA BERPANJANGAN
    SELAIN sumber air, terhadnya pusat rawatan air, permintaan melebihi kapasiti pusat rawatan sedia ada, juga kecuarian air daripada kawasan setinggan, akan terus menyumbang berpanjangannya catuan air di kawasan Kota Kinabalu. Menurut laporan, yang memetik Menteri Kerja Raya Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya, selagi empangan Papar, dan Benoni Tenom tidak siap, ma […]

RSS Malaysian Hotest Blog

  • Garlic Grater Malaysia – The Ultimate Kitchen Tool You Need!
    Garlic is one of the most commonly used ingredients in Malaysian cuisine. It adds a unique flavor to dishes and has many health benefits. However, chopping garlic can be time-consuming and tedious. This is where a garlic grater and cutter Malaysia can come in handy. In this article, we will discuss how this tool works, […] The post Garlic Grater Malaysia – T […]

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Apa yang Tersurat

  • CATUAN AIR KAWASAN KOTA KINABALU DIJANGKA BERPANJANGAN
    SELAIN sumber air, terhadnya pusat rawatan air, permintaan melebihi kapasiti pusat rawatan sedia ada, juga kecuarian air daripada kawasan setinggan, akan terus menyumbang berpanjangannya catuan air di kawasan Kota Kinabalu. Menurut laporan, yang memetik Menteri Kerja Raya Sabah- Datuk Ir Shahelmey Yahya, selagi empangan Papar, dan Benoni Tenom tidak siap, ma […]

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS My Blog Hub

  • Garlic Grater Malaysia – The Ultimate Kitchen Tool You Need!
    Garlic is one of the most commonly used ingredients in Malaysian cuisine. It adds a unique flavor to dishes and has many health benefits. However, chopping garlic can be time-consuming and tedious. This is where a garlic grater and cutter Malaysia can come in handy. In this article, we will discuss how this tool works, […] The post Garlic Grater Malaysia – T […]

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran. Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr […]

RSS Reformasin

  • SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras. Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak y […]

RSS Ahmad Zaki

  • Matahari & Bulan sebenarnya mengelilingi Bumi
    Oleh : Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin Dalil-dalil syariat secara lahir mengatakan bahwa matahari mengelilingi bumi, sehingga perputarannya itu menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam di muka bumi. Kita tidak bisa membantah makna lahir dari dalil-dalil tersebut kecuali dengan dalil yang lebih kuat, yang memungkinkan kita, menakwilkannya deng […]

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Mulut Melayu Realiti

  • Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina
    Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yang menjadi tajuk fokus majalah Al Islam yang sedang berada di pasaran. Beberapa orang memberitahu penulis melalui e-mel, surat dan telefon serta orang tengah bahawa mereka membantah penulis menyiarkan fatwa Dr […]

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS DUN Semarang

  • Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..
    Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu.. Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam.. DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada […]

Paling Popular

  • Tiada