Pemerhatian Bicara Hari ini…
Mei 10, 2010 at 3:14 pm 1 komen
Kita kena akui, Karpal ada advantage dan menang sikit dalam sidang bicara hari ini. Bila masuk laporan perubatan PUSRAWI. Bila masuk laporan perubatan ‘awal’ HKL – Karpal memang boleh senyum. Malahan Anwar dalam kandang tertuduh seronok bersalaman dengan para hadirin yang hadir – seolah dia sudah menang kes sodomi ini. YB Yusmadi menjadi antara orang yang ditugaskan merapati perwakilan asing dalam memberikan penjelasan mengenai perjalanan kes.
Satu perkara yang Tuan/Puan kena tahu dan hargai: apa yang berlaku pagi tadi membuktikan bahawa Saiful tidak dilatih, di train, di coach untuk menjawab soalan di dalam mahkamah. Semuanya datang daripada dalam pemikiran dan hati Saiful sendiri. Dia tidak gagap. Dia tidak melarikan mata daripada Karpal. Malahan dalam banyak insiden pagi tadi, Saiful berani menyoalbalas Karpal dengan bersahaja.
Saiful tidak goyah. Tidak takut dengan gertakan Karpal daripada mula sampai habis. Dia pandang Karpal. Tidak sekalipun melihat kepada pihak pendakwa – cuma sekali sekala memandang ke arah Hakim untuk memberikan jawapan.
Sebagai orang yang belajar ‘body language’; siapapun dapat mengagak bahawa Saiful bercakap benar dan ikhlas dari hati. Sewaktu ditekan Karpal untuk bersetuju bahawa Doktor PUSRAWI menipu dan berbohong; Saiful bersetuju. Kalau menjalani ‘coaching’ yang lengkap; Saiful boleh sahaja berkata ‘tiada komen’, ‘tidak tahu’, ataupun ‘entah’. Saiful boleh jawab begitu kalau ‘asasnya’ adalah konspirasi. Ini tidak, Saiful secara tenang menjawab bahawa kenyataan tersebut ‘TIDAK BENAR’ – yang pastinya juga disamakan dengan berbohong atau tipu.
Kita kena ingat, Dr Osman bertugas di RISEAP agak lama. Brother Anwar adalah juga seorang ‘Supreme Council’ kepada RISEAP buat sekian lama. Makanya, sebagai menolong kawan – tidak salah untuk Dr Osman melakukan apa yang dia lakukan.
Saiful hari ini adalah seorang anak muda biasa yang tidak gagap dalam berhadapan dengan Karpal. Malahan, dalam banyak ketika – Karpal yang jadi serba salah dan susah nak mengemukakan persoalan – kerana semua jawapan diberikan dengan ‘candid’ – tanpa sebarang ‘hesitation’ dan tempoh berfikir.
Esok Karpal ada peluang lagi untuk ‘grill’ Saiful. Moga kebenaran akan terbukti. Apa yang penting, apa yang berlaku tadi membuktikan – semuanya dilakukan dengan telus dan terbuka.
Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Weakest Link in PR. Tags: Anwar Ibrahim, Gelagat Anwar, Saiful Bukhari, Sodomi II.
Kali Ini ‘KANADA’ Pula Datang Membantu Mahkamah 10 Mei – Sesi Pagi
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Ahmad Zack | Mei 11, 2010 at 5:41 pm
Kepal Karam akan cari jalan untuk tangguh & cari salah “teknikal”, kita tunggu hari perbicaraan seterusnya…