Anwar Bengang Dengan Hasanuddin…
Jun 5, 2010 at 9:31 pm 12 comments
Sekarang ini, di kalangan rakan-rakan baik Anwar di mahkamah; sibuk pasal kekesalan mereka pasal Hasanuddin. Mereka kecewa, seorang yang pernah Anwar ‘jaga, pelihara, bantu, tolong, naikkan, kayakan’ sudah mula nak berpaling tadah. Ramai yang kata Hasanuddin tak sedar diri. Naik kerana Anwar. Dibantu Anwar. Ditatang oleh Anwar, tetapi sekarang seakan nak melepaskan diri sendiri. Anwar dikatakan kesal kerana seorang yang dia sangat percaya; sudah mula nak membantu orang lain di dalam kes liwat ini. Hasanuddin penting. Dia adalah ‘kunci’ kebenaran kepada kes ini. Atas dunia lah. Nanti, kalau kata dia ‘kunci’, orang akan kata dah macam tak percaya kepada Allah SWT. Biasalah orang PKR….kalau bab Anwar, cukup sensitif.
Hasanuddin ini siapa? Siapapun dia, Hasanuddin dah jadi kaya zaman Anwar jadi TPM. Zaman Anwar jaga Kementerian Kewangan. Masa itu, Anwar beli jiwa orang, termasuk umat Melayu dengan ‘pink forms’ dan saham. Semua boleh dapat pink form. Ketua Cawangan cabuk pun boleh dapat ‘pink form’. Siapa pemula politik wang? Sendiri fikir.
Hasanuddin bekas staff Petronas. Berhenti kerja sebab dijanjikan Anwar dengan jalan pintas mendapat kekayaan. Terbukti. Memang Hasanuddin sukses dengan harta dunia. Ferrari ada 2. BMW berbaris. Mercedez lagi. Kereta paling cabuk pun Range Rover – buat pergi kebun di Perak. Memang kaya. Melayu yang sempat memperoleh kekayaan zaman Anwar berkuasa. Bukan pasal merit. Tapi pasal ‘connection’. Pasal cable.
Hasanuddin ada lima unit rumah di kondo yang didakwa meliwat Saiful. Kalau satu harga RM1.5 juta. Kira sendirilah. Ada 5. 2 unit didiami anak Hasanuddin. 1 sewa. Dan dua unit lagi memang dikhususkan untuk ‘ko-kurikulum’ Anwar Ibrahim. Ko kurikulum. Benda di luar politik. Kadang-kadang diskusi politik paling ‘rahsia’ pun akan dibawa ke kondo ini. Kenapa tak serik? Dulu masa di Tivoli Villa pun sama. Siapa tak kenal Anwar? Semua orang kenal. Kalau Anwar naik lif, orang takkan tak perasan. Mestilah perasan. So, memang cari penyakit. Tapi sebab tak serik – on jugalah.
Hasanuddin mengundang kebencian orang PKR. Benci nak mampos. Manakan tidak, Hasanuddin yang mendapat kekayaan pantas pun sudah pandai nak main gila dengan perjuangan Anwar. Dah Anwar kayakan; dah Anwar bagi segalanya – pun nak kencingkan Anwar. Bising orang PKR.
Ada yang kata, kita yang berarak sejak zaman Reformasi. Minum entah berapa gelen ‘air sabun’ FRU pun tak kaya macam Hasanuddin. Tiba-tiba, dia pula nak gulingkan Anwar.
Hakikatnya, Hasanuddin serba salah. Manakan tidak, memang petang itu Hasanuddin ada. Tapi dia keluar agak lama. Beli ‘karipap daging’ di Bangsar. Ada kedai yang memang Anwar suka. So, kira karipap daging kira makanan rasmilah di kondo itu. Memang ada ‘kekosongan masa’ yang cukup untuk berlaku insiden terlarang. Bukan kali pertama pun. Banyak kali. Tapi, dah terhutang budi – Hasanuddin diamkan sahaja.
Isteri Hasanuddin dah berapa kali nasihatkan dia – jangan biarkan Pak Sheikh buat ‘perangai’. Takut terkena lagi. Tapi dengan ‘modus operandi’ yang lebih kemas daripada Nalla; Hasanuddin yakin tidak akan ada apa yang berlaku. Walaupun pada awalnya, Hasanuddin memang tak suka dengan Saiful. Namun, disebabkan Saiful ‘pilihan’ Boss. Dia terpaksa terima. Maka, berlangsunglah insiden terlarang antara mereka.
Kita nak ingatkan rakan-rakan PKR; tak payahlah nak ugut Hasanuddin. Sabar pun ada hadnya. Kalau dah nak beransur tua, perangai lama masih tak berubah; orang pun benci. Hasanuddin wajar hadir di mahkam nanti; menjadi saksi utama kepada kes ini. Nak tengok samada – orang PKR boleh angkat muka atau tidak. Buat apa kerajaan nak beli Hasanuddin. Dia memang dah kaya. So, kalau dia buat kenyataan ‘against’ Anwar; pastilah kerana hati dan perasaannya sendiri.
Kalau dah tak ada tempat ‘ko kurikulum’; nampaknya kena puasalah Pak Sheikh…..sabar ya Pak Sheikh.
Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Kes Liwat, Reformasi PKR. Tags: Anwar Ibrahim, Gelagat Anwar, Hasanuddin, Sodomi II.
Karpal Cemas – Tiada Idea Nak Bangkang Anwar dan Retorik Anti Judi
12 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. osman patau | Jun 5, 2010 at 11:20 pm
kalau benar apa yang dikata bermakna satu peluru meriam telah hinggap dikepala anwar sipeliwat tegar ..
bermakna anwar semakin terdesak dan terhimpit , bemakna anwar semakin dibogelkan dalam mahkamah ,
padan muka , ini baru balasan dunia ..akhirat sdg menunggu ,
dan jgn lupa , himpunan saksi pendakwa menunggu giliran ..serang habis habisan ,
2. Yang Alim | Jun 6, 2010 at 11:48 am
Kita sama-sama tunggu dan lihat siapa kah yang akan menerima balasan akibat daripada fitnah dan dosa-dosa ….
3. tebangtebas | Jun 6, 2010 at 5:38 pm
Tentera Zionis penakut
http://tebangtebas.wordpress.com/
4. Anti Zionis | Jun 7, 2010 at 1:20 pm
Dunia Akhir zaman tunggu mase nk kiamat je…
Kiamat cuma akan berlaku kalau Yahudi kalah…
5. orang biasa | Jun 7, 2010 at 10:21 pm
Tapi BN gunakan Yahudi berkihdmat (APPCO)
6. Anaktokawang | Jun 8, 2010 at 9:15 pm
Lebih baik kita guna Yahudi … dari diperguna oleh Yahudi. Errr.. PC kau tak guna Intel processor ke?
7. orang biasa | Jun 8, 2010 at 11:56 pm
masalahnya guna yahudi secara langsung masuk perangkap yahudi.. tak paham ke?
8. puterasp | Jun 23, 2010 at 1:04 am
mudah aja, apa kata Syeikh Yusuf Qardawi, sesiapa yang terlibaT dalam fitnah sama ada merancang, menyokong, menng iyakan dan setuju dengan tuduhan ini , termasuk dalam golongan fasik dan munafik..yang ni bukan nik Aziz kata, tapi ketua ulama Dunia,,so nak percaya dekat blog ni, ikutla..terjunlan dengan labu2 dan lucai dalam neraka jahanam..
9. kokeh | Julai 12, 2010 at 7:05 pm
ckp kt org ,tuduh org mmng sedap…mcm mkn kari kepala ikan…tp ckp biar ade bukti…hayna TUHAn yg tahu…
10. aduka | Disember 15, 2010 at 2:57 am
kita maknusia tak baik bersangka buruk kalau belom nyata buruk nya ,menghina ,mengatakan sesaorang itu adalah sahabat syaitan.
banyak ustaz mengaku ulamk , dan banyak juga ulamak tercerumus dalam kancah penipuan yang tahu sesaorang itu ulama bukat dari zahirnya saja tapi dari batin juga , pada watak kata kata , serta tabiatnya
11. pening | Disember 15, 2010 at 3:09 am
a yang masuk neraka itu ulamak pas pasal selalu maki org. najib tak pernah aku dgr maki. org aku naik pelik ini ulamak ke main dalam semak. mana ada suka suka maki org , kalau tegur dia start lah surah itu lah , surah ini lah, nabi pin buat la , itu nabi bukan kau ,jgn mimpi kau sama dgn nabi , dah nyanyok ke , nik aziz harus bertaubat
12. Alam | Disember 28, 2010 at 2:49 pm
Salam pening,
politik politik jugak… tp adab kena ada bang… kalau dengan org tua dah biadap (ckp nyanyok) dengan mak ayah sendiri entah camana laa agaknya…
Nak tarbiyahkan sesama umat kena bijak bang bukan emosi…