Archive for Jun 9, 2010
Momentum Himpunan Rakyat: Untuk Siapa Sebenarnya?
Anwar memuji jentera PKR yang telah berjaya meng’hijacked’ himpunan anti Israel di Kedutaan Amerika menjadi himpunan ‘sokongan’ kepada Anwar Ibrahim. Ramai juga pimpinan NGOs yang melahirkan rasa tidak puas hati bahawa pada hakikatnya himpunan tersebut khusus untuk menyatakan bantahan ikhlas dan tidak ada niat politik yang serong. Yang nyata, himpunan tempohari mendatangkan senyum yang panjang buat Anwar. Yang penting momentum dan build up. Itulah juga yang Anwar mahukan sebagai persediaan untuk melakukan himpunan jalanan khusus dalam mempertahankannya dalam kes liwat di mahkamah nanti.
Di mahkamah, Anwar sebenarnya semakin risau dengan kedatangan awam yang semakin menurun. Barisan belakang mahkamah yang biasanya menjadi medan berebut kerusi antara penyokong dan wartawan dah semakin lengang. Adalah dua-tiga belas orang ‘hard core’ yang sentiasa mengikuti perjalanan mahkamah Anwar. Itu belum masuk tiga orang bomoh yang sentiasa dibawa ke dalam mahkamah. Alhamdulillah, setakat ini, perancangan dan mulut kumat kamit bomoh ‘import’ tidak mampu melakukan apa-apa terhadap kes. Semuanya berlangsung dengan aman dan tenteram.
Anwar melahirkan keperluan ‘demo jalanan’ dihidupkan semula. Isu Israel sudah lepas. Anwar mengharapkan kalangan ‘orang dalam’nya di parti PAS dapat meyakinkan pimpinan untuk meneruskan hasrat Himpunan 100,000 rakyat menentang judi. Himpunan ini lebih penting kata Anwar kepada AMK baru-baru ini. Ketua AMK diamanahkan untuk berbincang dengan Ustaz Tantawi PAS; berkenaan perkara ini. 100,000 – walaupun pada hakikatnya menentang judi; boleh juga ‘di hijacked’ dan dijadikan himpunan menentang keputusan mahkamah. Sesuai dengan ‘kebahlolan’ Hakim; Anwar mahu ini dijadikan momentum politik dirnya.
Selama ini, kehebatan Anwar bab menyusun himpunan rakyat ini memang terbukti. Apatah lagi kalau bab ‘menumpang’ dan mendapatkan mileage di atas hasil usaha orang lain. Ini semua memang kemampuan luarbiasa Anwar.
Anwar jangan selindung dengan maksud ‘belakang’ di sebalik usaha himpunan rakyat ini. Menarik rakyat dengan isu – memang menyeronokkan. Ini termasuklah isu PPSMI dan pilihanraya yang tidak BERSIH. Ini semua momentum. Kita kena puji, dengan momentum ini juga kerajaan hampir berehat lama dengan ‘gelombang’ sokongan rakyat. Namun, kali ini – masih ramai yang sangsi bahawa ianya mampu berlaku lagi.
Kali ini isu Judi, Yahudi akan dijadikan ‘fronting’ kepada isu liwat dan sodomi. Kalau mengikutkan survival politik – memang Anwar memerlukan strategi ini.
Soalnya, mahukah PAS dikudakan lagi oleh permainan politik Anwar? Apakah PAS mendapat keuntungan daripada siri demo jalanan dan protes ini? Apakah cukup dengan 35 % undi Melayu yang PAS peroleh – mampu pertahan Kedah dan Kelantan? Apakah isu judi ini mahu PAS ‘isbatkan’ (kaitkan) dengan sodomi. Di mana keperluannya?
PAS perlu berfikir panjang daripada terus dipermainkan oleh kepentingan politik orang lain. Muktamar PAS mesti digunakan sebagai medan membina kekuatan sendiri; dan bukannya ‘menjaja’ krisis moral orang lain. PAS tidak manis, tidak elok dikaitkan dengan cerita liwat dan sodomi ini. Bab ini pimpinan PAS kena jelas kepada ahli mereka.
Anwar bijak menumpang dan menyusun gerakan untuk ‘dividen politik’ dirinya sendiri. Yang tertinggal PAS juga. Maka, yang berteriak dan mengatakan bahawa mereka berjaya membawa ribuan rakyat adalah Anwar dan konco-konco PKR. Rakyat jangan silap, ‘judi, yahudi’ semuanya nak digunakan bagi menutup kes sebenar – ‘sodomi’. Tapi kalau sebut himpunan anti sodomi; jawabnya tak berapa kerat yang hadir. Ribuan lagi rakyat masih mengikuti kes dengan lebih terperinci. Memang masih ada yang menghidap ‘denial syndrome’; tapi biarkanlah. Tak rugi pun. Ada masa nanti, mereka akan tersedar daripada lena yang panjang. Katanya, sampai saksi ke-5 sahaja; pakar dan pasukan guaman Anwar akan sedikit longlai dengan pelbagai singkapan dan bukti yang lebih nyata. Bila sampai sini – sindrom penafian apa sekalipun tidak akan mampu menutup punca sebenar.
Rakyat kena buat keputusan; ‘judi, yahudi, sodomi’ adalah ‘pakej’ himpunan rakyat yang sedang Anwar dan konconya atur. Soal siapa ‘kudakan’ siapa; samada di dalam atau luar mahkamah – kita fikirlah sendiri….
Maklum Balas Pembaca