Archive for Jun 14, 2010
Anwarista Dalam PAS!
Anwar pasti menarik nafas lega dengan apa yang berlaku di Muktamar PAS kelmarin. Nampaknya, pengaruh Hadi dan Nasharuddin sudah benar-benar terbatas dan tidak mampu membuat keputusan sendiri lagi. Ironi, seorang Presiden sebuah parti Islam terpaksa tunduk kepada ‘under-current’ yang ada di dalam PAS. Daripada sudut kepimpinan, Hadi dan Nasharuddin sudah boleh dianggap sebagai pemimpin parti yang lumpuh. Tidak ada tulang belakang.
Cengkaman Anwar di dalam PAS memang sudah lama berakar. Apabila sahaja PAS menerima Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung parti tersebut; cengkaman Anwar menjadi semakin utuh dan kuat. Cukup kasihan, Hadi dan Nasharuddin yang mendapat amanat penuh perwakilan PAS terpakda tunduk kepada tekanan daripada luar. Anwar menggunakan kelompok-kelompok tertentu di dalam PAS bagi memberikan signal – jika Hadi dan Nasa masih lagi berkeras dengan isu ‘bergabung dengan UMNO’; Hadi akan terpaksa berhadapan persaingan Nik Aziz di dalam pemilihan parti akan datang. Hadi tahu, kalau bertanding dengan Nik Aziz – peluang dia nak menang akan terbatas. Mahunya tidak, Nik Aziz mempunyai ‘cengkaman spiritual’ di segenap akar PAS. Bukan mudah.
Makanya, lagu-lagu politik bahawa Anwar akan kekal nombor satu di dalam Pakatan Rakyat adalah sound bytes yang Anwar memang nak wujud di penghujung Muktamar. Anwar perlukan pernyataan sokongan tersebut. Ketika mana, kes sodomi berada di dalam fasa kedua – di mana saksi-saksi utama akan dipanggil ke mahkamah; Anwar memerlukan sokongan penuh PAS dan rakan pakatan yang lain. DAP tidak ada masalah. Cina bukit dalam DAP akan menyanjung Anwar; bukan kerana dia pejuang – tapi menumpang ‘simpati’ rakyat kepada Anwar. PAS ada sikit masalah.
Tapi, dalam keadaan Hadi yang lumpuh pemikiran dan tindakan; Anwar akan mempunyai banyak ruang untuk melakukan ‘usaha politik’ di dalam PAS. Ramai lagi hulubalang PAS yang masih ‘setia’ kepada politik Anwar. Siapa-siapa kita tak payah sebut; ramai yang tahu – individu seperti Mahfuz, Dr Hatta, Husam Musa, Syed Azman adalah antara ‘jari jemari’ Anwar di dalam PAS. Puak-puak ini akan berada di belakang Anwar dalam apa sahaja keadaan.
Hadi sebagai Presiden ‘lumpuh’ tidak akan mendatangkan masalah kepada Pakatan Rakyat. Hadi akan jadi ‘yes man’ dalam semua perkara. Pak turut. Seorang Presiden parti yang tidak mempunyai kekuatan tulang belakang dan sokongan parti memang mudah untuk digigit oleh Anwar dan Kit Siang. Inipun yang mereka mahu.
Dalam ‘deal’ yang ada ini – Hadi tidak akan ditentang di dalam pemilihan Presiden akan datang. Yang pasti mandi manda adalah Nasharuddin Md Isa yang akan berlalu pergi sebagai Timbalan Presiden PAS yang paling tidak popular dalam sejarah. Tidak popular dan tidak kuat sokongan. Nasharuddin Md Isa akan pantas menjadi sejarah dalam PAS. Syaratnya, tidak ada pertandingan 3 penjuru – dan yang melawan bukan Husam Musa; Nasha akan tersungkur di hadapan perwakilan PAS.
Adalah sesuatu yang tidak bernasib baik buat PAS – untuk terus berkiblatkan “SEGAMBUT” di dalam perencanaan politik mereka. Tidak bernasib baik. Sementara ramai yang setuju bahawa PAS tidak perlu bergabung dengan UMNO; ramai juga beranggapan – PAS yang terlalu menjiwai semangat ANWARISTA tidak akan membawa parti Islam ke ‘level’ politik yang baru. Budak suruhan; pasti tidak sama dengan parti yang menjadi ‘boss’.
Dalam MUKTAMAR Pas yang baru berlalu; hanyalah menjadi platform untuk HADI meminta ampun kepada semua perwakilan agar tidak mengenepikannya dalam pemilihan akan datang. Ustaz Nasa akan dijadikan ‘buah busuk’; dan menjadi sandaran Hadi untuk mendapat belas kasihan kekal sebagai Presiden.
ANWARISTA dalam PAS akan kekal menjadi satu gelombang yang berkesan. Soalnya, apakah dengan gelombang ANWARISTA ini – Islam dan Hudud pun akan menjadi sandaran kepada politik PAS.
Kepada mereka yang beranggapan – PAS adalah sebuah parti Islam yang berdikari; Muktamar yang baru lalu membuktikan sebaliknya. PAS akan kekal menjadi kuda politik Anwar – walaupun ‘Anwar’ berselirat dengan kisah sodomi dan bukti air mani.
Takziah buat PAS….kerana gagal berdiri sendiri.
Maklum Balas Pembaca