Archive for Jun 15, 2010
RMK-10: Nilai Saranan Anwar Sewajarnya….
Kalau zaman Pak Lah, antara ‘advantage’ dan kelebihan yang ada kepada pembangkang, terutamanya Anwar – adalah kebodohan kepimpinan. Bab ini memang tak boleh disangkal. Pak Lah adalah antara PM yang paling buruk pernah Malaysia ada. Senang lah, pembangkang pada ketika itu nak geromal. Anwar pun keluar dengan cadangan ekonomi sendiri. Ketika mana Pak Lah memang sengal dan tidak ada orang harapan kecuali Ethos Consulting dan Zaki Zahid; akhirnya Pak Lah pun gugur dan lena di kepimpinannya sendiri. Nasihat anak menantu pun hanya mampu membawa rugi dan masalah. Semuanya kaput. Nasib baik sempat tentukan anak menantu jadi Ahli Parlimen; dan juga Ketua Pemuda.
Semalam Anwar bercakap panjang lebar mengenai ‘RMK10’. Jangan anggap semua yang Anwar cakap tidak betul dan tidak tepat. Yang betul, kita kena akui. Kita kena terima sebagai kritikan seorang yang bernama Ketua Pembangkang. Sebagai seorang yang pernah diberikan kesempatan memegang tampuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan; Anwar pastinya tahu bahawa mengurus ekonomi memerlukan pandangan yang pelbagai dan meluas. Tidak boleh nak harapkan saranan pihak tertentu sahaja. Kena nilai daripada semua sudut.
Yang banyak Anwar bangkitkan adalah soal ‘legasi masalah ekonomi’ yang dimiliki oleh Najib pada ketika ini. Tidak semua yang Anwar cakap itu salah. Ada yang betul. Antaranya:-
Di bawah RMK9 juga, kerajaan mengumumkan penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan (National Feedlot Centre), sebuah projek usahama di antara kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dibina di Gemas. Sebuah syarikat bernama Agroscience Industries Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 4 Mac 2005 dan dimiliki oleh seorang anak dan suami kepada menteri kabinet telah diberi tanggungjawab melaksanakan projek yang melibatkan anggaran pelaburan berjumlah RM250 juta. Anak muda itu pada ketika menerima anugerah projek ini baru berumur 20 tahun dan tidak pernah ada pengalaman di dalam sektor penternakan lembu secara besar-besaran.
Deal ini berlaku zaman Pak Lah. Pak Lah yang jadi ‘sasau’ dengan sokongan kononnya inner circle yang kuat. Maka ‘isteri’ Shahrizat Jalil pun diangkat sebagai antara lembaga pengarah syarikat terbabit. Deal anak beranak. Senang kira. Bapa jadi Board of Director. Anak jadi MD CEO. Gaji, subhanAllah. Minta ampun dunia akhirat.
Kalau agak Tuan/Puan nak merasa makan ‘daging’ yang sedap dan lembut; boleh pergi ke Solaris – Restoran Meatworks. Ini milik Shahrizat Jalil Anak Beranak Kaki Sakau & Co. Semua dia punya. Daripada kedai – sehinggalah ke NFC. National Feedlot. Bayangkan, usaha nasional pun boleh jadi usaha anak beranak. Ini hanya boleh berlaku zaman Pak Lah.
Yang dibangkitkan Anwar ini adalah masalah legasi. Masalah lama. Masalah Pak Lah. Tahi kepimpinan Pak Lah yang menjadi ‘daki’ zaman Najib. Ini semua kena bersihkan. Jangan nak masuk bawah permaidani. Terlupa pulak, siapa lagi involve dengan Meatworks? Anak Chef Wan. Chef Riz ke apa nama dia. Tapi dia tak tahu apa. Semua deal Shahrizat yang buat dengan jayanya.
Tapi, Najib jangan ambil mudah. Buat diam. Buat tak tahu. Rakyat takkan seronok. Shahrizat ini sudah tidak berkesan. Kalau nak tarik sokongan wanita lama, mak cik-mak cik Felda mungkin berkesan; tapi nak buat lebih daripada itu. Haram….
Tanyalah kalangan wanita profesional – apakah mereka appreciate Shahrizat. Tidak. Tidak sedikit pun. Nothing ‘new’. Semua benda lama. Sembang sahaja lebih. Hasil tak ada.
Masalah-masalah yang Anwar bangkitkan mesti dinilai oleh kepimpinan kerajaan. Jangan sombong. Jangan nak ketepikan pandangan begitu sahaja. Lakukan perubahan. Bab ini kita kena pujilah….Anwar memang menyatakan yang hak dan benar. Pahit, tetapi inilah yang perlu kita lakukan.
Anwar cakap juga pasal Tabung Makanan:-
Contoh yang baik adalah pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut sebentar tadi. Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 5,000 orang kesan gandaan kepada ekonomi setempat akan membawa kesejahteraan dengan lebih meluas kepada rakyat terbanyak, bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan.
Semua ini kita kena nilai. Yang Anwar cakap ni….adalah kekecewaan rakyat juga sebenarnya. Najib, tolonglah jangan ulang kesilapan sama. Betulkan yang mana mampu. Jangan nak tengok sahaja….kalau dah jadi macam Pak Lah; sepatah haram pun tak guna lagi.
Bab ini….kita ucap Tahniah pada Anwar. Well Done.
Maklum Balas Pembaca