Archive for Jun 22, 2010
Zaid Punya Material ‘PRESIDEN PKR’
Dalam ramai-ramai juak Anwar yang ada disekelilingnya; tak ramai yang berani untuk menzahirkan pandangan bahawa Anwar adalah – antara ‘faktor kelemahan’ parti tersebut. Luar biasa. Hanya Zaid Ibrahim yang berani memperkatakan sesuatu yang begitu kasar terhadap pimpinan PKR yang dianggap dewa politik dan maksum dalam segala perkara. Hanya Zaid yang berani mengatakan kepada Anwar – bahawa dia adalah punca kepada suasana yang tidak tenang di dalam PKR.
Kalau dalam istilah perubatan, PKR sekarang ini hanya hidup dengan ‘bantuan pernafasan’. Ini hakikat. Dengan terkeluarnya beberapa ramai yang boleh dianggap sebagai Panglima Kanan PKR; parti tersebut hanya bergantung kepada simpati masyarakat umum. Anwar sendiri maklum dan tahu bahawa dia sedang ‘menantikan’ maut PKR yang sudah semakin nazak. Banyak kanser. Seluruhnya. Daripada peringkat pimpinan sehinggalah ke peringkat paling bawah.
Penyakit paling utama, menurut kata Zaid Ibrahim adalah ‘kepimpinan yang lemah’. Weak leadership. Sudah pastinya, ini merujuk kepada banyak perkara di mana Presiden PKR seperti tidak wujud dan hanya mengisi jawatan atas dasar simpati. Apakah Kak Wan tak sedar bahawa dia sudah menjadi liabiliti kepada parti. Soal dasar, Anwar tentukan. Soal parti, Anwar terajui. Justeru, mana peranan Kak Wan? Anwar jangan lupa, sewaktu dia bercuti di Sungai Buloh, Kak Wan lah menjadi penggerak utama kepada parti. Tak kenal penat. Tak kenal lelah. Semuanya Kak Wan yang susun. Segala nota dari penjara, dijadikan Kak Wan sebagai ‘sajak simpati’ yang menarik perasaan orang ramai. Air mata jadi sandaran.
Sayangnya, Anwar sudah menjadikan Kak Wan sebagai seorang Presiden yang nampak ‘kebudak-budakan’. Tidak ada kuasa. Tidak ada fungsi. Tidak ada peranan langsung. Kasihan dan simpati kita kepada Kak Wan.
Zaid sudah menunjukkan bahawa dia adalah ‘material’ Presiden PKR yang boleh disandarkan harapan. PKR tidak boleh kekal sebagai ‘parti simpati’. PKR kena jadi parti politik yang sebenar. Bukan medan menarik minat orang berdemonstrasi sahaja.
Apa hambatan Zaid untuk mencapai tampuk kuasa? Azmin pastinya. Izzah juga tidak senang dengan Zaid. Demikian juga dengan Nik Nazmi yang menganggap Zaid sebagai seorang ‘opportunist’ di dalam parti. Tidak menyumbang di zaman reformasi; tetapi dapat terus menyelinap ke tampuk kuasa; kerana CVnya yang pernah menjawat jawatan Menteri.
Zaid kena berhadapan dengan karenah politik ‘brutal’ Azmin. Azmin kalau tak suka, akan pastikan dikerat di dalam parti. Dikerat hidup-hidup. Kalau ada pencalonan, Azmin akan pastikan Zaid cukup pencalonan; kemudiannya mengarahkan jentera Selangor membunuh karier politik Zaid. Arahan pun dah keluar. Untuk PKR Selangor lebih hati-hati dengan kebangkitan Zaid. Azmin tak boleh tengok orang yang lebih mampu daripadanya. Tak senang duduk.
Politik PKR lebih hebat bunuh membunuh; dan tanam menanam. Lebih ganas dan tidak ada ‘simpati’. Parti hati kering. Pembunuhan politik biasa dalam PKR. Yang nampak agak ‘ambitious’ dan tidak menuruti hirarki parti akan berhadapan dengan ‘pembunuhan politik’ ini. Zaid perlu hati hati.
Zaid sudah menimbulkan kemarahan banyak pihak di dalam PKR. Mengutuk Anwar adalah ‘dosa besar’ dalam politik PKR. Diharamkan. Anwar tidak boleh dikritik. Anwar adalah dewa. Zaid kalau dah bermain dengan Dewa – akan mengundang kemarahan ‘panglima-panglima’ kanan yang ada. Tunggu sahaja masanya.
Walaupun kita suka nak tengok Zaid naik dan cemerlang; tapi sayang – amalan politik dalaman PKR tidak akan membenarkan itu berlaku.
Maklum Balas Pembaca