Archive for Jun 29, 2010
Bala Penyelamat Anwar?
Nampaknya kebanyakan bloggers/newsportal ‘mirip’ pembangkang sudah mula memainkan isu kenyataan terbaru yang bakal dilakukan P Bala di London; pada 6 dan 7hb Julai ini. Semua harapan tertumpu kepada Bala. Bala, seorang oportunis yang berulang kali menukar ‘statement’ atas pertimbangan tertentu; telahpun menghantar surat kepada SPRM agar mengambil keterangannya di London. Bala pun nampaknya mengikut jejak RPK; yang boleh minum teh di hadapan Harrods; berjogin pagi di Hyde Park; minum-minum di sekitar Hard Rock London – sambil ketawa melihat bagaimana mereka membantu menyusun merosakkan negara.
Nampaknya, London pantas menjadi ‘safe haven’ (tempat selamat) kepada ramai ‘hipokrit politik’ dan pemilik lesen besar untuk meruntuhkan Negara. Kos sara hidup di London bukannya kecil. Memang hebat siapa-siapa juga yang terlibat dalam memastikan RPK, Bala, Waythamoorthy dan lain-lain pengkhianat Negara menikmati kehidupan mewah. Mungkin ini rezeki mereka.
RPK sudahpun menyatakan komitmen bahawa dia akan ‘memerhati’ dari jauh apabila Pegawai SPRM terlibat menemuduga P Bala. Eloklah. RPK kena pastikan SPRM juga menjalankan tugas dengan baik. Pimpinan SPRM mungkin telus dan elok. Tapi Pegawai bawahan belum tahu. Lihat sahaja kes politik di Temerloh; di mana seorang pemimpin UMNO yang gila kuasa – dilepaskan daripada tuduhan di mahkamah. Semua saksi belot. Atau, SPRM sendiri sudah dibeli untuk membuat kajian kes secara ala kadar dan membiarkan si penjenayah terlepas.
Sebagai rakyat biasa, kita juga memang nak perhati dan harapkan P Bala dapat menzahirkan bukti kes yang kukuh dalam isu Altantuyaa. Dulu kata lain. Buat kenyataan bersumpah; ditukar pula kenyataannya. Lari ke luar Negara; kononnya mahu ke Chennai, India; rupa-rupanya diam di London. Hebat juga mamat ni main politik. Sampai boleh mengelirukan sesiapa pun yang mengikutinya.
Kita kena ingatkan diri kita; bahawa India bernama P Bala ini tidak ada ‘perkara’ lain yang dimahunya; selain daripada wang. Dia gila wang. Mabuk glamor. Sesiapa yang mampu menjaga ‘dirinya’; dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan ‘boss’nya itu selamat. Bala sanggup jadi korban; asal boss yang memberinya makan akan dapat diselamatkan daripada sebarang kes. Statement yang bakal Bala buat ini TIDAK AKAN menjadi sehebat mana pun. Gandingan BALA dan RPK adalah satu gandingan mantap yang mampu Anwar kumpulkan di London. Rahim Ghouse pastinya berbelanja banyak dalam memastikan dua MAMAT ini terjaga dengan elok.
Secara kebetulan, kenyataan Bala mahu dibuat GENAP SEMINGGU sebelum perbicaraan Anwar berlangsung di Mahkamah Tinggi. Kita percaya, akan ada ‘counter statutory declaration’ yang bakal dilakukan oleh Bala – terutamanya dalam mengaitkan pimpinan tertentu dalam kes Altantuyaa.
Masalah dengan kita adalah jentera SPRM yang bengap dan lembap. Kalau kes bodoh di Pekan Temerloh pun boleh terlepas; apatah lagi apabila pegawai SPRM dengan senyuman manis dapat melancong ke London. Senyum pasti sampai ke telinga. Kerja lembap dan baghal pun tidak apa; yang penting boleh pergi London. Kita mintalah SPRM menghantar kalangan mereka yang berwibawa dan tidak mudah menyebabkan ‘saksi belot’.
Kita kena sama-sama tunggu 6/7hb Julai bagi menanti ‘CERITA BARU’ Bala mengenai kes Altantuyaa. Rasanya, tidak ada apa yang menarik pun. Kalau setakat buat satu lagi kenyataan bersumpah; untuk membatalkan ‘pengakuan bersumpah’ sebelumnya – BUANG MASA dan BUANG DUIT ajer!
Maklum Balas Pembaca