Sesi Pagi; 9 Ogos 2010 – Harapan Baru?
Ogos 9, 2010 at 12:32 pm 2 comments
Nampaknya pagi ini jentera Skuad Komunikasi dan barisan penyokong DSAI hadir dengan seribu keyakinan. Nampak sangat, mereka mengharapkan keputusan yang positif dan baik; setelah berjaya menangguhkan bicara seminggu – setelah membangkitkan isu hubungan ‘sulit lagi menyulitkan’ antara DPP Farah dan Saiful Bukhari. Semua barisan peguam Anwar melangkah ke mahkamah dengan penuh wajah keyakinan. Param nampak yakin. Sankaran senyum menampakkan gigi sejak daripada pagi. Karpal pun sempat tersenyum yakin.
DSAI, Kak Wan dan anak-anak hadir kira-kira jam 9.20 am. Pun nampak yakin. Senyum sampai ke sudah. Mahunya tidak – berdasarkan maklumat awal yang DSAI dapat; Dato’ Yusof tidak akan mampu menjawab segala ‘tuduhan’ yang diletakkan di dalam afidavit. Masalah pun kalau ada, Anwar adalah ‘terlibat secara langsung’ dengan kes. Anwar dapat kepentingan. Anwar ada kelebihan kalau semua kes ini dibuang. Kenapa agaknya, si pemberi maklumat sebenar ‘hubungan sulit’ tidak mahu ke hadapan. Inilah yang jadi problem dan masalahnya. Karpal pun tahu hal ini. Kenapa Anwar? Laporan Polis Anwar yang buat. Afidavit pun Anwar yang buat. Siapa sebenarnya yang bagi maklumat tidak didedahkan. Soalnya kenapa?
Karpal membentangkan alasan submission dengan panjang lebar. Termasuk mengingatkan bahawa Saiful tidak ada kredibiliti kerana telah terlibat dengan hubungan ‘sulit lagi menyulitkan’ dengan DPP Farah. Agakan awal bahawa pendakwa tidak akan menjawab tersasar jauh. Dato’ Yusof membentangkan hujah balas dengan juga panjang lebar. Termasuk mengingatkan bahawa kes ini tidak ada kena mengena dengan kes liwat. Di mana asas? Siapa saksi yang mengatakan adanya hubungan sulit.
Dato’ Yusof memaklumkan bahawa dua afidavit balas telahpun dibuat oleh DPP Hanafiah dan Jude Pereira. Kedua-duanya mengakui bahawa Farah TIDAK ADA AKSES langsung kepada bahan bukti. Farah TIDAK ADA kepentingan langsung kepada kes yang sedang berlangsung; KECUALI sebagai pencatat minit. Maka, TIDAK ADA alasan mengatakan bahawa Farah adalah seorang DPP yang sangat penting di dalam kes ini.
Penyokong DSAI pun patut maklum – mereka tahu dan tengok sendiri cara kerja Farah. Datang ke mahkamah. Buka laptop. Dan catatkan segala butir percakapan di dalam mahkamah. Itu sahaja.
Tanyalah Abang Razak, beberapa orang penyokong tegar DSAI berbangsa India di bench awam. Mereka pun tahu. Ini sengaja nak cari fasal sahaja. Tak lebih daripada itu.
Janji Karpal
Yang seronok, Karpal sudah BERJANJI dengan Hakim bahawa dia TIDAK AKAN melengahkan lagi kes setelah Hakim membuat keputusan petang nanti. Boleh percaya ke JANJI uncle Singh sorang ni? Boleh percaya? Dulu pun banyak kali berjanji – haram. Asyik minta tangguh.
Mahkamah akan bersambung jam 2.15 pm. Harap Karpal pegang pada janji.
Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Kes Liwat, Weakest Link in PR. Tags: Anwar Ibrahim, Farah Azlina Latif, Gelagat Anwar, Saiful Bukhari, Sodomi II.
Beban Mengemukakan Bukti Sesi Petang – 9 Ogos 2010 (Delaying Tactics) lagi..
2 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Semua Boleh | Ogos 10, 2010 at 1:12 am
At least he is trying to get the truth and not playing around the law
2. Rakyat | Ogos 10, 2010 at 11:30 am
Amat le hairan kenapa tiada tindakan ke atas DPP pada hal dia memang langgar Perintah-perintah AM! Adakah dijuga orang kesayangan AG kita?