Sesi Petang – 9 Ogos 2010 (Delaying Tactics) lagi..
Ogos 9, 2010 at 11:15 pm 7 comments
Mahkamah ‘dipaksa’ mendengar bebelan Karpal mengenai mahkamah yang tidak mahu mendengar usahanya untuk membawa DPP Farah dan Saiful untuk dipanggil ke kandang saksi.
Karpal cuba menarik perhatian Hakim dan mahkamah bahawa adanya ‘abused’ of process oleh mahkamah.
Wakil kedutaan asing geleng kepala. Wartawan mengeluh. Karpal macam meroyan dan mula membebel kosong mengenai undang-undang.
Apa sebenarnya taktik Karpal?
Selepas GAGAL membawa Farah/Saiful ke mahkamah, Karpal menyerang peribadi seorang lagi DPP – Mohd Hanafiah. Hanafiah dikatakan kahwin dua; seorang di Thailand dan sedang cuba nak mendaftarkan perkahwinan di Kelantan.
Soalnya – apa kena mengena dengan kes liwat? Tak ada kena mengena pun. Tapi masih lagi mahu dimainkan oleh Karpal.
Pada ketika ini, pakar Australia sedang tidur. Malas agaknya nak mendengar seorang peguam tua membebel. Tidak ada kena mengena pun. Karpal tegaskan dia tak pernah nak MELAMBATKAN kes. Tidak pernah. Kenyataan bodoh lagi. Kes ini dilambatkan oleh Karpal entah untuk yang ke berapa kali.
Senjata Makan Tuan?
Itulah kenyataan Anwar bila Karpal buka cerita Hanafiah kahwin dua. Anwar nampak macam seronok. Tapi bila Hakim sekali lagi tolak – Anwar letih semula.
Nilai sendiri; apa sebenarnya taktik ini kalau bukan untuk MELAMBATKAN kes. Apakah Karpal yang pernah bersetuju bahawa Anwar seorang homoseksual pada tahun 1997 – mahu meneruskan kes? TIDAK LANGSUNG.
First hand knowledge?
Dato’ Yusof pertikai apakah Anwar tahu dan maklum bahawa Farah/Saiful ada hubungan sulit? Atau hanya mendengar cakap orang sahaja? Hearsay?
Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Kes Liwat, Weakest Link in PR. Tags: Anwar Ibrahim, Farah Azlina Latif, Gelagat Anwar, Mohd Hanafiah, Saiful Bukhari, Sodomi II.
Sesi Pagi; 9 Ogos 2010 – Harapan Baru? Sesi Pagi – 10 Ogos 2010; Selamat Ulangtahun DSAI
7 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Bingai @ Bangang | Ogos 10, 2010 at 1:25 am
Dia dah tak larat nak layan kes ni tapi nak tarik diri malu.
hehehe
Aku Yang Bingai
Bila Pemimpin Mula Berubah di Tendang Terajang
2. kadiology | Ogos 10, 2010 at 8:23 am
anwar dah nampak sangat desperate. orang tu poligami pon nak di selitkan dalam kes liwat. tindakat amat2 terdesak.
3. WAN | Ogos 10, 2010 at 4:15 pm
apa punya karpal…macam bandut saja
4. karim yunus | Ogos 10, 2010 at 6:35 pm
Anwar ingat dia bijak, tapi DAP lagi bijak mempergunakan Anwar bagi memecah belahkan melayu dan memastikan pas bermusuh ketat dengan umno. Walau pun DAP mempunyai majoriti di Parlimen, tapi membiarkan Anwar menjadi ketua pembangkang, agar Anwar terus hanyut leka dengan harapan menjadi Perdana Menteri. Semakin dekat pru13, jelas kelihatan DAP (karpal) makin tidak bersungguh untuk memenangkan Anwar dalam kes liwat itu. Kalau anwar di penjara, kalau pakatan menang, sudah tentu perdana menteri dari DAP, seorang melayu bernama Tunku Abdul Aziz yang dijulang cepat menjadi naib presiden DAP serta senator. Maka akan jadilah malaysia seperti berlaku kepada perak bila nizar menjadi menteri besar sokongan DAP.
5. cikgu suhasni | Ogos 12, 2010 at 11:17 am
Ini bukan taktik Anwar tapi ini taktik Karpal ‘hotak’ Singh. Dia melambat2kan proses perbicaraan kerana dia akan menanti waktu pilihanraya umum. Ketika itu, anwar akan kalah kes dan disumbatkan ke dalam penjara. Orang melayu akan marah kerajaan BN. Maka undi pilihanraya akan jatuh ke tangan DAP. Lepas itu DAP akan jadi pemerintah negara. Yang rugi adalah melayu itu sendiri…
6. Pakmie | Ogos 17, 2010 at 12:56 pm
Sudah habis cara sebenarnya Anwar. Tapi kita kena tau cara je abis tapi duit Anwar masih banyak….Kebykkan yg menyokong Anwar adalah golongan “mahukan kaya dan kuasa”. DAP tidak mahu kaya raya sebab sudah kaya, dalam keadaan spt ini senanglah DAP menyusun strategi utk menghapuskan kuasa melayu di negara ini.
Selamat berpuasa dan berjuang menegak kebenaran…
7. PasJilatDap | Ogos 25, 2010 at 8:11 am
AWAS..PAS Penjilat DAP Sedang Diaktifkan..Pastikan tuan-tuan tidak mendekati atau mengikuti sebaran virus di pusat-pusat ceramah Penjilatan ini..
Karpal Singh..badut tua yg berlidah biawak.. sama seperti anak guamnya..