Pilihanraya Awal? Untuk apa?

Oktober 20, 2010 at 8:41 am 5 comments

Pak Sheikh beria sangat melakukan ‘analisa awal’ bahawa pilihanraya akan dilaksanakan awal selepas mendengar pembentangan bajet yang dibentangkan di Parlimen minggu lalu. Ini semua bajet ‘pilihanraya’. Ada yang menggelarkannya dengan macam-macam nama bajet. Soalnya, bajet adalah perencanaan dan perancangan. Kalau nak ikut adat berkerajaan; memenangi hato rakyat itu perkara biasa. Memang begitulah adatnya. Justeru, mana-mana bajet pun akan jadi bajet pilihanraya.
Ironinya, bajet yang dibentangkan belum cukup ‘haul’ nak dijadikan bajet pilihanraya. Ada banyak isu dan masalah yang perlu diselesaikan. Nyatanya, pilihanraya masih lambat.
Apa yang Pak Sheikh beria nak awalkan pilihanraya. Sabarlah. Tunggulah kes liwat ini menjadi semakin menarik dan hebat. Belum sampai klimaks lagi ni. Ramai lagi saksi yang belum mengemukakan kenyataan. Jangan melompat. Kita belum sampai kaedah menentukan DNA yang digunapakai. Ada cerita, inilah kerja utama pakar dari Australia; menidakkan kaedah mengkaji DNA yang diambil daripada punggung Saiful. Kita belum sampai ‘tahap’ 18SX itu lagi. Belum.
Anwar kena akui; kalau pilihanraya sekarang pun; PKR dalam keadaan yang sangat hancur. Dengan mereka yang berpaling tadah semakin meningkat. Dengan masalah dalaman PKR yang menggila. Dengan kes mahkamah. Anwar nakkan juga pilihanraya awal? Apakah ini ‘sensible’?
Hakikatnya, Anwar mahukan pilihanraya awal bagi ‘memberi nyawa politik’ kepada kesnya yang ada di mahkamah. Anwar nak ‘gugur’ dengan berada di kemuncak. Sedangkan PKR dan Pakatan Rakyat berada di tahap paling bawah pada ketika ini.
Rakyat semakin membuka mata; bahawa konspirasi tidak mungkin akan berlaku sebegitu mudah. Suka kita ingatkan Anwar; bahawa DIA SENDIRI yang menjemput ‘barisan para jambu’ ke dalam pejabatnya. Rahimi. Nik Nazmi. Rasid. Saiful. Semua melalui ‘screen test’ Anwar. Semua melalui ‘ujian’ Anwar. Bukan semua orang layak bekerja dengan Anwar. Mesti ada ‘syarat sah’ sebelum layak menjaga diari merah; ataupun menjadi ‘tukang urut’ di dalam pejabat Ketua Umum. Bukan mudah. Mesti ada ‘skills’. Mesti ada ‘attraction’.
Bila timbul masalah; mudahlah nak menyalahkan kerajaan. Rahimi? Rasid? Saiful? Nik Nazmi? Semuanya trojan horse kerajaan? Come on la brader Nuar.
Pilihanraya awal – sebagai jalan nak cari ‘jalan keluar’ ka. Tunggu sekejap. Rakyat masih nak tunggu cerita 18SX habis. Kasi habis la dulu. Pop corn gua ada lagi ni!!!

Entry filed under: Bajet 2011, Reformasi PKR, Weakest Link in PR. Tags: , , , , .

Dr Siew Sudah Buka Pekung? Berapa Ribu Pound Anwar Bayar Mark Tromwell?

5 Komen Add your own

  • 1. Pak Anjang  |  Oktober 20, 2010 at 2:32 pm

    Saya tidak tahu dimana hendak diutarakan persoalan dibenak hati kami. jadi saya pun cuba menumpang disini. harap mendapat jawapan nanti…

    1. Sebagai seorang Islam, jika benar dia difitnah, kenapa Anwar tidak bersumpah seperti yang dilakukan oleh Saiful?
    Ini fitnah yang amat keji. Anwar menggunakan segala saluran yang ada untuk membela diri, media masa, pentas politik, dalam dan luar negeri. Tetapi kenapa tidak bersumpah seperti saiful, salah satu cara yang dibenarkan Islam. Jika beliau berani bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak pernah melakukannya, saya percaya rakyat ‘atas pagar sejak 1998’ seperti saya akan memastikan kerajaan Malaysia pimpinan BN tumbang.

    2. Kenapa barisan peguambela Anwar sibuk melengah2kan perbicaraan dan kelihatan cuba mencari kemenangan secara teknikal? Kenapa tidak dibuktikan Anwar tidak melakukannya? Atau dibuktikan tuduhan Saiful tersebut satu penipuan? Bukan hanya mempersoalkan kredibiliti saksi2.

    3. Sebagai penyokong Anwar, adakah kita ingin melihat anwar bebas daripada tuduhan kerana beliau benar2 tidak melakukannya? Atau asalkan dia bebas, tidak kira dia buat atau tidak perkara itu.

    4. Kenapa semakin ramai mereka yang sangat rapat dan mengenali Anwar meninggalkan beliau?

    5. Jika mereka yang dahulunya sangat rapat dan sanggup keluar masuk penjara /ISA demi mempertahankan maruah Anwar mula meninggalkan beliau, siapakah kita ini yang mahu bermati2an mempertahankan Anwar? Kenal sangat ke kita ni dengan Anwar? (soalan ni untuk rakyat dan ahli biasa PKR sahaja, bukan pemimpin PKR. Pemimpin PKR mereka pasti ada alasan tersendiri)

    6. Jika rakyat “atas pagar sejak 1998” membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dan menjadi kerajaan Malaysia, benarkah tidak berlaku rasuah, perebutan kuasa, nepotisme dan segala salahlaku yang pernah dilakukan oleh segelintir pemimpin BN? Saya ragu. Pada saya, sesiapa pun jadi kerajaan hatta kerajaan PAS sekalipun, perkara ini tetap berlaku.

    Penyokong tegar BN jika terbukti benar sekalipun salahlaku pemimpin mereka, pasti sokong BN.

    Penyokong tegar Anwar pulak, macam mana benar sekali pun Anwar tu buat salah, pasti mereka x percaya.

    Umat Islam yang tidak memihak kepada mana2 parti, pasti mahukan kebenaran.

    Kepada pasukan pendakwaraya, kemukakan bukti kukuh jika benar Anwar bersalah.

    Kepada pasukan peguambela, kemukakan bukti bahawa anwar tidak melakukannya. kemenangan secara teknikal tidak akan mencerminkan kebenaran yang diperlukan oleh rakyat malaysia.

    Kepada Anwar Ibrahim, jika anda tidak bersalah, bersumpah la seperti Saiful, seperti seorang Islam. Itu adalah yang sebaiknya.

    Bagi kami rakyat atas pagar sejak 1998, Anwar pada kedudukan “kelihatan bersalah”, kecuali beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak pernah melakukannya pada bila2 masa sepanjang hayatnya.

    P/S : Saya harap gelagatanwar dapat menyiarkan soalan2 saya ni kat blog supaya dapat dibaca umum dan mendapat respon daripada ‘rakyat atas pagar sejak 1998’.

    Balas
  • 2. Rafiah Sardi  |  Oktober 27, 2010 at 9:00 am

    tahniah kerana kerajaan nak wajibkan belajar sejarah. Diharapkan rakyat akan semakin celik dan berfikiran kritikal. Kalau pengarah filem orang sama, di sana sini pasti ada pattern yang sama. Kalau cerita Hang Nadim, putaran akan berulang. Dimana-mana, orang yang nampak cerdik daripada boss, akan kecundang…. mudah nak kerja, YES BOSS… Hang Nadim dibunuh, zaman moden dibunuh karier politiknya…. ini kerja siapa????

    Balas
  • 3. hidayat  |  November 1, 2010 at 10:00 pm

    anwar tak perlu bersumpah utk menafikan..itu tak ada dalam islam.

    Balas
    • 4. Tanpa Nama  |  November 12, 2010 at 2:04 pm

      gua peduli apa…..

      Balas
  • 5. Tanpa Nama  |  November 12, 2010 at 2:04 pm

    oi…gua prduli apa dengan umno ke…pkr ke…jangan sebok masuk email orang…kurang ajar…

    Balas

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Oktober 2010
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Capaian Umum

  • 75,348,945 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada