Terima Kasih Anwar kepada Omar Mustapha Ong….
Ogos 22, 2011 at 1:50 pm 8 comments
Ramai yang bertanya, apa sebenarnya political inclination blog ini. Rasanya pernah diterangkan awal-awal lagi, penulis adalah bekas pejuang reformasi. Reformasi yang asal. Bukan reformasi zaman Bersih. Tapi ini reformasi original yang berniat mempertahan Anwar Ibrahim daripada kekejaman pemerintahan Mahathir. Ikhlas penulis beritahu, kebencian pejuang awal reformasi terhadap Mahathir memang maksimum. Tidak ada tolok bandingnya.
Tak perlu penulis terangkan, kenapa hari ini penulis lebih banyak mengemukakan isu mengenai Anwar. Setelah keluar daripada ‘circle’ reformasi sekitar November 2007, penulis tidak lagi berada dalam kumpulan yang sama. Tapi segala informasi dan maklumat dalaman, insya’Allah akan terus penulis peroleh. Ini semua disebabkan rakan-rakan dalam PKR sendiri masih resah dengan strategi sebenar Pak Sheikh. Mereka tak tahu ke mana sebenarnya PKR ini mahu tuju. Pengurusan parti lemah. Setiausaha Agung main peranan untuk majukan poket sendiri. Timbalan Presiden sudah pasang badan untuk menggalas amanah besar. Semua ini buat kumpulan kecil dalam PKR menyampah, dan mula memberikan pelbagai informasi kepada kita.
Perbicaraan Anwar
Hari ini bermula perbicaraan Anwar. Apa tindakan yang bakal Anwar ambil, bergantung kepada nasihat daripada peguambela. Dalam pada bercakap mengenai halatuju pembelaan; baru-baru ini juga berlangsung satu mesyuarat penting dalam memastikan gerakan pilihanraya berada di landasan betul. Dalam pada fokus diberikan kepada Pulau Pinang, Anwar banyak bercakap mengenai ‘weakest link’ kerajaan pada ketika ini yang dia rasakan boleh dimanfaat oleh PKR.
Satu nama yang Anwar sebut – boleh membantu PKR dalam memenangi pilihanraya adalah ‘inner circle’ Najib sendiri. Anwar berkongsi informasi bagaimana peranan dua tiga orang individu di sekeliling Najib yang boleh memberikan kekuatan kepada PKR dan Pakatan Rakyat
Antara nama yang disebutkan Anwar adalah OMAR MUSTAPHA ONG. Ramai yang ketawa kecil. Namun, Anwar sudah memaklumkan kepada mereka bagaimana PKR dan PR patut berterima kasih kepada Omar Mustapha kerana banyak membantu PR dalam merangka strategi menghentam Najib. Menarik ulasan Anwar. Omar ini, tegas Anwar – adalah seorang ‘liberalist’ yang tidak mempunyai sentuhan politik. Kalau Najib bercakap mengenai MERITOKRASI, sound bytes itu datangnya daripada Omar Mustapha (Ethos Consulting). Mereka ini tidak percaya sama sekali keperluan Melayu dipertahan dalam bab ekonomi. Kelemahan inilah yang Anwar mahu PKR/PR perteguhkan.
Anwar memberi contoh bagaimana, Omar Mustapha Ong berperanan dalam menentukan PETRONAS ditukar wajah daripada mempunyai kepimpinan MELAYU; kepada sebuah organisasi antarabangsa yang lebih liberal. Omar Mustapha, yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah PETRONAS; sudah bergerak dari dalam memastikan pelantikan kepimpinan PETRONAS dibuka seluas mungkin kepada orang luar – dan bukan kepakaran PETRONAS sendiri. Nama, Dato’ Shamsul Azhar Abbas, dipilih oleh Perdana Menteri – namun semuanya itu di atas cadangan ETHOS CONSULTING dan Omar Mustapha Ong. PETRONAS mesti diberikan wajah 1Malaysia.
Siapa yang berperanan memburukkan imej Tan Sri Hassan Marican di mata Najib (Anwar menganggap Omar Mustapha Ong sangat influential dalam memastikan Tan Sri Hassan tersingikir – dan tidak diberikan peranan langsung di dalam kerajaan Malaysia) pada ketika ini.
Hari ini, Omar Mustapha adalah individu sama yang mahukan Shamsul Azhar dikeluarkan daripada PETRONAS! Alasan yang diberikan kepada Najib – dia tidak lagi mendokong transformasi kepimpinan yang dibawa oleh Najib! Semua cerita dalaman PETRONAS ini Anwar terangkan secara panjang lebar….
Anwar mahu PKR/PR lebih ‘understanding’ sekiranya sebulan dua kebelakangan ini dia dan pimpinan PKR akan bercakap lebih kuat mengenai isu Melayu. Sesuai dengan suasana pilihanraya, Anwar perlu ‘re-establish’ kedudukan sebagai pejuang Melayu; bagi memastikan undi Melayu kepada PKR tidak merosot teruk. Gentleman agreement bersama DAP telahpun diperolehi.
Anwar mahu Pakatan Rakyat menggunakan ‘loopholes’ dalam pasukan Najib bagi menyusun agenda serangan bersifat ‘polisi dan dasar.
Soalan kepada pasukan Najib:-
* Apakah mereka sedar bahawa sikap dan pendirian liberal Omar Mustapha Ong akan merosakkan kredibiliti PM?
* Adakah seorang yang single-handedly membantu kejatuhan Pak Lah perlu terus diberikan ruang menasihati PM sekarang?
* Apa peranan ETHOS CONSULTING dalam mewujudkan ‘triad’ 4th floor zaman Pak Lah masih diperlukan kepimpinan Najib pada ketika ini?
* Apakah Najib sedar bahawa Omar Mustapha Ong mempunyai sikap yang sangat ‘problematic’ di dalam Lembaga Pengarah PETRONAS?
Soalan-soalan ini penulis tanyakan secara ikhlas kerana tidak mahu, individu sama yang menyebabkan PM sebelum Najib jatuh terduduk…mahu digunapakai lagi buat kali ini. Di dalam PETRONAS sendiri, ramai yang semakin sakit hati dengan permainan Omar Mustapha Ong…
Hati-hati…..
Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Kes Liwat, Reformasi PKR, Strategi Politik PKR, Weakest Link in PR. Tags: Anwar Ibrahim, Ethos Consulting, Gelagat Anwar, Omar Mustapha Ong.
Anwar Main Politik ‘Budak-Budak’… Omar Mustapha Ong – (Sambungan)
8 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan Batal balasan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. jenglord | Ogos 22, 2011 at 2:07 pm
Dan pabila Petronas hilang fokus akibat politiking omar mustapha ong, maka Najib juga akan menjadi demikian karena Kerajaan amat bergantung kepada Petronas sebagai cash cow nya sebagai pemangkin kemajuan negara.
2. ahmadzack | Ogos 22, 2011 at 4:06 pm
Anwar kerap menuduh kerajaan berkonspirasi atas dirinya, sedangkan kita dapat lihat Anwar berkonspirasi menjatuhkan Pak Lah & Najib melalui ETHOS CONSULTING ni…
3. Aku benci dajal | Ogos 22, 2011 at 8:21 pm
kalau mcm tu maknanya najib menempah maut………kluarkan org yg akan merosakkkan bangsa
4. Anonymous | Ogos 22, 2011 at 11:22 pm
Kalau benar bagai dikata, jangan biarkan simualaf ini bermaharajalela. Org mcm ini menyusahkan kerajaan dan negara. Minta PM tamatkan kontreknya dgn segera.
5. shahalamkini.com » Terimakasih Anwar pada Omar Ong | Ogos 23, 2011 at 3:54 pm
[…] Posted by oren on Aug 23rd, 2011 // No Comment Terima Kasih Anwar kepada Omar Mustapha Ong…. […]
6. Felix Crunkilton | September 28, 2011 at 1:19 pm
If its not to much to ask could you write some more about this. I have been reading your blog alot over the past few days and it has earned a place in my bookmarks.
7. Tanpa Nama | Februari 23, 2012 at 9:06 pm
omars janda is damn pretty cun. Love to do her one day if i have a chance
8. Beasty | Jun 2, 2012 at 12:21 pm
Bila Omar bercerai dengan bini dia?