Archive for Disember 6, 2011
Calon Menteri Besar Perak pilihan Anwar
Kita semua kena puji dengan sikap akur dan disiplin PAS Perak yang sentiasa sahaja membenarkan Anwar menyusun strategi parti tersebut untuk PRU yang akan datang. Samalah dengan PAS Perak, susunan apa yang patut dan tidak patut dibuat oleh PAS Perak semuanya disusun dari Bukit Segambut. Disiplin PAS ini memang bagus. Islamik. Nampaknya memang Anwar sudah sampai tahap Nabi di dalam Pakatan Rakyat. Bukan setakat Nik Aziz seorang. Anwar pun Nabi juga. Nabi politik kepada orang PAS.
PAS Perak menerima baik nasihat Anwar supaya mengenepikan Nizar daripada equation politik Perak. Masa Nizar sudah lepas. Anwar hanya mahukan Nizar bermain di peringkat Nasional. Bukan di Perak. Anwar dapat membaca kesusahan membina semula HUBUNGAN Nizar dan Istana. Hampir mustahil. Anwar mahukan seorang yang baru – yang tidak mempunyai liabiliti dalam hubungan bersama Istana. Nampaknya, reading Anwar ini betul dan mula diterima baik oleh PAS Perak.
Setelah diteliti dan diamati, Anwar mengenalpasti seorang calon yang boleh diketengahkan – sekaligus TIDAK SAMA SEKALI akan ditolak dari Istana.
Anwar mengenali calon ini sejak dari UIAM lagi. Mungkin bukan antara ‘brightest mind’ in IIUM – tetapi calon yang dimahukan oleh Anwar ini boleh dibawa ke tengah. Mudah. Pendidikan baik. Akhlak bagus. Tarbiyyah sudah betul. Yang lebih penting; rapat dengan inner circle Bukit Segambut. Itu lebih utama.
Disebabkan itu, Ku Is @ Dr. Raja Iskandar al-Hiss akan menjadi PILIHAN HATI ANWAR untuk menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Anwar cukup yakin, kerabat Perak ini akan membawa lanskap baru di dalam hubungan baik Pakatan Rakyat dan Istana Perak.
DAP juga khabarnya sudah memberikan lampu hijau dan sangat menggemari karisma Ku Is yang dirasakan lebih bijak dan ‘sensible’ berbanding Nizar yang dah macam kutu politik. DAP sendiri memahami, Nizar sudah menjadi liabiliti kerana menjadi ‘budak suruhan’ yang lebih Cina daripada orang Cina. Kalau Dr Ridhuan Tee dikatakan terlebih Melayu berbanding Melayu; Nizar dah dapat penyakit yang sama. Lebih Cina dari orang Cina. DAP sukakan pilihan Anwar.
Hubungan Ku Is dengan Anwar memang baik buat sekian lama. Sam Iskandar, Yusmadi, Isteri Yusmadi, adalah antara orang yang kuat menjual Ku Is kepada ‘inner circle’ Anwar.
Tahniah kita kepada PAS Perak yang istiqamah mendengar dan menuruti apa sahaja pilihan Anwar.
Continue Reading Disember 6, 2011 at 1:33 am Tinggalkan komen
Maklum Balas Pembaca