Archive for Disember 17, 2011
Serangan Awal Anwar Terhadap ETP
The Malaysian Insider bukan main lagi spin kenyataan (lebih kepada omongan dan tilikan Pak Belalang Anwar) bahawa ETP akan membuatkan 1.7 juta rakyat merengkok di dalam kitaran kemiskinan. Pada Anwar, ETP akan hanya menyebabkan mereka yang berpendapatan tinggi – beroleh pendapatan lebih tinggi; kroni semakin kaya – sedang banyak masalah dan isu sosial lain akan timbul dan merosakkan fabrik masyarakat.
Antara yang dinyatakan oleh The Malaysian Insider:-
Anwar Ibrahim sounded warning bells today, saying the government’s Economic Transformation Programme (ETP) will worsen income disparity and force some 1.7 million Malaysians into poverty by 2020.
On the flip side, he said, corporate giants and government cronies would be enjoying a larger slice of the economic pie even as the common Malaysian struggle with hardship.
The former finance minister poured doubt over the projections in Datuk Seri Najib Razak’s ETP introduced last year, claiming that instead of reducing the number of low-income workers and increasing the number of high-paying jobs, the initiative would only see the number of urban poor climb.
By 2020, he said, there will be between seven and 8.3 million urban poor in Malaysia, with monthly earnings of RM1,500 and below.
The Malaysian Insider, kalau benar-benar bertanggungjawab, patut menanyakan Anwar beberapa soalan yang mudah dan wajib djawab oleh Anwar dengan nyata dan terang. Antara soalan yang sepatutnya ditanyakan oleh MI:-
Apa jaminan Buku Jingga bahawa tiada rakyat miskin jika diberikan amanah untuk berkuasa?
Jika ETP, yang bersungguh mencari ‘new growth areas’ akan mendatangkan masalah kepada Malaysia – apakah Buku Jingga menawarkan sesuatu yang lain dan lebih dinamik?
Apakah Anwar menafikan bahawa dia, sewaktu menjadi Menteri Kewangan – telah menyebabkan ratusan ribu peniaga Bumiputera (bukan sahaja miskin, malah kedana dan bankrap kerana pertukaran kadar faedah?
Adakah Anwar maklum bahawa dia juga pernah menjadi ‘RAJA’ kepada politik patronage dan kronisme ini?
Mampukah Anwar nafikan bahawa IKD adalah menjadi pusat kroni Anwar bermaharajalela – dan bergerak di bawah jawatan ‘Special Project Manager’?
Boleh Anwar nyatakan berapa bilion yang benar-benar dibawa olehnya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor? Mohon namakan senarai syarikat-syarikat yang dibawa masuk oleh Anwar sepanjang menjawat jawatan sebagai Penasihat Ekonomi?
Tapi, biasalah, Malaysian Insider ini makan gaji dengan Anwar. Mana boleh nak spin lebih-lebih. Nanti boss marah. Tapi etika kewartawanan MI ini memang berada di tahap yang sangat rendah.
Mengkritik memang mudah….tapi kalau suruh bina jalan sendiri; orang macam Anwar memang tidak mampu. Kesian pun ada tengok Ketua Pembangkang yang semakin hilang wibawa ini.
* mana pegawai dan pengarah PEMANDU tidak menjawab isu besar ini? tidur? sedang bercuti?
Maklum Balas Pembaca