Jahabar Sadiq Pegang Bajet Besar FACK!

Disember 28, 2011 at 12:10 am Tinggalkan komen

Cuti hujung tahun dah semakin dekat. Kakitangan Ibu Pejabat PKR pun ramai yang sudah bercuti. Ada yang melancong luar negara. Ada yang dapat bajet lebih, bawa keluarga ke tempat yang lebih hebat dan jauh. Sesiapa yang dapat rezeki extra, kerana pandai ‘kalih’ duit peruntukan yang diberikan kepada parti – lebih jauh dapat bersama keluarga. Untung masing-masing lah.

Walaupun dalam menuju akhir tahun, Ibu Pejabat masih sibuk dengan susunan strategi nak berdepan dengan tarikh 9 Januari. Ada dua team khusus yang telah ditubuhkan, satu untuk tarikh 9 Januari. Satu lagi team tumpu kepada KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT yang dijadualkan pada 14 Januari. Masing-masing team ini diketuai oleh orang yang lain. Masing-masing ikut kepala sendiri. Asal ada untung dan boleh bawa anak bini berjalan jauh. Mereka pun kononnya buat kerja.

Blog ini antara yang awal pecah tembelang program FACK yang akan dianjurkan PKR. Free Anwar Campaign ke-2. FACK. Khabarnya, sudah kecoh juga di Ibupejabat kerana penggerak The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq akan diberikan peruntukan besar bagi melancarkan FACK di dalam laman tersebut. Siap dengan banner dan link dengan international organization. Hebat.

Khabar daripada ibupejabat PKR, Jahabar Sadiq akan diberikan dana USD1.5 juta di peringkat awal dalam memastikan FREE ANWAR CAMPAIGN akan menjadi tajuk utama The Malaysian Insider dalam beberapa bulan akan datang. Antara yang dijanjikan oleh Jahabar kepada PKR:-

  • Banner Free Anwar Campaign (sepanjang tahun). Siap dengan link kepada twitter, facebook dan sebagainya.
  • Khidmat fotografi (semua gambar Anwar di mahkamah dan sebagainya akan dispin oleh TMI dengan maksima);
  • Membuka semula kempen mata lebam di dalam website khas yang akan dikendalikan oleh kakitangan TMI;
  • Social media campaign (siap dengan beberapa event yang melibatkan mahasiswa dan orang muda:
  • Meletakkan Nurul Izzah sebagai ‘torch bearer’ PKR yang baru;
  • Manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat akan turut dibawa bersama sebagai link kepada program FACK.

Kakitangan ibupejabat menganggap Jahabar sebagai ‘con-man’ yang sangat berbahaya kepada gerakan reformasi dan FACK. Kepada mereka, link Jahabar bersama Kalimullah, Brendan Pereira dan beberapa tycoon Singapura tidak akan membantu imej Nurul Izzah dalam jangka masa panjang. Ramai di dalam PKR yang persoalkan kenapa perlu dana sampai USD1.5 juta sekiranya memang Jahabar adalah pejuang reformasi?

Tanpa pengetahuan ramai staff di ibu pejabat PKR; kerjasama Jahabar-Brendan-Kalimullah-Anwar ini bukan kerjasama baru. Sudah lama wujud. Jahabar hidup mewah kerana wujudnya hubungan ‘dalaman’ yang begini. Sayangnya, apa yang patut orang UMNO dan BN risaukan adalah kewujudan hubungan silang – Jahabar-Brendan-Kalimullah-KJ-Anwar. Ini lebih bahaya.

Seorang pegawai khas KJ pernah berkata, KJ has nothing to lose dalam permainan politik lanskap baru yang ada. KJ secara terus terang pernah mengatakan bahawa dia adalah seorang yang ‘indispensable’ di dalam set up kabinet Najib yang baru. Mesti ada. Atau Najib akan berhadapan dengan ribut tsunami dalaman oleh Pemuda UMNO.

Tahniah Jahabar…bajet besar…tercapai hajat nak beli apartment mewah di Bangsar yang dia idam-idamkan selama ini….

Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Kes Liwat, Pilihan Raya Umum 13, Reformasi PKR, Strategi Politik PKR, YB Nurul Izzah. Tags: , , , , , , , .

Human Rights Watch Mula Buat Perangai Anwar Nak Bersumpah 8 Januari 2012?

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Disember 2011
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Capaian Umum

  • 75,348,946 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada